Friday, 29 August 2014

Kemusykilan - zakat2

Satu lagi kemusykilan aku ialah bulan berapa nk bayar zakat. sebab bonus biasa bln 12. hujung tahun. Time tu la baru ada kesedaran nk bayar zakat dan sebagainya..huhu. Berikut aku sharekan bila masa afdal bayar zakat. Semoga bermanfaat utk semua..


3. Saya biasanya menunaikan zakat pada bulan Disember di dalam kalendar masehi. Baru-baru ini saya disaran agar menjadikan bulan Ramadan sebagai tempoh haul (genap setahun) zakat saya, kerana ia berlandaskan tahun hijri. Apakah rasionalnya?
Sebenarnya wujud perbezaan hari dan masa di antara kalendar hijri dan masehi. Setahun kiraan hijri ialah 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 36 saat. Manakala setahun berdasarkan tahun Masehi pula ialah 365 hari 6 jam 9 minit dan 9.5 saat. Justeru, perbezaan antara setahun Hijri dan Masehi ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepatnya 10 hari 21 jam dan 1 minit. Apabila menjangkau 50 tahun, bezanya ialah 1 tahun 12 hari 5.5 jam dan 3 minit.
Bayangkan apabila seseorang itu hidup selama 60 atau 70 tahun, maka dia pasti akan terkurang masa setahun atau lebih di dalam menunaikan zakatnya, dek kerana mengikut kalendar masehi.
Oleh itu, kita memang dianjurkan agar kembali menggunakan kalendar hijri, khususnya di dalam mengingati haul zakat. Ia bukan sahaja dapat memastikan zakat kita lebih tepat haulnya, malah akan mendapat pahala pula kerana mengamalkan sunnah rasul dengan mengutamakan tahun Islam di dalam kehidupan.

sumber: sini

No comments:

Post a Comment