Friday, 22 August 2014

Kemusykilan - zakat

Aku ada kemusykilan pasal zakat ni. Sebab aku keje kt KL. Tapi selalunya aku bayar zakat kt selangor sbb aku duduk kt selangor dan aku suka selangor...ehemmmm. Ikutkan hati aku nk bayar kt kelantan supaya maju sikit negeri aku nun. Tu yg aku musykil. Boleh ke aku bayar zakat ikut suka hati je kt mana2 negeri? Ni aku share sket pasal kemusykilan aku. aku dah dapat jawapan.....


1. Berzakat itu di mana afdalnya? Manakah lebih utama bagi saya, iaitu apabila saya bekerja di sebuah negeri A; namun menunaikan zakat di negeri B? Ini kerana, saya negeri B itu adalah tempat kelahiran saya.

Menurut pendapat Imam As-Syafie, zakat tidak boleh dipindahkan dari sesebuah negeri (tempat harta itu diperolehi) ke negeri yang lain, selagi masih ada orang yang memerlukan di negeri berkenaan. Ini demi mengelakkan rasa sakit hati dan bersifat membelakangi keperluan saudara se-Islam di tempat sendiri. Hal ini disabitkan kepada hadis Rasulullah SAW kepada Muadz bin Jabal r.a, iaitu beliau diperintahkan untuk mengutip zakat di kalangan orang kaya di negeri Yaman dan kemudian diagihkan kembali kepada golongan fakir di negeri berkenaan.

Oleh itu, hendaklah diutamakan di tempat mana kita memperolehi harta tersebut untuk berzakat. Ini kerana, saudara telah menjalankan usaha sama ada perniagaan atau pekerjaan di negeri yang berkenaan, maka adalah lebih aula untuk mengeluarkan kembali zakat kepada penduduk yang berada di negeri yang sama. Walau bagaimanapun, ulama’ menggariskan bahawa zakat boleh dibawa keluar dari negeri berkenaan apabila keperluannya sudah melebihi atau atas sebab-sebab tertentu yang lain.

sumber; sini

No comments:

Post a Comment