![]() |
| 25 weeks 4 days |
Kt office aku skg, semua org tak tahu aku pregnant selain bos aku dan kawan pempuan aku (kitorang 2org je pun staff pempuan kt sini). So total hanya 2 org je tahu aku pregnant setakat ni. Padahal dah 25weeks dah kot. Kalau aku pikir mmg pelik tapi diorang maybe tak perasaan kot. Ke diorang ingat aku buncit ke ape???!!! hahahaha ;p
Tapi lepas cuti raya ari tu, aku rasa perut aku makin membesar dgn jayanya. Muka pun semakin melebar. Alhamdulillah aku pun semakin sihat :). Dah takde alahan lagi dan selera semakin baik. Walaupun kadang2 malam aku tak lalu makan sgt. tapi still ok la berbanding masa puasa ari tu.
Baju pun semakin kecik. so kena cari baju baru nampaknya. Last weekend pegi sogo nk cari baju2 murah tapi xde sale la pulak. Sale menipu ada la. konon tulis 50% tapi sebenanrnya takde pun. Sape biasa kena mmg tahu kot taktik diorang. saje je letak tag less 50% dan naikkan harga sebenar supaya nampaklah dia punya sale tu. padahal harga sebenar jauh lebih murah. Tapi aku beli je 3 helai baju dan selai seluar. Seluar mother club tu apsal mahal eh. Aku dah ada 2 seluar pregant yg dulu tu. pastu tambah selai je la dulu. mahal sgt kot..hehe. Skg ni aku blasah je pakai jeans yg besar. Still ok. Tapi banyak dah baju seluar yg dah sendat. Kemeja lagi la. terik dah kalau pakai. so mari mencari blouse2 longgar walaupun aku tak suka gi keje pakai blouse..haha.

No comments:
Post a Comment