Friday, 29 August 2014

25 weeks

25 weeks 4 days
Kt office aku skg, semua org tak tahu aku pregnant selain bos aku dan kawan pempuan aku (kitorang 2org je pun staff pempuan kt sini). So total hanya 2 org je tahu aku pregnant setakat ni. Padahal dah 25weeks dah kot. Kalau aku pikir mmg pelik tapi diorang maybe tak perasaan kot. Ke diorang ingat aku buncit ke ape???!!! hahahaha ;p

Tapi lepas cuti raya ari tu, aku rasa perut aku makin membesar dgn jayanya. Muka pun semakin melebar. Alhamdulillah aku pun semakin sihat :). Dah takde alahan lagi dan selera semakin baik. Walaupun kadang2 malam aku tak lalu makan sgt. tapi still ok la berbanding masa puasa ari tu.

Baju pun semakin kecik. so kena cari baju baru nampaknya. Last weekend pegi sogo nk cari baju2 murah tapi xde sale la pulak. Sale menipu ada la. konon tulis 50% tapi sebenanrnya takde pun. Sape biasa kena mmg tahu kot taktik diorang. saje je letak tag less 50% dan naikkan harga sebenar supaya nampaklah dia punya sale tu. padahal harga sebenar jauh lebih murah. Tapi aku beli je 3 helai baju dan selai seluar. Seluar mother club tu apsal mahal eh. Aku dah ada 2 seluar pregant yg dulu tu. pastu tambah selai je la dulu. mahal sgt kot..hehe. Skg ni aku blasah je pakai jeans yg besar. Still ok. Tapi banyak dah baju seluar yg dah sendat. Kemeja lagi la. terik dah kalau pakai. so mari mencari blouse2 longgar walaupun aku tak suka gi keje pakai blouse..haha.

Kemusykilan - zakat2

Satu lagi kemusykilan aku ialah bulan berapa nk bayar zakat. sebab bonus biasa bln 12. hujung tahun. Time tu la baru ada kesedaran nk bayar zakat dan sebagainya..huhu. Berikut aku sharekan bila masa afdal bayar zakat. Semoga bermanfaat utk semua..


3. Saya biasanya menunaikan zakat pada bulan Disember di dalam kalendar masehi. Baru-baru ini saya disaran agar menjadikan bulan Ramadan sebagai tempoh haul (genap setahun) zakat saya, kerana ia berlandaskan tahun hijri. Apakah rasionalnya?
Sebenarnya wujud perbezaan hari dan masa di antara kalendar hijri dan masehi. Setahun kiraan hijri ialah 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 36 saat. Manakala setahun berdasarkan tahun Masehi pula ialah 365 hari 6 jam 9 minit dan 9.5 saat. Justeru, perbezaan antara setahun Hijri dan Masehi ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepatnya 10 hari 21 jam dan 1 minit. Apabila menjangkau 50 tahun, bezanya ialah 1 tahun 12 hari 5.5 jam dan 3 minit.
Bayangkan apabila seseorang itu hidup selama 60 atau 70 tahun, maka dia pasti akan terkurang masa setahun atau lebih di dalam menunaikan zakatnya, dek kerana mengikut kalendar masehi.
Oleh itu, kita memang dianjurkan agar kembali menggunakan kalendar hijri, khususnya di dalam mengingati haul zakat. Ia bukan sahaja dapat memastikan zakat kita lebih tepat haulnya, malah akan mendapat pahala pula kerana mengamalkan sunnah rasul dengan mengutamakan tahun Islam di dalam kehidupan.

sumber: sini

Thursday, 28 August 2014

Mari berangan.....

Aku adalah teruja giler kot tgok airasia buat promo.. tapi macam angan2 kosong je lah. takat berangan tgok harga murah. pastu berangan pilih2 date nk bercuti...hahaha poyos sgt! Sebab ape poyo? sebab aku tahu bukan senang kot nk berjalan2 bawak baby dgn bawak abang baby tu..huhu pasti mencabar fizikal dan mental. So kita berangan sesaje je dulu. kang baby dah besar sikit, abang baby dah cerdik sikit baru pikir nk berjalan pulak :)


Macam murah je kan???



Konon pilih2 date samada birthday, anniversary or public holiday..hahaha kuat giler berangan aku nih ;p. Berangan tak perlukan duir langsung tapi weekend ni perlukan duit sebab nk terjah ni:


Walaupun dalam kepala aku tak tahu nk beli ape, kita terjah je la... bukan tk exited nk shopping utk baby ni tapi aku rasa masih awal lagi. Tp disebabkan next expo baby nti bln 11 kot. masa tu dah lambat sgt la pulak... so kena la beli apa yg patut dulu this weekend.

Tuesday, 26 August 2014

Manja sgt ni

Aku tak tahulah anak org lain mcmne. Tapi anak aku ni super duper manja. Asyik nk berkepit dgn aku je kejenya. Sampai dgn abah dia pun dia taknak. Aku bukan ape, kdg2 tu time penat mmg rasa nk nangis je...uwaaaaaaa kdg2 langsung dia taknak dgn abah dia. Kalau aku kt dapur tgh basuh pinggan, dia duk pegang kaki/peha  aku.Kalau dia bosan menunggu, mula la suruh aku bukak fridge dan mula dia menyusun brg2 dlm tu.. fuhhh. Sama jugak drawer yg letak segala mak nenek rempah garam, suka dia kalau bab menyusun benda alah tu... sabor je lah anak.

Kalau dia nk main kt hall, dia tarik tgn aku paksa suruh duduk main dgn dia. padahal abah ada je duduk kt sofa tgh tgok tv. pastu kalau aku mandi sanggup dia tunggu depan pintu toilet sampai aku sudah mandi. Kalau tgh makan, dia bawak bekas makanan tunggu depan tu. Kalau aku duk solat, dia bawak mainan or makanan dia duk tepi aku. padahal abah dia ada je. walaupun abah dia tgh tgok tv duduk kt sofa, takde makna dia nk duduk main dgn abah dia. sanggup tunggu aku. tapi ada jugak la kadang2 (which is jarang2 sgt berlaku) dia duduk rehat2 dgn abah dia. Aku rasa lega bila dia main2 dgn abah. sebab aku kalau boleh taknak dia manja dgn aku sorang je. Nak suruh manja dgn dua2 la kalau boleh.
Rambut panjang, taknak potong. naik rimas sku kalau dia berpeluh. habis masuk mata. geram je nk ambik gunting potong sendiri...
Sekarang ni balik skolah, taknak salam abah. Macamana nk buat suruh dia salam abah ntah. aku dah penat nk suruh2 ni. tapi hari2 la kot aku mmg suruh salam abah. Kadang2 tu taknak salam abah. tapi cium kt pipi aku sampai berbunyi2... Aku risau jugak husband aku terasa ke ape. Ye lah. kalau aku pun kecik hati kot anak taknak sgt dgn kita. Tak tahu punca ape. Harap2 sekejap je keadaan ni. Risau jugak kang dapat adik dia still nk manja2 dgn aku. Bukan ape, time pantang tu kan takleh nk dukung2 or lasak2 sgt. takut jugak time tu dia meragam. haiii pening la kepala aku.

Semalam, nak tido, nk aku riba dia pangku macam baby.. sampaila dia tido. Risau pulak aku kalau dia mcm ni masa aku dlm pantang nti. Ye la berapa bulan je lagi... harap2 dia semakin matang.

Monday, 25 August 2014

Kisah klinik kesihatan

Last week pegi check up macam biasa. Aku sampai pkul 7.50gitu tapi dah nombor 28..huhu gigih la org yg datang no.1 tu. dia dtg pkul berapa agaknya. Tu aku tak kisah sgt. Sebab dah biasa kot. Malas nk komen lebih2...

Tapi aku ada satu benda yg buatkan aku rasa nk terbalikkan meja doktor situ. Sebab husband aku ada ambik darah utk test thalasemia. Ambik darah tu dalam bln 7 ari tu lagi. Tapi tu kali ke2 dah ambik darah. kira utk confirmkan betul2 thalasemia ke tak. Tapi masa checkup last week tu, baru dapat result darah tu, result dia adalah sama dgn result check darah yg 1st ari tu. Maksudnya result yg ala kadar. tak spesifik samada thalasemia ke tak. Boleh tak dia pegi tgok sel2 darah merah je? motif sgt nk tgok gitu? padahal darah yg ambik tu mmg la darah utk test thalasemia. kenapa ko nk kira berapa size sel darah merah tu?? Dan kalau ye pun tahu size sel tu kecik, terus je la buat test thalasemia. apa susah? sgt tak paham weh! eiiiii angin giler aku!. Buat keje 2 kali benda yg sama. Mmg rasa macam @#%$^&%&*^*(&(% sgt masa tu. Dah tu hari2 tertentu je boleh ambik darah... WTF sgt aku rasa!

Doktor suruh dtg lagi this week sbb nk kena repeat ambik darah lg sekali. Aku mmg bengang betul la. Kalau ambik darah tu kejap takpela jugak. mau dekat sejam nk tunggu korang start keje... Aku ni keje swasta. kalau keje kerajaan senang boleh kawtim. Buang masa aku je!!!

Kalau aku pegi klinik swasta mmg kejap je kot dapat result. Tapi sbb doktor suruh buat situ dan FREE, of coz la aku sanggup buat situ. Masa pregnant yg first dulu xde plak doktor sibuk2 suruh husband aku test. kali ni sgt menyusahkan aku plak. Tapi mmg patut pun husband aku test thalasemia tu. sebab in future senang la kalau ape2 hal. Tapi sebab sistem yg ntah ape2 kt klinik/hospital kerajaan ni, aku rasa mcm semua org keje kt situ SLOW dan TAK EFFICIENT sgt. Musykil aku diorang sbnarnya paham ke tak apa yg diorang buat!

*Pasal monthly checkup tu nti agak2 aku dah tak sabar sebulan dua lagi, aku gi je klinik swasta. Senang! Sebab bila menyuarakan ketidakpuasaan hati terhadap klinik/spital kerajaan, ramai ler yg 'bersuara' "kalau byak komplen, pegi la spital swasta"... ehem, kalau macam tu, bila la klinik/spital kerajaan nk maju? takkan maju kot??? erkkk??? kita semua bayar cukai kot. so, berhak je nk pegi mana2, kan?

Friday, 22 August 2014

Kemusykilan - zakat

Aku ada kemusykilan pasal zakat ni. Sebab aku keje kt KL. Tapi selalunya aku bayar zakat kt selangor sbb aku duduk kt selangor dan aku suka selangor...ehemmmm. Ikutkan hati aku nk bayar kt kelantan supaya maju sikit negeri aku nun. Tu yg aku musykil. Boleh ke aku bayar zakat ikut suka hati je kt mana2 negeri? Ni aku share sket pasal kemusykilan aku. aku dah dapat jawapan.....


1. Berzakat itu di mana afdalnya? Manakah lebih utama bagi saya, iaitu apabila saya bekerja di sebuah negeri A; namun menunaikan zakat di negeri B? Ini kerana, saya negeri B itu adalah tempat kelahiran saya.

Menurut pendapat Imam As-Syafie, zakat tidak boleh dipindahkan dari sesebuah negeri (tempat harta itu diperolehi) ke negeri yang lain, selagi masih ada orang yang memerlukan di negeri berkenaan. Ini demi mengelakkan rasa sakit hati dan bersifat membelakangi keperluan saudara se-Islam di tempat sendiri. Hal ini disabitkan kepada hadis Rasulullah SAW kepada Muadz bin Jabal r.a, iaitu beliau diperintahkan untuk mengutip zakat di kalangan orang kaya di negeri Yaman dan kemudian diagihkan kembali kepada golongan fakir di negeri berkenaan.

Oleh itu, hendaklah diutamakan di tempat mana kita memperolehi harta tersebut untuk berzakat. Ini kerana, saudara telah menjalankan usaha sama ada perniagaan atau pekerjaan di negeri yang berkenaan, maka adalah lebih aula untuk mengeluarkan kembali zakat kepada penduduk yang berada di negeri yang sama. Walau bagaimanapun, ulama’ menggariskan bahawa zakat boleh dibawa keluar dari negeri berkenaan apabila keperluannya sudah melebihi atau atas sebab-sebab tertentu yang lain.

sumber; sini

Tuesday, 19 August 2014

Digital Camera #Nikon

Sebenarnya dah lama aku beli kamera Nikon ni. Ala kamera compact biasa je pun. Murah je tak mahal sbb tak nk membazir dan tak nk besar2. So ari tu tanya2 kt budak opis aku yg giler gadjet. Dia ckp Nikon ni ok sgt dah. Kebetulan Lazada ada buat sale. Masa tu aku dapat 60% off. Kau tak giler ke tgok harga murah mcm tu. hahaha terus aku beli ler. walaupun nk tunggu barang sampai adalah berjanggut. 2 minggu jugak la aku tunggu barang sampai. Sebab barang aku tu dari hong kong. so mmg lambat sket. biasa brg local cepat je dia ckp. Cash on delivery plak tu. ada aku kisah barang sampai ke tak? janji aku tak rugi. plusss aku dah beberapa kali call lazada dan menyembur kt staff dia...hahaha ;p
Bila camera dah sampai, boleh pulak runner tu ckp aku order 2 benda yg sama??? Oh, no thanks. buat apa aku nk beli sampai 2. so aku sign utk 1 brg je. bayar utk 1 barang je lah. lagipun aku check kt website lazada mmg order aku hanya utk 1unit je. maybe diorang tersalah pos sbb aku dah banyak kali komplen brg tak sampai2. gelabah la tu sampaikan pos barang yg sama skali lagi..haha
Walaupun dah lama beli, tapi aku tak pernah guna, boleh? just try2 kt opis gitu2 je. pastu balik rumah simpan dlm almari. tak sempat aku nk godek2 langsung. serius aku letak dlm kotak je. manual pun aku tak belek.
Nak dijadikan cerita, aku keluarkan la kamera tu masa nak balik kampung raya ari tu. Masa tu la first time husband aku tahu dan tgok kamera tu...kihkih. bukan aku nk sorok cuma mmg aku tak pernah nk explore2 kt rumah. takde masa..haha. Pastu dia duk tanya aku harga berapa.. hihi rahsia la. yang penting mmg murah. Sekarang bila aku tgok kt lazada, dah mahal dah.. kan ke untung aku beli masa tu. 60% off. sape nak bagi?
Masa raya ari tu terus la guna.. dah la xreti setting. main pakai je la yg auto. hehe belasah je la. Pastu bila tgok gambar, mmg berbaloi2 rasanya aku beli. ehemmm nk jugak puji diri sendiri. Terasa bijak sgt beli masa tgh offer. gambar pun cantik :) dan aku suka :) Walaupun org ckp kamera dslr tu lg cantik gambar dia, aku tetap la malas nk beli dan malas nk bawak yg besar2. kalau compact camera gini senang je. campak je dlm handbag takpun dlm bag anak...hahaha ;p

Monday, 18 August 2014

Kenduri di hari raya ke4

Raya ke4 adalah super duper bz n penat. Kenduri anak sedara husband aku. Sepatutnya pagi tu ada akad nikah kt masjid. Tapi tak sempat nk berkejaran. Tak pegi pun akad nikah..huhu. Dengan nak siap2 lagi, dengan hadiah tak beli lagi...kalut la. Sampai sana dah pukul 11 kot..hehe selamba dtg lambat sbb singgah beli hadiah.
Sian pengantin. ditenggelami oleh kami..hehe sowiii
Kali ni tak penat sgt kenduri sebab semua org  catering yg buat. Kitorang just tgok2 je layan tetamu. Dulu (abang pengantin kawin), semua kitorang buat. sebab masak sendiri. sendiri tambah lauk, sendiri basuh pinggan, sendiri layan tetamu. mmg berbeza la. 
Anak manja aku.. asyik nk dukung sesaje... #21weeks dalam perut

Lepas kenduri, pegi rumah pakcik kt rantau panjang. Walaupun tak jauh dah dari 'rantau panjang' tempat shopping tu, kitorang dah tak larat nk jalan. so, mmg tak pegi pun. Terus balik KB sbb dah maghrib.

*Sebenarnya malas nk taip... cerita sebenar panjang lg. so, bye bye lah. citer sekerat jalan ;p

Thursday, 14 August 2014

Raya Lagi

Raya ke2 beraya kt rumah mak aku. Best la jugak tapi ada la sesuatu yg tak berapa best sebab tak tahu nk masak ape. Plus santan takde..huhu. Aku sebenarnya nk beli santan masa sehari sebelum raya tu. tapi mak aku ckp suruh beli sikit je utk masak mlm tu je. aku pun mmg pelik sgt masa tu. Tapi as anak mithali kan, harus la aku ikut je....haha ;p.
 
Tup tup raya pertama malam tu semua dah berkumpul kt rumah mak aku. Kitorang tak masak apa pun sbb nk buat itu ini santannya belum tentu ada. Mak aku ckp nk gi cari esok pagi. aku mcm tak yakin sgt la ada santan raya ke2 tu. So mood aku dah turn down sgt2 dah... aku tak kisah sgt sebab aku tak jemput org dtg. tapi aku risau mak aku tu duk jemput org tu org ni dtg. tapi mmg risau jugak la aku kalau org dtg takde makanan.  
 
Nasib baik pagi tu mak aku pegi rumah sape entah kt kg tu. Mintak nk beli kelapa parut. nasib baik boleh beli. alhamdulillah. setel satu masalah. Tapi tahu la kan. Pagi baru nk masak. sebab malam tu dah xsedia apa pun..huhu kelam kabut lah. Tapi tetap lah enjoy :)

 
Baju raya pun tak best. Aku la yg decide nk warna hitam putih sebab terpengaruh tgok baju dlm majalah..haha. Tapi bila tahu aku pregnant, aku main belasah beli baju hitam putih sebab ingat masa raya perut aku dah membesar. Rupanya ok je kalau aku tempah baju saiz biasa... aku beli baju siap sais s je tapi mcm besar. Konon nk tempah baju mcm dlm gambar bwh ni tapi takut tak muat perut, terus belasah beli yg murah je kt jln tar. 
sebenarnya ni lah kengkonon baju raya yg aku nk tempah. tapi.... hahaha
So beraya lah kami semua dlm hitam putih kononnya...haha ;p. sori lah adik beradikku. next year korang plak decide nk pakai warna ape ye...
Gambar ni cukup korum. Cuma suami masing2 je tak masuk. Ni je adik beradik aku. kakak dan adik perempuan. dan 8 org cucu mak aku. tahun depan tambah sorang lagi :)
Alhamdulillah... serba sederhana.
See? anak aku.. mcm tu la nk bergambar. payah. ada dia nak bagi aku duduk sebelah abah dia? mmg tak la... haha pen-jealous no.1
Malam tu aku kerumah kakak ipar plak. berBBQ kt sana. Tgok la kalau kampung dekat ni, kejap kesana kejap kesini.. masa mmg habis mcm tu. tapi ada baik dan buruk jugak la ye. bab senang mmg senang tapi bab penat mmg super duper penat. aku tgok kalau org berlainan negeri siap bosan2 lagi balik kg seminggu. tapi aku, mmg takde harapan nk bosan weh. sampaikan nk gi shopping kt rantau panjang pun tak sempat. Kalau member kirim itu ini aku mmg tak sanggup nk ambik order sbb aku takleh janji sempat ke tak nk g beli.

Wednesday, 13 August 2014

Selamat Hari Raya 2014

Mood mmg kelaut sgt bila nk menulis. Tak tahu nk taip ape. padahal banyak je cerita dlm kepala.

Raya tahun ni aku rasa biasa je sebab mood shopping xde sgt. aku tak shopping sgt utk raya tahun ni. baju pun ala kadar je. asal ada je.. huhu. Handbag? mmg tak beli sampai ke hari ni. aku mmg x pakai handbag pun masa raya. bawak beg anak aku je. masukkan purse, phone, camera dlm tu.. hahha gasaklah. Tudung? belasah yang ada je... mmg mood takde kot nk bergaya sakan raya ni. Tapi boleh tahan meriah la raya tahun ni. Alhamdulillah.
Pagi yang berkabus. tebal sungguh kabus.. tapi rasa nyaman je. Ni masa otw nak pegi pasir mas. Walaupun raya pertama kt p.mas, aku tido kt rumah mak aku kt k.b nun..lepas mandi siap2 baru gerak hehe nasib baik tak jauh :)
Tahun ni giliran raya pertama kt Pasir Mas. Rumah mertua aku. Aku suka je sebab meriah. Adik beradik 12 orang. tu pun 2 family tak balik. Memang meriah :)
Ni belum masuk semua rasanya...

Menziarahi kubur ayahanda



Budak2 zaman sekarang. Paling otai mestilah anak aku! kepala tuh. siap bukak baju!
Manja... nk berkepit dgn aku sesaje...
boleh gini? salam sambil dukung anak. haish la manjaku sorang ni. esok dah ada adik macamana la dia...
bersama ibu mertua kesayanganku...
Balik KB nk dekat maghrib dah... alhamdulillah sempat ziarah rumah sedara mara sebelah husband aku. First time ok...hehe selama ni tak join pun diorang gi rumah sedara.