Tuesday, 30 July 2013

Alhamdulillah syukur :)

Syukur alhamdulillah Ya Allah... aku terkedu tak boleh nk cakap ape2. mmg aku tak sangka langsung dgn rezeki ini. alhamdulillah. Baru bulan lepas dapat bonus, bulan ni dapat lagi sesuatu yang lagi best daripada bonus. Mungkin company aku dapat profit tinggi kot tahun ni. tu yang menabur kt staff2.

Berkat kesabaran aku stay kt sini selama 2 tahun, berkat kena marah sampai gigil2, berkat kena sumpah seranah dgn bos, akhirnya.............syukur sgt.

Tuhan tu maha adil kan. Dia mmg mengaturkan yang terbaik untuk kita.

Aku ni, kalau aku gembira, aku suka share.. aku suka belikan itu ini utk org sekeliling aku. sampaikan untuk diri aku sendiri pun aku beli yg cap ayam jer.. huhu. tapi aku lebih gembira bila org sekeliling aku gembira. Tapi kali ni berbeza sket sebab aku dah target nk beli sesuatu untuk diri aku sendiri. ye lah, aku kerja keras kot. so, aku rasa berbaloi la kalau aku reward diri sendiri dgn sesuatu yg aku nak sgt2... haha. dah berapa kali bonus dah aku ckp nk tapi aku tak beli2 jugak. sebab ada jer nk guna duit masa tu. ermmm. tapi kali ni mmg aku nekad. sebab mmg aku tak sangka dpt duit masa ni. so, aku kena beli sesuatu utk kepuasan aku sendiri. hihi.

Thursday, 25 July 2013

Belum shopping raya....haha rileks sgt nampaknya aku ni ;p

aku belum shopping raya langsung.. ehem, untuk anak dah setel. kasut je belum. untuk diri aku sendiri nan adoo pun. pegi survey2 last weekend macam tak berkenan. yang berkenan harga pulok mcm tak berbaloi. this weekend la nampaknya nk mencari lagi. harap2 jumpa yng berpatutan lor. malas nk tawaf2 mall dah. tak larat nk dukung anak. anak aku pulok duk dlm stroller kejap ajer. mula dah nk dukung melekat dgn maknya...

aku tak tahu nk shopping baju kt mana, boleh? pegi jusco tp mcm takde berkenan. apsal design pelik2 jer..haha ke aku dah tua takleh terima design2 mengarut nih.

aku nk beli baju biasa2 je.

Sabtu ni ingat nk gi jalan TAR. harap2 ada yg berkenan lor. kalau tak, aku mmg tak beli baju..kahkah ;p Eh, esok dah gaji kan. so, boleh la shopping sakan nanti.

Wednesday, 24 July 2013

Muak dah

Aku muak makan buffet berbuka kt hotel. hahaha ayat berlagak siottttt ;p

Tahun ni baru sekali aku join buffet berbuka puasa kt hotel. boleh kata ada 3 invitation dlm seminggu. hari ni pun ada satu kt Maya Hotel. aku takleh join lor. Husband aku ckp boleh la kalau nk join takat seminggu skali. aku pun tak nk tinggalkana anak aku lama2 sgt kt nurseri tu weh. kalau aku join, mau dekat pukul 10mlm baru sampai rumah. masa tu anak aku dah sedih2 dah sebab aku tinggalkan dia lama sgt. pastu mula la nk manja2 ngan aku...

semalam kena cakar muka dia. dalam plak tu. rilek jer yg bdk jaga tu ckp kena cakar. Pagi tadi aku warning suruh tgok2 la. jgn bg org cakar dia lagi. giler la hari2 kena cakar muka anak aku. ggrrrrrrr..

Esok aku terpaksa join kt Concorde Hotel pulok. Esok mmg takleh escape. Ikutkan aku nk g jer ari ni kt Maya Hotel tu. Sebab last year aku gi best jugak la menu dia. banyak pun banyak. aku mmg mkn banyak..hahaha ;p

Nest week pun ado lagi tuuu... huhu

Monday, 22 July 2013

Now I know why.... #5

Cakap berkias

"Cakap berkias dapat membantu wanita dlm membina hubungan sesama mereka. Namun, ia jarang mencapai maksud yang sama apabila berurusan dgn lelaki kerana mereka mmg tdk faham apa yg sebenarnya diingini"

Duh.. tak paham ker????

Mmg hakikatnya lelaki suka berterus terang. Terus terang yang kadang2 membuatkan wanita terasa hati. padahal bg lelaki takde benda pun...

Permintaan lelaki yang 'direct'. takde nak kias2 bagai.....
"Buatkan telur dadar untuk sarapan pagi esok, boleh?"

Permintaan perempuan yang mmg berlapik bagai...
"dah lama kita tak makan telur dadar kan?"

 Berbeza tak permintaan/ayat kt atas nih? lelaki ni dia mmg direct jer. takde nk kias2 bagai nih. diorang susah nk paham kalau kias2 ni.

contoh lagi satu... husband n wife balik kg yg mellibatkan perjalanan yang jauh. wife akan tanya kt husband dia "awak taknak minum kopi panas?" Lepas tu husband dia jawab "taknak" pastu selamba je meneruskan perjalanan macam biasa. beberapa minit kemudian, wife dia mula la muncung... dan tetiba husband dia pelik sebab apa wife dia muncung tak tentu pasal. bila husband dia tanya, wife dia jawab "awak ni tak nak berhenti ke?!". husband tu mcm pelik sebab wife dia takde ckp pun suruh berhenti pun. SEE? apa sebenarnya nih? kusut giler la laki dia. 

Tapi mmg hakikatnya begitulah. sebab tu penting jugak la tahu/belajar ketidakserupaan kita lelaki dan wanita nih. mmg kita diciptakan berbeza. sebab tu perlu memahami satu sama lain.

"Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps"

Thursday, 18 July 2013

Now I know why.... #4

Lelaki tak suka perempuan membebel semasa dia sedang memandu...hahaha kelakar, kan?

perempuan pulak memang spesis yg suka membebel sepanjang masa. bagi perempuan, apa kaitan memandu dgn membebel? kahkahkah.. bagi lelaki, diorang takleh nk concentrate memandu bila perempuan mula membebel. mulalah salah lorong la, terlepas simpang lah, tak nampak signboard la..mcm mcm mcm alasan kang. 

membebel means bukan membebel marahkan laki dia. membebel means bercakap pasal macam2 dalam satu masa. sebab perempuan kan takleh duk diam. otak dia ligat jer mencari idea nk cakap apa. pantang suasana senyap..kahkah ;p

Bila aku dah baca tentang fakta ni, aku dah jarang dah membebel dlm kereta. maksudnya kalau bercakap benda2 yg sgt remeh jer. aku dah tak cakap benda2 berat yg memerlukan laki aku pikir or benda yang membuatkan dia kusut. hehehe.




"Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps"

Tuesday, 16 July 2013

Kerja dan output, penting ke?

Biasa kita (aku la.. aku tak tahu org lain mcmne) yang kerja swasta ni, mmg pentingkan output. kalau kau tak boleh bagi output, or output ko rendah sgt, ko mmg akan KENA. samaada ko kena tukar department/project, ko kena kick or ko mmg takkan dapat increment gaji. dan of coz la bonus kau dapat sikit drp org lain or langsung takdok.

Tapi kalau dh kerja yang selalu nk kena masuk koir la, kena masuk sukan itu ini, pertandingan antara jabatan la.. kena pegi sabah sarawak bagi mewakili jabatan la. padahal pertandingan tu langsung mcm takde kaitan dgn kerja yg hakiki tu. aku sungguh pelik. Jabatan kerajaan mmg tak payah ada output eh? senangnya diorang kerja kalau takyah ada target etc.... boleh pulok masa kerja (waktu kerja 8am to 5pm contohnya), buat training koir lah, training nasyid lah, training tarian lah, mcm2 hallll la korang. ada diorang kisah satuy jam kena target berapa output or what?

tak paham aku. Pastu kengkadang tu buat hias2 opis kemain lawa.. ingatkan kenapa, rupanya ada audit ISO. Audit ISO ok, bukan pertandingan kecantikan bagai. entah diorang ni paham ke tak ISO tu apa. sampaikan beberapa minggu tak hadap kerja yang hakiki semata2 nk hias opis. sanggup plak tu stay back sampai malam2 buta. sungguh aku tak paham. dengan ketua2 jabatan skali gong.

Bukan aku nak kondem ke apa. tapi aku sgt tak paham. aku yg kerja swasta nih, kemain lagi nak kena capai target itu ini tertonggeng sana sini. pulun habis kerja. tengok diorang gi bersenang lenang kursus kt cameron highland 3 hari 2 mlm lagi... kerlasss kau. tempat kursus mmg tak kalah.. (bunyi mcm aku dengki jer kan)

mmg tak semua jabatan kerajaan macam tu tapi kebanyakan lah.... NO WAR, NO WAR :))

apa pun aku bukan pembangkang, eh? apa kaitan ek?

Friday, 12 July 2013

Puasa day 1,2,3.....

Aku sgt frust sebab awal2 puasa aku takleh merasai nikmat berpuasa walaupun aku terpaksa 'berpuasa'..huhuhu dah la sehari sebelum puasa baru start...mau 7-8 hari aku kena ganti nih.

First time kot aku takleh puasa masa awal2 cenggini. dah 2 tahun aku puasa full... ermm mmg la takbest takleh puasa ni. sebabnya kena ganti kannn..huhu tapi apa nak buat. semua pempuan pun mcmni.

Puasa kali ni agak mencabar. Dengan syarif yang super duper aktif.. semalam aku letih sgt. aku tertido pukul 9mlm. masa tu syarif tgh aktif panjat sana sini lagi. aku mmg tak larat. dah la husband aku tgh kungkang kungkang kt dapur. prepare lauk utk masak sahur. mmg aku letih sgt2. aku tido jer. tapi adalah terjaga beberapa kali sebab risaukan syarif. aku paksa dia tido taknak..huhu mencabar betul lah.

sekali aku terjaga pukul 11 lebih, tgok husband aku pun sama baring dgn syarif. dah semua tertido kt luar. dah aku mmg tak larat sgt, aku sambung la tido lagi. Skali aku terjaga pkul 12.30 mcm tu, syarif  terjaga jugok.. naik main la pulok..   sampai aku marahkan dia lah suruh dia tido.. ermmmm sebab aku tak larat weh. dah la nk bagun sahur karang (walaupun aku tak masak..kahkah ;p)

pastu aku pujuk dia masuk dlm bilik. tido atas katil, berhempas pulas la jugak aku sampai dia tido. ok la bila dia tido aman dunia kejap. pukul 3 bangun lagi. mengigau menangis..huhu. sampaikan aku rasa nk sahur awal. boleh? pening kepala aku....

lepas dah uk ek uk ek.. sempat la kau lelap sampai pukul 4.15. Dah bunyi alarm, terus bangun mamai2 masak nasi. 1st time masak nasi atas dapur gas. hehe berjaya ;) 

Tuesday, 9 July 2013

Thursday, 4 July 2013

Now I know why.... #3

"Apabila wanita tidak gembira dalam perhubungannya, dia tidak dapat menumpukan perhatian kpd kerja. Apabila lelaki tidak gembira di tempat kerja, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya"

errkkkkk betul ke ni?


"Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps"

Tuesday, 2 July 2013

Shopping raya

Dua tiga hari ni aku ikut officemate aku shopping baju raya. dia lah yang shopping.. aku tengok jer. bukan tak nak beli, tapi aku rasa lebih baik kalau aku shopping dgn husband aku. lagipun dia kan fashion consultant aku..hehe ;p

Kang aku beli sendiri, dia plak tak berkenan.. dah kena beli lagi (alasannnn sgt) ;p

mostly peniaga cakap, baik beli skg sbb nanti puasa harga mahal.. erkk betul ke? peniaga sendiri yang bgtau. Tapi aku rasa lebih meriah shopping bulan puasa. macam2 la design keluar.. kononnya lah. pastu harga pun tak hingat jugok...

tapi bagi aku, aku mmg bersederhana sahaja. aku tak pernah la beli baju 4 5 ratus tu. membazir jer kot. paling mahal pun 200. ermmm aku dah la jarang pakai baju kurung nih.. seluar je memanjang. tak ke membazir semata2 nk pakai buat raya?bagi aku membazir, tp bagi org lain ok je dok?

Monday, 1 July 2013

Rezeki yang tak disangka......

Alhamdulillah.. rezeki datang tanpa disangka.. ikutkan hati nk jer beli itu ini tapi... save la skit sikit sambil berdoa ianya akan menjadi setinggi bukit dan gunung..hehe ;p

Setakat aku kerja kt company ni, alhamdulillah rezeki mencurah2..biarpun gaji aku tak besar, namun aku syukur sgt. alhamdulillah. pengalaman aku, company sebelum2 ni aku tak pernah pun dapat bonus. increment pun pernah skali jer kot dpt. tapi masuk jer company ni, rezeki anak lagi, aku masuk jer company ni, aku disahkan pregnant. syukur sgt. pastu bonus dah 5 kali aku dapat dalam masa 2 tahun ni. biarpun nilai bonus yg dia bagi takde lah berpuluh ribu mcm company besar tu, aku mmg bersyukur.

tahun ni sahaja, dah 2 kali bonus. lagi 2 kali nanti 9yang dah di schedulekan), akan dapat lagi, insyaallah. Sebab tu aku tak lupa mengeluarkan zakat. nikmatnya berzakat yang aku dapat rasakan sendiri. Berzakat dan bersedekah, mmg nikmat yang tak boleh nak describe macamana. hanya org yang mengeluarkannya sahaja yang tahu. aku percaya dan aku mmg ada baca buku mengenai "nikmatnya bersedekah".

Oh ye, sedar tak sedar 20.06.2013 hari tu, genap 2 tahun aku kerja sini. dalam nak cari kerja lain, aku masih lagi disini. ye lah, mana2 company pun mmg semua ada cabaran masing2. aku tension dgn kerja kt sini, entah2 kalau pegi company lain, lagi tension, who knows, kan?

anyway aku ada interview next week. tp tak sure nk pegi ke tak.. actually last weekend baru aku update jobstreet. dan aku ada la apply beberapa tempat. semua yg macam best tu jauh. takde la jauh sgt tapi area subang, pj. aku ni kalau nk cari kerja aku mmg prefer area kl la. senang. malas nk drive. naik  lrt je senang. pastu senang nk gi sana sini..hihi. banyak port area kl nih. port nak shopping..hehe ;p