Tuesday, 2 July 2013

Shopping raya

Dua tiga hari ni aku ikut officemate aku shopping baju raya. dia lah yang shopping.. aku tengok jer. bukan tak nak beli, tapi aku rasa lebih baik kalau aku shopping dgn husband aku. lagipun dia kan fashion consultant aku..hehe ;p

Kang aku beli sendiri, dia plak tak berkenan.. dah kena beli lagi (alasannnn sgt) ;p

mostly peniaga cakap, baik beli skg sbb nanti puasa harga mahal.. erkk betul ke? peniaga sendiri yang bgtau. Tapi aku rasa lebih meriah shopping bulan puasa. macam2 la design keluar.. kononnya lah. pastu harga pun tak hingat jugok...

tapi bagi aku, aku mmg bersederhana sahaja. aku tak pernah la beli baju 4 5 ratus tu. membazir jer kot. paling mahal pun 200. ermmm aku dah la jarang pakai baju kurung nih.. seluar je memanjang. tak ke membazir semata2 nk pakai buat raya?bagi aku membazir, tp bagi org lain ok je dok?

No comments:

Post a Comment