Cakap berkias
"Cakap berkias dapat membantu wanita dlm membina hubungan sesama mereka. Namun, ia jarang mencapai maksud yang sama apabila berurusan dgn lelaki kerana mereka mmg tdk faham apa yg sebenarnya diingini"
Duh.. tak paham ker????
Mmg hakikatnya lelaki suka berterus terang. Terus terang yang kadang2 membuatkan wanita terasa hati. padahal bg lelaki takde benda pun...
Permintaan lelaki yang 'direct'. takde nak kias2 bagai.....
"Buatkan telur dadar untuk sarapan pagi esok, boleh?"
Permintaan perempuan yang mmg berlapik bagai...
"dah lama kita tak makan telur dadar kan?"
Berbeza tak permintaan/ayat kt atas nih? lelaki ni dia mmg direct jer. takde nk kias2 bagai nih. diorang susah nk paham kalau kias2 ni.
contoh lagi satu... husband n wife balik kg yg mellibatkan perjalanan yang jauh. wife akan tanya kt husband dia "awak taknak minum kopi panas?" Lepas tu husband dia jawab "taknak" pastu selamba je meneruskan perjalanan macam biasa. beberapa minit kemudian, wife dia mula la muncung... dan tetiba husband dia pelik sebab apa wife dia muncung tak tentu pasal. bila husband dia tanya, wife dia jawab "awak ni tak nak berhenti ke?!". husband tu mcm pelik sebab wife dia takde ckp pun suruh berhenti pun. SEE? apa sebenarnya nih? kusut giler la laki dia.
Tapi mmg hakikatnya begitulah. sebab tu penting jugak la tahu/belajar ketidakserupaan kita lelaki dan wanita nih. mmg kita diciptakan berbeza. sebab tu perlu memahami satu sama lain.
"Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps"
No comments:
Post a Comment