Alhamdulillah.. rezeki datang tanpa disangka.. ikutkan hati nk jer beli itu ini tapi... save la skit sikit sambil berdoa ianya akan menjadi setinggi bukit dan gunung..hehe ;p
Setakat aku kerja kt company ni, alhamdulillah rezeki mencurah2..biarpun gaji aku tak besar, namun aku syukur sgt. alhamdulillah. pengalaman aku, company sebelum2 ni aku tak pernah pun dapat bonus. increment pun pernah skali jer kot dpt. tapi masuk jer company ni, rezeki anak lagi, aku masuk jer company ni, aku disahkan pregnant. syukur sgt. pastu bonus dah 5 kali aku dapat dalam masa 2 tahun ni. biarpun nilai bonus yg dia bagi takde lah berpuluh ribu mcm company besar tu, aku mmg bersyukur.
tahun ni sahaja, dah 2 kali bonus. lagi 2 kali nanti 9yang dah di schedulekan), akan dapat lagi, insyaallah. Sebab tu aku tak lupa mengeluarkan zakat. nikmatnya berzakat yang aku dapat rasakan sendiri. Berzakat dan bersedekah, mmg nikmat yang tak boleh nak describe macamana. hanya org yang mengeluarkannya sahaja yang tahu. aku percaya dan aku mmg ada baca buku mengenai "nikmatnya bersedekah".
Oh ye, sedar tak sedar 20.06.2013 hari tu, genap 2 tahun aku kerja sini. dalam nak cari kerja lain, aku masih lagi disini. ye lah, mana2 company pun mmg semua ada cabaran masing2. aku tension dgn kerja kt sini, entah2 kalau pegi company lain, lagi tension, who knows, kan?
anyway aku ada interview next week. tp tak sure nk pegi ke tak.. actually last weekend baru aku update jobstreet. dan aku ada la apply beberapa tempat. semua yg macam best tu jauh. takde la jauh sgt tapi area subang, pj. aku ni kalau nk cari kerja aku mmg prefer area kl la. senang. malas nk drive. naik lrt je senang. pastu senang nk gi sana sini..hihi. banyak port area kl nih. port nak shopping..hehe ;p
No comments:
Post a Comment