Monday, 23 November 2015

aktifnya kamu!


Skg ni anak aku sgtlah aktif. Aktif yg mmg mengerutkan dahi aku sepanjang masa. Please la anak. Jgn buat mcm ni.

Last weekend pegi wangsa walk. Masuk guardian. Boleh dia pegi berlarian sana sini. Pastu lantai kt situ licin plak. Boleh dia menggelungsur sana sini. Huihhh dlm hati aku dah debar2 sgt. Sbb nk cari brg je aku masuk. Kalau tak, xde makna aku masuk situ. Risau je terkena brg2 dan pecah.. mintak jauh sgt.

Pastu skg dia dah makin besar. Aku ingat bila dah makin besar ni ok la boleh diharapkan jaga dan sayang adik dia. Tapiiiii...... fuh urut dada sgt dgn perangai dia yg super duper mengada2 ni. Paling tak tahan dengki dgn adik. Dengki nk pakai baju yg sama nak dukung nk disuapkan mkn minum. Oh yg pasal makan minum aku ok je. Suka je aku nk suapkan anak2 mkn. Tp tang nk dukung tu mmg xleh tahan. Berat kot.

Pastu kalau aku tinggalkan pegi mandi ke solat ke. Selamba je dia sepak or pukul adik dia. Uwaaaa tak tahan aku tgok mcm tu.

Gambar atas tu masa aku g klinik dgn dia. yup berdua je dgn dia. sbb parking takde. abah dgn adik tunggu dlm keta je. kejap je sbb takde org kt klinik. tapi habis 1 klinik tu dia lari. sentuh itu ini. bukak pintu dan mcm2 lagi. rasa nak ambik tali ikat duk sebelah aku.. hahaha kejam giler! Tapi bila ramai ckp anak kalau aktif dia akan cerdik. mmg la cerdik sgt budak ni. tp iman aku ni tak kuat weh. so mmg aku akan ingat ayat tu tiap kali urut dada dgn perangai dia. huhu bertabahlah!

Wednesday, 18 November 2015

Tingtong sgt rasanya

Apsal la rasa mcm ni. Maybe sbb tak cukup tido n rest la kot.

Nk kata ngantuk sgt tak jugak. Tp mcm campur penat badan. So mcm tingtong. Nk cakap dgn org pun malas sbb kena pikir byak kali. Kalau tak takut mengarut2 je keluar dr mulut ni.

Td kena dgn boss dr hq. Bukan salah aku. Tp tetaplah dipersalahkan. Whatever!

Monday, 9 November 2015

Menyesal kerana ikutkan nafsu!!!

Semalam adalah hari berehat2 kt rumah. Penat jugak asyik keluar je. Keluar pagi balik dah malam. lebih kurang je hari cuti dgn hari keje. So semalam decided nk duk rumah je rest2. eh eh ada anak kecik dan tgh melasak. ada harapan ke nak rest? Jgn nk menggunung sgt harapan nk REST tu. STRESS ada lah.. hahaha... Dari pagi aku menjerit je keje. Entah kenapa aku stress sgt semalam. biasa cool je.. hahaha :P Ye la kot maybe sbb penat. tapi rasa xde la aku bertungkus lumus kemas rumah ke masak ke ape. tu pun nk penat. Tp of coz la penat sbb dedua pun nk berkepit dgn aku. dah la dedua super duper manja. tak menahan okey manja anak anak aku ni. kalau sorang nk dukung, sorang lg dan dan dtg nk dukung jugak. bukan nk g kt abah dia. then terpaksa la aku berlaku adil. takde la aku dukung dedua skali. just entertain dedua skali. sorang sebelah kanan sorang belah kiri. duduk la korang atas peha mak yg empuk nih..huhu

Actually aku menjerit2 dlm rumah tu ada sebab la kan. takkan aku giler nk menjerit tak tentu pasal pulak kan.. Asal aku buat keje je syarif usik adik dia. usik yg bukan sikit2 ye. sekali dia cubit menjerit la si adik. aku mmg biasa kena cubit dgn syarif. mmg sakit weh. so aku boleh bayangkan adik yg kecik tu kena cubit dgn abang dia. mmg sakit. so dia menjerit bukan sbb ngada2 ke ape. sbb mmg sakit. so smalam tak terkira la adik nangis. tiap kali adik dia nangis aku jerit nama syarif. mmg nk terkeluar anak tekak aku jerit. nasib baik sehari je duk rumah. kalau aku jd surirumah dan jaga anak2 aku sendiri aku tak tahu la mcm ne nanti.. haha. Tapi bila dah petang, aku nk rest kejap. sbbpenat menjerit kot. lelap la kejap. pastu bangun tgok rumah mcm kapal pecah. mengucap panjang aku. terus g ambik wuduk solat asar dan bertenang. baru nk tadah tgn berdoa, dah merengek2 dah anak. mintak itu ini. 

Maybe kalau aku nampak pahala mencurah2 melayan anak2 ni. aku mungkin tak kan dan tak pernah merungut. subhanallah. jadikanlah aku seorang ibu yg sabar dan yakin dgn ganjaran membesarkan anak2 ini Ya Allah.

Bawah ni aku muhasabah diri dgn membaca mesej2 kasih syg ni.... walaupun ia utk anak 2tahun, tp masih belum terlambat rasanya utk aku baca.
SELAMI DUNIA ANAK DUA TAHUN.
Ibu pernah share penulisan ini. Namun, Ibu share sekali lagi kerana ramai yang bertanya soalan mengenai anak berumur 2 tahun. Ibu kira ramai yang terlepas peluang membaca penulisan ini.
______________
SESUATU YANG AJAIB MENGENAI ANAK-ANAK 2 TAHUN INI...
Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.

Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.

Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.

Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam 'dunia' dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun - 3 tahun.

Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk...ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.
Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.
Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.
Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.
Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.

Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, 'sayang mama nak mandikan sayang, ya' dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan 'no' maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.

Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.

Tuesday, 3 November 2015

Ready Solat kerrr?

tetiba je tajuk mcm ni. Sbnarnya dah lama dah peratii je. dlm ig or fb kan diorang ada jual jubah la stokin la mcm2 la lagi yg ready solat. tp kadang2 kita or (aku sorang je) yg tak aware ttg ready solat tu. Yes sepatutnya kita berpakaian sentiasa ready solat. apa keadaan sekalipun kecuali bila hanya bersama mahram kita shj kita boleh pakai tak ready solat which is seksi seksa tu. Tapi aku sendiri belum sampai ke tahap tu lagi. nak solat nak kena cari telekung cover. sbb pakaian aku belum capai tahap piawaian sepatutnya. but soon insyaallah. Susah jugak nk mulakan. tapi semuanya tak mustahil.

ok dipendekkan cerita.aku baru tgok iklan stokin ready solat. tapi org yg jual tu tak mention pun stokin tu ready solat. tapi stokin tu mmg boleh bukak dari bawah utk senang ambik wuduk. lepas ambik wuduk terus je la solat. biasa tu yg aku paham ready solat utk stokin ni. pastu mestilah tak jarang kainnya.

Ada la sorang ni. dia duk tanya lagi. ready solat ke stokin ni? apa  sbnarnya yg dia nk tnya? aku rasa semua stokin yg bersih tu mmg ready solat. stokin yg bukak dr atas mcm biasa tu pun ready solat jugak. cuma kena bukak masa nk ambik wuduk. tu je beza dia. not a big deal ttg stokin ready solat ni. asal stokin kita bersih, tak koyak dan boleh je bawak solat.


Monday, 2 November 2015

Bizi sgt kononnya

Sekarang ni kejap je masa berlalu. Seminggu tu mmg kejap je habis. Tapi apa hasilnya??? Pagi2 bangun pegi keja. Malam balik rumah. Makan tgok tv sambil layan anak sambil lipat baju sambil itu ini sampai tertido. Esok pagi rutin yg sama lagi. Ulang2 yg sama. Weekend je kdg tak sama. Tp kdg2 sama jugak..hahaha.



Aku skg tgh semangat nk buat biz. Tp tak tahu mana nk start. Rasa mcm balik kg buat biz pun ok. Tapi takuttttt sbb takde simpanan menggunung mcm org lain. Risau kennn. Biasa kalau nk biz kena ada backup simpanan at least 6bln gaji. Tapi aku seriusly xee pun mcm tu. Sbb tu takut. Plus aku ada hutang lg. Kereta, insuran, blablabla. Tu semua commitment bulanan yg aku kena bayar. Nanti kalau biz aku risau xleh commit semua tu.

Ye la kau ingat niaga hari ni terus esok dpt untungnya???

Wednesday, 28 October 2015

Demam batuk selsema... package semuanya!

Dari last week sebenarnya demam batuk n selsema ni. pastu weekend lepas balik kg. Tahu la kan perjalanan jauh. duk dlm kereta berjam jam. maka bertambah tambah aku punya selsema dgn batuk ni. nasib baik demam dah ok. Balik je kl. terus seram sejuk badan. telan ubat dan zzzzz. tapi bukan zzzzzzzzzzzz sewenang2nya. husband pun demam jugak. so aku kena jaga anak yg suka bangun mlm utk berpesta. bayangkan keadaan aku. tingtong sgt rasanya. dgn xcukup rehat, tak cukup tido, tak sihat bagai. Ubat pun dah habis. maka, patut ke aku ke klinik semula? malas ok!

Monday, 19 October 2015

Mata penat


Tgok la mataku... hukhuk penat sgt kot. Semua urat nk kluar. Ke sbb aku pakai contact lens. Dah lama kononnya nk buat spek. Tp kesudahnya mmg xbuat2 jugak. So everyday aku pakai contact lens dari bgun tido sampai aku nk tido. Cer kira bape jam.. lebih kurang 16jam jugak la. mmg xelok. Tp sbb aku xde spek. So blasah je la. Tu pun kdg2 terbabas tido dgn lens kt dlm mata. Huh. So far alhamdulillah xde masalah. Tp tu la kalau penat dia akan kluar urat2 n rasa pedih sket.


Friday, 16 October 2015

Gatal

Aku ada satu penyakit. Penyakit nk menyoping sesaje. Kahkahkah. Walaupun dah byak aku beli tp aku tetap nk beli lg...huhuhu. macamkan tetiap minggu dpt gaji 😂😂😂

Sebelum ni aku giler shopping online. Lazada ke groupon ke. Tp skg sejak ada mall baru dkat dgn opis aku ni, pantang lunch hour je aku ke sana. Makan subway je pun. Tu je yg paling cepat aku rasa stakat ni. Bagi kitorang masa tu penting giler. Lunch hour sejam je pun. Ko mampu pegi balik dlm sejam tu? Nk tunggu passenger hoist lg.. huhu. Tp tekad la memasing sbb nk cuci mata kt aeon. Aku ni bkn boleh tgok baju baby kt aeon tu. Kalau murah lagi la pantang. Ari ni pegi sambar selai. Walau dlm hati nk sambar beberapa helai lg. Tp sbb mmg lunch hour bwak duit pun cukup2 je pun. Nasib baik la jugak. Pastu pegi lagi mata asyik ternampak baju cantik2 je. Murah plak tu. Kenapa baju budak pempuan semua comel2???? Tak adil betul. Baju bdk laki biasa je. Sampai aku nk beli baju anak laki pun xde yg berkenan dan murah... hahaha MURAH tu sgt penting okey 😅 kalau yg 50 keatas tu byak la jugak. Nk beli yg basahan je. Iols mmg cari yg murah. Xmampu nk beli yg hebat2 nih. Hahahaha..... xde gatal nya kulit anak iols pakai cap murah2 ni.

Wednesday, 14 October 2015

Suka jelir lidah

budak suka terjelir jelir....

Tuesday, 13 October 2015

Kusyuk solat. Kusyuk ke aku?



Sejak ada anak ni, aku mmg agak terkejar2. Maklumlah anak kecik.
Masa anak sorang pun sama. Anak pulak super duper manja. Nk duduk sekaki je dgn maknya.
Dapat pulak anak ke2. Pun sama. Lagi parah sbb terkejar nk entertain dedua org plak.
Aku rasa masa 24jam betul2 tak cukup.

Apa yg mencabar ialah SOLAT. solat bersama anak2. Masalahnya aku selalu mengejar masa. Macamkan penting sgt nk buat benda lain sampai aku solat pun cepat2. asal lepas je. Kusyuk? jarang sgt aku kusyuk. mana tak nya anak2 main depan sejadah. pastu anak2 duk tarik2 kain telekung masa aku tgh solat. pastu masa sujud boleh plah duduk atas tengkuk. mak aihhh sakit kot. mana la nk kusyuk kalau mcm tu.

Nak nk pulak aku balik keje tu mmg dah azan maghrib. So timing ngam2 je utk mandi n solat. terkejar2 kot nk habiskan maghrib sblum masuk isyak. Anak2 plak mmg tak nak dgn abah diorang. aku mandi pun sanggup tunggu depan pintu bilik air. please la manja tahap ape entah. Anak2 aku mmg gitu. kalau tak nakpak aku beberapa minit pun dah menggelabah cari aku. kdg2 aku sengaja je menyorok tepi almari ke ape.. haha saje je nk bagi diorang rasa aku hilang kejap. tp konfirm la kejap je. menggelabah ok panggil2 nama aku.. huhu.

Banyak giler alasan aku kan? manusia mmg lemah. sedikit je ujian terus tertewas. padahal penting kot SOLAT tu. boleh buat main2. Alasan masa la. alasan anak kecik la. macam2 hal. Kalau aku diuji dgn duit banyak pun agaknya banyak lagi alasan aku. padahal kalau takde anak2 kacau aku solat pun belum tentu aku kusyuk.

Ok banyak lg nk cite tp masa tak mengizinkan. bz tahap nk exam spm.. haha bye bye!

Friday, 4 September 2015

Passenger hoist


Macam ni la keadaan nk naik lift pagi2. Eh bkn lift yg cantik tu ye. Ini hanyalah passenger hoist. Naik dia mmg nampak semua belubang2 jaring besi tu. Xde nk tutup2 rapat ke ape. Bila dah biasa mmg xgayat pun. Masa mula2 dulu mmg kecut perut jugak la naik benda alah ni. Nasib baik office kt level 8. Kalau kt level 48??? Huhuhu

Aku dah la naik tren. sampai stesen mmg ngam2 je masa. sampai2 opis lepas tukar kasut n safety helmet, tgok keadaan mcm ni?? beratur sama2 dgn abangla semua. bersesak2 dgn diorang. mmg terbaik sgt la. rasa dah serik keje site ni. aku nk cari keje kt office yg cantik2 la plak lepas ni..hehe berangan je kau kan kak jah. kahkahkah ;p lama xpakai baju kurung.. skirt apatah lagi. keje site mmg xleh nk melawa sgt. hari2 pakai jeans dgn kemeja or t-shirt je. 

orang lain melawa2 dari rumah. aku ni sembur perfume kt rumah, pastu sampai opis confirm kena sembur lagi skali. hahahaha. tapi best la pada aku. dapat pengalaman keje campur dgn general worker gini. Ye la wlpun jumpa time nk naik/turun passenger hoist je, tetap la bersesak dgn diorang. ada yg paham bahasa dan ramai jugak yg jenis xpaham bahasa. pengalaman weh... xmungkin dapat dibeli.

Thursday, 3 September 2015

Bosan tahap gaban


Nak kata takde keje, berlambak atas meja ni. Xhabis2 lg aku hadap dr pagi td. Tp seriusly bosan skg ni. Bosan tahap xleh nk buat ape sbb dah tepu sgt dan aku rasa bosan dah keje sini. Huhuhuhu... tahu la mmg xbaik rasa mcm tu. Tapi mmg seriusly tgh cari keje lain. Apply jobstreet berpuluh or mungkin dah nk dekat seratus. 1 pun xde panggil interview. So sad 😭😭😭

Takpe la aku yakin rezeki aku masih disini sehingga Allah bg peluang utk aku ketempat lain lepas ni. Tu je harapan aku. Insyaallah ada la rezeki lepas ni. Apa pun aku kena hadap situasi yg semakin #$!/^&* kt opis ni. Bos pun nk resign. Apekah???

Pagi ni bos bagi keje macam aku tgh free jer... rasa nk gi toilet lama2 pastu malas nk masuk opis balik.. huhu. stress kak jah!

Tuesday, 25 August 2015

Anak anak


Bawak abang jalan2 supaya dia rasa DISAYANGI. Terpaksa tinggalkan adik kt nurseri..huhu
Anak2 aku mmg terlalu manja dgn aku berbanding dgn abah diorang. Si kecik tu pun nampak manja dgn aku. tapi tak tahu la sampai bila kan. Budak2 mmg akan berubah. But mmg si abang terlalu la manja dgn aku. 'manja' yg kadang2 aku rasa "errrgghhhhh"... hahaha tak baik kot rasa mcm tu. Tapi keTERLALUan manja tu buatkan aku rasa penat kdg2. ye la nk dukung adik lagi pastu abang plak mintak nk dukung jugak... huhuhu. kalau makan malam, mmg kesian. aku terpaksa suap sorang2. dgn abah dia of coz tak nak. mmg abang boleh makan sendiri. time angin manja dia dtg, mmg nk aku suap. lagipun better aku suapkan je sebab kalau dia makan sendiri (especially nasi), of coz aku kena lap lantai bagai selepas dia makan. Lagipun kalau aku suap dia mkn banyak sikit. kalau makan sendiri jatuh kelantai je lebih.

Tapi aku bukan lah nk mengeluh sbb anak2 manja ke ape, best sebenarnya diorang manja ni. jadi rapat je hubungan. Sikit2 nk citer kt kita ape dia buat, apa dia tengok, and ape dia rasa. harap2 sampai besar dia rapat dgn aku, share semua benda dgn aku. 

kalau nk tido plak, tgok aku pokpok adik, tetiba kang abang ckp 'peluk la syayish'... perghhh tiap kali dgr dia ckp mcm tu aku rasa aku tak adil. Yup aku rasa aku tak adil sbb buatkan dia rasa tersisih. tapi hakikatnya aku takdela manjakan adik beria sgt depan2 dia. biasa je kot. dah mmg adik kecik lg of coz aku pegang dia lebih kan. 

Pagi2 nk g taska, aku kan pegang adik. so adik kalau dia nagntuk sandar la kt bahu aku. pastu si abang tgok je. dan dan tu jugak duduk kt peha aku dan suruh aku peluk dia 'peluk la syayish'... hehe comel je siap ambik tgn aku letak kt badan dia. perghhh makan dalam kot.

Tapi tu la kalau boleh kita ni mak mak nak sgt berlaku adil terhadap anak2. tapi ye la kan budak2, mana la dia tahu benda tu semua. yg dia tahu, dia nk kita layan dia lebih je..

Monday, 3 August 2015

Hello hello

my baby dah besar dah dia... kejap je rasa.

Lama giler xupdate. Bz la katanya..hehe. skg mood tgh nk cite mcm2 hal. Tp xtahu nk cite yg mana dulu. So tepek gambar je dulu.

Raya kali ni alhamdulillah sudah ber4. Tapi gambar raya yg proper satu family xde pun. Huhu. Raya 1st kt rumah mak aku. Tp semua adik beradik dah ada rumah sendiri. So diorang dtg selepas solat raya dah. So aku tak rasa sgt kemeriahan pagi raya tu. Dah la salam raya xcukup korum. Family adik aku sampai lewat dah. So kitorang dah keluar ziarah rumah sepupu baru dia dtg. Mmg xsempat ambik gambar family.

Tahu la kan bila ada anak2 kecik. Payah nau nk bgambar. Huhu aku xpuas hati bab ni la. Gambar kenangan xde yg elok. Harap2 masa open house kt kl ni sempat la ambik gambar proper sket. Hehe bkn ape saje je nk buat kenangan. Ehem lagipun aku ada beli groupon cuci gambar 200kping tu. sekarang dah ada dlm 100 je. lagi 100 nk cuci gambar ape eh. tapi takpe sampai bulan 10 voucer tu.. hehe :)

Next year turn raya rumah mertua. Mesti best sbb boleh posing2 suka hati. Meriah beb. Adik beradik ipar ramai. Semua suka bgambar plak tu. Hehe. Lgpun next year insyaallah anak iols dah boleh jalan. Takyah dukung2 dah... 😄

Monday, 27 April 2015

Kena Tipu!

Aku mmg biasa beli barang online. tapi biasa aku beli daripada trusted web/blog. Tapi satu hari tu aku tgok kt instagram sorang seller ni jual product tu murah drp sepatutnya. aku pun mmg agak ragu jugak la nk beli tapi aku saje je nk cuba. sebb murah kot. hehe of coz la kita nk beli yg murah. giler ape nk beli yg mahal kalau depan mata ada yg murah kan.

Aku terus wasap tanya dia ori ke tak. pastu dia ckp of coz la ori. ramai kot org beli dgn dia. takkan dia nk tipu kot. so aku jd yakin la sket. huhu. mula2 beli ok je produk dia. sbb dia bg shaker mmg ori punya la. but second time......aku syak dia jual tak ori punya. Sebab utama nape aku ckp tak ori ialah aku dpt shaker kaler purple. pelik. padahal kalau produk ori mmg kaler putih tutup hijau. pastu dia bagi seketul sabun. mcm sabun cuci muka. aku mmg dah pelik dah masa dpt tu. pastu baru teringat yg produk ori tu masa tu ada promo free skin bar. so agaknya dia pun nk bg aku 'skin bar' lah tu. tapi of coz bukan skin bar yg ori lah ye. warna oren gitu. takde tulis ape2 kt packaging. just plastik lutsinar gitu je. aku pun malas nk berdebat ape dgn owner/penjual tu. just ignore je lah. pasni tobat la aku takkan beli lagi dgn dia. or mmg takkan beli yg murah drp biasa lagi.

Beli je la drp trusted seller. Walaupun mahal sket, ada je diorang buat promo. so beli time promo pun untung jugak.

Wednesday, 22 April 2015

Happy birthday to you, happy birthday to you.......

22 April 2012 - 22 April 2015
Alhamdulillah... 3 tahun sudah anak sulong saya :). Semoga abang menjadi anak soleh dunia dan akhirat.

Sekarang ni macam2 kerenah. Makin manja dan makin 'cerdik'. Semua benda dia tahu. of coz la kalau bercakap mmg tak kalah. Bijak dlm berkata2. aku pun tak tahu mana dia belajar. Of coz la dia tgok keadaan sekeliling kan. kt rumah, sekolah dan tv!. Fuhhhh berdebar rasanya bila anak membesar ni. Takut aku tak dpt mendidik dgn betul je.

Sekarang ni dia punya tantrum pun boleh tahan la. Penat nk melayan..haha! Kadang2 nk marah pun xjadi. aku gelak je terus sebab marah pun tak guna. lagi menjadi2 la dia kalau marah. so kita cool dan reverse saikologi je. kena pandai pujuk. cakap lembut2 puji sikit nanti dia ok la.

Sekarang dah tak kacau adik sgt dah. dah pandai sayang adik dia. Kalau dulu (masa mula2 dapat adik) pantang xde org dekat adik mesti dia gi cubit. maybe masa tu dia xboleh terima hakikat dia ada adik. tp skg alhamdulillah dah sayang adik :)

Wednesday, 8 April 2015

Rutin pagi dihari kerja (weekdays)

Biasanya aku bangun pagi sebelum subuh. Kan subuh lewat skg ni. Bangun dari katil je terus ambik botol susu anak2 yg diorang minum masa tido. Bawak masuk dapur dan basuh botol. Masak air panas utk mandikan baby. 

Tapi kalau la ahad mlm tu aku tido awal kepenatan, tak sempat gosok baju kerja mlm sblum tido, mmg terpaksa la aku bangun lebih awal. Biasa dlm pkul 5 aku bangun nk gosok baju or lipat sebakul baju yg dah kering. Orang lain bangun terus solat tahajud. aku bangun mengadap kain baju. huh. padahal kalau nk solat tahajud, seribu daya kan. bangun awal 10minit dr biasa pun sempat nk tahajud. ni tak, setan2 sedang menguasai suruh sambung tido walau 10minit.. huhu kalah lagi

Pastu aku mandi. Lepas mandi solat. Sediakan air panas utk baby mandi dan terus mandikan baby. Terus siap kan baby wangi2. Borak2 dgn dia sambil kejut abang plak bangun. Bila abang mood baik senang je nk uruskan. Mandikan dia dan gosok gigi (ops anak aku terlajak manja. kena gosokkan gigi dia. kalau tak mmg takde dia nk gosok sendirinya). Tapi ada hari yg dia moody. Habis la kena banyakkan istighfar je aku ni. Nk tengking lebih2 kang bukan berkesan pun. Abang ni aku perati je dia mmg gitu. Kalau kita lg marah, mmg dia lagi tantrum. Kena pujuk dia baik2. Tapi biasa la aku kan manusia biasa. Ada time aku penat, letih ngantuk or lapar aku pun akan jadi singa jadian jugak. Huhuh.

Lepas dah siap2 dua beradik ni. Aku plak pakai baju keje. Kalau dah lewat aku sarung baju seluar n tudung. Pastu makeup kendian dlm kereta je lepas dh hantar anak2 g taska. Kalau sempat aku makeup terus. Tapi kalau 5hari bekerja tu. Mmg boleh kata 2 hari je kot aku sempat makeup kt rumah. Alaaa aku bukan makeup beria pun. Tapi makeup yg aku maksudkan tu ialah pakai lipstik, eye shadow sket, blusher sket bagi tk nampak pucat je. Tu je pun. Kalau kelam kabut dgn anak2 mmg tak sempat nk pakai ape walaupun secoit...huhu.

Pastu masuk dapur buatkan susu untuk abang dgn adik bawak g taska plak. Dah siap semua. Angkut bag anak2 masuk kereta dan zassss gerak. Kalau jem plk aku is tension gggrrrrrr. Dah penat2 mengah2 tetiba jem plak. Huhuhu menangis tk berlagu. opis aku kan tk boleh lewat2 kang dapat warning letter. tapi aku dah tahap otai dah selalu je lambat. bukan aku sengaja pun. sumpah aku mmg tak sengaja. ada je sebab aku terlewat sampai. seboleh2 mmg aku nk sampai awal. dan mmg aku bangun awal. urus itu ini semua tu pastu hadap jem pastu hadap lrt problem lagi...
"baby, boleh tolong muntah"... huhu tu la yg selalu syarif ckp kt adik sambil tutup mulut adik dia.. sabo je la abang.

Tuesday, 7 April 2015

No rest at all

Rasa badan mcm sakit2. Entah rasanya aku takdela buat kerja berat2 pun. Just duk rumah je kot 2hari ni. Tapi celik je mata subuh hari terus berderet jadual nk kena uruskan. Tapi tu pun aku mmg tak masak memasak langsung. Kalau aku masak tak tahu la. Maybe aku boleh pengsan kot. Hahaha be'dooh' sgt ;p.

Ngadap anak2 je buat aku rasa penat. Bukan nk mengeluh ke apa. Tapi ini lah kenyataan yg sedang aku hadapi sekarang ni. Dua2 pun nakkan perhatian aku. Takleh tukar ganti plak tu aku dgn husband aku. Mesti nak aku jugak mcmne pun. Yang si abang tu mmg manja sgt dgn aku. Apa pun nk aku buatkan. Sampai naik stress aku jadinya. Entah kadang2 aku mmg layankan je. Sebab aku tak nak dia rasa kurang kasih syg sejak ada adik. Tapi kalau melampau sgt or aku dah terlalu penat, mmg aku cubit je sekuat hati. Hahaha xde la sekuat hati. Giler nk cubit anak sekuat hati. Cubit sikit je pun dah rasa bersalah giler. Huh.. serba salah aku dibuatnya.

Tuesday, 24 March 2015

Jeles sgt dia terr


Kdg2 aku perasan sgt syarif ni. Jeles yg amat tau. Kdg aku tgh borak2 manja dgn adik dia. Terus dia panggil aku kuat2 mcm tak bagi aku borak dgn adik. Nk suruh aku layan dia la. Huhu nasib baik la aku jenis cool mother kennn...haha harus la aku melayan dia plak lepas tu. Kena adil uols ;p

Pastu kalau aku tgh bcakap dgn abah dia pasal adik, siap la dtg interupt. buat2 nak itu ini semua suruh aku ambik. dan dan pulak dia time ni la nak itu ini. ermmm... biasa la kot budak2 yg dah ada perasaan. jeles ada adik. dulu mmg dia konker sorang2 je. sekarang aku asyik pegang adik je. tapi harap2 lama2 dia ok dan boleh terima. sekarang pun slowly dia nampak ok dah. takde la asyik nk cubit adik je. sekarang ni kalau terdesak aku boleh je tinggalkan dia duduk dgn adik dlm bilik masa aku mandi. tapi of coz la aku mandi laju2 sap sap soi je..haha. sape yg mak mak je paham macamane perasaan mandi laju2 ni. sambil mandi sambil gosok gigi. sambil mandi sambil cuci muka. mmg takde makna nk sopan santun lemah gemalai cuci muka bagai... haha kena multitask gitu.

Syarif ni mmg manja sgt dgn aku. pelik jugak la sbb kdg2 tak nak abah dia langsung. Harap2 adik manja dgn abah dia la pulak. kalau dedua manja dgn aku, payah ler aku. tapi kalau dah besar sikit ok je. cuma kena kuat semangat sikit melayan 'manja' dia ni. letih badan mak ko ni nak. Nk kencing pun tahan, lapar pun tahan sbb melayan ke'manja'an anak anak ni.

Wednesday, 11 March 2015

Penat...

aku rasa 'makcik' sgt kalau pakai tudung lycra gini. huhuhu xsukanya...
Huh tak tahu la apa yg aku penatkan. Padahal hari2 pun mcm ni. Keje masih ok la. Nk kata bz giler pun takde lg. Of coz mood masih belum dtg nk buat keje yg aku tinggalkan selama 2 bln tu. Tp aku rasa projek ni dh slow down. Maybe sbb sebahagian tu dah handover. So tinggal sebahagian je lagi nk kena hadap.

Nk cari keje baru sebenarnya. Belek2 jobstreet takde satu pun lg sangkut yg org panggil utk interview. Errmmmm belum rezeki aku kot. Member opis aku tu dah resign dh. Skg tinggal org baru masuk. Serba serbi nk kena ajar dia balik sbb xbiasa. Aku dh la baru masuk keje lepas cuti panjang. Huhu xde mood pun nk ajar org sbnarnya. Nk cover keje aku sdiri pun xde mood lg ni.

Ok baik tinggalkan cerita mood moody nih. Sebenarnya tanggungjawab la kan. Bukan nk kira mood ada ke takde. Dah ni keje kita of coz la tgungjwb kita. Kalau tk menjawabla kita kt akhirat nanti. Ehemmmm ustajah sgt ni ;p

Wednesday, 4 March 2015

Susu oh susu

Dating berdua :)
Anak aku ni susah sket nk tukar2 susu. sebab dia mmg sembelit. Dah lama dah serasi dgn Friso Gold step3 tu. sampai la beberapa minggu lepas aku decide nk tukar. Lagipun syarif dah nk masuk 3 tahun dah. Better tukar susu. Saje je nk try susu lain. kalau boleh murah sket drp yg skg. Cakap pasal harga susu ni mmg la kan. senyap2 je naik. kejap kang naik. kejap kang naik lg. Fuhhh urutdada sgt. So aku nk try la susu Sustagen sbb member kata budak2 suka sbb rasa dia. so lets try. kalau dpt mengurangkan kos lagi la bagus kan. Tapi aku cuba bagi hari ahad lepas. dia langsung tak nk isap sbb dia kata rasa lain. aku cuba rasa, ok je. ye la kot maybe friso lagi sedap sbb dia dah biasa. aku adalah sgt berdebar2 sbb susu friso dia mmg dah habis betul. langsung dah takde pun. aku paling risau mlm la. kang dia mengamuk nk susu mlm2 buta tu mcmne? kalau dia ngamuk nk friso jugak mcmne? huhu berdebar sgt okey. sbb siang tu mmg dia xnk isap langsung sustagen tu. tetiba mlm dia mamai2 kejut aku, nk susu. aku pun ape lagi berdebar la. buatkan dia susu sustagen. tgok2 selamba je dia isap. alhamdulillah. or maybe sbb dia mamai? ermmm skg masih lg dalam pemantauan. sebab purata dia isap susu dlm 2 kali je kot sehari. malam masa tido je dia boleh habiskan sebotol. siang mmg tak mintak. kesian aku tgok..huhu tgok sehari dua lagi mcmne. kalau dia xnak jugak terpaksa la beli friso jugak.

Monday, 2 March 2015

Bulat booolat


Bulat giler rasanya pakai tudung gini. Tp best sbb material dia sejuk wlpun berat. Skg ni kan trend tudung mcmni. Cotton Lycra kot nama dia. Harus la aku pun terpengaruh. Dah beli online pastu tetiba member opis pun ada jugak jual. Pastu jauh lebih murah plak tu...uwaaaa menangis sambil check duit dlm account. Hahaha xleh blah beb.

Yang ni aku beli online. Sebenarnya aku nk warna biru sbb nampak dlm gambar dia biru okey. Huh xleh percaya sgt gambar promo online ni. Sbb mmg lain kot. Takpe la. Dah la aku xde baju sesuai dgn warna ni. Hijau2 gitu. Nasib baik beli warna pink dgn opismate. Boleh la pakai pink plak lpas ni.

Actually kalau citer bab tudung/shawl ni aku suka beli online. Tp takut warna xsama yg kita nak... haha sbb aku ni senang terpengaruh sket. Tgok model pakai cantik je cepat la aku nk click beli. Tapi aku xpuas hati shawl nelopa yg aku beli hari tu sbb husband aku ckp xsesuai. Huh sentap makcik. Terus tak pakai dah...hahahaha. tu la akibatnya nk ikut trend la kononnya...phewww.

Sunday, 1 March 2015

Weekend


Sabtu lepas aku g kenduri dgn anak bujang. Yup only with him. Actually first time kot aku kluar berdua mcm tu. Aku expect ok la sbb dia dah besar. Tp sebelum kluar kemain berdrama lg kt rumah. Sana sini dia sepahkan. Aku ni kdg dtg ketidaksabaran aku mmg la jd singa. Aku jd singa sbb dia bukak tempat letak makeup aku pastu cungkil eyeliner (yg aku xpernah pakai sbb aku xreti nk pakai) tu pakai tgn. Habis hitam jari dia. Pastu pandai plak dia dtg pujuk aku. Ermmmm aku kalau marah anak, tk sampai 3minit mesti aku nyesal. Pastu rasa nk gi cium2 dia sbb nk mintak maaf. But, aku ada baca jugak pasal ni. Kita kena biarkan dia beberapa minit sblum mintak maaf n explain kt dia kenapa kita marah supaya dia paham. Maksudnya xde la terus g peluk ke ape. Kena hukum jugak dia mcm pulaukan dia. Jgn bcakap dgn dia utk sesuatu tempoh. Tp jgn la lama sgt plak weh. Kang ada yg 2 3 jam xbercakap dgn anak. Huhu. Aku rasa kalau 30minit pun dah ok kot. Or maybe sejam.

Pastu kan skg ni cuaca panas. Dah la mrr2 jem teruk. Sepanjang jln jem padahal dekat je kelab darul ehsan tu dgn rumah aku. Boleh plak syarif ngantuk. Automatik kalau dia ngantuk dia nk umi. Fuhhhh.... sabo je la. Tp nasib baik aku dpt pujuk dia. So xjd la dia tdo. Kalau dia tdo mcmne la aku nk g kenduri tu.

Otw balik tu pun jemmm. Bleh plak syarif ajak aku g jalan2. Aku ckp dgn dia adik dgn abah tunggu kt rumah. Tetap ckp xnk balik rumah. But aku pujuk2 beli pisang goreng dia pun ok la.. hehe

So kesimpulannya aku berjaya keluar berdua. pasni boleh la gi dating dgn kwn2 aku bawak bodyguard..hehe. cuma letihnya nk mengejar dia la plak.

Tuesday, 10 February 2015

Rutin seharian dirumah

Bukan senang kot jadi housewife ni. Aku rasa surrender la nk jd fulltime housewife kalau ada anak kecik. kalau anak2 dh besar ok kot. Tp maybe kena keluar hantar n ambik anak2 skolah pulak. Dgn skolah pagi skolah petang dan mcm2 hal lg. Nk urus rumah tangga lg. Ermmmm xde benda dlm dunia ni yg senang kan.

Aku ni jaga anak kecik sorang pun rasa xdaya. Huh lembik sgt plak rasanya. Tp realiti kot. Padahal hari2 aku masak simple je. Masak pun utk aku makan sorang. Husband aku mmg xnk makan nasi malam2 katanya. So mmg simple giler la lauk aku mkn. Janji makan. Hahaha. Basuh baju n sidai baju tu semua husband aku yg buat sblum dia kluar g keje. Aku tinggal nk lipat je baju2 tu semua.

Bangun pagi solat subuh, kejut mandikan n siapkan syarif yg nk g taska. Masuk dapur selit2 pinggan cawan botol susu dan sbgainya. Masak air panas. Buat susu syarif nk bwak g taska. Lepas husband aku kluar g keje n hantar syarif g taska, aku siap2 brg nk mandikan baby plak. Dah siap mandikan baby, bagi susu. Biasanya dia akan tido kjap.

So masa ni la aku nk pump susu, nk mandi, nk breakfast. Hahaha mustahil aku dpt buat semua benda tu sblom baby bangun. Kadang2 aku tgh mandi dia dah terjaga. So terpaksa la aku layan dia dulu pastu baru pump susu. Kdg2 tgh pump susu dia dah terjaga. Fuhhh mencabar kot. Breakfast pun ala kadar je la. Roti or biskut dgn milo. Tp penting la mkn ape2 sbb nk pump susu. Kalau tk makan mmg sikit je la susu kluar. Pastu nk kejar nk masak plak. Yup mmg masak simple2 tp tetap la kena potong bawang masak nasi bagai kan... harus la terkejar2 buat masa baby tk nangis. Nk tunggu dia tido baru nk buat semua benda mmg ko takkan mkn la sampai ptg karang.. haha kena pandai curi masa.

Baby bila dh bgun kena bagi susu. So kena tgok jam pkul brapa dia last menyusu. Kalau anak aku boleh kata 2-3 jam skali dia nk susu. So get ready la keluarkan susu dr fridge n panaskan. Dah kenyang dia akan tido. Masa dia tido ni la nk makan nasi ke nk solat ke nk kemas2 rumah sikit2.

Bila dia bangun nk dukung la plak. So layankan je la sambil tgok tv. Pastu sampai time dia nk susu bagi lagi.. by that time dah ptg dan husband aku pun dh nk balik keje.

So baru aku tahu mcmne penat jaga anak kt rumah. Lebih rela aku keje. Kahkahkah kejam punya statement! Nk tido siang hari mmg dlm mimpi sgt la kan. Usahkan tido, nk baring pun xsempat weh. Mmg sakit pinggang aku ni kalau dtg hari yg baby asyik nk berdukung je seharian. Tu la bila malam, aku rasa cepat ngantuk n penat. Mana aku layan tv sgt skg ni. Pkul 10 tu aku rasa dah mcm pkul 12mlm dah. Kalau syarif buat hal ngamuk2 sepahkan mainan dia, aku jd amukan la. Penat kot seharian pastu nk kemas menan dia lg.

Ok dah dah sekadar luahan seorang surirumahtangga yg sedang dlm trial katanya. Tp nampak gaya mcm fail je...hahaha ;p

Friday, 6 February 2015

Ragam anak2


Hari ni nak duduk beriba je. Letak kejap nangis. Bape hari je lg nk keje ni. Risau la pulak.

Aku ni kdg2 stress kalau dah penat sgt. Yup penat buat ape pun xtahu. Padahal xde ape pun. Melayan kerenah anak2 je kot.

Syarif suka mintak perhatian kalau aku tgh pegang adik. Or kalau aku tgh borak dgn abah dia. Of coz aku pun paham. Dia nk aku lebihkan dia. Kalau aku tukar diapers adik, mesti dia pun nk tukar jugak. Eh bytheway aku blom train lg dia utk kencing kt toilet. Masa pregnant dulu yup kejap je dia mintak nk kencing kt toilet. Pastu aku malas nk layan sbb aku mabuk2 n penat masa tu. Tp skg ni dia xckp la pulak nk kencing. Tau2 dah penuh diapers dia. Ermmmm bila nk mula ni?

Kalau aku tgh ulit adik tido, mula la dia pun nk tido kt atas riba aku jugak. Boleh bayangkan tak riba 2org serentak. Nasib baik isi kt punggung dgn peha masih tebal...hahaha boleh la tampung. Tp kalau aku ngantuk or penat mmg amukan je la.

Kadang2 datang dia punya nakal, mcm2 dia buat. Aku ni kadang2 xsabar. Aku tahan2 jugak kemarahan aku tp bila tahap dh xleh kawal mmg aku cubit kuat2. Huhu pastu nyesal. Lepas aku solat mula la menitik air mata menyesal pukul or cubit anak. Huhuhu.... esok2 kalau rotan anak pun kena penjara masak la weh. Ehem.

Wednesday, 4 February 2015

Manjaaa sgt dia ni


Entah nape ari ni nk duduk beriba sesaja. Asal letak je nangis mintak diangkat. Fuhhhh satu apepun xleh buat. Hehe padahal mmg xde nk buat ape pun.. maksud aku makan mandi solat la. Kadang aku biar je dia nangis. Aku gi solat. Or aku tgh mkn tetiba dia nangis. Biar je la. Hehe kejam giler aku.

Tp dia pandai ber drama. Kalau aku letak je dia nangis. Padahal Dah kenyang ..risau plak aku sape nk melayan dia kt taska masa aku dh keje. Kdg2 duduk dgn abah dia pun nangis. Aku ambik senyap plak hishhh manja dgn aku. Nk melekap dgn aku je parah la weh. Dah dgn abang lg melekap, adik pun nk melekap jugak. Keluar muscle mak kau ni nak oi nk melayan dedua yg super manja nih.

Tuesday, 3 February 2015

Tido mengereng


Budak ni suka sgt tido gini padahal kecik lg. Baru 54hari kot.

Bawah ketiak


Sekarang ni baby asyik nk tido bawah ketiak je. Especially waktu mlm. Tau tau dgn aku skali tido. Hehee mmg la best sbb boleh rest. Tp risau jugak takut lemas ke ape. Stakat ni alhamdulillah la xde ape.

Dulu masa dlm pantang baby susah jugak nk tido mlm. Masa kita nk tido time tu la dia bangun berjaga. Fuh. Tp skg alhamdulillah dia dah pandai tido mlm. Just bgun 3-4 kali menyusu je la. Pastu sambung tido. Tau la mcmne kalau menyusu mlm ofcoz la duk bwh ketiak aku je. Sudahnya mmg manja dgn aku la nampaknya. Sama dgn abang dia la nampak gayanya.

Friday, 16 January 2015

Jaga apa yg patut ler


Before this mmg aku consume ephyra. Tp sejak aku tahu aku pregnant, aku terus stop. Bukan tak boleh consume masa pregnant tp entah. Aku rasa xnk consume masa pregnant..hehe. but skg dh bersalin aku start consume balik la. Sebabnya aku langsung tak makan ubat or jamu lepas bersalin. Org lain sblum bersalin selalunya beli set bersalin siap dgn ubat semua tu. Aku ni mmg sempoi giler. Tahu dah sebab aku bkn guna benda2 dlm set tu. So aku mmg xbeli pun.

Bila dah lepas bersalin, aku pening pikir nk mkn ubat ape. Last2 aku rasa nk mkn je ephyra semula. Harap2 ok la dgn badan aku sbb skg aku mmg agak lasak. Syarif hujung bln ni baru nk hantar g taska. So kemain lasak. Dari awal pagi sampai lewat mlm or mmg terus ke pagi berjaga dgn baby. Ermmmm rehat tu mmg xde dlm kamus hidup la skg ni. Rasa mcm sakit2 badan jugak la. So bila minum ephyra, rasa badan sedap sikit. Bertenaga je dan rasa badan dah xsakit sgt. Tapi tetap la kena pegi urut jugak ni. Hari tu naik kereta berapa belas jam dr kb ke kl. Pergghh krem urat dgn si abangnya nk beriba minum susu pun nk dgn umi. Adik of coz la susu dgn umi. Last2 dua2 tertido atas umi. Bayangkan berapa beban berat yg aku kena pangku. Tp of coz la lepas dh tertido tu si abangnya aku pas kt adik ipar aku plak. Huh tak larat badan aku. Nasib baik xdemam je.

Hopefully ok la ephyra ni dgn aku. Aku dah malas nk pikir mkn ubat lain dah. Plus aku rasa best je minum ephyra. Susu badan pun maintain banyak. Badan xsakit. Penat pun xrasa. Kesimpulannya minim lah ephyra. Keluarkan duit sikit tp berbaloi2 hasilnya. Eh mcm promote plak. Tp mmg best la..hehe

Monday, 12 January 2015

Mendebarkan betul la....


Sejak aku bersalin, syarif mmg tak hntar pun pegi taska. Ye la sbb aku kan balik kg konon nk berpantang terus kt sana sampai hujung bln Jan tapi apakan daya sbb banjir dan sbgainya, terpaksa la aku balik kl awal. Hari ke 24 aku dah balik kl. Selamba je mmg takde nk berpantang2 sgt pun. Dah jd mangsa banjir, makan apa yg ada...hahaha. tp alhamdulillah aku sihat dan baby jugak sihat. Dan aku rasa diberi kekuatan yg luar biasa sbg seorang ibu. Ye la nk uruskan 2org anak. Sorang tu kemain lasak lagi. Yg sorang pulak baby kecik sgt yg belum paham ape2.

Siang aku lebih jaga syarif sbb dia tgh lasak skg. Lasak dia sampai siang dia tak tido langsung. Main je keje dia. Malam pulak baby tak nak tido. Tak tau kenapa. So aku mmg kurang sgt tido. Aku rasa salah satu penyebab berat badan susut. Dan penyebab aku bermata panda. Huhuhu...tp alhamdulilah aku boleh menghadapinya. Mana dtg kekuatan pun aku tak tahu. Subhanallah besar sungguh kekuasaanNya. Kalau jadi ibu ni mmg semua pun kuat kan? Kasih sayang mengatasi segalanya. Penat? Ape tu? Daripada melayan penat kita lebih rela melayan anak. Aku tk tahu la org lain. Tapi aku mmg mcm tu.

Ok berbalik kpd cite sebenar yg aku nk citer. Sejak aku bersalin, Syarif jd terrrrrr sgt manja dgn aku. Tak tahu sbb ape. Walaupun mmg sblum ni dia manja dgn aku. Tp skg melampau manjanya. Makin menjadi2 pulak. Mungkin sbb ada adik dan dia tak boleh terima? Jeles dgn adik? Sbb duduk dgn aku 24jam dan tk g taska? Ermmmmm pening aku pikir.

Skg ni kalau tanya dia nkng taska ke tak? Mesti dia ckp tak nak. Why???? Padahal sblum ni dia suka je pegi taska. Risau pulak aku. Hujung bln ni nk kena hantar jugak. Harap2 ok la.

Sebulan sudah....


Kejap je masa berlalu. Sebulan sudah. Mcm2 dugaan yg kami lalui dgn banjirnya dgn berpantang yang cilok2nya dgn kerenah anak2 yg mencabar...hehe

Setakat ni Alhamdulillah berat baby dah 4.1kg. Maknanya dah dekat 1kg la baby bertambah berat badan selama 1bulan. Syukur xde sakit ape setakat ni. Cuma malam2 suka nau berjaga. So bertabahla aku ni. Siang jgn harap la aku dpt tido. Melayan si abangnya lg. Mcm2 plak kerenah abang skg ni. Urut dada sgt...huhu aku cuma doakan syarif cepat matang. Supaya dia boleh terima yg dia ada adik. Supaya dia faham kenapa dia kena sayang adik dia. Aku rasa bkn aku sorang yg alami benda ni. Cuma tu la kan.... sabar je.

Macam tak percaya aku dah ada 2org anak. Dah makin tua dah aku ni. Apa pun syukur sgt dikurniakan keluarga yg bahagia 😊

Saturday, 10 January 2015

Sabar jelah


Suka sgt usik adik. Bukan usik sikit2. Terus lepok je adik dia. Selalu sgt. Boleh kata hari2 kena. Payah aku nk explain mcmne kt dia supaya dia sayang adik dia. Tetap la dia buat jugak.


Pantang takde org duduk dekat adik, pasti dia senyap2 lari masuk bilik adik n cium. Mula2 mmg la cium. Pastu lepuk dgn tgn or cubit. Maybe dia rasa kurang kasih sayang. Ermmmmmm.....kesian adik selalu nangis. Sakit kot. Gulppp...rasa bersalah giler beb!

Padahal aku seboleh2 cuba jaga perasaan dia sbg abang. Tak nak dia rasa kekurangan kasih sayang nanti. Aku ada jugak baca pasal ni. So aku mmg entertain dia dulu kalau nampak dia jeles. Sementara adik belum ada perasaan lg skg ni, baik aku layan abang dulu. Semoga dia semakin matang dan sayang adik dia.

Friday, 9 January 2015

Majlis Aqiqah yg sgt ringkas

Kali ni kami decided nk buat akikah terus utk baby. Last time masa abang dia tak buat pun akikah ni. Buat majlis cukur je. Tp kali ni nk ambik berkat buat cukur n akikah skali masa hari ke7.

Tapi banyak jugak cabarannya sbb plan kami nk buat simple2 je. Bila masuk campur org tu org ni dia jd complicated. But alhamdulillah dpt persetujuan bersama utk majlis yg serba ringkas. Sbb mmg takde kakitgn pun nk handle majlis. Aku kesian laki aku tu. Dia la yg paling penat kalau majlis2 gini. Kalau aku boleh buat keje takpe jygak. Kang aku nk tlg mesti semua org tak bg buat keje.

Masak2 semua kitorang serahkan kt pakcik je sbb dia mmg ambik tempahan catering. Nk masak sendiri? Mmg takkk la. Mak aku selalu je penat lgpun taknak susahkan dia. Lagipun tak nak rumah berkecah dan sape pulak nk tlg kemas? Hahaha

Kebetulan masa balik kg tu hujan tak berhenti. musim banjir la katakan. Tp nasib baik masa tu belum lagi banjir besar tu. Tetamu pun ramai yg xdpt dtg. So kita kirim2 je la kt diorang. Tp puas hati la sbb lauk tak membazir. Sob sob sob... terliur tgok diorang mkn kambing. I makan sekut kering je la...hahaha ;p

>> Nama baby? Berat baby? Bersalin normal ke? Bersalin kt mana?>>> kita sambung bila aku free nti eh.

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur tak terhingga. Selamat melahirkan anak ke2 pada 11 Dec 2014 yg lepas. Syukur kerana dipermudahkan dipermudahkan segala urusan sepanjang pregnant dan bersalin. Alhamdulillah.... EDD aku 14Dec sebenarnya. Tapi aku still keje lg 11 Dec tu. Aku plan tak nk ambik cuti langsung before deliver. Kahkah... tp Allah permudahkan segalanya. Aku keje mcm biasa 11 Dec dan mlm tu masa kemas2 baju yg nk bwak balik kg tu baru aku rasa sakit contraction. Terus ke hospital lebih kurang pkul 12mlm. Pkul 2.30am dah selamat melahirkan zuriat ke2 kami. Alhamdulillah ;)


Sekarang ni family kecik kami dah cukup korum. Dikurniakan sepasang anak... gembira tak terkata. Boleh rest la kejap... kejap ke? Hehehe. Bagi aku 2 org anak pun dah cukup. Apa2 pun bergantung pd rezeki Allah sbb hanya Dia yg tahu apa akan berlaku nti.

Cerita bersalin nti aku free2 aku coret kt sini sbgai kenangan utk diri sendiri nti. Tp skg ni bz la. Xde masa kot nk karang..huhu. tak menang tgn nk handle 2 beradik ni. Fuhhhh urut dada beb! Tabik la sesapa yg beranak ramai dan jarak dekat2. Aku mungkin tak kuat macam diorang. Skg pun rasa nk pengsan...hahaha. terus cancel niat nk jd fulltime housewife n jaga sendiri anak kt rumah. Tapi kalau anak dah besar on balik la niat tu...haha ;p