| Bawak abang jalan2 supaya dia rasa DISAYANGI. Terpaksa tinggalkan adik kt nurseri..huhu |
Anak2 aku mmg terlalu manja dgn aku berbanding dgn abah diorang. Si kecik tu pun nampak manja dgn aku. tapi tak tahu la sampai bila kan. Budak2 mmg akan berubah. But mmg si abang terlalu la manja dgn aku. 'manja' yg kadang2 aku rasa "errrgghhhhh"... hahaha tak baik kot rasa mcm tu. Tapi keTERLALUan manja tu buatkan aku rasa penat kdg2. ye la nk dukung adik lagi pastu abang plak mintak nk dukung jugak... huhuhu. kalau makan malam, mmg kesian. aku terpaksa suap sorang2. dgn abah dia of coz tak nak. mmg abang boleh makan sendiri. time angin manja dia dtg, mmg nk aku suap. lagipun better aku suapkan je sebab kalau dia makan sendiri (especially nasi), of coz aku kena lap lantai bagai selepas dia makan. Lagipun kalau aku suap dia mkn banyak sikit. kalau makan sendiri jatuh kelantai je lebih.
Tapi aku bukan lah nk mengeluh sbb anak2 manja ke ape, best sebenarnya diorang manja ni. jadi rapat je hubungan. Sikit2 nk citer kt kita ape dia buat, apa dia tengok, and ape dia rasa. harap2 sampai besar dia rapat dgn aku, share semua benda dgn aku.
kalau nk tido plak, tgok aku pokpok adik, tetiba kang abang ckp 'peluk la syayish'... perghhh tiap kali dgr dia ckp mcm tu aku rasa aku tak adil. Yup aku rasa aku tak adil sbb buatkan dia rasa tersisih. tapi hakikatnya aku takdela manjakan adik beria sgt depan2 dia. biasa je kot. dah mmg adik kecik lg of coz aku pegang dia lebih kan.
Pagi2 nk g taska, aku kan pegang adik. so adik kalau dia nagntuk sandar la kt bahu aku. pastu si abang tgok je. dan dan tu jugak duduk kt peha aku dan suruh aku peluk dia 'peluk la syayish'... hehe comel je siap ambik tgn aku letak kt badan dia. perghhh makan dalam kot.
Tapi tu la kalau boleh kita ni mak mak nak sgt berlaku adil terhadap anak2. tapi ye la kan budak2, mana la dia tahu benda tu semua. yg dia tahu, dia nk kita layan dia lebih je..
No comments:
Post a Comment