Semalam adalah hari berehat2 kt rumah. Penat jugak asyik keluar je. Keluar pagi balik dah malam. lebih kurang je hari cuti dgn hari keje. So semalam decided nk duk rumah je rest2. eh eh ada anak kecik dan tgh melasak. ada harapan ke nak rest? Jgn nk menggunung sgt harapan nk REST tu. STRESS ada lah.. hahaha... Dari pagi aku menjerit je keje. Entah kenapa aku stress sgt semalam. biasa cool je.. hahaha :P Ye la kot maybe sbb penat. tapi rasa xde la aku bertungkus lumus kemas rumah ke masak ke ape. tu pun nk penat. Tp of coz la penat sbb dedua pun nk berkepit dgn aku. dah la dedua super duper manja. tak menahan okey manja anak anak aku ni. kalau sorang nk dukung, sorang lg dan dan dtg nk dukung jugak. bukan nk g kt abah dia. then terpaksa la aku berlaku adil. takde la aku dukung dedua skali. just entertain dedua skali. sorang sebelah kanan sorang belah kiri. duduk la korang atas peha mak yg empuk nih..huhu
Actually aku menjerit2 dlm rumah tu ada sebab la kan. takkan aku giler nk menjerit tak tentu pasal pulak kan.. Asal aku buat keje je syarif usik adik dia. usik yg bukan sikit2 ye. sekali dia cubit menjerit la si adik. aku mmg biasa kena cubit dgn syarif. mmg sakit weh. so aku boleh bayangkan adik yg kecik tu kena cubit dgn abang dia. mmg sakit. so dia menjerit bukan sbb ngada2 ke ape. sbb mmg sakit. so smalam tak terkira la adik nangis. tiap kali adik dia nangis aku jerit nama syarif. mmg nk terkeluar anak tekak aku jerit. nasib baik sehari je duk rumah. kalau aku jd surirumah dan jaga anak2 aku sendiri aku tak tahu la mcm ne nanti.. haha. Tapi bila dah petang, aku nk rest kejap. sbbpenat menjerit kot. lelap la kejap. pastu bangun tgok rumah mcm kapal pecah. mengucap panjang aku. terus g ambik wuduk solat asar dan bertenang. baru nk tadah tgn berdoa, dah merengek2 dah anak. mintak itu ini.
Maybe kalau aku nampak pahala mencurah2 melayan anak2 ni. aku mungkin tak kan dan tak pernah merungut. subhanallah. jadikanlah aku seorang ibu yg sabar dan yakin dgn ganjaran membesarkan anak2 ini Ya Allah.
Bawah ni aku muhasabah diri dgn membaca mesej2 kasih syg ni.... walaupun ia utk anak 2tahun, tp masih belum terlambat rasanya utk aku baca.
SELAMI DUNIA ANAK DUA TAHUN.
Ibu pernah share penulisan ini. Namun, Ibu share sekali lagi kerana
ramai yang bertanya soalan mengenai anak berumur 2 tahun. Ibu kira ramai
yang terlepas peluang membaca penulisan ini.
______________
______________
SESUATU YANG AJAIB MENGENAI ANAK-ANAK 2 TAHUN INI...
Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam
dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.
Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata,
tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.
Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil
yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa
mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai
perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.
Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam
'dunia' dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun
sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk
anak yang berusia 1.5 tahun - 3 tahun.
Fahamilah jika anak pada
usia ini nampak macam berakhlak buruk...ingat itu bukan akhlak dia, itu
adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.
Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan
dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada
masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.
Jika
dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di
kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.
Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.
Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.
Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, 'sayang mama nak mandikan
sayang, ya' dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah
dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan 'no' maka teruskan pujuk
dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.
Bila anak-anak kecil
ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh
memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak
itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat
berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.
No comments:
Post a Comment