Monday, 14 April 2014

Short Vacation - Melaka 2

Tempat yang pertama kitorang tuju ialah kt bangunan merah tu la. Tapi aku sebenarnya tak minat sejarah ni..hahaha. Jadi lupakanlah kalau nk masuk muzium semua ni. Last 4 years aku dtg dgn bos jepun aku tu dah cukup bosan aku duk keluar masuk muzium sebab bos jepun aku tu minat sejarah. Kemain la duk tanya aku itu ini pasal sejarah. huhu azab rasanya nk menjawab sbb aku tak suka dan tak ambik tahu pun pasal sejarah.

Sekarang ni anak masih kecik, so tak payah ko nk beria bawak dia masuk muzium bagai la eh. dia masih tak tahu apa2 pun. Kita jalan2 kt luar sudah. Anak aku tu sejak bila entah suka sgt hello kitty. pelik aku. maybe dia tgok kt taska dia kot. Bila tengok beca kt sini banyak yg ada hello kitty. penuh satu beca plak tu. beria ye diorang decorate. Syarif mmg la suka sgt.. nak naik? mmg tak payah la kot. dah la panas. satu round jer dah berapa puluh ringgit. tak kuasa aku.

Memula sampai... panasnya cuaca...

uit leka dia duk tgok org pakai baju askar dgn motor tu.. takut ke ape ni syg...
pakai topi ni nak. panas sgt kt luar tu. Topi ni beli kt khemah2 dkt bangunan merah. RM10. Tu aku dah rasa murah dah. Skali jalan2 kt jonker walk RM6 je rege dia. sebijik sama.  menyampah aku....huhu

aku sebenarnya lenguh sgt dah masa ni. dah la panas. dia tak nak jalan sendiri pulok.. dah la nk dukung dgn aku je... huhu menagis dlm hati je la aku ni

Dalam panas2 ni ternampak pulak cendol. Terbaik la. Jom pekena cendol dulu. Aku bukan pencinta cendol tp sebab panas dan dahaga, boleh la..

Pastu sambung jalan2. Ke Jonker Walk pulak. Tengok la apa ada sana. Walaupun panas tetap kugagahi jua.. kalau nk tunggu teduh mmg malam la jwbnya.
gigih tak ambik gambar tgh2 panas. hahaha ;p
Jalan2 kt Jonker Street (jonker walk ke jonker street? blasah je la ;p). Takde la best sgt. banyak kedai cina jer. Kalau nk beli fridge magnetic tu boleh la. sebab murah kot kt sini berbanding kt bangunan merah tu.

Tengok la anak aku.. nk dukung sesaja... huhu
to be continued....

No comments:

Post a Comment