Wednesday, 16 April 2014

Dapat jumpa Prof Muhaya secara LIVE :)

Sabtu lepas, 12th April 2014, Aku berpeluang mengikuti "Dhuha Special" di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang. Mmg nak sgt2 pegi. Actually bukan first time aku pegi ceramah Prof Muhaya ni. Dulu masa pregnant, sempat jugak aku pegi. Tapi masa tu lepas maghrib hari kerja. Macam terkejar2 la sikit. Masa tu tak silap aku Prof Muhaya dgn Ustaz Zul Ramli. Mmg best la. 
Bangga sgt dgn prof...
Tapi kali ni untuk muslimat shj. So, bertambah best la kan. Penuh masjid dgn muslimat. Tapi ada jugak la kaum lelaki yg duk kt luar tu. tumpang dengar katanya. Tajuk dia mcm biasa; Bahagia dan Membahagiakan. Selalu jer aku dgr kt tv. Malah mmg ada yg sama pun apa yg dia ckp tu. Cuma kdg2 dgr mcm tu je tak sempat nk menghayati or memahami maksud sebenar. Tapi kali ni mmg bertepek2 la kena kt diri sendiri. Ermmm mmg bagus pegi kuliah2 yg macam ni. Bukan apa, kdg2 kita ni leka dgn kehidupan seharian kita. Tanpa sedar, banyak yang perlu dibaiki. Sibuk sgt sampai lupa nak audit diri. Macamkan bagus sgt kita ni. macamkan perfect sgt kita ni. Macam orang yg buat salah kt kita tu mmg bersalah kt kita. Padahal kita ni lebih2 lagi kena bermuhasabah diri sendiri sblum tuduh org or memandang keburukan org terhadap kita. Aku pun tak reti nk explain lebih2. Bukan reti pun. Eh, bukan alim pun.
suka cara dia menyampaikan ceramah. direct to the point.
Aku mmg terkesan sgt dgn apa yg Prof ckp. Kalau disekeliling kita ni ada yang tak baik, terus muhasabah diri sendiri, bukan nya gi sound org tu. Paham tak? Sebenarnya apa yang kita ada (dlm diri kita), kita beri, dan kita dapat. Macam karma lah. Apa yang ada dlm diri kita adalah cermin pantulan yang ada di sekeliling kita. Maksudnya apa yang kita dapat tu adalah cermin diri kita. Contoh mudah mcm ni; kalau kita dapat kawan tak elok/jahat, mesti diri kita sendiri pun jahat. Samada kita sedar atau tidak. atau kita je mengaku kita baik, padahal??? sila soal diri sendiri. Masa tu Prof siap tanya sapa ada pembantu rumah yg jahat? semua tak ngaku okeh. berani kau nk ngaku sebab dia ckp kalau pembantu rumah jahat sebab tuan dia jahat...hahahaha. ok sila la audit diri sendiri. sesungguhnya apa yg terjadi bermula dari diri kita sendiri.

Pastu Prof ada cadangkan suruh delete member2 facebook yang tak tutup aurat, yang selalu post benda2 negatif, selalu mengumpat, selalu fitnah org tu orang ni, gosip sana sini.. Ni aku akan buat dlm masa terdekat ni slow2... huhu ramai jugak member facebook yang mcm tu. Ehemmm tu adalah cermin diri aku sendiri. maknanya aku ni mmg jauh la dari "org baik-baik". Pasni selalu la post benda yang berfaedah sikit ye. Info2 yang sahih dan yang mendorong org lain buat kebaikan. Insyaallah.
Masjid Al-Ridhuan ni mmg best. Pengisian dia mmg terbaik la. Dah la dekat dgn rumah aku. Rugi sgt kalau tak pegi. Kalau hari sabtu pagi boleh la join. Tapi kalau ahad atau malam, mmg aku xdpt join la. Nak bawak Syarif? mmg tak la... kang aku pulak yg duk depan bg ceramah.. haha ;p

No comments:

Post a Comment