Wednesday, 30 April 2014

tak dapat diungkapkan perasaan ketika ini

Hah ambik tajuk... tak tau nk letak tajuk ape. belasah la labu....hihi

Excited? Seronok? Suka? Semua ada.... terkejut pun ada. Alhamdulillah dgn rezeki ini. Sebenarnya perancangan Tuhan tu mmg indah. Kita je tak tahu kan.

Friday, 25 April 2014

Ketat


Sekarang ni semua aku rasa mcm dah sendat... seluar, baju kemeja keje.... huhuhu rasa mcm nk nangis apsal aku boleh jadi gems mcm ni.... uwaaaaaaaaaa......

Dah dua tiga hari ni asal sarung jeans je, tgok cermin mcm seksa... terus tukar lain yg ok sket. Sket je la...hahaha... pagi ni sarung jeans yg biasa aku pakai longgar tu.. dan tak sangka kenapa ia boleh jd sendat jugak? Uwaaaaaaaaa....

Sama jugak kes dgn kemeja aku yg biasa aku pakai g keje. Biasa size kemeja ngam ngam dgn bdn aku. Tetiba je sendat kt perut n pinggang. Ni ape kes beb. Mmg mengelabah aku. Terus aku rasa mcm xnk makan nasi seminggu. Tp seminggu je la kononnya. Tapi awal2 pg perut dah berkeroncong... apekah weh. Ape aku nk buat skg ni. Jogging? Exercise? Diet?

Padahal makan takde la banyak sgt.. ceh tak ngaku la tuh ;p. Serius beb mkn nasi sikit je kot skg ni sbb aku rasa lengan aku dah membesar bagai juara. Tapi maybe faktor usia...hahaha skema lol. Stamina dah tak macam masa muda remaja dulu tu. Dulu nk turun 4-5kg mmg seminggu je aku ambik masa. Skg ni? Sebulan pun jgn harap nk dpt... fuhhhh...... belek2 fb terpengaruh dgn produk yg kononnya boleh kurus tu. Tapi mmg aku tak percaya langsung. At least pd masa skg la aku tak caya. Tak tahu la nanti2 aku akan terpengaruh ke tidak.... hahaha ;p

Tapi dgn rasa tak bersalahnya aku blasah jugak mkn nasi lemak pagi tadi.. teringin sangat rasanya..hehehe ;p

Wednesday, 23 April 2014

Happy Birthday My Love

Alhamdulillah. 22 April 2014 genap 2 tahun umur anak aku. Takde pun celebrate besday dia semalam..hehe lgpun keje kan. Masing2 bz takleh nk ambik cuti. Tak kisah la asalkan ingat besday dia. Dia bukan reti lagi nk demand2 ni hehe. Insyaallah weekend ni la nk celebrate ramai2. Lagipun mak mertua aku datang kl. so sekali arung la kan. 


Muhammad Syarif ni tak banyak kerenah. Tapi banyak cakap. pokpek pokpek bebel kt rumah.. dan boleh tahan lasak la. sampaikan aku surrender nk bawak dia gi shopping. haha ;p. Terlalu manja terutama dgn aku. Org kata sbb takde adik lagi.. eh ye ke? Nanti ada adik pandai la dia berdikari. harap2 gitu la.


masa ni baru merangkak...
Sensitif boleh tahan jugak. Senang merajuk. Kalau kita cakap "Tak boleh", "Jangan".... huhu cepat je palingkan muka dan masam. Aku tak pasti la mana dia belajar. semulajadi ke ape ni? Mak dia ok je takde nk merajuk2 ni.... haha ;p.  So mmg kena guna pendekatan lain la selain "jangan" or "tak boleh". Ni pun aku ada cari2 dari parenting website. Harap2 berkesan la guna kt dia. Nanti senang aku share kt sini.
masa ni lebih kurang seminggu sebelum bersalin. memboyot..hehe rindu plak ;p
Alhamdulillah sepanjang 2 tahun ni takde masalah jaga dan besarkan Muhammad Syarif. Harap2 dapat bagi didikan agama secukupnya. Aku sendiri pun terhuyung hayang lagi. Harap dapat bimbing dia ke jalan yang benar, Insyaallah.

Friday, 18 April 2014

Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri


Ikutkn dah basi dah isu ni. Saje je aku rasa nk tepek. Ni status member FB aku. Dan kwn2 dia ada komen. Tapi bila aku baca komen tu aku kurang setuju la. Bab harga mahal tu aku kurang setuju la org duk kritik sbb kan ke pilihan kt tangan kita? kenapa org ramai je beli kalau betul mahal?. So, bagi yg kata mahal tu, maybe dia tak mampu nk beli. Suka hati diorang la nk jual mahal atau murah, kalau tak mampu, beli la yg murah. Full stop.

Yang kritik pendek la singkat la...mcm2 la korang kan. sukahati dia la nk design mcmne. yang labuh ada je. beli je yang labuh. setel.

Mmg betul berbelanja ikut kemampuan. Itu je. Kalau kita mampu, apa salahnya. Kalau tak mampu, takde org nk paksa pun suruh beli. Ni tak, sanggup tu nk beli sebab terlalu ikut trend. 

Aku sendiri tak pernah pun beli tudung fareeda ni. Sebab aku tak minat. tak pernah terfikir nk beli langsung. lagipun aku ni kan outdated. ada aku kisah? hahaha... Kenapa nk kisah sgt pandangan org terhadap kita? dan pernahke kita kisah pandangan sang pencipta terhadap kita? ehemm.... ambik mode ustajah sket ;p

Wednesday, 16 April 2014

Dapat jumpa Prof Muhaya secara LIVE :)

Sabtu lepas, 12th April 2014, Aku berpeluang mengikuti "Dhuha Special" di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang. Mmg nak sgt2 pegi. Actually bukan first time aku pegi ceramah Prof Muhaya ni. Dulu masa pregnant, sempat jugak aku pegi. Tapi masa tu lepas maghrib hari kerja. Macam terkejar2 la sikit. Masa tu tak silap aku Prof Muhaya dgn Ustaz Zul Ramli. Mmg best la. 
Bangga sgt dgn prof...
Tapi kali ni untuk muslimat shj. So, bertambah best la kan. Penuh masjid dgn muslimat. Tapi ada jugak la kaum lelaki yg duk kt luar tu. tumpang dengar katanya. Tajuk dia mcm biasa; Bahagia dan Membahagiakan. Selalu jer aku dgr kt tv. Malah mmg ada yg sama pun apa yg dia ckp tu. Cuma kdg2 dgr mcm tu je tak sempat nk menghayati or memahami maksud sebenar. Tapi kali ni mmg bertepek2 la kena kt diri sendiri. Ermmm mmg bagus pegi kuliah2 yg macam ni. Bukan apa, kdg2 kita ni leka dgn kehidupan seharian kita. Tanpa sedar, banyak yang perlu dibaiki. Sibuk sgt sampai lupa nak audit diri. Macamkan bagus sgt kita ni. macamkan perfect sgt kita ni. Macam orang yg buat salah kt kita tu mmg bersalah kt kita. Padahal kita ni lebih2 lagi kena bermuhasabah diri sendiri sblum tuduh org or memandang keburukan org terhadap kita. Aku pun tak reti nk explain lebih2. Bukan reti pun. Eh, bukan alim pun.
suka cara dia menyampaikan ceramah. direct to the point.
Aku mmg terkesan sgt dgn apa yg Prof ckp. Kalau disekeliling kita ni ada yang tak baik, terus muhasabah diri sendiri, bukan nya gi sound org tu. Paham tak? Sebenarnya apa yang kita ada (dlm diri kita), kita beri, dan kita dapat. Macam karma lah. Apa yang ada dlm diri kita adalah cermin pantulan yang ada di sekeliling kita. Maksudnya apa yang kita dapat tu adalah cermin diri kita. Contoh mudah mcm ni; kalau kita dapat kawan tak elok/jahat, mesti diri kita sendiri pun jahat. Samada kita sedar atau tidak. atau kita je mengaku kita baik, padahal??? sila soal diri sendiri. Masa tu Prof siap tanya sapa ada pembantu rumah yg jahat? semua tak ngaku okeh. berani kau nk ngaku sebab dia ckp kalau pembantu rumah jahat sebab tuan dia jahat...hahahaha. ok sila la audit diri sendiri. sesungguhnya apa yg terjadi bermula dari diri kita sendiri.

Pastu Prof ada cadangkan suruh delete member2 facebook yang tak tutup aurat, yang selalu post benda2 negatif, selalu mengumpat, selalu fitnah org tu orang ni, gosip sana sini.. Ni aku akan buat dlm masa terdekat ni slow2... huhu ramai jugak member facebook yang mcm tu. Ehemmm tu adalah cermin diri aku sendiri. maknanya aku ni mmg jauh la dari "org baik-baik". Pasni selalu la post benda yang berfaedah sikit ye. Info2 yang sahih dan yang mendorong org lain buat kebaikan. Insyaallah.
Masjid Al-Ridhuan ni mmg best. Pengisian dia mmg terbaik la. Dah la dekat dgn rumah aku. Rugi sgt kalau tak pegi. Kalau hari sabtu pagi boleh la join. Tapi kalau ahad atau malam, mmg aku xdpt join la. Nak bawak Syarif? mmg tak la... kang aku pulak yg duk depan bg ceramah.. haha ;p

Tuesday, 15 April 2014

Short Vacation - Melaka 5 (last)

Breakfast pagi tu turun bawah, semua muka tak mandi tapi maintain cun..hakhak ;p. Anak aku dah terlebih aktif. makan bubur sikit je. pastu kemain ligat dia berlarian sana sini. aku risau je langgar org bwk makanan tu. sudu garfu dah berapa kali jatuh. suruh duduk kt meja jgn harap dia nk duduk diam2.. alahai anak. aku makan mmg tak menikmati langsung. Baru nak suap masuk mulut, dia dah lari hujung sana...huhu. So far makanan dia ok la bagi aku. Nak snap gambar makanan pun mmg tak terpikir langsung sebab sibuk kejar anak punya pasal.
tgok dia tu....

Lepas makan, kitorang jalan2 kt belakang hotel. Kata duduk hotel sebelah sungai. Jadi harusla jalan2 menikmati udara pagi...hehe. Boleh pulak time ni Syarif tak nak jalan sendiri... Sesungguhnya ia amat menguji kesabaran aku. Masa ni la kalau nk berjalan berlari pun anakku syg. Tadi kemain lagi berlari...huhu jadi mak mak ni mmg kena sabar banyak2 ek.

Malas nk letak caption kt gambar. Takde idea... haha ;p




Lepas dah penat jalan, naik bilik, mandi2 dan kemas2 nk checkout. Lepas checkout kita ke Menara Taming Sar pulak.

Sampai sana, tgok benda tu tak bergerak. ada notis plak tu... huhuh nampaknya tak dpt la kita naik menara tu kali ni sebab rosak ke ape entah.
Nak jalan2 kt taman, tapi hujan lebat la plak. anak aku dah le kena chickenpox. So, marilah kita masuk dlm kereta. Tapi ada satu kes kt sini. Husband aku cukup bengang...haha. Sistem parking kt sini mmg tak masuk akal langsung. Kena beli buku parking tu ko tau tak? Dah la kebanyakannya kan pelancong luar. Kalau ko jual buku parking tu kt org melaka yg datang tetiap minggu kt sini takpe la jugak. Ni kitorang yg dtg setahun sekali pun belum tentu, ko nk suruh beli buku? ermmmm tak logik la.

Tak boleh ke diorang decide berapa parking per entry ke per hour ke.. kan ke senang? ni nk kena beli buku parking pastu gores berapa jam... eiiii sgt tak sesuai. Kalau tak beli kena saman... Tak amsuk akal la bagi aku.

Lepas tu kitorang pegi pantai klebang. kononnya nk minum coconut shake la. skali hujan, belasah je la kedai mana yg ada. minum coconut shake biasa dgn coconut shake oreo.

Pastu jalan2 ke muzium kapal selam. Tapi aku dgn SYarif tak turun pun. Husband aku je turun. Sebab masa ni hujan renyai2... so kitorang tunggu dlm kereta je la.


Lepas tu bertolak balik KL. Alhamdulillah hepi sgt dgn percutian kali ni walaupun singkat.

Short Vacation - Melaka 4

Lepas naik cruise maka kami adalah sgt lapar... Tempat yang hendak dituju adalah Umbai. Semua org duk sebut2 umbai tu. kitorang tka pernah sampai. takde la jauh sgt dari bandar hilir tu. dalam 30 minit je. semua ni kitorang pakai gps je. belasah je la ikut. hehe :)

Akhirnya sampai sana, tak tahu nk pilih kedai mana. nasib baik la husband call kwn dia tanya kedai mana yg best. kalau tak kitorang blasah kedai yg tak sedap dan tak ramai org tu. sekali tgok hujung tu besar dan ramai sgt org. Terbaik la. mmg tu la tempatnya. Dan terus menuju ke sana....

Sampai2 sana anak aku dah letih. mula la protes. itu salah ini salah. kelaurkan coloring book pun tak nak. keluarkan kad upin ipin pun tak nak. ermmm penat sgt agaknya. Huaaaaaaa....aku ni lagi la penat. duk dukung dia je dah berapa lama. Nak makan pun aku rasa tak feel dah kalau anak buat hal. sabo je la nak. Makanan sampai je terus makan cepat2.
nyum nyum nyum... sedap sgt :)

udang masak berempah pun sedap

sotong

brokoli
Semua ni total lebih kurang RM80 je. Agak berbaloi la kan. Sedap pun sedap :) Setel makan balik. dalam kereta anak dah tido. Lega rasanya.

Monday, 14 April 2014

Short Vacation - Melaka 3

Lepas dah jalan2 sambil membasahkan baju dgn peluh, menguatkan otot lengan aku sambil dukung anak, jom kita jalan lagi ke kapal ni. Tak masuk dalam pun sebab malas. penat sebenarnya. just ambik2 gambar kt depan je.



Pastu ternampak bangunan kedai kt depan kapal ni. Teruja jugak nk shopping tapi......... nafsu shopping aku mati setelah anak aku buat hal...huhu berlari2 dalam kedai tu, pegang bear sana, pegang barang sini, pastu bawak lari.. huhu berpeluh aku nk kejar. nasib baik la xde benda mudah pecah kt kedai tu. Langsung aku tak beli apa2 utk opismate aku...

Lepas tu kitorang kembali ke tempat river cruise tu sebab dah petang. dah tak panas sgt dah nak naik cruise. Boleh tahan ramai jugak la org. Perjalanan pergi balik tu lebih kurang 40-45 minit. Boleh tahan la. Tapi kalau boleh tak payah la korang duduk depan sekali sebab terpercik air yg busuk...hehe. Aku duk tgh2. Ada mat saleh tu confident duk depan. mmg terpercik la air. Bau dia mmg tak best ye. Syarif behave sgt masa dlm boat tu. agaknya pelik kenapa lalu atas air. Masa tu dah nk malam, lampu2 dah start pasang. cantik.
masa ni aku dah melekit. ikutkan hati nak je balik bilik mandi dulu.

mintak budak sebelah aku ambikkan. kemain lebor lagi muka mak jemah ye ;p

Gambar2 ni semua laki aku yg snap. aku masa ni dah penat gilos.. haha







Bagi aku berbaloi la naik river cruise ni. Boleh tgok sepanjang sungai ni. Dan org melaka ni ramah2. bila kita lalu je kampung diorang, diorang akan lambai2... bestnya. aku rasa mcm kt oversea...haha bedooh la tu ;p. Tapi serius aku rasa damai jer la kt melaka ni. at least kt area hotel yg kitorang stay tu mmg damai. Pagi2 jalan kaki situ aku rasa tenang je. 


Short Vacation - Melaka 2

Tempat yang pertama kitorang tuju ialah kt bangunan merah tu la. Tapi aku sebenarnya tak minat sejarah ni..hahaha. Jadi lupakanlah kalau nk masuk muzium semua ni. Last 4 years aku dtg dgn bos jepun aku tu dah cukup bosan aku duk keluar masuk muzium sebab bos jepun aku tu minat sejarah. Kemain la duk tanya aku itu ini pasal sejarah. huhu azab rasanya nk menjawab sbb aku tak suka dan tak ambik tahu pun pasal sejarah.

Sekarang ni anak masih kecik, so tak payah ko nk beria bawak dia masuk muzium bagai la eh. dia masih tak tahu apa2 pun. Kita jalan2 kt luar sudah. Anak aku tu sejak bila entah suka sgt hello kitty. pelik aku. maybe dia tgok kt taska dia kot. Bila tengok beca kt sini banyak yg ada hello kitty. penuh satu beca plak tu. beria ye diorang decorate. Syarif mmg la suka sgt.. nak naik? mmg tak payah la kot. dah la panas. satu round jer dah berapa puluh ringgit. tak kuasa aku.

Memula sampai... panasnya cuaca...

uit leka dia duk tgok org pakai baju askar dgn motor tu.. takut ke ape ni syg...
pakai topi ni nak. panas sgt kt luar tu. Topi ni beli kt khemah2 dkt bangunan merah. RM10. Tu aku dah rasa murah dah. Skali jalan2 kt jonker walk RM6 je rege dia. sebijik sama.  menyampah aku....huhu

aku sebenarnya lenguh sgt dah masa ni. dah la panas. dia tak nak jalan sendiri pulok.. dah la nk dukung dgn aku je... huhu menagis dlm hati je la aku ni

Dalam panas2 ni ternampak pulak cendol. Terbaik la. Jom pekena cendol dulu. Aku bukan pencinta cendol tp sebab panas dan dahaga, boleh la..

Pastu sambung jalan2. Ke Jonker Walk pulak. Tengok la apa ada sana. Walaupun panas tetap kugagahi jua.. kalau nk tunggu teduh mmg malam la jwbnya.
gigih tak ambik gambar tgh2 panas. hahaha ;p
Jalan2 kt Jonker Street (jonker walk ke jonker street? blasah je la ;p). Takde la best sgt. banyak kedai cina jer. Kalau nk beli fridge magnetic tu boleh la. sebab murah kot kt sini berbanding kt bangunan merah tu.

Tengok la anak aku.. nk dukung sesaja... huhu
to be continued....

Friday, 11 April 2014

Wednesday, 9 April 2014

Short Vacation - Melaka 1

Last weekend aku pegi Melaka. Just short vacation je. For Syarif ni first time kot dia gi jalan2. Ermmm masa balik kg tu ada la gi Tok Bali dgn family kakak dan mak aku, tido sana semua. Tapi ni dari KL bersama family kecik kitorang shj. 

Masa ni adalah hari ke2 dia naik chickenpox. Kental tak mak bapak dia bawak anak gi jalan2 masa kena chickenpox?? haha ;p. Orang lain kemain duk diam2 dlm rumah. Kitorang sampai Melaka nun berjalan. Alhamdulillah Syarif mmg tak demam langsung malah aktif seperti biasa. Sebab tu aku berani bawak.

Dia excited sbb tgok abah bawak beg besar.. pastu perjalanan lama.. seronok la tuh
Keluar rumah gi breakfast dulu. Makan nasib berlauk. Syarif tak mkn sgt. tak lalu rasanya. Takpe. Tapau ayam goreng utk dia. Sepanjang perjalanan alhamdulilah lancar je. Hari jumaat org kerja kan. Sampai2 Melaka dah start banyak kereta sebab hari jumaatkan org gomen keluar lunch awal.

Terus gi hotel. check in harap2 boleh la check in awal sementara husband gi solat jumaat boleh la kitorang rest2 dulu dlm bilik. Biasa check in pkul 3ptg. Dan alhamdulillah dia ckp bilik dah ready dan boleh check in dah... yeay!

Tgh tunggu abah ambik beg dlm kereta. Masa kt highway dia tido. dah sampai hotel terloncat loncat... eeiii penat aku ngejar
Masuk2 bilik.. wow best jugak bilik dia. spacious jugak la. Nasib baik ambik river view. kalau city view mcm tak best je..hehe. Syarif la paling seronok sebab asyik la duk ckp "ayer" "ayer" "ayer".... sambil selak langsir. Ye nak. kang ptg sikit kita naik boat lalu atas 'ayer' ye. 

Bilik ok. cuma bilik air tu kt tab mandi tu takde paip panjang... leceh sket la.

Sekarang ni tak susah nk suruh dia berdiri ambik gambar. Pandai dah posing2 ni :)
Sementara abah pegi solat jumaat, kitorang rest2 dulu. aku mandikan Syarif, bogelkan bagi dia makan ayam goreng dan aku boleh solat dgn tenang. Dia duk tawaf bilik dan duk jenguk2 "ayer" kt bawah sana.Abah balik solat jumaat, terus siap2 nak keluar....
tgok dia tu kemain manja lagi ye.... aku yg lenguh tgn nk dukung. ngada2 ;p
to be continued.....