Friday, 28 February 2014

Aku dan tabita

Aku mmg ada masalah kulit. kulit berjerawat mmg dari zaman remaja lagi. sebab kulit muka aku berminyak yang amat. dulu kalau keluar gi mana2 wajib bawak kertas minyak. yang warna biru tu. ape ntah brand entah. sebab kalau tak pakai tu, mmg boleh goreng ikan la minyak2 kt muka aku ni.

Dulu aku pakai bio-essence. 3 tahun jugak aku pakai bio-essence tu. aku jenis yang setia dgn produk. kalau dah 1 produk tu aku pakai, mmg akan pakai lama. takde niat langsung nk tukar. takat normal rutin biasa; cuci, toner, sun block. Sun Block dia bagus (bagi aku la). sebab mmg tak burn kulit muka aku bila aku duk tgh panas pun. tapi jerawat tetap la ada.. datang dan pergi tanpa dijemput dan diundang.   

Lama2 bila dah masuk 30an, aku rasa muka aku makin kusam. macam tak bercahaya lagi.. huhu poyo sgt kan ;p. Tapi serius mmg rasa kusam sgt. tgok muka org lain cantik je. berkilau cahaya. aku tgok muka diorang tu berseri2 la senang citer.

muka aku 3 tahun lepas... huhu penuh jerawat kan. kuikuikui ngeri tgok
Dalam awal tahun 2013 aku gedik nak cuba tukar produk. Tengok2 blog sepet ada jual TABITA. Rasa membuak2 nak cuba. tapi bila aku bgtau kawan2 opis diorang ckp tak bagus. nanti rosak muka.. blablabla... pastu aku tak puas hati, buat research sendiri. baca2 kt google je pun. Rupanya ada produk yang tiruan. sebab tu yg muka jadi rosak sbb produk tiruan ni la.. oooo baru aku paham. ermm macam2 la diorang ni kan. meniaga pun nk menipu je kerjanya.

Pastu aku nekad nak cuba jugak. beli yang trial je. masa tu nk dekat bulan puasa. so aku target raya muka aku dah glowing..kahkah ada hati konon ;p. Tapi takpe kebetulan member aku lagi 2 org pun nak cuba jugak. Makin berkobar lah aku sebab ada kawan :). Lets try bebeh..

Hari pertama aku pakai tak rasa apa pun. Cuma macam menggelupas kecik2 je. masuk hari kedua dan ketiga...ambik kau mmg pedih sgt rasanya. Muka merah macma kena bakar. Dan dan time tu jugak aku rasa nk stop. Tapi sebab 2 org member aku pun pakai, aku continue je lah. Tgok diorang takde effect apa pun. sobsobsob. aku rasa sbb aku mmg kulit sensitif sket. mmg senang effect apa2.

Week 1
Bayangkan pegi kerja muka meah menyala macam ni. Fuh.. nasib baik seminggu je merah. sampai ada org tanya aku pakai blusher apa. perghh... blausher ke bendanya. compact powder pun aku tak berani pakai time ni. Tapi sesekali aku pakai jugak baby powder anak aku. sebab aku rasa mcm panas je muka kalau tak pakai apa2.
Week 2
Week 2
Masuk minggu kedua dah tak merah sgt dah muka aku. Better la drp week 1 tu. tapi menggelupas tak yah ckp la... hoi menakutkan je. senyum pun pedih. sbb terik kulit muka aku.

Yang paling aku puas hati ialah warna kulit jadi sekata. takde dah dark area kt muka aku ni. Kt area mata tu ada la sket. biasa la kalau tido tak tentu. mmg la kan. tapi takde la seteruk sebelum ni. I is sgt suka :)

Week 3
Minggu ke 3 masih lagi menggelupas. Tapi macam dah nk ok la. But still... Member2 aku takde plak mcm ni. huh tapi mmg kulit kita mmg tak sama. Kulit aku maybe kulit yg manje terlebih. sikit pun nk merah2, sikit pun nk menggelupas. But alhamdulillah... sekejap je proses tu. lepas tu dah ok dah. 

Muka aku ni ada parut2 jerawat yg jenis lekuk2 tu. tu mmg payah nk hilang. Tapi dah berkurangan. maybe sbb proses penggelupasan tu. Kalau nk dibandingkan mmg berbeza sgt la sebelum dgn selepas aku pakai tabita ni.
Sekarang aku tak kisah sgt kalau tak make up
Sekarang aku tak kisah dah nk pakai shawl yg menampakkan seluruh muka aku. Kalau tak dulu, aku pakai tudung bawal je. sebab bawal ni boleh tutup separuh pipi...kihkihkih tektik tu tektik ngelat kan. Bukan apa. kalau dulu nk pakai shawl aku segan la sebab muka tak licin/glowing mcm org lain. Tapi skg ni takde lah licin or glowing mana pun. Tapi yang pasti aku puas hati sgt sgt tabita ni. Dan aku pakai shawl dgn konfiden sekali walau muka aku tak secantik erra pazira. hahaha ;p


biarpun org kata muka pucat bila tak make up, yang pasti ada cahaya tu yg penting..haha ;p



sekarang aku tak risau kalau keluar rumah tanpa makeup.. eceh poyo nampak ;p
Alhamdulillah sebab aku cuba produk ni. Aku rasa bagus la tabita ni sebab 'menjadi' dgn muka aku. Kulit kita semua mmg tak sama. ada org ok dgn produk A, ada org tak ok dgn produk A. Sebab tu banyak produk kt luar sana. kalau tak, baik pakai 1 produk je utk semua org. senang tak payah nk compare2 dah.

1 comment:

  1. Tgk thn ketiga sure muke sis rosak klu pakai.sy dah alami bnde yg sama mula2 cantik lama2 menderita.saya dealler jual tabita ORI amik terus dari pengasasnya kat indon tu.skrng dh x jual lg.biarlah pisang berbuah sekali je - insan prihatin

    ReplyDelete