Sabtu lepas, Syarif genap 1 tahun 22 bulan. Lagi 2 bulan nk masuk 2 tahun. Pagi tu aku ajar Syarif mewarna. Kihkih sebab aku tak tau nk main apa lagi dah dgn dia dlm rumah kami yg secoit ni. Mcm dia bosan je duk rumah main mainan yg sama. Pastu selalu ajak aku involve sokmo. Aku yg jadi mangsa. Abah dia tak pulak diajaknya...hehe. kesana kemari tarik tangan aku. aku mmg layankan jer. aku kan mamih budak2 kecik..kahkah ;p.
Tapi mmg jauh disudut hati aku kesian kt dia sebab takde kawan. Bosan kot. Tapi kalau weekdays ok je. kawan kt taska ramai sgt. melasak pun sukahati je. Balik rumah siap 'gomo' aku lagi. habis tangan aku habis badan aku calar balar. siap lebam macam kena pukul teruk. aku kan manje, mana pernah kena pukul. sekali kena cubit dgn anak sendiri, amikkk ko. mmg lebam. dah la kulit aku nipis, senang je nampak bila kena sikit.
Bukan aku manja kan dia sampai takleh marah langsung. Aku mmg selalu marah dia sbb dia buli aku. tapi tak sempat aku bukak mulut dia dulu cubit aku. tak pun dia gigit.. skg yg paling dia suka main2 sikat rambut aku. sikat ok je. lepas dua tiga kali sikat, dia tarik...fuhhhh sabo je la anak. kalau aku marah, nangis macam kena dera. pastu dtg peluk aku. aku pulak yg rasa nk menitis air mata. siap dia, besar sikit je lagi mmg kena dgn aku. aku cubit sampai biru...kahkah
![]() |
| kusyuk nampak...hehe |
Walaupun aku rasa dia tahu pensel warna tu guna utk mewarna, tapi aku tetap monitor sepanjang aktiviiti sbb takut dia masukkan ke dlm mulut. Biasa aku tgok kt kedai diorang jual crayon. aku tak pernah beli. best ke eh. sebab zaman aku dulu crayon ni mcm berminyak sket kot. so aku tak prefer sbb renyah nk kemas lepas dah sudah. hahaha malas sbnarnya ;p
Bila dah siap mewarna, cepat2 la aku simpan pensel warna tu. sebab bahaya oooo kang dia pegi warna dinding ke sofa ke tak ke naya.. Tapi takat ni aku hanya bagi dia 2 batang pensel warna je setiap kali sesi mewarna. malas nk bagi banyak2. kang dia tamak dan dia sepahkan. aku jugak yg kena kemas. dasar sgt malas.... eh, bukan malas ye. banyak benda lain nak buat seperti memasak, basuh baju, kemas rumah, layan suami, layan suami dan layan diri.....kahkahkah. sila la percaya semua tu aku buat ;p
![]() | ||||||||||||||||||
| Ni hasil hari pertama. kira ok la kan. |


No comments:
Post a Comment