Friday, 28 February 2014

Aku dan tabita

Aku mmg ada masalah kulit. kulit berjerawat mmg dari zaman remaja lagi. sebab kulit muka aku berminyak yang amat. dulu kalau keluar gi mana2 wajib bawak kertas minyak. yang warna biru tu. ape ntah brand entah. sebab kalau tak pakai tu, mmg boleh goreng ikan la minyak2 kt muka aku ni.

Dulu aku pakai bio-essence. 3 tahun jugak aku pakai bio-essence tu. aku jenis yang setia dgn produk. kalau dah 1 produk tu aku pakai, mmg akan pakai lama. takde niat langsung nk tukar. takat normal rutin biasa; cuci, toner, sun block. Sun Block dia bagus (bagi aku la). sebab mmg tak burn kulit muka aku bila aku duk tgh panas pun. tapi jerawat tetap la ada.. datang dan pergi tanpa dijemput dan diundang.   

Lama2 bila dah masuk 30an, aku rasa muka aku makin kusam. macam tak bercahaya lagi.. huhu poyo sgt kan ;p. Tapi serius mmg rasa kusam sgt. tgok muka org lain cantik je. berkilau cahaya. aku tgok muka diorang tu berseri2 la senang citer.

muka aku 3 tahun lepas... huhu penuh jerawat kan. kuikuikui ngeri tgok
Dalam awal tahun 2013 aku gedik nak cuba tukar produk. Tengok2 blog sepet ada jual TABITA. Rasa membuak2 nak cuba. tapi bila aku bgtau kawan2 opis diorang ckp tak bagus. nanti rosak muka.. blablabla... pastu aku tak puas hati, buat research sendiri. baca2 kt google je pun. Rupanya ada produk yang tiruan. sebab tu yg muka jadi rosak sbb produk tiruan ni la.. oooo baru aku paham. ermm macam2 la diorang ni kan. meniaga pun nk menipu je kerjanya.

Pastu aku nekad nak cuba jugak. beli yang trial je. masa tu nk dekat bulan puasa. so aku target raya muka aku dah glowing..kahkah ada hati konon ;p. Tapi takpe kebetulan member aku lagi 2 org pun nak cuba jugak. Makin berkobar lah aku sebab ada kawan :). Lets try bebeh..

Hari pertama aku pakai tak rasa apa pun. Cuma macam menggelupas kecik2 je. masuk hari kedua dan ketiga...ambik kau mmg pedih sgt rasanya. Muka merah macma kena bakar. Dan dan time tu jugak aku rasa nk stop. Tapi sebab 2 org member aku pun pakai, aku continue je lah. Tgok diorang takde effect apa pun. sobsobsob. aku rasa sbb aku mmg kulit sensitif sket. mmg senang effect apa2.

Week 1
Bayangkan pegi kerja muka meah menyala macam ni. Fuh.. nasib baik seminggu je merah. sampai ada org tanya aku pakai blusher apa. perghh... blausher ke bendanya. compact powder pun aku tak berani pakai time ni. Tapi sesekali aku pakai jugak baby powder anak aku. sebab aku rasa mcm panas je muka kalau tak pakai apa2.
Week 2
Week 2
Masuk minggu kedua dah tak merah sgt dah muka aku. Better la drp week 1 tu. tapi menggelupas tak yah ckp la... hoi menakutkan je. senyum pun pedih. sbb terik kulit muka aku.

Yang paling aku puas hati ialah warna kulit jadi sekata. takde dah dark area kt muka aku ni. Kt area mata tu ada la sket. biasa la kalau tido tak tentu. mmg la kan. tapi takde la seteruk sebelum ni. I is sgt suka :)

Week 3
Minggu ke 3 masih lagi menggelupas. Tapi macam dah nk ok la. But still... Member2 aku takde plak mcm ni. huh tapi mmg kulit kita mmg tak sama. Kulit aku maybe kulit yg manje terlebih. sikit pun nk merah2, sikit pun nk menggelupas. But alhamdulillah... sekejap je proses tu. lepas tu dah ok dah. 

Muka aku ni ada parut2 jerawat yg jenis lekuk2 tu. tu mmg payah nk hilang. Tapi dah berkurangan. maybe sbb proses penggelupasan tu. Kalau nk dibandingkan mmg berbeza sgt la sebelum dgn selepas aku pakai tabita ni.
Sekarang aku tak kisah sgt kalau tak make up
Sekarang aku tak kisah dah nk pakai shawl yg menampakkan seluruh muka aku. Kalau tak dulu, aku pakai tudung bawal je. sebab bawal ni boleh tutup separuh pipi...kihkihkih tektik tu tektik ngelat kan. Bukan apa. kalau dulu nk pakai shawl aku segan la sebab muka tak licin/glowing mcm org lain. Tapi skg ni takde lah licin or glowing mana pun. Tapi yang pasti aku puas hati sgt sgt tabita ni. Dan aku pakai shawl dgn konfiden sekali walau muka aku tak secantik erra pazira. hahaha ;p


biarpun org kata muka pucat bila tak make up, yang pasti ada cahaya tu yg penting..haha ;p



sekarang aku tak risau kalau keluar rumah tanpa makeup.. eceh poyo nampak ;p
Alhamdulillah sebab aku cuba produk ni. Aku rasa bagus la tabita ni sebab 'menjadi' dgn muka aku. Kulit kita semua mmg tak sama. ada org ok dgn produk A, ada org tak ok dgn produk A. Sebab tu banyak produk kt luar sana. kalau tak, baik pakai 1 produk je utk semua org. senang tak payah nk compare2 dah.

Thursday, 27 February 2014

Tak suka hijau tapi....


Aku tak suka warna hijau sebenarnya. Tapi banyak jugak baju hijau aku beli. Aku perasan since 2 years back, aku mmg tak nk set dlm kepala aku warna apa yg aku tak suka. Aku akan beli baju or seluar warna apa je. Termasuk warna yg aku tak suka. So aku nk jdkan almari aku berwarna warni. Hahaha kononnya la. Plus takde la aku bosan pakai warna sama je. Warna biasa yg aku selalu beli ialah biru dgn merah. Aku sukaaaaa warna tu je sbenarnya. Tp aku paksa diri utk suka warna bukan2...hahaa ;p

Pastu aku pakai je warna entah pape tu.. pastu tiba kewarasan aku dtg, aku pikir kenapa aku beli warna tersebut. macam tak sesuai dgn aku pun ada. tapi ada aku kesah ke... blasah je pun selama ni..tapi bila belek2 almari, rasa mcm tak logik aku beli warna bukan2 yg mcm tak kena dgn aku.

Sekarang ni pun aku tgh berkira2 nk beli baju kurung moden warna kuning... tgh pikir2 nk pakai dgn tudung ape. ntah ape2 je kan pempuan mmg macam ni kan. normal kot. hahahaha ke aku sorang je?? baju belum beli lagi sibuk duk pikir tudung ape nk match.

Macam dah takde keje je aku ni kan.. ok bai.

Wednesday, 26 February 2014

Aktiviti baru di usia 1 tahun 22 bulan

Sabtu lepas, Syarif genap 1 tahun 22 bulan. Lagi 2 bulan nk masuk 2 tahun. Pagi tu aku ajar Syarif mewarna. Kihkih sebab aku tak tau nk main apa lagi dah dgn dia dlm rumah kami yg secoit ni. Mcm dia bosan je duk rumah main mainan yg sama. Pastu selalu ajak aku involve sokmo. Aku yg jadi mangsa. Abah dia tak pulak diajaknya...hehe. kesana kemari tarik tangan aku. aku mmg layankan jer. aku kan mamih budak2 kecik..kahkah ;p. 

Tapi mmg jauh disudut hati aku kesian kt dia sebab takde kawan. Bosan kot. Tapi kalau weekdays ok je. kawan kt taska ramai sgt. melasak pun sukahati je. Balik rumah siap 'gomo' aku lagi. habis tangan aku habis badan aku calar balar. siap lebam macam kena pukul teruk. aku kan manje, mana pernah kena pukul. sekali kena cubit dgn anak sendiri, amikkk ko. mmg lebam. dah la kulit aku nipis, senang je nampak bila kena sikit. 

Bukan aku manja kan dia sampai takleh marah langsung. Aku mmg selalu marah dia sbb dia buli aku. tapi tak sempat aku bukak mulut dia dulu cubit aku. tak pun dia gigit.. skg yg paling dia suka main2 sikat rambut aku. sikat ok je. lepas dua tiga kali sikat, dia tarik...fuhhhh sabo je la anak. kalau aku marah, nangis macam kena dera. pastu dtg peluk aku. aku pulak yg rasa nk menitis air mata. siap dia, besar sikit je lagi mmg kena dgn aku. aku cubit sampai biru...kahkah
kusyuk nampak...hehe
Walaupun aku rasa dia tahu pensel warna tu guna utk mewarna, tapi aku tetap monitor sepanjang aktiviiti sbb takut dia masukkan ke dlm mulut. Biasa aku tgok kt kedai diorang jual crayon. aku tak pernah beli. best ke eh. sebab zaman aku dulu crayon ni mcm berminyak sket kot. so aku tak prefer sbb renyah nk kemas lepas dah sudah. hahaha malas sbnarnya ;p

Bila dah siap mewarna, cepat2 la aku simpan pensel warna tu. sebab bahaya oooo kang dia pegi warna dinding ke sofa ke tak ke naya.. Tapi takat ni aku hanya bagi dia 2 batang pensel warna je setiap kali sesi mewarna. malas nk bagi banyak2. kang dia tamak dan dia sepahkan. aku jugak yg kena kemas. dasar sgt malas.... eh, bukan malas ye. banyak benda lain nak buat seperti memasak, basuh baju, kemas rumah, layan suami, layan suami dan layan diri.....kahkahkah. sila la percaya semua tu aku buat ;p
Ni hasil hari pertama. kira ok la kan.




Monday, 24 February 2014

Pantai dan aku...

Aku kurang suka pegi pantai. sebab aku tak berani nak mandi laut.Aku takut dgn air. tak kisah laut atau kolam. Sebab tu turun kt anak aku..hehe . Aku tak pandai berenang. kalau ajak bercuti, tak payah la tepi pantai ke ape. lagipun aku bukan suka berjemur macam omputih tu.

Masa aku kecik, duduk dgn arwah nenek sebelah abah aku. Aku ni dulu masa kecik2 katogori putih melepak. Nenek aku pulak jaga aku bagai puteri lilin. takleh kena panas sikit. nasib baik la pegi tadika tu dia bagi aku naik motor dgn abah aku. kalau tak, gamaknya tak skolah tadika la aku. Jangan harap dia bagi aku main basikal tgh panas. pantang aku keluar rumah untuk main  dgn kawan2 time dia tido petang. mesti membebel. 

tapi biasa la budak. mana boleh duk diam. curi2 keluar jugak. bila ptg sket dah nk magrib lari balik masuk rumah. confirm kena bebel...huhu lepas tu mesti dia suruh aku mandi dan dia akan sentalkan daki2 kat badan aku dgn tuala kering yang keras tu. habis badan aku merah... dia ckp baru bersih kalau mcm tu. pedih kot badan aku. tapi sebab dah biasa, aku redha je la.

Tapi bila dah besar, skolah, mmg memanjang la kena panas oii.. kalau nk jadi puteri lilin baik takyah skolah. dgn masuk taekwondo la.. sampai lebam muka sebab sunburn..huhu lantak. masa tu dah tak duduk dgn arwah nenek dah. so dah takde org nk bebel kt aku.

bersama anak dan anak2 buah aku. jgn tak caya. diorang tu semua putih melepak masa kecik. tgok skg ni bila dah skolah, huhu mcm anak aku je kulit dia tu. biasa la budak. dia akan berubah warna nanti dah besar esok.

aku yg kononnya takleh kena panas masa kecik...haha ;p
So kesimpulannya kalau gi makan2 ikan/udang/sotong celup tepung kt tepi pantai ok la. aku layan. tapi kalau nk gi main2 ombak or mandi manda aku kurang sket. boleh tu boleh la sekali sekala. tapi kureng la.....tak minat.

Friday, 21 February 2014

Didik anak cara Rasulullah

Lately ni aku selalu pikir macamana nak didik anak.

mesti ada yang ckp aku poyo giler. kan kan kan....

1) Mentang2 ada anak, asyik post citer pasal anak jer.
2) Anak baru setahun jagung sibuk nak cakap pasal anak.
3) Anak baru sorang, sibuk pasal anak. org anak berderet rileks je.

Aku bukan ape, cuma selalu pikir kalau kalau aku tersalah didik anak aku. Didik ni bukan dah besar baru nk didik ye. didik ni dari kecik. kalau dah salah dari kecik, mmg payah dah nk ubah balik. sebab tu aku selalu risau. anak aku dah la super duper manja dgn aku. dgn abah dia rilek je. Kalau org tak paham mesti ckp aku terlalu manjakan dia. tapi percayalah, TAK ok. dia sendiri yg jadi manja melampau mcm tu.

ok malas nk bebel panjang lebar. short cut terus. Anak, macamana nk didik?
1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.


2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun
Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud;

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”

Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.


3) Umur anak 15 hingga 21 tahun
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.

Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.


4) Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Thursday, 20 February 2014

GoPro

Ari hari tu duk usha2 camera online. konon nan beli compact camera la kan... bukan takde compact camera cuma lama dah camera aku tuh. zaman dah berlalu. pastu gegar2 je kalau org ambik. camera lagi satu tu pun bateri dah teruk dah. charge kejap je dah habis bateri. alahai kesian giler. kitorang ambik gambar pakai handphone je skg. kesian anak aku. gambar kenangan dia semua pakai handphone je.

Masa aku bukak lazada. tgok ok jugak harga barang2 kt situ. Pastu ternampak top seller.... GoPro. menatang ape entah GoPro ni. aku bukan tahu sgt pasal gajet terkini ni. so, aku pikir2 mmg sesuai dgn aku. aku tak suka camera besar2 mcm dslr tu. payah nk simpan. aku nk yang kecik2 comel jer. kalau GoPro ni mmg elok sgt dah. sebab comel sgt size dia. besar tapak tgn anak aku je...hehe


Tgok harga macam ok la. reasonable dgn function dia. Ni yg 12MP. Siap ada WIFI lagi. Senang nk transfer gambar :) Boleh masuk air plak tu. Tak silap ari tu tgok yg 14MP pun dlm RM1.5k je. Tapi ari ni aku tgok dah takde. maybe dah habis la kot.

Tapi sebenarnya aku tgh mengkaji lagi ni perlu ke tak beli..hahaha ;p

What's in the Box:

  • 1 x (IMPORT) HERO3+ Black Edition Camera
  • 1 x 131/40m Waterproof Housing
  • 1 x Wi-Fi Remote
  • 1 x Wi-Fi Remote Charging Cable
  • 1 x Higher Capacity Li-ion Battery
  • 1 x Quick Release Buckle
  • 1 x Vertical Quick Release Buckle
  • 1 x 1 Curved + 1 Flat Adhesive Mount
  • 1 x 3-Way Pivot Arm
  • 1 x USB Cable

Monday, 17 February 2014

Jangan persoalkan.....

Situasi 1:
Makcik Minah: Kau ni bila nak kawin? Sampai skg tak kawin2 lagi. dulu Ahmad nk masuk meminang kau tak mau. skg tgok si Ahmad tu. Senang lenang hidup dia kawin dah. dah ada anak 2 org dah. Kaumasih sorang lagi.
Minah: Ye la makcik. ada jodoh nanti ada la...
Makcik Minah: nanti kalau ada yg masuk meminang kau terima je la. Jgn nk pilih2 sgt.
Minah: Erkkkk (ni yg malas nk balik kg ni...@#$%^T*&)

Situasi 2:
Lofa: Kau dah lama kan kawin? Belum ada isi lagi ke?
Siti: Belum ada rezeki kak....
Lofa: Tu la. Dah gi check ke? mana tau ada masalah ke... member kita yg kawin sama dgn ko semua dah nk bersalin dah kan.
Siti: ??????? @#$%^&*_+|!

Situasi 3:
Abu: Anak kau dah besar dah. Bila nk tambah lagi?
Ali: Tu la belum dapat lagi la... xde rezeki lagi agaknya.
Abu: Tu la kesian anak ko. xde kawan nk main. Bagi la dia adik...
Ali: Nak tu mmg nak tapi nk buat mcmne. xde rezeki lagi...#$@%^&*

Situasi 4:
Ana: Comel baby ko. Tapi gelap sket. Ni mesti ikut bapak dia ni...
Ani: Tu la gelap sket kulit dia. Takpe la asal sihat. Alhamdulillah.
Ana: Takpe nanti yang akan datang ikut ko la eh. putih comel sket..
Ani: erkkkkk??? 

Ketiga-tiga situasi ni aku biasa jumpa dlm masyarakat kita. Bagi aku agak pelik la. Sebab soalan yg ditanya tu mmg takde jawapan. Seolah2 tanya pada takdir.

 Aku sejak jadi ibu ni mmg dah biasa sgt dah org cakap anak aku hitam. Honestly sbg ibu. takkan kau tak terasa kan? Nak nak kalau balik kampung. Dah la balik kg berapa kali je setahun. pastu org kampung ckp "anak kau dah cerah sikit skg ni. kalau tak masa kecik gelap malap je". Gulpppp telan airliur aku dgr. Mula2 dulu emosi aku mcm xleh terima jugak la. Tapi lama2 dah ok. Buat dek je la mek. nak buat macamne. Tuhan dah tentukan dan semua org walau macamana pun, dia ada kelebihan masing2. Tak perlu nk persoalkan. Tinggi ke rendah ke. hitam ke putih ke. gemuk ke kurus ke. comel ke hodoh ke. siapa kita nk judge benda2 mcmni? hebat sgt ke kita? boleh cipta apa yg kita nak? boleh dapat apa yg kita nak?

See? jauh tak beza warna kulit kami? Kami ni mmg ibu dan anak kandung ye.


Friday, 14 February 2014

Melepas....

Aku ter-berkenan dan tersangat suka cincin ni....

Sekali bila aku PM tanya dia ckp dah sold out. frust mokcik. aku sampai termimpi2 dah cincin ni. apakan daya takde jodoh dgn aku...hahaha takleh blah kan. 

Dah la aku duk terbayang2 dah jari aku pakai cincin ni... takpe lah kena usha cincin lain. banyak lagi yang cantik2..hehe tu la lain kali berkenan terus beli. jgn tunggu. tapi sehari dua ni harga emas naik la :)

Thursday, 13 February 2014

Fitness

Aku ni kalau bab2 fitness ni aku suka... kalau blog lama aku dulu, aku suka share pasal gym. dulu masa bujang, life mmg lain sgt. free banyak. tak pikir ape, balik kerja pegi gym. sorang2 pun boleh ok. gym plak free. kt office je. walaupun gym tu ada alat biasa2 je, tetap dapat mengeluarkan peluh..pergh best plak bila pikir.pastu balik muka merah2 drive sorang2. pastu singgah drive-thru mcd. ape makna pegi gym entah. itu dulu..kahkah. sekadar mengeluarkan peluh. yang penting kita enjoy (angkat kaki sebelah gaya nora danish...hahaha ;p)

Tapi sekarang bila dah kawin dan ada anak, takde masa ok. nk gi jogging weekend pun tak de maknanya. kalau anak dah besar sket ok la kot. or, maybe? erkkkk... alasan mmg memanjang ada je kan. kalau nk sihat kena la buat.


korang follow fitnesssakinah tak? Dan aku sgt jelous tgok perut dia....huhuhuhu help me! aku nak macam tu. nak buang lemak kt peha dgn punggung plz.....huhuhu horror kot aku tgok lemak kt situ skg ni. Menjadi2 plak.

Last week aku try sarung seluar jeans yg agak fit. biasa ok je aku pakai gi kerja. tapi entah macamane (ayat org takleh terima kenyataan? dah gemuk takleh terima ke?) aku tak leh zip. oh...menggelabah habis aku. terus tukar seluar lain. dalam hati rasa nk cuti n gi gym terus hari tu. tapi hari tu je lah...hahhaha ;p. Hari2 lain terus makan tanpa rasa bersalah ;p

Bila aku ckp dgn husband aku, aku nk diet. Boleh dia tanya "nk diet buat ape?". Oh please be more supportive syg. Bukan senang nk diet. selalu kalau weekend la dia nk masak sedap2. pastu aku makan mmg bertambah. Kalau kt kedai aku boleh makan nasi separuh tapi kalau kt rumah, takde maknanya nk separuh2. tambah sepinggan lagi ada la...huuuu. 

Dan sekarang aku tgom teguk green tea. lama dah aku beli. tapi tak habis2 lagi. tu apa maknanya? beli nk simpan dalam laci je ke?? ok ok lagi 2 sachet je. pastu boleh beli lagi...hehehe. green tea ni elok sebenarnya. aku suka. tapi kadang2 nafsu aku lebih tertarik kpd nescafe. aku ni coffee addicted. kalau dulu black coffee tu selamba je minum xde nk tambah2 gula ke ape. tu kat hotel la. sbb dulu aku kerja mmg selalu je makan minum kt hotel. tapi kt rumah tak lalu pulok sbb kopi cap murah je kan...hahaha. kt rumah belasah nescafe je la.

Skg aku mmg addict dgn nescafe. rasa mcm sehari tak minum mmg tak sah. mesti minum. giler la! aku try jugak ganti dgn tea tapi tak boleh la. feel tak sama. so mengada2 kan. But really. sape yg suka coffee/nescafe je tahu perasaan tu. Dalam sehari, aku boleh minum 3-4 kali nescafe. 

Ok nampak sgt panjang lebar aku melalut. daripada fitnes ke nescafe. Satu benda dalam wishlist aku ialah 
treadmill
terus termimpi2 nk jogging dlm rumah. Sebelum tu kena ada rumah besar sket. ni takat rumah kecik nk muat benda ni mmg dalam mimpi je la...kahkah ;p

Tuesday, 11 February 2014

First time katanya

Penakut air yang amat...tapi kat rumah suka je mandi. Air swimming pool takut pulok...huhu. sabar je la anak. Mak ayah baru nk excited bawak mandi swimming pool...
testing dulu dgn abah.... tgok la dia punya takut, nk naik atas je. tak nk masuk dalam tu.
Mula2 sampai mcm excited nk turun dgn sepupu2 dia. tapi bila masuk dalam air, menggelupur nak keluar. takut katanya. Lagipun dia mmg tak sihat masa ni. sebelum sampai sini, kitorang singgah makan dulu. makan berapa suap je, muntah. huh 1st time dia muntah kt luar mcm tu. biasa demam je muntah. mak aku ckp mesti nk demam. pastu badan dah start panas. so, confirm nk demam la tu.
Dengan ummi ok je, siap ajar kaki nk berenang. tapi tgok tangan mmg peluk habis la.. takut ummi tinggal...haha
Dah tak sedap badan, mesti nk dgn aku je la. Dengan abah tak nak langsung... sabo je la.
olololo... manje dia....
Lepas mandi, naik bilik, badan dah panas. Lepas mandi solat semua, kitorang keluar makan. Konon nk cari ikan bakar tapi tak sanggup nk tunggu lama. belasah la makan masakan panas je. Biasa la bawak budak2 makan, nk yang cepat je. sebab masing2 dah penat swimming. Lapar la apa lagi.

Percutian kali ni mmg singkat je. Tujuan nk bawak anak2 buah mandi swimming pool n kenalkan syarif dgn swimming pool. Tapi dia takut la pulok. Takpe la nak, cuba lagi ye nanti. Nanti kita ajak abah pegi bercuti :)