Friday, 15 November 2013

Rezeki
























Just Sharing...

Aznah: Gaji kau banyakkan.. mesti best shopping. pastu saving ko pun mesti dah banyak kan?
Bidah: Biasa la kalau dah banyak masuk, mesti banyak jgak yg keluar..
Aznah: Saving ko dah berapa dah skg? mesti dah cukup nak buat haji kan? (cubaan nk korek2)
Bidah: Biasa je la. Aku je tahu berapa gaji aku. Org luar mmg tak tahu berapa aku dapat. Indah khabar dari yg sebenar kot.
Aznah: Aku tau la tangga gaji ko. banyak weh...
Bidah: Eh ko ni asyik cakap gaji aku banyak je... masin mulut ko doakan gaji aku banyak la eh. (mood malas nk layan org mcm ni. sebenarnya dia nk korek2 pasal gaji) !#@$$%^$&%**&

Moral of the story (yang aku nak sampaikan) :
Berapa banyak pun gaji kita, berapa sikit pun gaji kita, or berapa banyak pun beza gaji kita dgn gaji org lain, jangan la sesekali compare macam tu. Compare utk nk bagi semangat kita bekerja takpe la lagi. tapi kalau nak compare itu ini, saving org dah banyak mana, shopping ko berapa sebulan,..itu aku kira macam agak melampau kot bagi aku.

Bagi aku, kecukupan gaji kita adalah subjektif. Berapa sebulan yang kita dapat? berapa yang kita sedekahkan setiap bulan? berapa kita bagi parent kita? berapa kita belanja untuk anak bini? berapa ikhlas kita berbelanja? itu semua diambil kira. Dan ramai yang terlepas pandang yang hutang adalah satu keutamaan berbanding sedekah. kalau kita berhutang, wajib bayar. wajib dahulukan bayar hutang.
Kadang2 ada org yg bersedekah sana sini tapi hutang buat2 lupa nk bayar..

Ikhlas pun subjektif. susah kot nk dapat keikhlasan yang sebenar. kebanyakan kita (termasuk aku), akan cakap yg kita ikhlas. tapi betul ke ikhlas? kalau betul ikhlas, tak perlu pun nk ingat atau nk letak dalam buku kira2 berapa banyak yang kita dah guna untuk sedekah bulan ni. payah nk sampai tahap ni. tapi kena cuba, insyaallah... gambatte kudasai yo'

Bila akhir bulan (sebelum gaji), ada je yang merungut duit tak cukup la ape la... pernah ke kita terpikir kenapa tak cukup? kena over spend? kenapa itu? kenapa ini? Sebab semua Allah dah tentukan. Dia yang nk kita rasa macam tu supaya kita fikir. ada sebab Dia buat semua tu. Kadang2 kita tak bersyukur, kadang2 kita tak menjaga solat, kadang2 kita tak bersedekah, kadang2 kita lupa diri, dan macam2 lagi la...

ok ok lets stop here. panjang pulok aku membebel hari jumaat ni. assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment