Cian dia... demam :(


Demam dari isnin. tapi malam balik dari nurseri terus gi klinik. ambik ubat segala bagai tu sebab pakej selsema, batuk dan demam. Masa tu baru nk demam (suhu badan tak panas sgt). Doktor cakap macam nk lelah jugak. so doctor bagi ubat batuk yg lelah tu. tapi kalau tak tahan jugak dia suruh dtg sedut la. huh risau pulok aku dgr mcm tu.
Malam tu aku tak tido sgt. bangun sebab syarif batuk dan tak sedap badan. tuam dgn kain basah bagi sejuk sket badan. Pagi tu dah ok sket. aku dah bagi ubat pagi2 tu. walaupun batuk macam teruk tetap aku hantar nurseri dan suruh bg ubat tghari. Tgahari dapat call syarif makin teruk batuk, demam dan muntah. huh langsung tak nk mkn dan tak minum susu pun... apa lagi aku pun lari la balik.... sape tak risau weh.
Rabu: aku tgok keadaan dia macam tak ok lagi. aku terus msg bos aku mintak EL. panas badan dan batuk berkahak. muntah kluar kahak. muntah je keluar kahak. malam mmg tak tido sgt. tapi, anak aku ni lasak. lepas mkn ubat dia punya lasak macam tak demam langsung. siap kena marah dgn aku lagi...hahaha. nasib la dpt mak garang ;p
khamis aku kena gi kerja dah. cuti aku dah nk habis. tgok keadaan syarif macam dh ok sikit. walaupun masih batuk. yes, batuk kan take time nk baik. so let it go lah syg. tabah la ye, semua org pun macam tu. nanti dia baik sendiri. kena bg makan ubat ikut time. Tup tup tghari aku dpt call dr nurseri ckp hidung syarif berdarah banyak pulak tu. ooii risau aku. pastu gelabah la aku call laki aku. nasib baik laki jenis tenang..hehehe. call balik nurseri tanya kabar. nasib baik diorang letak ais kt atas hidung. dah berhenti darah tu. ermmm lega aku. but tiga empat kali jugak aku call tanya kabar lepas tu...
Dan hari ni alhamdulillah. batuk dah kurang. mana tak nya aku paksa syarif mkn ubat..hahhaa. kesian anak aku ;p. demi nk sihat nak... risau mak kamu ni kalau anak tak sihat. aku sendiri tak nak sakit2. apatah lagi anak aku kan..
Tapi aku kurang setuju kalau org ckp dia lebih rela sakit daripada anak dia sakit. aku taknak macam tu. kalau aku sakit, macamana aku nk jaga anak aku?? cer cakap sapa nak jaga anak aku? mmg la bapak dia ada tapi takkan sama kot. sebab anak aku anak mak. nak mak dia jugak macamana pun. cukup la kalau aku demam ari tu. huh pening kepala aku. dgn nk urus anak lagi.. kepala pulok tingtong.. huh berpusing satu rumah aku rasa. aku tgh baring, boleh dia lompat2 badan aku... grrrr marah merajuk pulok. sampai tertido kt kaki aku. huh sedih pulak aku tgok gambar tu. laki aku sempat snap dia merajuk sampai tertido kt kaki aku... eii tak sampai hati aku tgok gambar tu.
No comments:
Post a Comment