Saturday, 30 November 2013

Penat? Biasa la lumrah kot


Ni muka semalam. Anak demam dari hari isnin lagi. Tapi aku tetap coolblog. mata mmg tahap dewataraya penatnya. berapa hari aku tido pakai contact lens. kes tertido jaga anak. eh anak tak demam pun aku selalu je tido tak bukak contact lens. huhu opsss...

Tapi ni lain kes nya. sebab mata dah penat, badan penat. dia punya pedih, aku je la tahu macamana. datang opis kadang2 mmg berat nk bukak mata. bukan ngantuk. tapi penat tk cukup tido. nak harap aku tido kt opis mmg jgn harap la. seriusly aku tak reti tido siang hari.

Kalau tk cukup tido ni, muka pun jadi cengkung. maka kau pakai la tabita ke minum ephyra ke... tetap la muka menampakkan 'tak ceria' gitu. lubang2 bekas jerawat pun mula la nk menimbulkan diri. mana taknya krim malam mmg tak pakai kot. sempat ke nk pakai masalahnya...huhuhu

Asal anak sihat alhamdulilah sgt dah.. dah tk pikir dah nk cantik2 ni kan. mmg mak mak mmg gitu pemikirannya. pakai baju tudung tak iron pun tak kisah dah.. hehe :)

ok sebenarnya banyak nk bebel tapi masa tak mengizinkan... ni scheduled post sebenarnya. ok bye bye. happy weekend semua.

Friday, 29 November 2013

Demam nak besar

Cian dia... demam :(








Demam dari isnin. tapi malam balik dari nurseri terus gi klinik. ambik ubat segala bagai tu sebab pakej selsema, batuk dan demam. Masa tu baru nk demam (suhu badan tak panas sgt). Doktor cakap macam nk lelah jugak. so doctor bagi ubat batuk yg lelah tu. tapi kalau tak tahan jugak dia suruh dtg sedut la. huh risau pulok aku dgr mcm tu.

Malam tu aku tak tido sgt. bangun sebab syarif batuk dan tak sedap badan. tuam dgn kain basah bagi sejuk sket badan. Pagi tu dah ok sket. aku dah bagi ubat pagi2 tu. walaupun batuk macam teruk tetap aku hantar nurseri dan suruh bg ubat tghari. Tgahari dapat call syarif makin teruk batuk, demam dan muntah. huh langsung tak nk mkn dan tak minum susu pun... apa lagi aku pun lari la balik.... sape tak risau weh.

Rabu: aku tgok keadaan dia macam tak ok lagi. aku terus msg bos aku mintak EL. panas badan dan batuk berkahak. muntah kluar kahak. muntah je keluar kahak. malam mmg tak tido sgt. tapi, anak aku ni lasak. lepas mkn ubat dia punya lasak macam tak demam langsung. siap kena marah dgn aku lagi...hahaha. nasib la dpt mak garang ;p

khamis aku kena gi kerja dah. cuti aku dah nk habis. tgok keadaan syarif macam dh ok sikit. walaupun masih batuk. yes, batuk kan take time nk baik. so let it go lah syg. tabah la ye, semua org pun macam tu. nanti dia baik sendiri. kena bg makan ubat ikut time. Tup tup tghari aku dpt call dr nurseri ckp hidung syarif berdarah banyak pulak tu. ooii risau aku. pastu gelabah la aku call laki aku. nasib baik laki jenis tenang..hehehe. call balik nurseri tanya kabar. nasib baik diorang letak ais kt atas hidung. dah berhenti darah tu. ermmm lega aku. but tiga empat kali jugak aku call tanya kabar lepas tu...

Dan hari ni alhamdulillah. batuk dah kurang. mana tak nya aku paksa syarif mkn ubat..hahhaa. kesian anak aku ;p. demi nk sihat nak... risau mak kamu ni kalau anak tak sihat. aku sendiri tak nak sakit2. apatah lagi anak aku kan.. 

Tapi aku kurang setuju kalau org ckp dia lebih rela sakit daripada anak dia sakit. aku taknak macam tu. kalau aku sakit, macamana aku nk jaga anak aku?? cer cakap sapa nak jaga anak aku? mmg la bapak dia ada tapi takkan sama kot. sebab anak aku anak mak. nak mak dia jugak macamana pun. cukup la kalau aku demam ari tu. huh pening kepala aku. dgn nk urus anak lagi.. kepala pulok tingtong.. huh berpusing satu rumah aku rasa. aku tgh baring, boleh dia lompat2 badan aku... grrrr marah merajuk pulok. sampai tertido kt kaki aku. huh sedih pulak aku tgok gambar tu. laki aku sempat snap dia merajuk sampai tertido kt kaki aku... eii tak sampai hati aku tgok gambar tu.

Tuesday, 26 November 2013

Perlu ke nak emotional

Pernah tak sakit mata or sakit hati bila baca status org kt FB? Aku selalu jugak la rasa macam tu. Kadang aku pun tak paham kenapa org nk emo emo tulis kt wall FB. Walau kdg2 aku sendiri pun emo jugekkk...hehe.

Aku perhatikan ada org yang suka guna huruf besar bila nk sampaikan sesuatu. dan ada yg selalu guna '!!!!!'. Sebenarnya kedua2 penggunaan tersebut (huruf besar dan '!') menunjukkan protes ataupun keadaan jiwa penulis yang sedang kacau. maksudnya jiwa dia sedang dlm tak tenteram. nak marah je kerjanya. nk protes jer kerjanya. dia jer la yang betul. dia jer yang baik... dan sebagainya.

Guna caption2 yang macam 'tu' lepas tu tulis status sedang berbahagia.. ehemmmm sesuatu sgt kot. pelik. Tak perlu nk tulis dgn nada sedemikian dan sesuatu seakan 'AKU SEDANG BAHAGIA!!!!!!!!!!!"

Motif nk tulis mcm tu? aku yg baca ni pun tahu yg dia sedang derita or tak bahagia or tgh kusut. sesuatu sgt la post benda mcm tu. dari org tak tahu menjadi tahu.. tau je lah alam maya skg ni. bukan boleh percaya sgt. berhati2. Eh anyway 'AKU SEDANG BAHAGIA!!!!!!!!!!!' tu adalah contoh sahaja. tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia. 

Monday, 25 November 2013

Emas

Aku sudah terjatuh cinta dgn kedai emas online ni. Actually bukan dia jual online semata. Dia mmg ada kedai betul kt klate. Mmg mula2 aku tak caya jugak sbb ko biar betul beli emas pun nk online. Ribu ribu plak tu kan. Betul ke sampai kt tgn kita nanti... huhu tak lena aku pikir benda alah ni. Hahaha poyo sgt.

Last few weeks member aku ckp dia pun selalu beli online. Kedai yg dia rekemen tu mmg trusted. Ramai yg rekemen kedai ni. Bagus katanya. Servis bagus, tak lokek nk bg discount. Pastu kalau beli online mmg dpt lg murah dr kedai. So, aku bergelau2 la mata tgok koleksi dia. Nk pilih mana satu. Banyak jugak design best2 kt situ. Cuma kena check poket je la kan..macam la berkepuk duit nk beli.... tapi cita2 mmg ado ;p

Sekarang ni mmg emas tgh jatuh. Baik la beli. Tapi aku harap sgt emas masih lagi rendah bulan depan. Dan sgt2 la berdoa bos aku bagi bonus lebat sikit. Boleh la aku beli yg aku idam idamkan itu... skg ni usha2 yg biasa2 je lah. beli je yg ringan2 sementara masih murah ni. sayang kot kalau lepaskan peluang keemasaan ini :D.

Friday, 22 November 2013

Getting worse.. online shopping

Aku ni mmg la boleh tahan jugak kaki shopping. Dari zaman bujang lg. Tp sejak dh kawin ni mmg banyakkkk sgt dh kurangkan. Sebab nk pikir saving (kononnya lah. Apepun tak boleh).

Tapi aku tetap aktif online shopping. Padahal aku takde maybank2u or online banking system ni. Boleh caya tak? Mcm duk zaman batu aku ni kan. Benda paling penting mcm tu pun takde. Sebab apa aku tak aktif kan? Sebab aku takut aku takleh berhenti click 'buy' or 'order' utk online shopping.

Bila aku takde online banking ni. Aku KENA or MESTI pikir banyak kali sebelum aku setuju nk beli.... antara yg berlegar2 dlm kepala aku sblum aku decide nk beli biasanya:
1. Berbaloi ke aku g atm semata nk transfer duit nk beli benda or barang or baju tersebut...
2. Betul ke harga barang tersebut seperti yg ditawarkan? Entah2 kalau aku jln2 kt shopping mall ke tepi jalan ke lagi murah.
3. Sempat ke aku nk g bank in seperti yg dijanjikan. Biasa peniaga akan deal 24jam je utk buat bayaran. Lebih drp tu akan di black list. Citer pasal blacklist plak aku pernah kena sbb aku mmg totally lupa nk bank in. Huh vongok. Aku lupa aku ada beli barang... huhu melepas aku. Tp save la duit aku sbnarnya. Ehemm...
4. Nak pilih online shop yang mana? sebab sesetengah online shop menawarkan free postage, free masker or macam2 la tawaran lagi.

Tapi.. aku juga manusia biasa. kadang2 nafsu mengatasi segalanya. tengok barang macam cantik jer, terus nak beli. terus la aku booking dan bayar. lepas bayar baru aku rasa macam mahal ke macam tak berbaloi..kahkah. apekah?  Tapi aku cepat2 la lupakan..hehehe sebab dan order dan bayar. kau mampu ke nk cancel2. kau ingat org tu nk pulangkan balik duit ko? banyak cantik kenn ;p

Wednesday, 20 November 2013

Tuesday, 19 November 2013

Full time housewife

Dulu aku tak pernah terpikir langsung. Maksud aku dlm fikiran aku ni. Mmg takde langsung terpikir nk jadi housewife. Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni, aku banyak jugaklah membaca pasal housewife ni. Tk semestinya org takde pengalaman belajar or bekerja jadi housewife. Dan sedikit demi sedikit aku mula berfikir. Dan aku mula mengidam nk jd housewife dan jugak bermimpi nk ada business sendiri. Sambil2 duk rumah sambil2 berbisnes sendiri.

Tp aku ni kaki bangku tangan kaku tak reti nk kretif mcm diorang. Tgok diorang baking2 wat bisness kek biskut semua tu mcm menjadi je... pastu tgok org jual baju online tu mcm masyuk la.. tapi aku ni xtau mana nk ambik stok. Kang aku ambik stok kt tempat mahal. Kena la jual mahal kang sape pulok nk belinya...

Kata nk duk rumah jaga anak, kalau anak aku berderet boleh tahan la. Ni baru sorang kot.

Pastu apa aku nk buat kalau aku jd housewife? Ok actually ari ni aku mc. Mlm td g klinik doktor suruh rehat. Aku selsema plus sakit kepala. Tp bgun tdo pg tadi dh ok sket. Mc lor ari ni tu yg sedap membebel. Pg td dh siap vacum sapu lap bagai... dr tghari aku duk ngadap tv. Citer plak tak best. Sebab tk biasa ngadap tv siang2 ni. Nk tdo mmg tak boleh la. Tak biasa kot tdo siang. Aku mmg tak ajar mata aku tdo siang hari walau sekejap. Sbb tu xboleh.. tp husband aku dh siap pesan suruh rehat je.

Sbb tu la citer fulltime housewife ni berlegar2 kejap dlm kepala aku. Hahahahaa... tetiba sgt.

Friday, 15 November 2013

Rezeki
























Just Sharing...

Aznah: Gaji kau banyakkan.. mesti best shopping. pastu saving ko pun mesti dah banyak kan?
Bidah: Biasa la kalau dah banyak masuk, mesti banyak jgak yg keluar..
Aznah: Saving ko dah berapa dah skg? mesti dah cukup nak buat haji kan? (cubaan nk korek2)
Bidah: Biasa je la. Aku je tahu berapa gaji aku. Org luar mmg tak tahu berapa aku dapat. Indah khabar dari yg sebenar kot.
Aznah: Aku tau la tangga gaji ko. banyak weh...
Bidah: Eh ko ni asyik cakap gaji aku banyak je... masin mulut ko doakan gaji aku banyak la eh. (mood malas nk layan org mcm ni. sebenarnya dia nk korek2 pasal gaji) !#@$$%^$&%**&

Moral of the story (yang aku nak sampaikan) :
Berapa banyak pun gaji kita, berapa sikit pun gaji kita, or berapa banyak pun beza gaji kita dgn gaji org lain, jangan la sesekali compare macam tu. Compare utk nk bagi semangat kita bekerja takpe la lagi. tapi kalau nak compare itu ini, saving org dah banyak mana, shopping ko berapa sebulan,..itu aku kira macam agak melampau kot bagi aku.

Bagi aku, kecukupan gaji kita adalah subjektif. Berapa sebulan yang kita dapat? berapa yang kita sedekahkan setiap bulan? berapa kita bagi parent kita? berapa kita belanja untuk anak bini? berapa ikhlas kita berbelanja? itu semua diambil kira. Dan ramai yang terlepas pandang yang hutang adalah satu keutamaan berbanding sedekah. kalau kita berhutang, wajib bayar. wajib dahulukan bayar hutang.
Kadang2 ada org yg bersedekah sana sini tapi hutang buat2 lupa nk bayar..

Ikhlas pun subjektif. susah kot nk dapat keikhlasan yang sebenar. kebanyakan kita (termasuk aku), akan cakap yg kita ikhlas. tapi betul ke ikhlas? kalau betul ikhlas, tak perlu pun nk ingat atau nk letak dalam buku kira2 berapa banyak yang kita dah guna untuk sedekah bulan ni. payah nk sampai tahap ni. tapi kena cuba, insyaallah... gambatte kudasai yo'

Bila akhir bulan (sebelum gaji), ada je yang merungut duit tak cukup la ape la... pernah ke kita terpikir kenapa tak cukup? kena over spend? kenapa itu? kenapa ini? Sebab semua Allah dah tentukan. Dia yang nk kita rasa macam tu supaya kita fikir. ada sebab Dia buat semua tu. Kadang2 kita tak bersyukur, kadang2 kita tak menjaga solat, kadang2 kita tak bersedekah, kadang2 kita lupa diri, dan macam2 lagi la...

ok ok lets stop here. panjang pulok aku membebel hari jumaat ni. assalamualaikum :)


Wednesday, 13 November 2013

Khabar angin

Hari semalam jer, aku terbaca 2 benda yang hanyalah khabar angin....
1. Johor akan jadikan jumaat dan sabtu sebagai hari minggu. Dan ahad sebagai hari kerja. macam sesetengah negeri kelantan, terengganu, kedah.

2. Cool Fever. Kan tersebar luas sejak beberapa bulan ke tahun entah.. yang tak elok letak cool fever kt kepala/dahi baby or budak2. Aku pun boleh tahan baca la benda alah ni. percaya sikit2 je..hahaha. tapi tetap risau gak nk letak cool fever tu. masa tu la. skg tidak lagi ;p

ermmm tak tahu lah nk cakap ape. semua ni kerana 'sharing is caring' kononnya 'share' sbb nk bgtau yg kita pun tahu benda tu. padahal sahih ke tidak tak tahu pun. main bedal jer kan.


Candid but so touching


Tengok anak aku tu.. kemain nak berkawan lagi kan. macamkan dah takde kawan.. padahal masa ni keluar ramai2 dgn sepupu2 dia. Anak aku ni suka berkawan. tapi agak kasar sikit. biasalah lelaki kan. lelaki kena tough (tough la sgt kan. masih budak kot). mula2 ok la. tapi lama2 dia akan duk dekat2 dan cuba nk sentuh or peluk kawan dia. bagi yang rimas, of coz akan tolak dia..hehehe ;p. Tapi bagi yg manje2 ok je kot. dia takkan pegang lama nye.. cuma kejap je. lepas dah peluk ke sentuh sikit, dia akan lepaskan. pastu nk duduk dekat2... eeeiii ikut sape la ni ;p
 
Sampaikan sepupu dia tak nak duduk dekat. lagila dia kejar.. hahaha pastu gelak2. sepupu tu kemain lagi nangis rimas dan takut....hehe ;p. lawak anak aku nih. suka usik org. Pastu dia tak takut org. selamba je nk sentuh org jalan2 kt shopping mall. aku pulok risau org marah ke ape.Ye la tak semua org suka budak2 kan.
 
Tapi aku sedikit musykil skg ni. dia manja sgt dgn aku. super duper manja ok. kadang2 taknak langsung dgn abah dia.. dah la balik kerja terkejar2 nk solat bagai. Nakkkkk jugak dgn aku. Nanti macamana nk ada adik ni..hehehe ;p

 

Monday, 11 November 2013

Bangang

Aku baca la satu komen yg agak bangang (bg aku) kt instagram. Nk gelak ke nk marah ke ape aku pun tk pasti..

Tapi aku respect giler dia berani komen macam ni. Macam bagus giler. Macam bahagia giler dah tahap dia. Tapi solat tak tinggal ok. Pergghhhhh.
Kalau la budak2 hingusan yg tak berapa berakal sgt baca, of coz diorang akan terima bulat2.
Ni nama dia berani mati, tak takut tuhan. Takde akal masa nk komen. Aku doakan semoga diberi hidayah. Ceh macam la aku bagus sgt.

Friday, 8 November 2013

Why oh why

Nape asyik fail to post je..hukhuk

Thursday, 7 November 2013

Juara... malaysia boleh


Last week aku terbaca status ni kt Facebook. nak tergelak pun ada.. tapi kenyataan kan. haruslah terima. aku kan kononnya nak jugak diet..hahaha ;p Tapi selalu jer terbabas. akibat makan tak ingat dunia. makan macam2. nak nak weekend. nasi nasi nasi. cukup 3 kali makan nasi sehari. Last week balik kg. Duk kt kg mmg heaven la makan nasi. Bangun pagi2 dah pekena nasi kerabu/dagang/berlauk. Tgahari nasi lagi. Malam kang mkn nasi lagi dan lagi dan lagi.. sebab tu ablik dari kg je aku naik 3 kilo...huhuhu

Alkisah husband aku cakap kononnya nk kena turunkan berat badan sebab mmg dah tak fit sgt dah skg ni. aku pun naik risau tapi takdela aku nk tunjuk sgt kerisauan aku tu.. Aku risau penyakit la. Kan kalau dah gemuk macam2 panyakit bertandang tanpa diundang, risau aku.

Tapi betul ke malaysia juara? Aku tgok negara barat sana gemuk2 je orgnya.. ;p