Thursday, 14 April 2016

Syukur alhamdulillah....

Sekarang baru ada masa dan mood nak menaip.

2 minggu lepas akhirnya aku berjaya hantar surat resign. Syukur alhamdulillah. Dan sememangnya perancangan Allah mmg yg terbaik. Hopefully selepas ni, akan dipermudahkan segala urusan ditempat baru dan segala urusan dunia dan akhirat. Insyaallah.

Offer baru tu datang mmg tepat pada masanya. ketika bos aku tgh nak memijak2 aku, dan aku rasa tertekan sgt dgn apa yg berlaku. actually aku dapat offer tu seminggu sblum tu lagi. tapi aku ambik masa utk fikir pro n cont. Of coz la lagi banyak yg baik kann. so sbb tu aku decided nak resign. Dan alhamdulillah mmg genap la 5 tahun aku keje kt sini. aku masuk sini Jun 2011 dan insyaallah akan keluar dari sini Jun 2016. 5 tahun pengalaman. Pahit dan manis semua ada. Dan sempat aku beranak 2 kali...hewhewhew :)

Actually aku pun macam dah putus harapan nk apply jobs. berlambak (beratus2 jobs aku apply) kt jobstreet tu. tapi, yang panggil interview nan ado ye. aku tak sure la silap kt mana. maybe resume aku kot or experience yg aku tulis ke ape. entah. but mmg rezeki tu Allah yg tentukan. Kita mmg hanya mampu merancang. kadang2 kita konon 'yakin' sgt dgn perancangan yg kita buat. Tapi sebenarnya bukan yg terbaik bagi kita. who knows kan? 

Tapi kali ni insyaallah aku harap dapat kedepan lagi. menimba lebih banyak ilmu ditempat baru. Dunia baru yg aku akan explore. sebenarnya berdebar jugak la. tapi aku mmg suka cabar diri sendiri dgn benda baru. sebelum ni aku mmg 'zero' la pasal construction. tapi skg alhamdulillah boleh la. dgn pengalaman duduk kt site office lagi. segala habuk, kotoran, lasak, bau bangla, bau macam2 dan segala benda yg agak asing bg pempuan aku tempuhi. itu semua mematangkan aku. Dan sekarang aku memilih utk duduk di office yg lebih rileks sikit berbanding site office. ye la dah tua dah kot. malas nk lasak sgt. dah sedut habuk2 construction sekian lama. bagi la badan aku rest plak. 

Aku boleh kata dah penat keje dgn company jepun. so skg no more jepun yer.... harap lebih flexible. aku ada reason tersendiri utk memilih. lain org lain dia punya pandangan. maybe berdasarkan pengalaman masing2 kan. aku ni boleh kata 3 company jepun dah aku pernah keje. semua hampir sama. so aku decided tak nak dah company jepun lepas ni. company US pun ok. company malaysia pun ok. dan aku harap aku  dapat join company yg lebih islamik. Semoga tercapai cita2 ku. aminnnn...

Sekarang ni aku tgh menghitung hari. Lambat sgt rasanya notice 2 bulan ni. Sbb cuti aku tak banyak yg carryforward. Last year aku bersalin kan... banyak yg aku dah guna cuti. lgpun mmg aku target nk resign tahun ni, so mmg aku tak simpan cuti...hehe

Insyaallah hujung bln 5 aku last. Lega rasanya :)


No comments:

Post a Comment