Wednesday, 8 June 2016

Bekerja Ditempat baru ;)



Hari ni genap seminggu aku keje kt tempat baru. So far aku perati tempat ni manageable. Ada leader utk group2 tertentu. So takde nampak kucar kacir stakat ni la...haha. tp team aku sgt kecik. Ada 2 org termasuk aku. Pastu apa2 terus discuss dgn bos. So far bos pun ok.

Tapi aku ni risau sbb org ramai ingat aku engineer kt site. Tahu semua terms2 m&e. Huhu aku ni nama je engineer. Keje mmg kt site office (company sblum ni). But aku totally tak pegi pun site tu. Ada la pegi mcm site visit sesekali sbb nk tgok benda yg dah siap. So byak benda yg aku tak tahu.

Kt sini semua org buat yg structure punya part. So diorang byak la nk tahu pasal m&e. Aku mcm xleh nk jwb. Malu kot...huhu kdg2 aku ckp aku nk check balik dgn member sbb nk confirm. Punya la segan kan...huhu pastu menggagau la aku wasap member2 lama. Huh. Berdebar kot. Dengan bos pun sama. Ada dia tanya psal terms m&e aku buat muka blur. Pastu dia ckp takkan aku tak tahu...huhu eh mmg aku tak tahu la.

Rasa mcm nk menangis pun ada. Rasa tercabar pun ada. But kehidupan mesti diteruskan. Mari kita belajar dari 0. Cari maklumat kt google, tanya member2 dan jgn lupa tanya bos kalau tak tahu. Jgn duduk senyap je. Itu semua ayat penyedap hati aku sendiri. Caucincau...byak keje nk buat ni

Thursday, 12 May 2016

Asyik ulang yg sama jerrr



Ni gambar semalam. Pakai nilopa yg dah 2 tahun lebih kot beli...hehe. pakainya boleh dikira dgn jari je. Pakai ni pun sbb bila entah aku dgr husband aku ckp beli banyak tp asyik pakai yg samaaaa jer. Huhu gulp!

Naelofar ni mmg cantik bila tokey dia pakai/promote. Dan masa nk membelinya mmg bersemangat nk jd nealofa tapi bila dpt mcm xreti je nk pakai. Aku ada lg 1 naelofar jugak yg xreti nk pakai. Puas aku test tp xjadi pun mcm tutorial kt youtube tu. Aku mmg selesa pakai shawl 15henggit jer. Itu yg paling sesuai dgn aku. Huhuhu sedar diri okey!

Tu yg malas nk beli yg mahal2 tu. Aku lebih prefer yg belit2 sendiri wlpun aku xreti sgt nk ikut tutorial belit2 nih. Blasah je apa yg biasa aku pakai. Kalau beli instant mmg akan xreti nk pakai walau org jual ckp sarung jer.. sarung lah sgt. Rasa mcm nk jual semua yg aku tak pakai tu.

Tapi masalah aku ialah asyik beli kaler yg lebih kurang sama dgn yg dah ada dlm lemari... huhu pitam rasa bila balik rumah then tgok2 ehhhh mcm sama kaler jer. Huh. Sila sorok sblum suami nampak...eh????

Thursday, 5 May 2016

Dulu dan sekarang. Banyakkkk sgt bezanya

Aku ni rasa mcm dah ke-tua-an sgt. Semakin hari semakin tua la kot. Eh mmg la kan semua org pun mcm tu. Tp entah la sbb aku rasa skg byak sgt berbeza drp dulu. Dari segi warna kegemaran, makanan, hobi dan mcm2 lagi.

Skg dah takde masa nk berhibur. Berhibur yg aku cuba maksudkan adalah 'me time'. Takde masa nk minum2 kopi sambil makan sepotong kek sambil bukak buku bajet sambil conteng2 bajet RM untuk beberapa bulan spt yg aku selalu buat dulu kala. Walaupun aku selalu buat bajet2 kewangan sendiri, selalu jugak la terbabas g shopping benda tak sepatutnya but at least aku tahu duit aku ke mana. Yup aku bertambah seronok bermain kira2 ni...hewhewhew. so lets tukar kerjaya now! Lol!

Warna kegemaran aku suatu ketika dulu adalah biru. Pastu beralih ke pink pastu ke merah pastu skg nk pitam bila bukak almari baju tgok2 hijau je penuh. Well, sebenarnya aku tak suka hijau pun. Langsung tak suka okey!. Tp skg sudah berubah... huhu nampak tak aku makin 'muda' wehhh.

Skg ni buat bajet kewangan bila anak2 dan suami dah berdengkur...... tu je masa yg aku ada. Its my 'me time' sgt2. Skg aku xkisah tido berapa jam je. Langsung tak kisah. Sanggup gosok baju dan lipat kain bila semua org dh tido.

Cuma aku harap sgt bila anak2 makin membesar dah tak bangun mlm mintak susu. Timing diorang bangun tak sama wey... skg aku mmg gagahkan diri at least bangun buat susu 2 kali utk 1 mlm. Bayangkan tido dah pkul 1 @ 1.30pg. Bangun buat susu 2 kali. Pastu bangun tido pkul 5.30pg. Tu belom masa anak2 demam. Huhuhu tido sejam je pun pernah. Pastu bangun g keje. Aku rasa bukan aku sorang yg hadapinya. Hampir semua mak2 mcm tu.

Satu lagi hobi aku adalah membaca. Dulu aku sanggup tak tido sbb nk baca buku. Tapi skg??? Huhu buku tu kalau beli setahun pun belum tentu habis baca.. sobs. Kecewa dgn diri sendiri. Aku nk sgt masa utk baca buku. Skg masa baca buku aku adalah masa dlm tren samada otw nk g keje or balik keje. Seboleh2nya mmg aku baca buku dlm tren. Lantak situ org nk ckp ape. Aku mmg percaya membaca boleh ubah pemikiran kita.

Itu je la dulu stakat yg aku ingat.... byebye

Thursday, 14 April 2016

Syukur alhamdulillah....

Sekarang baru ada masa dan mood nak menaip.

2 minggu lepas akhirnya aku berjaya hantar surat resign. Syukur alhamdulillah. Dan sememangnya perancangan Allah mmg yg terbaik. Hopefully selepas ni, akan dipermudahkan segala urusan ditempat baru dan segala urusan dunia dan akhirat. Insyaallah.

Offer baru tu datang mmg tepat pada masanya. ketika bos aku tgh nak memijak2 aku, dan aku rasa tertekan sgt dgn apa yg berlaku. actually aku dapat offer tu seminggu sblum tu lagi. tapi aku ambik masa utk fikir pro n cont. Of coz la lagi banyak yg baik kann. so sbb tu aku decided nak resign. Dan alhamdulillah mmg genap la 5 tahun aku keje kt sini. aku masuk sini Jun 2011 dan insyaallah akan keluar dari sini Jun 2016. 5 tahun pengalaman. Pahit dan manis semua ada. Dan sempat aku beranak 2 kali...hewhewhew :)

Actually aku pun macam dah putus harapan nk apply jobs. berlambak (beratus2 jobs aku apply) kt jobstreet tu. tapi, yang panggil interview nan ado ye. aku tak sure la silap kt mana. maybe resume aku kot or experience yg aku tulis ke ape. entah. but mmg rezeki tu Allah yg tentukan. Kita mmg hanya mampu merancang. kadang2 kita konon 'yakin' sgt dgn perancangan yg kita buat. Tapi sebenarnya bukan yg terbaik bagi kita. who knows kan? 

Tapi kali ni insyaallah aku harap dapat kedepan lagi. menimba lebih banyak ilmu ditempat baru. Dunia baru yg aku akan explore. sebenarnya berdebar jugak la. tapi aku mmg suka cabar diri sendiri dgn benda baru. sebelum ni aku mmg 'zero' la pasal construction. tapi skg alhamdulillah boleh la. dgn pengalaman duduk kt site office lagi. segala habuk, kotoran, lasak, bau bangla, bau macam2 dan segala benda yg agak asing bg pempuan aku tempuhi. itu semua mematangkan aku. Dan sekarang aku memilih utk duduk di office yg lebih rileks sikit berbanding site office. ye la dah tua dah kot. malas nk lasak sgt. dah sedut habuk2 construction sekian lama. bagi la badan aku rest plak. 

Aku boleh kata dah penat keje dgn company jepun. so skg no more jepun yer.... harap lebih flexible. aku ada reason tersendiri utk memilih. lain org lain dia punya pandangan. maybe berdasarkan pengalaman masing2 kan. aku ni boleh kata 3 company jepun dah aku pernah keje. semua hampir sama. so aku decided tak nak dah company jepun lepas ni. company US pun ok. company malaysia pun ok. dan aku harap aku  dapat join company yg lebih islamik. Semoga tercapai cita2 ku. aminnnn...

Sekarang ni aku tgh menghitung hari. Lambat sgt rasanya notice 2 bulan ni. Sbb cuti aku tak banyak yg carryforward. Last year aku bersalin kan... banyak yg aku dah guna cuti. lgpun mmg aku target nk resign tahun ni, so mmg aku tak simpan cuti...hehe

Insyaallah hujung bln 5 aku last. Lega rasanya :)


Thursday, 7 April 2016

Baru berkesempatan tengok... dah basi dah weh..hikhik

This week kan viral pasal tudung fareed tu. Aku mmg xtgok pun video yg viral tu. Xde masa. Kengkonon mcm bz tahap rosmiah. Lagipun tak berminat nak ambik tahu.

Tapi tetiba tadi aku update youtube kt phone. N tergerak hati nk search pasal video tu. Ya Allah. Tak terkata rasanya bila aku tgok. Aku langsung xsalahkan peniaga tu. Yang aku pelik macamana org terlalu taksub nk beli dan sanggup beratur berhimpit2 bagai macamkan kalau tak beli tudung tu tak boleh nk hidup. Please la kan. Ada yg kata mcm lembu la dan mcm2 lagi tohmahan. Aku rasa bukan kali ni je. Dah beberapa tahun dah jd viral dan org sibuk duk kutuk. Tapi aku rasa makin bertambah ramai org yg pegi tiap kali dia buat sales. Maksudnya menjadi la dia punya tektik marketing tu eh?

Walaupun mcm2 yg dikatakan, takde berkurang sikit pun perniagaan dia. Malah (mungkin) makin bertambah2 maju. Saya sokong perniagan org melayu islam di malaysia! Heh tetiba. Ok ok saya tak pernah ada tudung fareed* dan mmg tak berminat lagi (stakat ni) nk beli sbb dlm account bank saya blom cukup 1juta. Ehemmmm.

So skg siapa yg 'samdol'? Peniaga or pembeli yg sanggup berhimpit?

Saturday, 26 March 2016

Tak mampu den!

Aku tak suka telan pil banyak2 dan besar2. kalau sesekali mungkin boleh tapi kalau hari2 nk hadap, mmg tak boleh! Ada member aku duk kempen suruh beli 1 produk ni. maybe ramai tahu sbb makin famous eh skg produk ni. Tapi dia punya produk jenis set set. paham tak set set nih? kalau ko sakit sekian sekian, ubat dia ada la dlm 3 jenis. ko kena telan ketiga2 nih setiap hari. dah la besar2 kot. so aku mmg tak tertelan la kot. cer bagi aku sejenis ubat je, mungkin aku boleh telan. nih sekali nk telan 3 biji skali. setiap hari plak tuh. tak mampu den!

Ada/ramai org ckp produk ni best. tapi aku belum terpikat lagi setakat ni. sebab berset set la dia punya ubat. kalau set subur plak bla bla bla. kalau set resdung plak bla bla bla. kalau set bersalin plak bla bla bla... ehem. aku malas nk telan banyak2 ni. so aku tak prefer la produk ni. bukan tak nk cuba tapi aku tak rasa aku boleh makan hari2...hahaha

Mungkin kalau dia buat khusus satu ubat utk satu penyakit aku rasa terbuka sikit hati aku nk mencuba. ehem...

Friday, 25 March 2016

Konon kononnya.....


Skg ni mcm susah nk update blog. Mungkin jugak faktor umur. Rasa malas nk share ape2. Tp selalu je share kt instagram. So dh malas nk share kt blog.

Aku kan kengkonon nk meniaga. Tapi sampai skg hampas pun takde. Pastu dua minggu lepas aku beranikan diri jadi dropship. Tapi sebenarnya aku xtau pun dropship tu mcmne. Yg ku tahu tolong promote barang. Pastu aku tak tahu detail. Aku tak tahu kalau customer nk beli brg tu dia nk kena bank in kt sape dan sbgnya. Boleh?? Tp aku dh register sbg dropship... hahahaha gamble giler!pastu bila ada org nk beli baru aku gelabah.

Kt ig tu biasa aku update pasal anak2 aku je. Just perkembangan dia. Tu je sbb aku nk jdkn kenangan la kononnya. Kahkah. Pastu aku malas nk cerita lebih2 sbb xselesa ramai org baca.. boleh? Hahaha perasaan yg entah ape2. Ni pun blog kalau org yg aku kenal baca aku rasa sgt2 xselesa. Cukup kalau org yg aku kenal xbgtau aku dia baca blog aku. (Kahkah bajet sgt mcm ada org baca blog hampas aku nih). Aku mmg xkisah xde org baca. Lagi best sbb aku boleh tulis sesuka hati aku je. Tanpa memikirkan perasaan dan hati org yg akan terasa nanti...


Thursday, 24 March 2016

Nak kurus

Azam kemain kennn. tapi usaha takdak pun. sembang je lebih. aku mmg siap tgok kt youtube lagi video2 nk kuruskan peha n punggung tapi hampeh la nk buat...kahkah. sembang ja lebih baq hang! siap download video lagi. penuh phone aku dgn video2 nih. 

Misi sebenar mmg nk kurus. tapi tetiba kalau aku ckp nk diet nasi kat husband aku tgok2 dia beli nasi kerabu yg sedap tu utk dinner. maka hancur lah harapan aku. cesssss sambil2 habiskan nasi sambil berazam esoknya taknak mkn nasi. tapi angan2 je la..lol. Pastu malam2 makan makana segera like nugets ke burger ke.. kahkah, baik mkn nasi. makan benda2 yg mmg ternyata menggemukkan plak. apehal??

But mmg tak serius sgt nk kurus. tapi pepagi bila nk dtg keje sarung seluar jeans terasa sendat peha tu mmg menangis dlm hati. serius weh.... rasa nk siat2 je peha bagi buang lemak. huhuhu jeles giler tgok org peha kecik. please la.

Ada plak budak opis boleh bergurau kasar. ckp aku pregnant. selalu plak tu dia kenakan aku. selalu ckp aku pregnant. please la. lelaki mmg tak sensitif kan. bergurau mmg kasar nk mampus. huhuhu nasib ler aku dah biasa. biasa2 pun terasa jugak noks. mau perasaan nk diet tu berlipat kali ganda..hahahahahaha (perasaan je la)


Monday, 14 March 2016

Below Expected Salary

Aku ni dari tahun lepas duk usha usha keje lain. Yang aku peliknya xde langsung yang sangkut setakat ni. Ye la maybe takde rezeki lagi. Or mmg Allah dah bagi hint yang keje aku skg is the best utk aku setakat ni.

But honestly aku rasa keje skg is sgt2 la tak berbaloi. Dengan erti kata yg lebih jelas dan kasar is: Gaji kecik dari bebanan yang aku pikul. Atau bahasa cerdik sikit, "Underpaid Engineer". Nama je engineer tapi gaji ciput. Eh bukan nk mengeluh ke ape. tapi mmg reality. Aku nk mengaku engineer pun segan sbb gaji ciput je kot. Sbb nanti org mmg akan expect gaji besar, kereta besar, rumah besar. perghhh.. itu hanyalah ilusi semata2.

Aku takde la demand sgt kt resume tu. tapi bila aku tgok kt jobstreet, banyak jugak yg offer gaji kecik daripada yg aku mintak. Aku syak sbb ekonomi skg ni je. ekonomi kita teruk kot. so company swasta mmg ambik pekerja dan offer yg rendah je. Eh tapi tak semua la rendah. ada je yg tinggi.

Skg fokus aku adalah nk tukar keje je..... hopefully tahun 2016 menjanjikan yg terbaik dalam kareer mahupun kehidupan aku. Insyaallah.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry kt atas tu aku tulis tahun lepas... kahkahkah. baru skg publish!

Ok skg mmg seriusly aku tgh cari keje. Cari company yg establish drp yg skg ni. Tahu la kan ekonomi teruk jugak la or mmg teruk. so projek2 susah nk dpt. kalau company established ok lagi kot. But husband aku ckp construction still ok sbb banyak je projek2 sana sini. Tapi tu la blom rezeki aku kot. ermmmm masih mencari. semua member dah blah. tinggal budak2 baru je kt sini. so sadis!