Monday, 23 November 2015

aktifnya kamu!


Skg ni anak aku sgtlah aktif. Aktif yg mmg mengerutkan dahi aku sepanjang masa. Please la anak. Jgn buat mcm ni.

Last weekend pegi wangsa walk. Masuk guardian. Boleh dia pegi berlarian sana sini. Pastu lantai kt situ licin plak. Boleh dia menggelungsur sana sini. Huihhh dlm hati aku dah debar2 sgt. Sbb nk cari brg je aku masuk. Kalau tak, xde makna aku masuk situ. Risau je terkena brg2 dan pecah.. mintak jauh sgt.

Pastu skg dia dah makin besar. Aku ingat bila dah makin besar ni ok la boleh diharapkan jaga dan sayang adik dia. Tapiiiii...... fuh urut dada sgt dgn perangai dia yg super duper mengada2 ni. Paling tak tahan dengki dgn adik. Dengki nk pakai baju yg sama nak dukung nk disuapkan mkn minum. Oh yg pasal makan minum aku ok je. Suka je aku nk suapkan anak2 mkn. Tp tang nk dukung tu mmg xleh tahan. Berat kot.

Pastu kalau aku tinggalkan pegi mandi ke solat ke. Selamba je dia sepak or pukul adik dia. Uwaaaa tak tahan aku tgok mcm tu.

Gambar atas tu masa aku g klinik dgn dia. yup berdua je dgn dia. sbb parking takde. abah dgn adik tunggu dlm keta je. kejap je sbb takde org kt klinik. tapi habis 1 klinik tu dia lari. sentuh itu ini. bukak pintu dan mcm2 lagi. rasa nak ambik tali ikat duk sebelah aku.. hahaha kejam giler! Tapi bila ramai ckp anak kalau aktif dia akan cerdik. mmg la cerdik sgt budak ni. tp iman aku ni tak kuat weh. so mmg aku akan ingat ayat tu tiap kali urut dada dgn perangai dia. huhu bertabahlah!

Wednesday, 18 November 2015

Tingtong sgt rasanya

Apsal la rasa mcm ni. Maybe sbb tak cukup tido n rest la kot.

Nk kata ngantuk sgt tak jugak. Tp mcm campur penat badan. So mcm tingtong. Nk cakap dgn org pun malas sbb kena pikir byak kali. Kalau tak takut mengarut2 je keluar dr mulut ni.

Td kena dgn boss dr hq. Bukan salah aku. Tp tetaplah dipersalahkan. Whatever!

Monday, 9 November 2015

Menyesal kerana ikutkan nafsu!!!

Semalam adalah hari berehat2 kt rumah. Penat jugak asyik keluar je. Keluar pagi balik dah malam. lebih kurang je hari cuti dgn hari keje. So semalam decided nk duk rumah je rest2. eh eh ada anak kecik dan tgh melasak. ada harapan ke nak rest? Jgn nk menggunung sgt harapan nk REST tu. STRESS ada lah.. hahaha... Dari pagi aku menjerit je keje. Entah kenapa aku stress sgt semalam. biasa cool je.. hahaha :P Ye la kot maybe sbb penat. tapi rasa xde la aku bertungkus lumus kemas rumah ke masak ke ape. tu pun nk penat. Tp of coz la penat sbb dedua pun nk berkepit dgn aku. dah la dedua super duper manja. tak menahan okey manja anak anak aku ni. kalau sorang nk dukung, sorang lg dan dan dtg nk dukung jugak. bukan nk g kt abah dia. then terpaksa la aku berlaku adil. takde la aku dukung dedua skali. just entertain dedua skali. sorang sebelah kanan sorang belah kiri. duduk la korang atas peha mak yg empuk nih..huhu

Actually aku menjerit2 dlm rumah tu ada sebab la kan. takkan aku giler nk menjerit tak tentu pasal pulak kan.. Asal aku buat keje je syarif usik adik dia. usik yg bukan sikit2 ye. sekali dia cubit menjerit la si adik. aku mmg biasa kena cubit dgn syarif. mmg sakit weh. so aku boleh bayangkan adik yg kecik tu kena cubit dgn abang dia. mmg sakit. so dia menjerit bukan sbb ngada2 ke ape. sbb mmg sakit. so smalam tak terkira la adik nangis. tiap kali adik dia nangis aku jerit nama syarif. mmg nk terkeluar anak tekak aku jerit. nasib baik sehari je duk rumah. kalau aku jd surirumah dan jaga anak2 aku sendiri aku tak tahu la mcm ne nanti.. haha. Tapi bila dah petang, aku nk rest kejap. sbbpenat menjerit kot. lelap la kejap. pastu bangun tgok rumah mcm kapal pecah. mengucap panjang aku. terus g ambik wuduk solat asar dan bertenang. baru nk tadah tgn berdoa, dah merengek2 dah anak. mintak itu ini. 

Maybe kalau aku nampak pahala mencurah2 melayan anak2 ni. aku mungkin tak kan dan tak pernah merungut. subhanallah. jadikanlah aku seorang ibu yg sabar dan yakin dgn ganjaran membesarkan anak2 ini Ya Allah.

Bawah ni aku muhasabah diri dgn membaca mesej2 kasih syg ni.... walaupun ia utk anak 2tahun, tp masih belum terlambat rasanya utk aku baca.
SELAMI DUNIA ANAK DUA TAHUN.
Ibu pernah share penulisan ini. Namun, Ibu share sekali lagi kerana ramai yang bertanya soalan mengenai anak berumur 2 tahun. Ibu kira ramai yang terlepas peluang membaca penulisan ini.
______________
SESUATU YANG AJAIB MENGENAI ANAK-ANAK 2 TAHUN INI...
Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.

Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.

Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.

Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam 'dunia' dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun - 3 tahun.

Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk...ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.
Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.
Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.
Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.
Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.

Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, 'sayang mama nak mandikan sayang, ya' dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan 'no' maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.

Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.

Tuesday, 3 November 2015

Ready Solat kerrr?

tetiba je tajuk mcm ni. Sbnarnya dah lama dah peratii je. dlm ig or fb kan diorang ada jual jubah la stokin la mcm2 la lagi yg ready solat. tp kadang2 kita or (aku sorang je) yg tak aware ttg ready solat tu. Yes sepatutnya kita berpakaian sentiasa ready solat. apa keadaan sekalipun kecuali bila hanya bersama mahram kita shj kita boleh pakai tak ready solat which is seksi seksa tu. Tapi aku sendiri belum sampai ke tahap tu lagi. nak solat nak kena cari telekung cover. sbb pakaian aku belum capai tahap piawaian sepatutnya. but soon insyaallah. Susah jugak nk mulakan. tapi semuanya tak mustahil.

ok dipendekkan cerita.aku baru tgok iklan stokin ready solat. tapi org yg jual tu tak mention pun stokin tu ready solat. tapi stokin tu mmg boleh bukak dari bawah utk senang ambik wuduk. lepas ambik wuduk terus je la solat. biasa tu yg aku paham ready solat utk stokin ni. pastu mestilah tak jarang kainnya.

Ada la sorang ni. dia duk tanya lagi. ready solat ke stokin ni? apa  sbnarnya yg dia nk tnya? aku rasa semua stokin yg bersih tu mmg ready solat. stokin yg bukak dr atas mcm biasa tu pun ready solat jugak. cuma kena bukak masa nk ambik wuduk. tu je beza dia. not a big deal ttg stokin ready solat ni. asal stokin kita bersih, tak koyak dan boleh je bawak solat.


Monday, 2 November 2015

Bizi sgt kononnya

Sekarang ni kejap je masa berlalu. Seminggu tu mmg kejap je habis. Tapi apa hasilnya??? Pagi2 bangun pegi keja. Malam balik rumah. Makan tgok tv sambil layan anak sambil lipat baju sambil itu ini sampai tertido. Esok pagi rutin yg sama lagi. Ulang2 yg sama. Weekend je kdg tak sama. Tp kdg2 sama jugak..hahaha.



Aku skg tgh semangat nk buat biz. Tp tak tahu mana nk start. Rasa mcm balik kg buat biz pun ok. Tapi takuttttt sbb takde simpanan menggunung mcm org lain. Risau kennn. Biasa kalau nk biz kena ada backup simpanan at least 6bln gaji. Tapi aku seriusly xee pun mcm tu. Sbb tu takut. Plus aku ada hutang lg. Kereta, insuran, blablabla. Tu semua commitment bulanan yg aku kena bayar. Nanti kalau biz aku risau xleh commit semua tu.

Ye la kau ingat niaga hari ni terus esok dpt untungnya???