Tuesday, 25 August 2015

Anak anak


Bawak abang jalan2 supaya dia rasa DISAYANGI. Terpaksa tinggalkan adik kt nurseri..huhu
Anak2 aku mmg terlalu manja dgn aku berbanding dgn abah diorang. Si kecik tu pun nampak manja dgn aku. tapi tak tahu la sampai bila kan. Budak2 mmg akan berubah. But mmg si abang terlalu la manja dgn aku. 'manja' yg kadang2 aku rasa "errrgghhhhh"... hahaha tak baik kot rasa mcm tu. Tapi keTERLALUan manja tu buatkan aku rasa penat kdg2. ye la nk dukung adik lagi pastu abang plak mintak nk dukung jugak... huhuhu. kalau makan malam, mmg kesian. aku terpaksa suap sorang2. dgn abah dia of coz tak nak. mmg abang boleh makan sendiri. time angin manja dia dtg, mmg nk aku suap. lagipun better aku suapkan je sebab kalau dia makan sendiri (especially nasi), of coz aku kena lap lantai bagai selepas dia makan. Lagipun kalau aku suap dia mkn banyak sikit. kalau makan sendiri jatuh kelantai je lebih.

Tapi aku bukan lah nk mengeluh sbb anak2 manja ke ape, best sebenarnya diorang manja ni. jadi rapat je hubungan. Sikit2 nk citer kt kita ape dia buat, apa dia tengok, and ape dia rasa. harap2 sampai besar dia rapat dgn aku, share semua benda dgn aku. 

kalau nk tido plak, tgok aku pokpok adik, tetiba kang abang ckp 'peluk la syayish'... perghhh tiap kali dgr dia ckp mcm tu aku rasa aku tak adil. Yup aku rasa aku tak adil sbb buatkan dia rasa tersisih. tapi hakikatnya aku takdela manjakan adik beria sgt depan2 dia. biasa je kot. dah mmg adik kecik lg of coz aku pegang dia lebih kan. 

Pagi2 nk g taska, aku kan pegang adik. so adik kalau dia nagntuk sandar la kt bahu aku. pastu si abang tgok je. dan dan tu jugak duduk kt peha aku dan suruh aku peluk dia 'peluk la syayish'... hehe comel je siap ambik tgn aku letak kt badan dia. perghhh makan dalam kot.

Tapi tu la kalau boleh kita ni mak mak nak sgt berlaku adil terhadap anak2. tapi ye la kan budak2, mana la dia tahu benda tu semua. yg dia tahu, dia nk kita layan dia lebih je..

Monday, 3 August 2015

Hello hello

my baby dah besar dah dia... kejap je rasa.

Lama giler xupdate. Bz la katanya..hehe. skg mood tgh nk cite mcm2 hal. Tp xtahu nk cite yg mana dulu. So tepek gambar je dulu.

Raya kali ni alhamdulillah sudah ber4. Tapi gambar raya yg proper satu family xde pun. Huhu. Raya 1st kt rumah mak aku. Tp semua adik beradik dah ada rumah sendiri. So diorang dtg selepas solat raya dah. So aku tak rasa sgt kemeriahan pagi raya tu. Dah la salam raya xcukup korum. Family adik aku sampai lewat dah. So kitorang dah keluar ziarah rumah sepupu baru dia dtg. Mmg xsempat ambik gambar family.

Tahu la kan bila ada anak2 kecik. Payah nau nk bgambar. Huhu aku xpuas hati bab ni la. Gambar kenangan xde yg elok. Harap2 masa open house kt kl ni sempat la ambik gambar proper sket. Hehe bkn ape saje je nk buat kenangan. Ehem lagipun aku ada beli groupon cuci gambar 200kping tu. sekarang dah ada dlm 100 je. lagi 100 nk cuci gambar ape eh. tapi takpe sampai bulan 10 voucer tu.. hehe :)

Next year turn raya rumah mertua. Mesti best sbb boleh posing2 suka hati. Meriah beb. Adik beradik ipar ramai. Semua suka bgambar plak tu. Hehe. Lgpun next year insyaallah anak iols dah boleh jalan. Takyah dukung2 dah... 😄