Tuesday, 21 October 2014

33 weeks - Checkup

Semalam pegi checkup dgn doktor pakar kt Hospital Ampang. Sebab appointment pkul 9, so aku ambik la halfday. Mmg niat nk gi awal la sbb takut ramai. Aku sampai sana lebih kurang pkul 8.15 gitu la. register je dah berapa lama.. turn aku 1087. masa aku register tu 1044. So, bayangkan lah menunggu nk register je kot. Tapi nasib baik la cepat jugak nombor dia bergerak. Lepas register, kena pegi kt O&G department plak. Tunggu lagi. Pastu kena gi bilik belakang nk timbang n check urine. Punya la ramai org nk check urine. beraturr sikit punya panjang... sabar je la. Hari tu dtg takde la mcm ni. 

Pastu boleh plak tunggu sampai pkul 12 lebih nk jumpa doktor pakar plak. mmg angin satu badan la aku. dgn lapar tak makan ape bendanya lagi. Husband aku dah ajak gi makan dulu. dia ckp kang doktor panggil lambat lagi kang naya je. Baik gi makan. Nasib baik la kitorang pun makan laju2 dan lepas makan duduk tunggu lagi beberapa minit, doktor panggil. fuhhhhh... nasib baik dah mkn nasi kalau tak...@#$$%^*

First2 doktor nk scan. boleh plak selambak dia letak gel tu. aku dah la geli gel banyak giler kt perut aku. Tolong la. xyah la banyak2. satu hal plak aku nk lap lepas tu. melekit2 kena kt baju. mmg la kering lepas tu tapi still la geli ok. So far takde ape. alhamdulillah semua ok. Doktor ckp aku kena minum air gula. GULP..... rasa mcm tak percaya. aku mati2 tanya kenapa nk kena minum???? tak nak la.. huhu. dia ckp sebab darah aku tak stabil ke sbb hb aku rendah ke ape entah. tak paham aku dia explain. tp mmg kena minum la dia ckp. Setahu aku sbb berat naik mendadak je kena minum or kalau kita ada family diabetes mmg kena minum air gula tu. Ermmm family aku xde plak diabetes ni. Pastu berat aku xde la naik sgt kot. Tapi dia paksa aku minum jugak la kesimpulannya. Lepas dah agak bengang, aku setuju je lah. sbb dia doktor pakar kennn...

Doktor suruh dtg lagi esoknya nk kena minum air gula tu. aku tanya kalau sekejap boleh la aku dtg. dia ckp bukan kejap sgt pun sbb kena puasa mlm tu pastu dtg hospital ambik darah, minum air gula, lepas dua jam ambik darah balik. ermmm mmg setengah hari la habis kt situ. dia ingat aku tak keje ke ape nk bertapa kt spital hari2? So aku ckp nk buat kt klinik dkt rumah aku je. dia suruh aku buat appointment. Tapi appointment aku next week je kot. so aku nk buat masa tu je walaupun doktor suruh pegi this week. Bagi aku ada beza ke this week or next week? hahahaha lantak!
****************************************************************
Apa yang membuatkan aku risau/hairan masa timbang berat. Berat aku turun 2.2kg. Last check up 9hb ari tu 57kg. Semalam 20hb berat aku jadi 54.8kg je. mana hilang? pelik aku. padahal makan kemain banyak skg ni. lepas makan aku tido (kalau kt rumah la)..hahaha. so mana pegi berat aku? sila jgn turun byak sgt eh. risau berat baby kurang plak nti.


No comments:

Post a Comment