Thursday, 23 October 2014

Quality time - Gold Coast Morib

Tak mampu lagi nk ke Gold Coast Ausie.. so ke Morib je la yg mampu..kahkahkah. Padahal dah berapa kali plan. asyik la tertunda2 je.Mula2 tu husband ckp kalau takde masa sgt nk pegi jual kt org lain je. Pastu pikir dah lama tak bawak syarif jalan2. Tambahan plak skg ni dia suka main air. kalau mandi mmg kena paksa tutup paip baru dia keluar kalau tak, mmg dia nk main air je lah. mandi tu mmg dia sukaaa sgt. so rugi la kalau tk pegi sana. Sebab voucer tu skali dgn mandi kolam semua kan. bila lagi nk bawak syarif main air. nanti adik dah keluar payah la sket kot.

So kitorang decided nk pegi jugak walau macamana pun. Sampai2 sana, tgok pantai, wah teruja je dia. Gembira sgt tgok anak seronok kan?
Baru sampai. Aku is sakit belakang...mana taknya sepanjang dlm kereta tu asyik nk sandar kt perut aku yg boyot tu je

apa apa hal pun selfie dulu ye...hahaha ;p nampak perut besar giler kot.. kena tolak dgn angin :)
Sampai2 hotel nasib baik boleh check in awal. tgok org lain kena check in pkul 3ptg. tp maybe sbb kitorang guna voucher matta fair kot dapat la check in awal. kalau tk nk kena cari tempat lepak dulu sblum pkul 3.. huhu. Sampai2 je rehat dulu. bagi syarif tido kejap. dgn harapn dia tido la sblum berendam dlm kolam. Tapi masuk2 je bilik, habis semua barang dia main. telepon takyah ckp la.. tarik gi sana sini. bilik boleh tahan besar dan selesa jugak la. dah penat main baru dia tido. tido kejap je kot. Pastu kitorang turun gi mandi kolam.

Go green
Lepas mandi kolam kita gi jalan tepi panta plak. ambik angin pantai

main bola
 Esok pagi2 lepas breakfast tak sabar dia nk mandi kolam sampaikan makan pun tak nak...sabo je la

Masuk kolam tak nak pakai baju...huhu sabo je lah anak. sejukk nanti
kemain seronok dia, tak nak naik walaupun dipujuk2

sejukkkk... baru nk mengalah..hehe

Best dapat bercuti macam ni. Lepas ni tak tahu la bila pulak. Nanti baby keluar dan besar sikit la kita jalan2 plak. Teringin nk g langkawi...hehe :)

Tuesday, 21 October 2014

33 weeks - Checkup

Semalam pegi checkup dgn doktor pakar kt Hospital Ampang. Sebab appointment pkul 9, so aku ambik la halfday. Mmg niat nk gi awal la sbb takut ramai. Aku sampai sana lebih kurang pkul 8.15 gitu la. register je dah berapa lama.. turn aku 1087. masa aku register tu 1044. So, bayangkan lah menunggu nk register je kot. Tapi nasib baik la cepat jugak nombor dia bergerak. Lepas register, kena pegi kt O&G department plak. Tunggu lagi. Pastu kena gi bilik belakang nk timbang n check urine. Punya la ramai org nk check urine. beraturr sikit punya panjang... sabar je la. Hari tu dtg takde la mcm ni. 

Pastu boleh plak tunggu sampai pkul 12 lebih nk jumpa doktor pakar plak. mmg angin satu badan la aku. dgn lapar tak makan ape bendanya lagi. Husband aku dah ajak gi makan dulu. dia ckp kang doktor panggil lambat lagi kang naya je. Baik gi makan. Nasib baik la kitorang pun makan laju2 dan lepas makan duduk tunggu lagi beberapa minit, doktor panggil. fuhhhhh... nasib baik dah mkn nasi kalau tak...@#$$%^*

First2 doktor nk scan. boleh plak selambak dia letak gel tu. aku dah la geli gel banyak giler kt perut aku. Tolong la. xyah la banyak2. satu hal plak aku nk lap lepas tu. melekit2 kena kt baju. mmg la kering lepas tu tapi still la geli ok. So far takde ape. alhamdulillah semua ok. Doktor ckp aku kena minum air gula. GULP..... rasa mcm tak percaya. aku mati2 tanya kenapa nk kena minum???? tak nak la.. huhu. dia ckp sebab darah aku tak stabil ke sbb hb aku rendah ke ape entah. tak paham aku dia explain. tp mmg kena minum la dia ckp. Setahu aku sbb berat naik mendadak je kena minum or kalau kita ada family diabetes mmg kena minum air gula tu. Ermmm family aku xde plak diabetes ni. Pastu berat aku xde la naik sgt kot. Tapi dia paksa aku minum jugak la kesimpulannya. Lepas dah agak bengang, aku setuju je lah. sbb dia doktor pakar kennn...

Doktor suruh dtg lagi esoknya nk kena minum air gula tu. aku tanya kalau sekejap boleh la aku dtg. dia ckp bukan kejap sgt pun sbb kena puasa mlm tu pastu dtg hospital ambik darah, minum air gula, lepas dua jam ambik darah balik. ermmm mmg setengah hari la habis kt situ. dia ingat aku tak keje ke ape nk bertapa kt spital hari2? So aku ckp nk buat kt klinik dkt rumah aku je. dia suruh aku buat appointment. Tapi appointment aku next week je kot. so aku nk buat masa tu je walaupun doktor suruh pegi this week. Bagi aku ada beza ke this week or next week? hahahaha lantak!
****************************************************************
Apa yang membuatkan aku risau/hairan masa timbang berat. Berat aku turun 2.2kg. Last check up 9hb ari tu 57kg. Semalam 20hb berat aku jadi 54.8kg je. mana hilang? pelik aku. padahal makan kemain banyak skg ni. lepas makan aku tido (kalau kt rumah la)..hahaha. so mana pegi berat aku? sila jgn turun byak sgt eh. risau berat baby kurang plak nti.


Thursday, 16 October 2014

Whatttt???? 7kilos??? how come?

Berat aku dah bertambah dgn jayanya. Gulpppp bila tgok penimbang masa checkup last week. fuhhh terkejut jugak la. Tapi takde la aku rasa sgt gemuk ke ape. Cuma perut mmg makin membesar sbb t-shirt yg aku pakai mlm2 kt rumah tu mmg dah sendat sgt2 dah dan terbonjol keluar perut. mesti nampak perut punya kalau aku pakai t-shirt kt rumah. Rasanya pregnant dulu takde sampai mcm ni.
kihkih gigih aku edit  'text' kt gambar...haha lantak la mcm xde keje. best jugak godek2 cymera nih. main2 dgn frame semua ;p
Tapi ape pun harap2 baby sihat. Bab nk kurus semula lepas bersalin tu mmg aku tak pikir langsung lg skg ni. pasni harap2 boleh la turun balik ke kg yg sepatutnya..hehe :) kalau tak, mau kena diet nasi..kihkihkih ;p

Thursday, 9 October 2014

Sakit belakang yg kronik

Sekarang ni (almost sebulan dah kot) aku sakit belakang yg amat sgt. sampaikan duduk salah berdiri salah baring pun salah rasanya. kadang2 tu aku rasa nk menangis je. tambahan pulak anak aku kemain lagi lasak. Time datang dia punya manja mengada2 tu.. mmg menitis air mata aku. tahannnn je sakit nih. kalau la dia tahu aku sakit, mmg takde la dia mintak dukung kan. of coz la dia tak paham lagi skg. sobsobsob. nak nak time balik keje sbb aku rasa time tu la paling sakit sbb seharian duduk kt opis. fuhh dia punya sakit mmg tak tahan weh. serius aku rasa nk ambik mc seminggu. tu pun kalau boleh baik. 

Hari sabtu lepas aku gi urut. Makcik kt sentul tu aku biasa jugak la urut dgn dia. best kot dia urut terasa sampai ke urat dan tulang. aku dah la tgh sakit. mmg terasa sakit tapi sedap la..haha. lepas urut rasa best giler kot. tapi mlm tu kembali la sakit belakang aku ni. makcik tu ckp urat belikat aku ni bengkak. pastu urat kt bawah tu bengkak jugak sbb tu aku sakit. serius weh dulu aku tak rasa sakit mcm ni. skg ni nk bergerak aku pikir 2 3 kali dulu. sebab mmg sakit. org je tak nampak aku sakit. but kalau aku baring, pastu aku nk bangun, mmg azabnya lahai... nk berjalan mmg terkangkang kangkang je aku rasa skg ni. skg sebelum tido mesti sapu minyak panas baru boleh tido. lega la sikit. dah mcm makcik2 sgt dah...haha ape nk buat. 2 months to go babeh. bertabahlah semoga aku sabar menghadapi ujian2 kecil ini.


Wednesday, 8 October 2014

Happy :)

Anak2 mana yang tak suka main? nak nak kt taman permainan yg ada banyak mainan. mesti diorang teruja giler. sama la dgn Syarif. suka sgt dia bila ckp nk bwak dia gi taman. Aku ni bukan larat sgt skg ni. kalat taman dlm bangunan ok lagi la. kalau kt luar, mintak maaf la. aku tak larat nk kejar anak aku yg super duper aktif tu.
kesian dia, jarang2 je bawak dia gi main..
seronok main, gelak guling2...hehe
Tapi kali ni kerap sikit bawak gi taman. last 2 week dah pegi, last week pun pegi lagi. sebab kesian syarif bosan main kt rumah. takde kawan. esok ada adik, adik dah besar sikit main la korang puas2 ye... Biasa kalau bawak dia gi main kt kidz zoona jusco tu mmg berjam jam la dlm tu sampai dia sendiri ckp penat. "ayish penat la"... hahahaha baru puas hati aku. pastu mlm tido keletihan. puas je tgok anak happy :)

Tapi sebelum masuk tu, suruh dia makan pun tak nak. padahal lapar tu baru bangun tido. sabar je la anak. Dulu masa kita budak2 pun gitu jugak kan? hehe.. Sekarang ni Syarif suka bercakap. suka sgt bercerita itu ini. aku syak dia banyak mulut ni...hehe ikut sape la ni eh?