Wednesday, 3 September 2014

Demam malam

Dari hari sabtu malam syarif demam. malam sabtu demam. malam ahad demam malam isnin tak demam dan malam semalam kembali demam. demam ni bukan biasa2 tapi panas sgt badan dia dan dia akan merengek2.... kejap nak tido atas peha aku, kejap nk tido atas bahu.. so nak tak nak aku kena bangun duduk. takleh nk baring2. jadi aku adalah zombie kampung pisang bila kena jaga anak demam. penat berjaga malam dan tingtong bila pagi nak g keje...huhu
siang hari dia aktif macam xdemam langsung. panjat sana panjat sini...
Aku sebenarnya confius nak risau ke tak sebab siang dia langsung tak demam. malah lasak kemain lagi. tapi bila time dia tido malam, badan start panas. aku mmg takleh nk tido lena sgt. Syarif plak jenis taknak dgn abah dia.. uwaaaaa segala2nya nk umi. Sekarang ni dah pandai 'taknak' makan ubat. sebelum ni dia suka je makan ubat. senang giler nk bagi dia makan ubat. tapi maybe sbb dia tgh demam dan tak sedap badan, so dia mmg tolak kalau bg ubat. 

Semalam pukul 2 pagi aku terjaga, badan syarif panas sgt. terus ambik tuala kecik lap badan. pastu ofcoz aku takleh nk tido duk jaga2 takut suhu badan dia naik. boleh plak dia terjaga mamai2 tanya itu ini. pastu nk baring atas peha aku. sampai pkul 3 jugak la duk mcm tu. pastu terjaga lagi pkul 5... uwaaaaa aku rasa tingtong sgt dah. 5.30 sambung tido...   

Malam2 masa dia demam ni, kalau aku nk g dapur buat susu, dia nk ikut ok. bukan takat nk ikut, nak dukung sambil aku buat susu... uwaaaa aku is tak larat sebenarnya nk dukung2 dia ni. Aku rasa nk jalan pun macam seret kaki je skg. Maybe sebab perut membesar dgn jaya nya. Pastu aku sekarang mmg sakit je pt pangkal peha. tak tau nk explain mcmne. aku rasa aku jalan terkangkang2 dah sekarang. 3 months to go beb...huhu semoga cepat sembuh anakku. dan semoga aku tabah :)
 

No comments:

Post a Comment