Tuesday, 30 September 2014

30 weeks

Pagi semalam dalam tren, boleh sorang mamat chinese ni dia ckp dia tak perasan aku pregnant? ehemmmm dah besar kot perut aku. mustahil sgt kot dia tak perasan. or dia buat2 tak perasan? takpelah pikir positif je la kan. "i didnt realized u are pregnant, sorry". aku berdiri betul2 depan dia. dari tmn melati sampai ke jelatek dah pun. lama kot. entah mmg betul dia tak perasan kot. tp dia takdelah duk telek hp je. ada je dia angkat muka tgok2 sekeliling. tu yg aku musykil tuh. takpe la mungkin dah sampai jelatek baru terbukak hati nk offer aku duduk. Tq :)

motif nk duduk senget2 mcm ni??????? hahahaha ;p
Sekarang aku dah mengah2 dah sgt. jalan mmg takleh lama. nama nak pegi window shopping mmg maaflah ye. nk gi rumah org lagi la malas. bukan aku malas nk bergerak ke ape. cuma aku rasa sakit. kalau berdiri lama sakit kot kt bawah tu. rasanya last time masa pregnant syarif takdela rasa mcm ni. ni faktor usia ke hormon ke ape entah.

Sabtu ari tu aku bgtau husband aku nk bawak syarif gi kids zoona kt aeon tu. aku prefer situ sbb dia tertutup. pastu kalau jatuh ke ape, tak berdarah sbb lantai dia kan lembut. pastu aku boleh la rest sambil2 perhatikan dia main. kalau kt open park, aku nk kena kejar dia sana sini. husband aku tu plak jenis rilek je kot. aku ni hah kalut sket kalau anak tk nampak depan mata. hahaha kalut2 sampai diri sendiri penat nk monitor. kalau pegi kfc wangsa maju, syarif suka sgt lari keluar dr tempat main tu. fuh aku cukup la risau tau. skg ni aku dah takleh lari2 mcm dulu. sakit giler kot kalau aku lari... sabo je la. anak kemain lasak. duk rumah je la nak oiii.

Sejak aku pregnant, malam aku selalu tido awal. lepas makan je tido. please la kan. kang jadi tong drum sape jugak yg susah. but mmg la aku tak larat. aku ni kalau duk sorang2 rela aku tido la dari makan. sebab aku rasa mlm mmg penat. nk lipat kain pun aku sanggup bangun awal pagi. biasa dlm pkul 5.30 aku bangun lipat kain. rela ok. sbb mlm aku rasa tak larat nk paksa diri. 

Last week checkup. berat aku dah bertambah tambah dgn jayanya. 5.5kg dah bertambah. padahal baby baru dlm 1.2kg gitu..hahaha berat lemak ape ni weh. sabo je lah. tapi harap2 takde la berat sgt nanti. takut plak aku susah nk turun balik. Masa pregant syarif berat aku total naik 8kg. tapi lepas bersalin terus turun. alhamdulillah. maybe anak pertama senang nk turun kot. aku harap yg ni pun sama. kalau tak, harus la aku gigih diet bagai pasni. nk exercise? mmg takde harapan dgn anak 2 org...hahahaha ;p.

Baju baby tak beli lagi. yes, baju syarif banyak lg yg boleh pakai. tapi tetap la nk kena beli yg baru jugak kan. barang2 belum list down lagi yg nk beli. huhu bertabahlah harap2 aku larat nk berjalan cari barang nanti.

Monday, 29 September 2014

Menguji kesabaran

Sekarang ni ada je benda yg menguji kesabaran aku. Sape lagi yg buat hal kalau tak anak laki aku tu. Malam tadi aku perati je perangai dia.. nak kencing dlm toilet (which is bagus la utk potty training kan) but aku tgh solat kot. masa tu aku dah lepas bg salam, ingat nk berzikir, doa, baca quran la dulu. pastu dia masuk toilet sorang2. ok la aku tgok je dari luar. pastu dah siap dah basuh semua (yes, dia boleh buat sendiri dah skg ni) dia nk pakai pampers plak. so pakaikan je la. pastu tak nak pakai seluar n baju. Kalau tak pakai seluar, dia suka la main2 pampers tu sampai terbukak nanti. tu aku dah masak dh perangai dia...huhu. 

pastu aku ambik quran baru baca dua tiga baris, "nk kencing" lagi... uwaaaa.. aku marah2 la dia sbb main2. baru je kejap td kencing takkan nk kencing lagi. ni mesti nk main air ni. pastu boleh joget2 dpn aku ckp nk kencing. dah terpaksa aku simpan quran dgn telekong... layankan la dia. rasa mcm nk nangis je. Bila nk habis baca quran kalau asyik mcm ni? Tgah malam bila dia dah tido aku pun mula la penat, kdg solat isyak pun aku bangun pkul 5 sbb tak larat nk buat sebelum tido. fuhhhh dugaan sungguh!

Pagi tadi mencabar kesabaran aku jugak. tak nak bukak mata. terus aku mandikan je. tau la mcmne dia punya melalak dlm toilet. "tak nak mandi, tak nk mandi".. "ngantuk"..."nak tido"... huh macam2 hal. aku ni dah la penat. nk jalan pun sakit. istighfar je la banyak2.. dah lepas kena paksa mandi, tak nak pakai baju pulak.. haishhh la anak. Pujuk punya pujuk nk ambik baju sendiri kononnya. pastu taknak pakai seluar la pulak. Sekarang dah pandi pilih baju sendiri. kalau kita dah siap2 ambik baju utk dia, jarang sgt yg dia berkenan nk pakai. tapi kalau yg ada mickey mouse dia pakai je. peminat mickey mouse nih..hehe :)


Wednesday, 24 September 2014

Jangan pentingkan diri sendiri boleh??

Aku kan naik tren. pegi keje balik keje. so dlm tren jumpa macam2 ragam manusia. Yes, aku pun bukan baik sgt akhlaknya. tapi harap2 aku takdela berperangai teruk or menyakitkan hati org sekeliling aku.

Pagi tadi nk dijadikan cerita, ada sorang kakak ni. saiz boleh tahan besar. sampai kt stesen jelatek, dia masuk. but sebelum dia nk masuk, aku keluar dulu bg laluan kt beberapa org njk keluar dr tren. so bila diorang dh keluar, aku masuk tren balik. masa kaki aku melangkah nk masuk tren, tetiba ada tangan tolak bahu aku. pegang dan tolak suruh masuk. so aku pandang la. kakak yg besar tu rupanya. ok la aku pun agak tak puas hati kenapa dia nk tolak2 aku. aku pregnant kot. kalau aku jatuh mcmne?  tapi biar je la. dlm hati aku sabar je lah.

Sampai kt ampang park, ada la seat kosong sbb ada org turun kt stesen tu. dia apa lagi tepis bahu aku, ckp nk lalu nk gi duduk kt situ. dia lalu je dah menyondol perut aku, sikit pun tak ckp ape. say sorry ke ape. apatah lagi nk offer aku yg pregnant ni duduk? ermmmm....

Bila dlm tren, biasa kalau balik keje, semua org buat2 tido, buat2 tak nampak org pregnant berdiri depan batang hidung depa. semua penat sgt eh balik keje kan??? pikir positif je lah. semua pentingkan diri sendiri..hahah (positif sgt ni aku pikir ;p). Yang tak boleh blah bila pagi2 nk g keje, siap yg lelaki duduk check status FB. tak macho kot laki biarkan pempuan pregnant berdiri. hahaha harapkan ada batu je. entah ada entah tidak...kahkah ;p

Orang tamak selalu rugi

Dah lama aku tak masuk groupon. means bukak website groupon la. Sebab sejak pregnant ni, aku rasa nk muntah bila bukak website groupon, boleh? hahahaha ;p. serius rasa nk muntah. especially bila bukak groupon n nampak promotion yg makan2 tu aku rasa nk muntah.

Tapi sempat jugak la beberapa bulan lepas aku beli yg photobook. yang satu photobook kecik yg satu jenis yg letak kt fridge. mcm fridge magnetic. tapi dua2 expired akibat tamak nk beli tapi tak redeem pun. lupa ke ape entah. takde masa rasanya. pastu aku rasa loya nk bukak groupon so mmg lupa la sbb lama tak bukak...haha ;p. so menjadi la satu kerugian. bukan satu but dua.


Tapi ada satu lagi yg belum expired. photobook jugak. hahaha nampak sgt tamak nk beli yg photobook punya kan. excited sbb nampak org buat aku pun nak jugekkk.. padahal xde masa pun nk kelebet benda alah tu. aku prefer cuci gambar lagi kot. senang je. select semua gambar pastu pi hantar print. senang kan? hahaha. yg photobook ni nk kene kelebet satu2. siap nk kena design bagai. i is xde masa kot.

Tapi yang satu ni nk kena buat jugak sbb terasa benar rugi. tapi yg ni murah je berbanding yg dah expired ari tu. takpe la daripada rugi semua baik selamatkan yg mana sempat.. kebetulan plak aku bukak groupon ari ni. huh kalau tak mungkin akan lupa terus password..kahkah ;p
Ok bertabah la. tadi berjaya download apps dia je. esok lusa maybe aku submit terus insyaallah. kalau tak aku lupa lagi... harap2 ada la masa aku nk kelebet benda alah ni.

Tuesday, 23 September 2014

Mood Menyampah

Sejak pregnant ni aku ada masalah tak suka dgn org..hahahaha. entah apsal ntah. tak paham jugak aku. mmg dah seboleh2nya aku kontrol tapi tetaplah menyampah.

1) selalu muncul diwaktu aku tgh bz buat keje
2) selalu tanya aku soalan yang mengundang rasa nk menampar je pipi dia.
3) Kalau dia mintak tolong aku, mesti aku rasa mcm susah nk buat. or malas nk layan (tolong). Padahal selama ni aku ok je dgn budak2 ni (budak is refer to adik2 yg beberapa tahun lebih muda dari aku). Selama ni kalau diorang mintak tolong, aku mesti tolong sbb aku mmg tak nk kedekut ilmu. takat mana aku tahu, aku ingat, mesti aku nk share sesama. tapi boleh tahan la bebudak ni mmg manja giler sampai semua tk reti nk buat sendiri, tak reti nk cari sendiri. esok kalau aku blah nasib la korang merangkak dari mula...huhu
4) bila perkara dah no. 1, 2 dan 3 tu berulang2 aku jadi malas nk pandang muka dia dah. kalau terserempak mesti aku tak pandang dia. sampai mcmtu sekali lah. Ada la sorang dua mcm ni. ehemmmm... aku jadi sakit hati.

Walaupun.... aku rasa aku ni dah termotivasi dah bila dgr prof muhaya punya ceramah tu tapi.............. huhu

apa yang kita beri, itu yg kita akan dapat balik. ok lets be positive bebeh!...hahaha tetiba je ;p

siapa aku untuk menyampah dgn org2 ni semua? tapi kenapa aku tetap rasa menyampah ni?????

Monday, 22 September 2014

Sakit sakit badan

Lately ni aku jadi sakit2 badan. Sakit yang sentiasa berpanjangan gitu. bukan sekejap2 eh. huh dia punya seksa mmg la. menguji kesabaran jugak la. kadang mmg aku nangis. selalu dalam hati je. tapi kalau syarif buat hal, mmg terkeluar jugak la air mata aku nih. dgn menahan sakitnya lagi, dgn nk melayan kerenah anak lagi. bertabah je lah. harap2 sekejap je. or ia akan berpanjangan sampai aku bersalin nanti? huhuhu ada lebih kurang 11 minggu lagi EDD baby. Harap2 dipermudahkan segala urusan. aku dah la fobia bersalin ni. takutt sgt kot. takut sakit..hehe ;p

Sekarang ni duduk sakit, berdiri sakit, pastu kalau baring pun sakit jugak. daripada baring tu nak bangun, mmg seksa sgt rasanya. kadang2 aku kt dapur tanya syarif nk susu ke tak. dia ckp tak nak. pastu bila dah pegi depan, duduk dpn tv, boleh plak dia ckp nk susu... uwaaaa... rasa nk nangis je :(. seksa nk bergerak sana sini skg ni. weekend pun aku prefer duk rumah je. padahal barang baby banyak lg kot tak beli. mcmne nk shopping ni? Bulan 10 ada baby expo kt midvalley. haruslah pergi. sebab nak setel yg mana perlu. nk bawak syarif? mmg tak la.. kalau bawak mmg jgn harap dapat shopping. duk ngejar dia je keje aku nti.

Syarif ni lately mmg membuatkan darah aku naik je. nakal dia mmg saje je rasa nk cubit kuat2. Eh selalu jugak la aku cubit ;p. sampai kdg2 dia nangis. dan dia akan rasa bersalah. pastu datang cium pipi aku pastu tunjuk dia tempat aku cubit tu 'sakit' katanya. huh hilang sabar aku sekejap. tapi mmg seboleh2nya aku cuba la kontrol marah aku tu. tp aku pun manusia biasa je kot. perasaan aku lepas cubit anak? of coz la rasa bersalah, rasa kejam giler... huhu tp bukanlah cubit sekuat hati. kalau dia gigit aku plak, mmg takde rasa kesian kot. berdarah. kalau dia cubit, mmg calar balar siap berdarah lagi... hishhh ganas anak aku ni.

Masa balik gk ari tu sempat jugak aku mengurut. makcik tu dtg rumah. awal plak tu. tak sempat minum pagi pun. terus je urut. sakitttnya part yg dia urut tu. tapi aku urut seluruh badan. ye la bila lagi kan nk urut gini. terus je seluruh badan. best la lega rasanya. tapi esoknya naik kereta ada la dalam 10 jam duk dlm kereta. mmg sakit badan semula. fuh... pasrah je la.

Thursday, 11 September 2014

Geramssss

Geram je aku bila tgok harga emas ni murah. Semalam aku tgok dah murah dah. Tapi hari ni lagi murah... Aku sebenarya gearm nak beli rantai tangan yg murah2 je pun..hehe yg mahal macam tak mampu (sedar diri)...hehe

Tapi esok lusa dan nk balik kg. lagi best kalau beli terus. dapat pegang barang terus. Tapi masalahnya aku balik kejap sgt. dgn kenduri lagi. mcm tak sempat je nk g kedai emas tu. huhu... lagipun husband aku mesti ckp tak payah beli lagi. so how? kalau beli online ni dia tak tahu...kihkihkih ;p

Blue or Pink?

Isnin lepas aku ada appointment kt hospital ampang. Kena buat detail scan baby dlm perut ni. Dah husband and wife ada thalasemia, so doctor risau kalau baby pun ada thalasemia jugak. Takut effect kt baby dari segi pembesaran dan sebagainya. Giler risau aku weh. mmg tak tenang rasanya bila doktor ckp mcmtu. Duk menunggu ke hari appointment mmg sepanjang masa fikir benda tu. Doa dan tawakal je la jadi pengubat. Insyaallah semua ok.

Scan detail ni adlah 3d scan tu ler. So, pasni tak payah la aku buat kt klinik biasa lagi. Sekarang pun tak silap aku RM120 kot charge utk 3d scan ni. dulu masa Syarif aku buat RM100 je. dah naik rege dah skg. semua pun nk naik kan...huhuhu. Tapi boleh la dapat cd dan few photo yg dia print sbgai kenangan. But honestly tak bukak pun tgok. Just simpan buat pekasam. Cuma rasa puas la bila tgok anak dalm perut gerak2. tgok muka, hidung pipi, tangan jari dan yg paling penting dapat tahu jantina....ehem ehem :)

So masa kt hospital ampang tu, mmg pakar yg scan. ape nama dia 'sonographer' yg scan aku. So mmg detail dia tgok. siap terangkan benda ape2 dlm organ baby tu. fuh canggih giler. Baby mmg gerak2 la time tu. Siap nampak organ dalam mcm otak, jantung, hati, buah pinggang, usus, jari jemari semua tu la. kagum aku. menitik2 airmata aku sbg mak bila tgok anak dlm perut aku sihat. alhamdulillah. Doktor ckp semua ok berkembang mengikut minggu yg sesuai. Alhamdulillah. tak terkata aku.

Tapi bulan depan kena dtg sini lagi sebab nk monitor lagi perkembangan baby. Harap semua dipermudahkanNya. So kesimpulannya BLUE or PINK? hehehe berbunga2 dah hati nk beli barang2 baby :)

Next-----> fikir nama baby pulak :)

Thursday, 4 September 2014

Lapar sepanjang masa

Sekarang ni lepas makan, makan, lepas makan, makan lagi...hehe tapi sebenarnya xde la lapar sgt pun. cuma rasa nak mengunyah tu sepanjang masa lah. Aku pun tak sure berapa kg dah naik nih..huhu risau jugak kang naik banyak kang payah nk turun. gulp!

Last checkup ari tu masa 24weeks berat dah naik 3kg total.. masa tu aku baru lalu makan. But sekarang nasi mmg aku makan banyak jugak. benda lain aku kureng sket. malam pun rasa nk mengunyah je kejenya. DAn sekarang kegilaan ku adalah aiskrim potong kacang merah. Ari tu siap beli 3 letak dlm petiais. pastu husband aku tanya sape punya...hehe mestilah aku beli sbb teringin nk makan. rasa macam nk beli satu box. kt 99speedmart dia ada jual satu2 or satu box.. haha tamak giler nk beli 1 box. kalau beli 1box agaknya sampai lepas bersalin ada lagi dlm petiais tu...haha aku ni bukan ape, beli je lebih. kang makannya tak pun..kadang lupa la ape, pastu tambahan plak aku ni mmg jarang bukak petiais (kantoi la mmg jenis tak memasak kt rumah kan ;p) kahkah ;p Husband aku lebih expert bab2 masak ni so aku mmg serahkan kt dia.. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Jgn nk pandang serong sgt dgn perempuan yg tk memasak. banyak lg kot benda lain nk buat kt rumah selain memasak...opsss ;p
Masa first pregnant aku penggila aiskrim jugak. tapi bukan aiskrim ni. tapi aiskrim hijau ni. tiap kali husband aku singgah petronas mesti aku beli..hehe :) Nikmat tak terkata rasanya. Tapi skg ni mkn aiskrim potong rasa macam menikmati magnum...haha melampau giler ;p
Dulu2 pun sebelum aku pregnant mmg aku penggemar aiskrim pun. Tapi sebab husband aku tak suka, maka aku jarang la makan aiskrim. Sama jugak cheese cake, choc cake dan aisblended. semua tu aku suka. dulu masa bujang aku sanggup g lepak sorang2 kt starbuck ke secret recipe ke semata2 nk menikmati makanan kt situ..haha. tapi sejak dah kawin mmg xde masa kot. pastu husband aku plak bukan jenis yg suka lepak minum2. dia jenis yg makan makanan berat pastu xde dah nk minum2 ringan2 ni. so aku jadi terikut la gitu jugak :)

Wednesday, 3 September 2014

Demam malam

Dari hari sabtu malam syarif demam. malam sabtu demam. malam ahad demam malam isnin tak demam dan malam semalam kembali demam. demam ni bukan biasa2 tapi panas sgt badan dia dan dia akan merengek2.... kejap nak tido atas peha aku, kejap nk tido atas bahu.. so nak tak nak aku kena bangun duduk. takleh nk baring2. jadi aku adalah zombie kampung pisang bila kena jaga anak demam. penat berjaga malam dan tingtong bila pagi nak g keje...huhu
siang hari dia aktif macam xdemam langsung. panjat sana panjat sini...
Aku sebenarnya confius nak risau ke tak sebab siang dia langsung tak demam. malah lasak kemain lagi. tapi bila time dia tido malam, badan start panas. aku mmg takleh nk tido lena sgt. Syarif plak jenis taknak dgn abah dia.. uwaaaaa segala2nya nk umi. Sekarang ni dah pandai 'taknak' makan ubat. sebelum ni dia suka je makan ubat. senang giler nk bagi dia makan ubat. tapi maybe sbb dia tgh demam dan tak sedap badan, so dia mmg tolak kalau bg ubat. 

Semalam pukul 2 pagi aku terjaga, badan syarif panas sgt. terus ambik tuala kecik lap badan. pastu ofcoz aku takleh nk tido duk jaga2 takut suhu badan dia naik. boleh plak dia terjaga mamai2 tanya itu ini. pastu nk baring atas peha aku. sampai pkul 3 jugak la duk mcm tu. pastu terjaga lagi pkul 5... uwaaaaa aku rasa tingtong sgt dah. 5.30 sambung tido...   

Malam2 masa dia demam ni, kalau aku nk g dapur buat susu, dia nk ikut ok. bukan takat nk ikut, nak dukung sambil aku buat susu... uwaaaa aku is tak larat sebenarnya nk dukung2 dia ni. Aku rasa nk jalan pun macam seret kaki je skg. Maybe sebab perut membesar dgn jaya nya. Pastu aku sekarang mmg sakit je pt pangkal peha. tak tau nk explain mcmne. aku rasa aku jalan terkangkang2 dah sekarang. 3 months to go beb...huhu semoga cepat sembuh anakku. dan semoga aku tabah :)
 

Tuesday, 2 September 2014

Super Duper Risau

Aku kan mmg thalassemia traits Alpha.Aku buat test thalassemia ni dah lama dulu. masa aku nk ambik master. masa tu kebetulan kakak aku doktor kt hospital tanah merah. so aku gi sana buat full medical checkup. Tapi result thalassemia ni takdpt la secara official kt tangan aku. just kakak aku je dpt result tu. tu pun rasanya dpt melalui phone je kot. ke mcmne entah. 

So sebelum kawin ari tu (4tahun lalu), aku ada la suruh husband aku check tapi disebabkan terlalu sibuk dgn segala mak nenek persiapan, maka mmg tak terbuat la test ni. Utk dpt result test thalassemia ni ambik masa lebih kurang sebulan jugak la.

Baru2 ni which is bulan July ari tu masa aku gi checkup kt kllinik kerajaan, doktor suruh husband aku buat test. And doktor terkejut jugak sebab masa first baby dulu, takde doktor pun yg suruh husband aku buat test tu. sedangkan masa tu perlu la utk test samada husband aku ni thalassemia ke tak. Tapi doktor rilek2 je. so aku lagi la rileks. Tapi kali ni doktor mmg suruh buat. dia ckp kejap je just ambik darah then diorang akan hantar darah ke makmal darah then dpt result diorang akan bagitau blablabla... so aku n husband setuju je la.

Bila dapat result which is lebih sebulan selepas ambik darah, aku sgt2 terkejut bila dapat result mcm ni;
"These findings are consistent with beta-thalassemia traits"..... gulp!
Terkejut, terus rasa nk nangis sebak ntah kenapa la dgn aku nih. Sebak tak tentu pasal. Nasib baik doktor tu pandai meng calm-down kan aku. Pastu dia terangkan lah satu2 benda2 yg berkaitan. Kena buat detail scan baby dlm perut utk tahu condition baby. Actually appointment kt hospital ampang akan dtg (next week) masa aku dah 27weeks. Doktor ckp dah lambat sgt dah sbenarnya. Apa nak buat? Sekarang ni doa dan tawakkal hanya kepadaNya. Kuasa Allah melebihi segalanya. Dia yang cipta kita kan? Jadi, berserah kepadaNya beserta doa. Doa tu penting, Insyaallah :)