Setakat ni, ok lagi la aku puasa cuma semalam lepas sahur, aku muntah. muntah yg banyak dan burst mcm air paip pecah tu. Terkejut aku. mmg tak dan nk masuk toilet..huhu haru aku. nasib baik yg tak sempat masuk toilet tu hanya keluar air je. tapi bila dah masuk toilet, semua keluar, nasi yg aku makan sahur semua keluar. huhuhu.. aku syak sbb banyak sgt minum air. ye lah aku tak nak badan aku dehidrate. skg ni kan musim panas. tapi tak sangka pulok badan aku tolak air yg aku minum tu. Tapi alhamdulillah aku berjaya puasa penuh semalam. harap2 lepas ni tk terjadi dah.
Sekarang ni aku hanya boleh mkn nasi (mee ke kue tiaw ke meehoon ke mmg tak berapa nk 'in' dgn tekak aku skg ni). tu pun takleh nk berkuah sgt. tak payah kuah langsung lg ok. makan dgn sambal belacan. lauk ala kadar je. takyah renyah renyah.. padahal bukan masak pun ;p. tapi tau la kan bazar mcmne diorang jual. ada yg mmg sedap dan ada yg mcm hampeh. kalau dpt yg sedap ok la. tapi dpt yg mcm samp*h, mmg rasa nk baling je kan. Tapi takpe. bergantung pd niat diorang jual. kalau nk untung semata2, tunggu la balasan karang. Tapi kalau niat diorang nk jual utk bg org berbuka puasa, insyaallah sedap dan laku jualan dia.
Lepas makan ada satu lagi dugaan aku a.k.a mak mak yg ada ank kecik. anak pulak makan sendiri. tumpah merata2. maka aku adalah menangis dlm hati nk kemas. dah la nk kejar maghrib lagi. nak mandi. nak basuh pinggan.tu pun syukur sgt sbb tak masak. kalau masak sendiri kt rumah, aku tk tahu la sape nk kena basuh periuk belanga semua tu...haha ;p
eh, dulu2 masa bujang aku balik keje mesti mandi dulu sebelum berbuka. tapi skg ni bila dah kawin, husband aku tk bg mandi sblum berbuka. dia ckp makruh. ye la balik dah pukul berapa. berapa minit je nk berbuka. tu kalau sempat dgr azan kt rumah la. tak pun azan dlm kereta je..huhu
Semalam masa nk berbuka. "umi, akit iyot". maksud dia: umi, sakit perot. sakit perot tu maksudnya dia nk berry lah. syarif ni ada masalah nk berry. sembelit sokmo. menangis2 nk berry. kesian aku. last2 aku berbuka mkn kurma dgn minum air. pastu temankan dia berry. lepas dia dah berry mandikan dan bagi makan. tenang sikit. aku pun lega bila dia dah berry. kalau tak, serba tak kena sbb dia akit iyot. huhu.
Semalam jugak dia bangun sahur. uwaaa.... nk nangis rasanya. sbb biasa kan sahur nk cepat. kalau dia bangun main sendiri takpe. ni nk dgn aku sesaje. paham tak? nk dukung..uwaaaa...dugaan betul.
No comments:
Post a Comment