Friday, 18 July 2014

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'oun... #MH17

Pagi tadi bangun sahur, sempat belek handphone. tengok whatsapp. diorang duk ckp pasal MAS. mmg aku blur weh. tido awalkan, mana nk tahu citer2 sensasi gini. pastu terus la bukak fb. penuh wall pasal MH17 ni. Tetiba je aku jadi sebak..huhu menitis jugak la air mata ni.

tadi saje bukak salah satu video dlm fb. Subhanallah aku tak sanggup nk tgok. Sedih!


Raya; baju? kasut? handbeg? semua kena beli baru ke?

Kalau tanya aku persiapan raya? Baju raya? kasut raya? handbeg raya? ari tu beli baju raya anak je. tu pun baju utk raya pertama dia blom beli lagi. konon nk cri jubah. kita tgok je lah nanti jumpa ke tak jubah utk dia.

Baju aku actually dah ada 2 pasang. beli dgn mak aku hari tu. dah dia dtg kl so aku ajak la dia shopping. tapiiii mana cukup, kan? Husband aku ckp dah cukup la sbb dah ada baju raya. buat ape banyak2? aku mcm erkkkk... please la tak cukup okey. balik kampung dah berapa hari, nak pakai baju ape? dh la ada kenduri bagai. so skg aku rasa nk beli jubah. Tapi jubah last year pun aku blom pakai. warna purple. tp aku terberkenan jubah plain pulok. tgok2 online semua macam cantik tp aku xberani sgt nk beli sbb tak cuba. kang size tak ngam mmg aku tak pakai. range harga pun dalam 150-200. huhuhu kalau boleh mmg nk cari yg murah je. tak nak membazir. bukan pakai selalu. setahun skali je kot. pastu aku pikir utk jangka masa panjang, baik cari yg breasfeeding friendly. nanti tahun depan boleh pakai lagi dan lagi. eh?

Kasut raya? ermmm nk cari yg baru je. biasa2 sudah. malas nk pakai yg vogue2. Entah2 pakai apa yg ada je...haha malas sbnarnya nk beli. aku plak jenis blasah yg satu je sampai akhir hayat kasut. takde makna aku nk tukar2 kasut mcm org keje opis. aku keje kt site opis je kot. pakai safety boot je.

Handbag? rasa macam nak beli. tapi tgh berkira2 sbb mcm xde bajet nk membazir ke arah itu.Tp mmg patut aku beli. dah lama giler kot aku tk beli handbag. dah la g keje tak bawak handbag. so aku takde kepentingan sgt nk beli. tapi raya nk mcm xde handbag nk pakai. sobsobsob... mak aku pun ada ckp nk cari handbag tapi seriusly aku takut nk belikan sbb skg ni taste dia mmg lain berbanding dulu. dulu boleh je aku beli. skg taste dia dah lain sgt dah. kang tk berkenan...payah. sebab dah masuk 60tahun, taste mmg dah sakan berubah. ingat lagi 2 tahun lepas aku dgn kakak aku beli handbag utk mak aku. last2 mak aku mcm tak suka sgt kot design tu. tapi of coz la dia tak ckp dia tak suka. tapi dari pemerhatian aku, dia jarang sgt pakai. simpan je. tau la kan handbag akan rosak kalau simpan je...

Esok plan nk cari jubah or baju melayu husband n anak. tapi taknak bersesak2. tak larat aku nk jalan nti. Yang lain, biar la dulu. larat cari, tak larat, pakai je mana ada....haha sempoi habis. 

Wednesday, 9 July 2014

Muncung itik

Aku tak tahu la mana dia belajar buat pose macam ni. tak paham kenapa dia suka buat muncung gitu. kalau hala je kamera kt dia, mesti dia buat muncung. pastu kalau dia main hp aku, selalu je dia selfie muncung2. aku tak paham la mana dia belajar. aku rasa aku tak pernah pulak ambik gambar muncung2 gini...hehe

Syarif: Nak e-phone ayish....
Aku: Ni handphone ummi la
Syarif: Eh, bukan lah, e-phone ayish lah..

(hahahaha tetiba je jadi hak milik dia ;p)

Tuesday, 8 July 2014

Cakar mencakar


Dulu masa kecik syarif selalu kena gigit kt pipi. Aku ni dah takleh nk ckp ape dah. Ye la masa tu dia mana tahu melawan org yg nk gigit tu kan. Tapi sekarang ni kena cakar plak muka dia. dari minggu lepas ku peratiii je. Setiap hari bawak balik kesan cakar. aku diamkan je. pastu pesan kt syarif jgn bagi kwn usik muka. dia diam je. paham ke tak? hehehe ko nk aspek dia paham sebijik2 ke ape kita ckp? baru 2 tahun kot. paham mmg paham kot tapi kalau dh jumpa kawan, main mmg tak ingat dah.

Dan semalam aku dah tak tahan. bawak balik kesan cakar besar dan dalam bawah mata kiri tu. huhu aku terus la tanya cikgu dia. ye lah aku pun bukan nk marah diorang cuma suruh diorang pantau la sket. mana taknya. hari2 bawak balik kesan cakar. dah la nk raya. muka anak aku plak jenis berparut. aku pun tahu anak aku lasak. mmg tak dinafikan. tapi tlglah tgok budak2 yg main dgn dia tu. kuku panjang ke ape... please la aku tak sanggup dah.

kiri kanan pipi kena cakar.
 

Tetap hepi nk g taska sbb boleh main dgn kwn2
Aku tahu dia bukan kena buli. sebab super duper lasak ok anak aku ni. dia buli org ada la kot hahahhaa (perlu ke gelak?? ;p) Mungkin nasib dia tak baik sbb kawan dia punya kuku tajam dan panjang. kuku dia plak pendek. so unfair for me sbb muka dia je ada kesan cakar. kwn dia? mungkin xde ape2. lol.

Aku ni boleh sabar tapi sabar sabar aku pun ada hadnya.

Monday, 7 July 2014

wean off breastfeeding

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya! Berjaya untuk stop breasfeeding. Mula2 dulu konon org ckp letak bawang putih kt situ. aku buat beberapa kali tapi tetaplah tak jalan. Syarif selamba je isap..haha. sedap kot perisa bawang putih. Pastu aku dah pasrah dah sbb dia taknak stop.. uwa... pedih kot dia gigit. nk nk skg kan aku tgh ni kan. so mmg nk nangis rasanya kalau dia gigit.

Pastu aku ada baca blog sape entah. dia letak serbuk kopi. aku pun serta merta balik tu try la letak nescafe campur air sket suruh lekat. sebab rumah aku mana la ada kopi. nescafe pun nescafe la. syarif ni pulak jenis memilih makanan sket. aklau makanan tu warna gelap2 mcm coklat pekat ke hitam ke dia mmg tak suka. so mmg baguslah kan ke nescafe tu mcm hitam. bila dia mintak, aku ckp aku sakit. letak ubat warna hitam. dah takleh isap dah. pastu mmg dia tak nak dah sampai skg. adalah dlm 2 minggu lebih dia tak isap..alhamdulillah. lagipun dia dah 2 tahun 2bulan dah. mmg perlu stop.

Skg ni dia ada lah mintak nk tapi mcm main2 je. pastu dia gelak2 sambil cakap umi sakit kt situ..hehe. paham pun dia. so bila dah tak breasfeeding, dia mmg dah tak bangun sgt malam. jarang sgt la dia mintak susu mlm2. kan ke bagus mcm tu. dapat tido lena dgn makayah dia skali..hehe.

alhamdulilah berjaya jugak akhirnya :)

Friday, 4 July 2014

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.....

Semalam aku gi check up kt klinik kerajaan. Fuh, mmg mencabar keimanan betul lah. dah la puasa. bukan nk ckp aku sorang puasa diorang tak puasa. semua org pun puasa. tapi aku sampai pukul 7.40pg tapi sejam tunggu baru nk panggil nama. timbang dan suruh pegi makmal ambik darah. nk ambik darah tu kena tunggu pulak stengah jam. padahal org tak ramai tapi staff duduk rilek rilek. lepas ambik darah sorang patient, borak santai dgn member, pastu sambung panggil nama, pastu sambung borak pulak...haishhh. yang ambik darah sorang je. yg sorang lagi duduk2 je pun (maybe bukan tugas dia ambik darah). diorang ni tau ke tak yg kita ni lepas ni nk masuk opis. kalau aku keje mcm diorang tu takpelah jugak. aku keje swasta kot. kejar masa. lambat masuk potong gaji. kau mampu? at least kalau ko keje kt pejabat kerajaan ni, pg2 ko g punch kad dulu pastu ko g klinik (ni kebanyakan yg aku tgok la. TAK SEMUA. kang tak pasal2 ada org blame aku plak kang)

Lepas ambik darah, tunggu turn panggil nama pulak. kalau ko kena bilik 1 yg misi slow motion buat keje, mmg berjanggut la tunggu. so, nombor yg aku dtg pkul 7.40pg td takde maknanya lah ye? apa guna sistem nombor kalau mcm ni? tak paham aku. bukan aku sorang yg kena. ramai. semua pun muka masam je duk menunggu. lama sgt kekdahnya. tak paham. yg dtg 7.30 pun pkul 10 takleh balik lg? takkanlah siput sgt buat keje?

Pukul 9.45 aku masih dlm bilik dgn misi. isi buku merah pastu sempat lg misi tu borak dgn kwn dia kt depan. aku nih, husband dah call bertalu talu dah. dia buat2 bodoh je. sabo je la aku. lepas tu nk kena jumpa doktor lagi. eiii kalau aku tak sabar aku dah tunjal dah kepala misi tu. nasib baik lah jumpa doktor tu kejap je. scan plak tu. doktor plak baik lemah lembut. sejuk sket darah aku td. kalau tak mendidih dah.
 
kesimpulannya, aku rasa sistem kerja bagi misi2 kt klinik kerajaan ni masih ditahap zaman 80an dulu2. masih ditakuk lama. come-on la misi2 sekelian. kita ni dah tahun 2014 dah. buat keje kena cepat dan cekap. takde nk borak2 dpn patient semua tu. hormat la patient sket. nk borak waktu rehat karang la. Aku ingat org kerajaan dah maju. please la kerana korang yg lembs ni la yg buatkan kitorang tak respect org kerajaan. tak semua buat hal macam ni. tapi ramaiiiiiiiiiiiiii. pada yg buat keje cekap, sorry la ye. bukan sekali dua aku kena banyak kali sgt dah experienced bila berurusan dgn org kerajaan ni. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Wednesday, 2 July 2014

Dugaan Puasa

Setakat ni, ok lagi la aku puasa cuma semalam lepas sahur, aku muntah. muntah yg banyak dan burst mcm air paip pecah tu. Terkejut aku. mmg tak dan nk masuk toilet..huhu haru aku. nasib baik yg tak sempat masuk toilet tu hanya keluar air je. tapi bila dah masuk toilet, semua keluar, nasi yg aku makan sahur semua keluar. huhuhu.. aku syak sbb banyak sgt minum air. ye lah aku tak nak badan aku dehidrate. skg ni kan musim panas. tapi tak sangka pulok badan aku tolak air yg aku minum tu. Tapi alhamdulillah aku berjaya puasa penuh semalam. harap2 lepas ni tk terjadi dah.

Sekarang ni aku hanya boleh mkn nasi (mee ke kue tiaw ke meehoon ke mmg tak berapa nk 'in' dgn tekak aku skg ni). tu pun takleh nk berkuah sgt. tak payah kuah langsung lg ok. makan dgn sambal belacan. lauk ala kadar je. takyah renyah renyah.. padahal bukan masak pun ;p. tapi tau la kan bazar mcmne diorang jual. ada yg mmg sedap dan ada yg mcm hampeh. kalau dpt yg sedap ok la. tapi dpt yg mcm samp*h, mmg rasa nk baling je kan. Tapi takpe. bergantung pd niat diorang jual. kalau nk untung semata2, tunggu la balasan karang. Tapi kalau niat diorang nk jual utk bg org berbuka puasa, insyaallah sedap dan laku jualan dia.

Lepas makan ada satu lagi dugaan aku a.k.a mak mak yg ada ank kecik. anak pulak makan sendiri. tumpah merata2. maka aku adalah menangis dlm hati nk kemas. dah la nk kejar maghrib lagi. nak mandi. nak basuh pinggan.tu pun syukur sgt sbb tak masak. kalau masak sendiri kt rumah, aku tk tahu la sape nk kena basuh periuk belanga semua tu...haha ;p

eh, dulu2 masa bujang aku balik keje mesti mandi dulu sebelum berbuka. tapi skg ni bila dah kawin, husband aku tk bg mandi sblum berbuka. dia ckp makruh. ye la balik dah pukul berapa. berapa minit je nk berbuka. tu kalau sempat dgr azan kt rumah la. tak pun azan dlm kereta je..huhu

Semalam masa nk berbuka. "umi, akit iyot". maksud dia: umi, sakit perot. sakit perot tu maksudnya dia nk berry lah. syarif ni ada masalah nk berry. sembelit sokmo. menangis2 nk berry. kesian aku. last2 aku berbuka mkn kurma dgn minum air. pastu temankan dia berry. lepas dia dah berry mandikan dan bagi makan. tenang sikit. aku pun lega bila dia dah berry. kalau tak, serba tak kena sbb dia akit iyot. huhu.

Semalam jugak dia bangun sahur. uwaaa.... nk nangis rasanya. sbb biasa kan sahur nk cepat. kalau dia bangun main sendiri takpe. ni nk dgn aku sesaje. paham tak?  nk dukung..uwaaaa...dugaan betul.

Tuesday, 1 July 2014

Ibadah Kita, kegembiraan mereka

Jom sama sama bantu mereka. Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza, Baitul Makdis, kem pelarian di Lubnan dan juga Syria. 


Banyak cara kita boleh bersedekah terutama pada bulan mulia ini. jom la sama2 kita bersedekah. tengok tu mcm2 pakej ada. dari RM50 dah boleh taja iftar dah.


Tapi kalau boleh bagi lebih, insyallah berganda ganda ganjaran nanti. Kita kt sini makan sedap2 diorang kt sana macamana?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan" .(Tirmizi)