Thursday, 5 June 2014

Episod tidak sihat

Aku start tak sihat dari hari jumaat last week. malam balik kerja tu rasa badan semacam je... so mmg aku tido awal (tp semenjak dua menjak ni mmg aku tido awal je pun). makan pun tak lalu memanjang je. malam tu aku makan laksa rasanya. sikit je pun yg boleh aku telan. selebihnya aku tinggalkan atas meja. Biasa husband aku yg kemas sbb aku ni bukan boleh. ada masa aku rasa lemau sgt. loya semacam je lepas makan. aku dah tak paksa diri aku utk makan sebab takut terkeluar semua. Baik aku gi baring depan tv. Tapi kadang2 ok je aku gagahi jugak kemas2 dapur semua sampai licin. tgok keadaan badan aku la..hehe

Sabtu tu paling teruk aku rasa. sampai berstokin, bersweater, berselimut bagai. aku masih menggigil. telan panadol 2 biji pastu tido. muntah sampai 2 kali. tp kau tahu la kan anak aku yg super duper manja dgn aku tu. mana boleh dia tgok mak dia tido..huhu tapi aku pedulikan je. sebab aku tk tahan sgt. kejap2 dia dtg kacau kejap2 suruh ambik tu bukak pintu, tutup pintu.... ishhh padahal abah dia ad je pun. ermmmm....

menjelang petang aku rasa dah ok sikit. mmg duduk rumah je la sepanjang hari. hari ahad, bangun, alhamdulillah dah ok sikit. keluar breakfast dan ambik angin luar. Isnin pegi keje walaupun badan tak berapa ok. selasa dah tk tahan sgt. Mc..hehe. Rabu keje ler... ingat bos aku bg nk mc lama2 walaupun aku rasa tak recover pun lg. Macamana nk recover, ubat pun aku tk makan kan...haha. aku pegi mediviron. dia ckp dia bg ubat utk org pregnant. tapi boleh tak aku tgok sama je ubat batuk yg dia bg kt org lain. lelaki plak tu. takkan la dia pun pregnant kan. so? mmg aku tak makan la.

Kena hati2 dgn doktor klinik swasta. kadang2 diorang nk untung je. macam jual ubat. yang mahal2 dia bagi. katanya bagus. tapi mahal kot. aku dah kena banyak kali kt mediviron area wangsa walk tu. doktor mmg la nice. borak mcm2 tapi last2 bg supplement la ape. aku sakit, bukan nk mkn supplement bagai yg dia suruh beli tu. pastu charge giler2 punya.

No comments:

Post a Comment