Thursday, 29 May 2014

Isu Cadbury

Sejak dua menjak dah berumur ni aku mmg jarang meng'up'kan status2 panas kt FB. Mungkin faktor usia kot. Aku lebih suka memerhati dan mencari bukti sendiri melalui pembacaan. Tgok kemain lagi status masing2. ada yg meng-cadbury buta kan isu ni. 

So, aku baca kt sini. Lebih baik baca dan fikir daripada duk melatah tak tentu pasal. Benda dah makan. berpuluh tahun kot makan benda tu.

Wednesday, 28 May 2014

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.

Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

sumber;disini

Tuesday, 27 May 2014

pitam ditempat awam...

Pernah tak pitam ditempat awam? depan2 orang ramai? tak dapat aku bayangkan macamana kalau terjadi pada aku. nak nak kalau time tu mmg tgh berjalan sorang2 or dalam lrt nk pegi or balik kerja? fuhhh....

Pagi semalam, aku naik lrt macam biasa nk gi keje. aku rasa biasa je pagi tu. takde nak kata penat sgt ke ape. Dah nak sampai opis aku dah. lagi 3 stesen je lagi.  aku  rasa mata aku berpinar, gelap je, peluh dah keluar laju je membasahi muka dgn baju kemeja aku.. huhu masa tu aku takde pikir ape dah. aku campak je bagpack ke bawah. pastu aku duduk. takde sorang pun offer aku suruh duduk kt seat. syabas sgt rakyat malaysia kan. nasib baik aku sempat ambik minyak cap kapak sapu kepala dan hidung aku. pastu aku selawat zikir semua. Aku cuma harap aku tak collapse dlm lrt. kalau dah sampai stesen ok la sikit kan. at least boleh call office bgtau ke ape. kalau dlm lrt mana aku nk kluar nanti. sape nk selamatkan aku? org sebelah aku lagi la xde perasaan langsung. langsung tk tanya ape. dah aku berpeluh basah baju. muka takyah ckp la. takkan la tak sedar kot. pelik aku. takpe la. alhamdulillah aku sempat keluar stesen yg dekat dgn opis aku.

keluar je train, aku cari tempat duduk. aku mmg tak larat nk jalan sgt dah. pastu aku sapu2 minyak kt leher kt kepala semua. dalam 10 minit jugak aku duduk. pastu dah lega sikit aku jalan ke opis. mmg slow la aku jalan berbanding biasa. alhamdulillah sampai juga aku kt opis. seram sejuk je aku rasa.

Mmg tak sedap badan je rasa seharian. tapi sebab dah sampai opis, malas pulak nk patah balik or nak mc. balik keje je lah singgah klinik. Aku whatsapp kakak aku tanya. dia ckp suruh check kt klinik. bahaya kalau jadi mcm tu selalu. mcm kurang darah or darah rendah. dah la aku thalassemia.

Tengahari aku gagahi jugak untuk makan nasi. walaupun sikit. walaupun terpaksa telan..huhuhu aku takut kang tak pasal2 aku collapse, dah la tgh mcm ni makan pun tak. ada yg betul2 collapse kt opis kang. aku rasa aku perlukan rehat yg cukup. tapi sebenarnya org sekeliling tak tahu aku tgh stress sebab aku takde selera makan langsung. kalau malam lagi la teruk. sampai aku rasa xleh nk paksa makan pun. stress giler aku rasa. sampai bila harus aku tempuh macam ni? uwaaaa tak sanggup.

Tapi kalaulah ini sebagai penghapus dosa2 kecil aku, aku redha... semoga aku tabah dan bersabar dgn setiap ujian dariNya.

Monday, 26 May 2014

Macam dah besar je

Bersama sepupu syarif, Abang Umar :). Tengok lah dia tu, riang ria lagi boleh duduk kt blakang...hehe
Sekarang ni Syarif suka duduk blakang sorang2. Aku sebenarnya risau jugak. Tapi selalu mmg kunci semua pintu dgn tingkap kereta. Ye lah mana tau kan. dia lagi cepat bertindak daripada kita ni. Akal dia panjang je. ada je benda dia nk buat yg kita tak jangka.

Friday, 23 May 2014

Sejak dua menjak ni, rasa macam.....

Aku ni sejak dua menjak ni asyik rasa nak marah je. Ada org buatkan aku rasa marah. so aku marah! uwaaaaaa. Tapi seboleh2nya aku mmg kontrol perasaan marah tu. Nak nak kalau kt rumah. anak aku tu dah pandai mintak macam2. pastu nk makan sendiri. habis bersepah. kalau dia makan, dia tarik tangan aku suruh duduk depan dia. temankan/tengok dia makan, boleh gitu? manja sgt dia niiii.... kadang2 aku hilang sabar sebab aku banyak benda nak buat plus sekarang ni rasa tak sedap badan je memanjang. malam kan sekejap je. Dengan nk mandi, solat, masak air, makan malam, pastu nk siapkan beg ke taska esok lagi. Kalau dia makan, aku gi mandi, ok la jugak. jimat masa aku. tapi kdg2 aku biarkan je. boleh pulak dia duduk depan pintu bilik mandi tu semata2 tunggu aku habis mandi? aku nk mandi syok2 pun tak boleh tau. lepas mandi dah boleh solat dan buat apa yg patut. Bayangkan lepas mandi aku bukak je bilik air, dia duk tersengih je "ummi dah siap". eh? aku nak dia berdikari la sikit. abah dia ada je duduk kt sofa. tapi tetap dia nak kt aku ni.

Tapi dari satu segi aku tgok positif jugak. Kesian kat dia. pagi2 dah bangun, sempat tengok muka aku kejap je pagi, borak2 pun tak sempat. dah hantar taska. pastu malam baru jumpa. ambik dia, pastu of coz la dia nak manja2 dgn aku. Kadang2 ambik dia dari taska dia tak nak jalan sendiri. anak dukung. uwaaaa aku penat ni, boleh dia nk dukung pulak. tapi bila aku dukung, dia peluk cium pipi aku, terus rasa hilang penat. dan dan kan... hahaha. aku tahu dia nak bermanja dgn aku tu. aku penat ke ape ke, mana la dia tahu?

so, aku mmg tak patut marahkan dia. ehemm... insaf la kejap kalau pikir mcm tu. tapi biasa la aku manusia biasa jugak weh. kalau dah makan tumpah sana sini, tak ke penat aku nak kutip satu2 nasi yg dia makan pastu kena lap lagi. kdg2 aku senyum sendiri dan sgt berharap dia akan rapat dgn aku sampai dia besar dan dewasa nanti. kan best kalau gini. rapat je anak beranak. tapi time aku letih, ada aku pikir mcm tu? jgn harap la...hahaha

Tapi aku rasa mak mak semua mengalami situasi yg sama kan? sementara anak membesar ni mmg macam tu. mencabar jugak kalau anak berderet. tabik spring aku kalau dapat handle anak berderet dgn penuh kesabaran :)

Tapi nak dibandingkan dgn org lain, aku sgt beruntung sebab tak payah susah payah susah payah masak utk dinner (eh, actuallay bkn dinner je. sepanjang masa pun xyah nk susah payah lelebih ;p). husband aku mmg sempoi dan sgt sporting. Mmg dia bagi aku rest. dia la yg selalu pikir nk makan ape dan nk beli apa. dapat pulak aku yg mmg tak banyak kerenah utk makan. mmg terbaik la kan. aku tak suka cerewet2 bila part makan. aku akan makan apa saja yg senang nk dapat/beli. Aku bukan jenis mengada2 nak itu ini yg payah nk cari.

Wednesday, 21 May 2014

Rasa sejuk tak tentu pasal

Lately ni aku selalu sgt rasa sejuk. Sejuk yg menusuk ke tulang tu. Kalau boleh nk pakai baju sejuk setiap masa. hahaha melampau sgt. macam ko duk kt uk nun ;p

Pagi bangun tido aku sejuk tahap menggigil nak mandi. mandi laju2 je. Balik keje pun aku sejuk. boleh tak? huhu pastu pakai baju rasa nk pakai 2 3 lapis je. tapi aku kesian kt husband aku. nanti nk basuh & sidai baju banyak pulak...hehe ;p. Pagi tadi nk bawak jaket. tapi lupa. satu hal aku senang lupa skg...hukhuk faktor usia ke faktor keadaan skg? ehemm..

sekarang kt opis, aku kesejukan jugak. biasa kalau bos takde gi meeting, aku off je aircond. kalau dia ada, dia tegur suruh bukak sbb dia panas... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa apsal dia kulit tebal ke ape. ke aku mmg pelik skg ni? sejuk memanjang apsal?

Mungkin jugak faktor cuaca. selalu hari2 hujan. kadang pagi dah hujan. kadang2 petang hujan. tu yg buat aku rasa sejuk kot. maybe? ye kot...


Tuesday, 20 May 2014

Dengan aku sekali terlibat.....

Ni rentetan entry yg pasal nk tolong org ni.

Semalam balik kerja aku ambik syarif kt taska. kebetulan owner dia ada. So dia tanya aku pasal budak yg datang interview. Aku pun ckp la mmg aku pass no dia kt budak tu. suruh dia tanya sendiri kalau2 ada kosong nk pakai org. So owner dia ckp dia dtg interview dan budak tu ckp kenal aku dan pernah dan biasa jaga syarif. eh, aku pun terkedu jugak la kan. ye la dia jaga syarif kejap je kot. aku rasa ada la dalam 2 bulan kot. Entah sampai 2 bln ke tak aku tak ingat sgt. sebab mmg taska lama tu asyik la tukar penagsuh je keje dia. pengasuh asyik la berhenti. tak paham aku.

Pastu aku ckp la kt owner dia tu yg aku bkn kenal sgt budak tu. dah dia tanya aku bg je la no phone suruh dia contact sendiri. pastu owner tu ckp dia interview bdk tu sabtu lepas dan bdk tu dapat keje kt situ. start awal bulan depan. hopefully dia keje bagus la kan. tak pasal2 dia pepandai je guna nama aku. tu yg aku malas sebenarnya nk rekemen org. kalau betul org tu aku kenal takpe jugak. Budak tu pun satu. gi jual nama aku apsal. aku bukan tahu dia keje macamana. dibuatnya dia buat hal nanti, kang dgn aku2 skali terlibat. aku tak nak!.

Tapi takpelah pikir positif. Insyaallah dai kerja bagus. Dan alhamdulillah dia dah dapat kerja kt situ. 

Monday, 19 May 2014

Kesian....

Kesian tgok member takde tempat nk mengadu. Selalu sgt dia duk mengadu kt FB. Pelik aku sebab mmg takde org pun komen kt status dia. But still dia mengadu mcm2. benda remeh pun dia nk bgtau. hal rumahtangga dia plak tu. dari org tak tahu dah jadi tahu. suami buat hal mula2 masa marah mmg la pungpang pungpang.. bila dah sejuk. eh tetiba je laki dia la lelaki sejati.. eh? yang ko duk pungpang2 tu ape benda eh. pelik aku.

Aku peratiii je. kt FB aku ada 2 org gini. dua2 tak kerja. kesian aku tengok. sebenarnya aku nk unfriend. tapi risau plak nampak sgt. risau diorang terasa. tapi aku akan unfriend jugak. bak kata prof muhaya, unfriend je sesape yg negatif. sorang tu mmber skolah lama. sorang lagi mmber masa kerja dulu. sekarang diorang surirumah sepenuh masa. aku syak diorang mmg takde kawan nk berborak sebab tu la semua benda nk up status. dan paling penting diorang tak pernah ke pikir siapa yg baca? peliksss sgt aku rasa nih.

Duk kutuk2 laki balik lewat malam la ape, pastu dtg angin baik kemain puji melambung. erkkk tak paham aku. puji plak mmg tak nak kalah. macam laki tak pernah buat hal. dah lupa la tu  status kt fb melambak duk ngutuk. Dan paling penting, laki diorang tak tegur ke? or mmg tak ambik tahu? or tak kisah pun nk up status mcm tu?

tak payah la nk up status mcm2 kt FB. bukan boleh caya kt FB ni. Kalau perlukan kawan, dapatkan kawan yg boleh dipercayai. terus direct message mintak nasihat ke nk cerita ke ape benda. ni tak duk up status kt dlm FB. apa dapat? sendiri buka aib? aku kesian tgok member takde tempat yg betul nk mengadu ni.

Thursday, 15 May 2014

Tolong salah, tak tolong pun salah...serba salah

Bila orang mintak tolong, mestilah kita rasa nk tolong, kan? takkan lah hati batu sgt nk biar je member tgh susah. Tapi bila dah tolong, dia mintak lebih2 la pulak. rasa mcm ermmmm.........

Ok gini kisah dia, ada budak yg pernah kerja kt taska syarif yang lama dulu whatsapp aku mintak tolong carikan dia kerja. Katanya taska lama tu dah tutup/nak tutup. Pastu dia ada ckp tuan taska lama tu bayar murah sbb tu dia tak nak kerja. mana satu sebenarnya? gaji kecik ke taska dah nk tutup? ayat dia "tolong eh kak. harap sgt dapat kerja". So dalam kepala aku ingat dia mesti dia nk mintak tolong aku tanyakan kt taska syarif skg ni ada kosong ke tak.

Esoknya dia tanya lagi. Aku plak bila balik kerja asyik la lupa nk tanya budak kerja kt situ. Aku terus je pass no phone tuan taska kt dia. suruh dia berhubung terus dgn owner dia. kan ke senang. maybe kalau tanya kt pekerja dia, belum pasti  pekerja dia tahu samada tuan dia nk pakai org lagi ke tak. Taska  syarif sekarang ni agak besar jugak la. dalam 70 org termasuk transit. budak umur 2bln-5tahun dalam 40 orang. so mmg pakai ramai pekerja a.k.a cikgu.

Sehari selepas aku bg no phone,  dia whatsapp aku tanya boleh bawak dia pegi taska tu ke tak. Aku mcm erkkk.. eh actually aku ok je kalau nk tolong. tapi aku sibuk. pegi keje awal pagi.balik keje dah malam. bila masa aku nk bawak dia? Pastu aku tanya dia dah call ke belum sbb tuan dia bukan duduk kt taska tu. dia duduk rumah lain. kena call buat appointment kalau nk jumpa. Dia cakap dah call dah dan tuan dia suruh datang hari sabtu. Dia tanya aku boleh bawak dia jumpa tuan taska tu tak? Aku sebenarnya kalau nk tolong gi ambik dia kt rumah dia dan hantar je kt taska ok je kot. tapi of coz la kena tunggu sampai interview habis. mmg la mungkin tak lama interviewnya. tapi ada sebab lain  la aku keberatan nk bawak dia.....

Sebenarnya aku bukan kenal sgt budak ni. Kang aku takut dia guna nama aku plak kata aku rekemen ke ape. aku malas nk rekemen sape2 sebab mmg aku tk kenal sgt. kenal pun sabit dia pernah jaga syarif dulu. tu pun berapa minggu je pun. sebab taska lama tu asyik la bertukar penjaga. Staff takde kata tuan dia tu. ermm tu satu sebab aku tukar taska. Of coz aku mmg tak kenal dia. Pasal apa aku nk rekemen? kang dibuatnya dia kerja cincai2, tak pasal2 nama aku sekali buruk. Aku dah bagi nombor phone tu, ko usaha la sendiri. 

Aku tanya dia tinggal kt mana skg? dia ckp tinggal kt taman kelab u**y. Setahu aku org senang2 je tinggal kt situ. dah mesti dia tumpang rumah sedara ke kawan ke. boleh ape mintak tolong diorang temankan gi interview. aku pelik kenapa dia mcm mendesak sgt nk mintak tolong aku hantar dia. banyak kali dia whatsapp mintak aku bawak dia. aku diamkan je. ermmmm...

Lagi satu kemusykilan jugak. aku selalu je lalu depan tasak lama syarif, ada je bukak aku tgok. pastu husband aku ckp maybe hujung bln ni dia nk tutup. ermmm tapi budak tu dah berhenti kerja situ. tapi terdesak sgt nk cari kerja lain. aku agak musykil disitu. kalau  mmg takde kerja, kerja je la gajikecik ke ape, tu kalau aku. Aku pernah kerja 7eleven. masa tu jadi management trainee. gaji rm1000 je. bayangkan rm1000 dia bayar 2 kali sebulan weh. seksa tak? hujung bulan dapat 550, tgh bulan dapat 450. mmg payah nk manage duit kalau gitu. dan masa tu aku ada degree engineering. tapi sbb dah takde kerja, aku kerja je la sementara dapat kerja baru. dah dapat kerja baru baru aku berani resign. Ko gila duduk kl sorang2 pastu tak kerja? nk makan ape? sape nk bayarkan sewa bilik? nk mintak makbapak? tak malu ke oi... 

Dikhianati budak nakal

Sabtu lepas kot. Tak ingat sgt bila. tapi weekend la ni. Pegi bawak syarif gi taman. Saje je nk bagi dia main sebab hari2 lalu kt taman tp tak sempat nk singgah la sygku. dah hari kerja kan. dah malam dah. SO weekend la kita gi 'aman' ye.

Kemain seronok bila sampai taman. berlari larian lagi...hehe. mak mak ni mmg suka tgok anak gembira kan. rasa mcm nk melompat sama...hahaha over la tuh ;p.


Paling suka naik gelungsur ni. Gelungsur ke ape eh org panggil. tp aku panggil gelungsur la. berapa kali ulang naik ni pun aku tk tahu. mmg seronok je dia main. berpeluh sebab matahari dah mula naik...
Tapi masa elok2 dia syok main, tetiba ada budak nakal lebih kurang umur 4 tahun kot datang belakang dan tolak syarif. jatuh ke bawah syarif. apa lagi nangis la dia. nasib baik dia tgah pegang tiang. kalau tak, aku rasa dah pecah dah bibir anak aku. dan nasib baik masa dia jatuh tu tak terhantuk kepala. dia tolak betul2 depan aku. tak sempat aku nk jerit weh. selamba badak je gi tolak anak aku. syarif mmg nangis sbb terkejut. orang tolak dari belakang. mmg giler terkejut. lepas tolak terus budak tu lari hilangkan diri. aku perati je... ikutkan hati aku ni mmg nak je gi tarik budak tu tanya kenapa main tolak2 gitu. tapi sebab aku rasa dia mmg budak nakal dan tak makan saman, aku biar je lah. malas aku nk layan. kang tak pasal2 mak bapak dia plak meroyan dgn aku. padahal anak dia yg  buat. sesetengah mak bapak mmg takleh org tegur anak dia. pelik aku.
Tapi lepas beberapa minit terus sambung main. apedehal kan. takdelah sakit pun. kata hero. cuma terkejut je. dia tak tgok syarif punya lasak lagi. cuma aku harap anak aku takde la buat kawan dia mcm tu. nakal lain macam gitu tak elok nak oi.

Wednesday, 14 May 2014

Budak suka merajuk

Sekarang ni sikit2 merajuk sikit2 merajuk... Macam senang sgt hati dia tersentuh. Jgn la guna perkataan "Jangan" ataupun "Tak boleh". Mmg muncung panjang la jawabnya. siap toleh blakang lagi tak nak pandang kita...huhu sabor je lah. mana la dia belajar. 

Ni semalam, dia merajuk sbb tak bagi dia remote tv. suka sgt main remote tv tu. Kalau sorok, dia gi off tv. Skg aku tak layan jer. kalau dia off tv, off la nak. aku buat benda lain. Banyak lg benda nk hadap. hehehe ;p

gelagat dia ni buat aku rasa nk gelak...
Satu hal lagi kalau abah dia pegang phone. mula la cuit2 aku cakap nk phone. nk mintak dgn abah tak berani agaknya.... ermmmm apa je la anak... abah pegang tab, nk tab kt tangan abah. abah pegang phone, nk phone yg kt tgn abah....
lama plak tu dia duk gini... sabar je lah. sampai aku angkat dia.
Nak sejukkan hati dia senang je. ambik dia dukung dan peluk kuat2.. pastu dia mesti gelak :) so sweet kan. nampak sgt nk bermanja2...

Tuesday, 13 May 2014

Komunikasi berkesan dgn anak dibawah umur 3 tahun

Aku rasa stage skg ni mmg mencabar bg aku.. maybe sebab first time jd ibu kan. anak sdg membesar. aktif mmg la tak dpt nk kata ape dah. Cume aku suka kalau aku boleh layan dia secara yg terbaik. maksudnya tak nk nanti salah cara didik. Mmg aku tak sangkal weh.. balik kerja mmg penat yg amat. nk melayan dia yg terlalu manja. Skg ni makin menjadi2 manja dia.... alhamdulillah aku masih boleh bersabar. Dan insyaallah akan terus bersabar dgn kerenah dia.

Macam aku, aku selalu la google macamana nk jadi ibubapa cemerlang kononnya...haha. eh, betul tau. jgn ikut je kena blajar. Contoh blog Dr. Rozieta Shaary banyak sgt tips yg dia bagi. Mmg boleh apply. Nak jadi ibubapa ni, takleh spontan je tau. kena ada ilmu. kalau tak ready baik blajar dulu. at least daripada org2 yg berpengalaman. Mmg la betul mak ayah kita dulu2 mana ada ilmu parenting ni. Diorang punya zaman dgn kita punya zaman mmg lain. Tak boleh nk samakan. Lagipun skg ni senang. google je dapat. Senang je kan. Tapi kalau MALAS mmg tak dpt nk kata ape la weh... ehem...

Ni aku share tips;


TIPS LUAR BIASA BAGAIMANA BERKOMUNIKASI BERKESAN DENGAN ANAK-ANAK DI BAWAH 3 TAHUN – Dr Rozieta Shaary

Seorang ibu muda pernah bertanya Ibu;
Anak sy mejangkau usia 2 tahun. Sgt active dan nmpk sgt bersemangat dlm semua benda. I guess she is excited in exploring new things. Dah boleh berckp few words dgn lancar n fhm mksud bila kita berckp dgn dia. Dah pndai juga mengekspresi diri-suka, sakit, marah n ingin berkuasa.
Sy fhm perkembangan ini adalah normal utk anak seusia ini (betul kan?). Cuma yg merunsingkan sy bila dia spt tak dgr kata dan arahan.
Sy mmg cuba dr dulu tidak tinggikn suara dan pndekatan mnghukum.
So klu sy marah, sy akan buat suara yg tegas sambil memberi pndngan marah (jengilkn mata).
But she seems doesn’t listen and willing to follow.
I know pendekatan mmberi penerangan on cause and consequences… but kids that age will they understand ? Sbb sy penah buat.. dia akan ttp mengulangi.
Maaf catitan sy agak pnjang..hnya ingin membri gambaran sebnr sebaik mungkin.
Hrap ibu dan rakan2 lain dpt membntu. Tq so much. ♥”
Pertama, Ibu mengucapkan syabas kerana puan mempunyai keinginan yang sihat untuk mencari jalan penyelesaian kepada keadaan ini.

Sesuatu kita perlu tahu mengenai cara sesaorang memproses infomasi adalah berbeza. Komunikasi juga tidak terhad kepada perkataan yang dilafaz sahaja. Bahasa badan, niat, cara perkataan itu dikatakan dan perasaan yang mengiringi perkataan itu banyak memberi kesan kepada keberkesanan komunikasi kita.

Pertama, informasi di luar masuk ke otak kita untuk difahmi melalui 5 cara – Pancaindera – Mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya, melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami. Bergantung rapat kepada pancaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka sesaorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu. Contohnya, bagi anak yang PENDENGARANnya lebih terangsang, maka dia senang memahami arah bila kita bercakap dengannya. 

Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka, dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya supaya dia nampak.  Bagi yang perlu merasa, maka, dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.
Memahami keadaan ini, maka, kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu. Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengar mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan sedikit suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan ..’Aduh..’ Dia boleh faham. Bagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjuk kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan mengerakkan tangan kita cepat dari apai itu sambil mengatakan ‘ Aduh…panas’. Bagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini, namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham – api itu panas.

Memahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu.Satu lagi perkara yang ibu ingin sampaikan, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham. Semasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya. Anak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak.

Bila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu belajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak memahami kita, kita yang tidak memahami mereka : )

Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak mengunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati ke hati mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka.Ibu hanya tahu akan perkara ini benar setelah ibu mempunyai anak yang kelima. Ibu mendengar dia dengan ‘telinga hati’ ibu. Memang senang memahami apa yang dia mahu. Kini sudah bercucu empat dan yang paling kecil dibawah setahun, ibu berkomunikasi dengan mereka itu secara hati dengan menggunakan minda dibawah sedar juga. Ia sangat memuaskan hati.

Cara 1,
- letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
- Tutup mata anda
- Tenangkan pemikiran anda – quiet your mind.
- Dengar dari hati.

Cara 2,
- Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dsbnya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.

Bila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup  jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.

Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!


Monday, 12 May 2014

Semua benda rasa tak sedap

Lately ni aku rasa semua makanan tak sedap.. tekak aku ni rasa mcm xnk makan je. tapi perut berbunyi2 mintak diisi...hahaha ;p Rasa nk makan tomyam tapi dah banyak kali asyik mkn tomyam jer. asal balik keje order tomyam. aku dah jemu. dah rasa takleh nk telan. Pastu teringin nk makan asam laksa mcm kt dlm jusco kt midvalley tu. sampai aku terbau2 dlm lrt...hahaha apsal ntah. Tapi tak tau mana nk cari yg dekat mana. dah balik kerja, tak kuasa aku nk redah jem ke midvalley sana.
Dan aku paling pantang kalau tgok ayam goreng. even iklan kfc kt tv pun aku rasa muak dan mual. nasib baik tk muntah... Dah la anak laki aku suka mkn ayam goreng. aku ni saje je pejam mata carik carikkan ayam goreng tu supaya senang dia makan. lepas tu terus basuh tgn sbb tak tahan weh. Apsal ntah aku tk leh dgn ayam goreng ni plak. ermmmmm. Makanan goreng2 pun aku rasa xleh terima skg ni. eiiiiii xde selera langsung nk mkn. Harap2 sekejap je la xde selera ni... lepas ni harap2 kembali nomal :)

Sunday, 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2. Sesungguhnya pengorbanan ibu mmg tak ternilai dan tak mungkin terbalas. Aku dulu jenis yg suka buat hal sendiri. dah la duk kl sorang2. mmg tak dgr kata mak aku la. sebab dia kan jauh. Sampaikan kadang2 aku rasa mak aku tak sayangkan aku. Padahal aku la anak yg paling dia sayang. eh? ;p. 

Tapi bila dah jadi ibu, baru aku tahu perit jerihnya seorang ibu. Berkorban sejak mengandung lagi. sakit bersalin dah satu hal. Membesar kan kita lagi, menyusu lagi. sakit badan berjaga siang malam jaga kita. Ibu mmg tak pernah nk berkira dgn anak dia. tak pernah nak mangeluh. Betapa sayangnya ibu kpd seorang anak. Tapi kita ni senang2 je cakap kasar, mengguris hati dia dan sebagainya. Mmg betul adakala ibu pun ada jugak buat silap tapi apa lah sgt jika nk dibandingkan dgn pengorbanan dia yang berpuluh tahun tu. Kita ni asyik pikir perasaan kita je. perasaan ibu tak pernah pikir.

Ok dah malas bebel. nanti aku sedih. dah la ibu jauh kt kampung.... Selamat hari ibu!

Wednesday, 7 May 2014

Monday, 5 May 2014

Matlamat hidup..

Aku rasa pernah dah bebel pasal member sorang ni. Dia tak pernah puas dgn apa yang dia ada. Dari satu segi mmg bagus la sebab maybe dia nk improve kan diri dia. Tapi naik meluat plak aku bila selalu dia duk memuji memuja org lain. Maksud aku macam dia sorang je paling teruk or paling tak bagus dlm ramai2 member. Dia anggap semua orang LEBIH daripada dia. Let say kalau org tu engineer oil n gas (aku bg contoh engineer sbb geng study dulu semua ambhik engineering) , mesti dia akan ckp 'kau takpe la gaji besar. rumah kau mesti besar dan mesti coner lot kan'. Aku yg dgr ni berbulu habis dah telinga. bukan aku je tapi member2 lain pun mesti buat tak layan je bila dia ckp mcm tu. Dan banyak lagi la contoh lain. member2 lain mesti senyap dan terus tukar topik. aku sebenarnya tak paham sikap dia. aku rasa dia dah senang skg ni. (maksud aku dia takde la dlm kalangan org susah). Laki keje, dia duk rumah jaga anak2. Pernah satu kali tu member sound "jgn tengok keindahan laman org je sampai lupa keindahan laman sendiri". Pastu boleh dia tak paham. or buat2 tak paham. dia jwb "ah ah kan lama dah tak jenguk laman rumah dia. nk tanam pokok bunga itu ini.." ehemmm org sindir pun dah takde rasa apa dah dia ni.

Sebelum ni (4-5 bln lepas) dia mmg kerja. lepas tu cakap nk resign sebab nak jadi housewife. Ok la silakan la. dah tu keputusan ko kan. aku ni pun kalau boleh nk jugak duk rumah tapi belum sampai masa lagi skg ni ;p. Masa dia ckp nk jadi housewife tu mmg bergelau2 la kononnya nk serve yg terbaik utk laki dia dgn anak2. Ok la well. mmg bagus pun. kitorang (member2 pempuan) mmg tak nafikan langsung mmg bagus. Mulia sgt tu tugas isteri dan ibu yg jaga suami dan anak2 sepanjang masa kt rumah. Well said, tak sampai sebulan, dah dgr dia mengeluh bosan pulak. Kitorang tak layan je. Suruh dia gi masak ke ape. Pastu duk ckp la yg kitorang keje ni best sbb dpt pegang duit sendiri la apa. Aku ni naik fedup dgr dia seolah2 mcm lalang. kejap nak itu kejap nak ini. Tengok org tu kaya jual nasi lemak, tetiba dia pun nk jual nasi lemak jugak... haaa mcm tu la lebih kurang dia ni.

Kang kt group wasap ada yg post open interview ke kerja kosong mana2 ke. Dia la yg paling cepat nk hantar resume. pastu aku ada la jugak smash sesekali sbb dah penat nk melayan sikap lalang dia ni. mcm takde pendirian. So, kau rasa mcmne kes dia ni. Ada sekali tu member aku sound gak kt wasap suruh dia duk diam2 kt rumah. tak pun tkde keje sgt gi masuk dapur masak. Kalau lama dia ngadap phone, mmg mcm2 hal dia ni. Pikir macam2. semua benda nk buat. Oiiii kita ni manusia. Perlu/Wajib buat pilihan. Takleh nk buat semua benda serentak. 

Katakanlah seorang surirumah sepenuh masa, dia ada tanggungjawab dia sendiri. dari pagi sampai ke malam kerja tak berhenti. Dulu konon sebelum resign ckp kalau jd housewife nanti bz je manjang.. penat bdn nk urus itu ini hantar anak ambik anak bagai. masak basuh kain lipat kain bagai. sekali dah resign penatnya lebih kurang sebulan je. pastu skg dah ngadap whatsapp memanjang. meracau2 plak tu kt whatsapp. pelik aku. Dulu kata nk sambung study pastu tak sure nk ambik ape. boleh gitu? mcm takde perancangan dan arah hidup dah aku tgok. Aku pernah sound suruh tetapkan matlamat hidup. Nak ape sebenarnya. Kita perlu pilih. hidup ni adalah membuat pilihan. bukan nk kaut semua benda. Semua kau nk buat, last2 semua tak terbuat. satu ape pun tak nampak hasil. baik kau fokus pada yg satu je lah. tak payah nak berlagak super sgt nk kaut semua.

Kitorang tak pernah pandang rendah kt housewife. Langsung. Tak pernah ok. Tabik spring lagi ada. Tetiba je dia rasa rendah diri kenapa? pelik. Yang aku paling pelik bila memula dia resign dulu ckp dia rasa bahagia sgt dpt serve yg terbaik utk laki dgn anak2. Siap up status kt fb ckp bahagia dan puas hati dpt layan suami dgn anak2 sebab dah tak kerja. Motif nk bgtau semua org mcm tu? bagi aku sesapa yg up status yg mcm tu mmg something wrong dgn diri dia sendiri. Aku ada jugak few members yg mcm ni. selalu sgt nk up status kt fb ckp dia sdg bahagia ke ape... eh? eplik kan. kalau bahagia perlu ke nk bgtau semua org. nak nak dlam fb. Dan skg dia sedang cari kerja? apa sebenarnya kau nak sayang? hahaha...bukan nk gelak tp tak tahan dgn perangai lalang yg tak tahu arah tujuan ni.

Tak semua housewife yang duk jaga makan minum laki sepanjang masa tu boleh bahagiakan suami dia. Sedangkan ramai kot yg bercerai berai. Tak semua wife yg ada komitmen kerja ni tak boleh bahagiakan suami masing2. BAHAGIA sgt subjektif. Kalau kau dapat laki yg tak memahami mmg la apa kau buat tetap ada je tak kena. Tapi kalau kau dpt laki yg sgt memahami, OK je semua walaupun kau tak punya banyak masa utk keluarga. Ianya sgt subjektif.

Friday, 2 May 2014

Istidraj

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.