Thursday, 15 May 2014

Tolong salah, tak tolong pun salah...serba salah

Bila orang mintak tolong, mestilah kita rasa nk tolong, kan? takkan lah hati batu sgt nk biar je member tgh susah. Tapi bila dah tolong, dia mintak lebih2 la pulak. rasa mcm ermmmm.........

Ok gini kisah dia, ada budak yg pernah kerja kt taska syarif yang lama dulu whatsapp aku mintak tolong carikan dia kerja. Katanya taska lama tu dah tutup/nak tutup. Pastu dia ada ckp tuan taska lama tu bayar murah sbb tu dia tak nak kerja. mana satu sebenarnya? gaji kecik ke taska dah nk tutup? ayat dia "tolong eh kak. harap sgt dapat kerja". So dalam kepala aku ingat dia mesti dia nk mintak tolong aku tanyakan kt taska syarif skg ni ada kosong ke tak.

Esoknya dia tanya lagi. Aku plak bila balik kerja asyik la lupa nk tanya budak kerja kt situ. Aku terus je pass no phone tuan taska kt dia. suruh dia berhubung terus dgn owner dia. kan ke senang. maybe kalau tanya kt pekerja dia, belum pasti  pekerja dia tahu samada tuan dia nk pakai org lagi ke tak. Taska  syarif sekarang ni agak besar jugak la. dalam 70 org termasuk transit. budak umur 2bln-5tahun dalam 40 orang. so mmg pakai ramai pekerja a.k.a cikgu.

Sehari selepas aku bg no phone,  dia whatsapp aku tanya boleh bawak dia pegi taska tu ke tak. Aku mcm erkkk.. eh actually aku ok je kalau nk tolong. tapi aku sibuk. pegi keje awal pagi.balik keje dah malam. bila masa aku nk bawak dia? Pastu aku tanya dia dah call ke belum sbb tuan dia bukan duduk kt taska tu. dia duduk rumah lain. kena call buat appointment kalau nk jumpa. Dia cakap dah call dah dan tuan dia suruh datang hari sabtu. Dia tanya aku boleh bawak dia jumpa tuan taska tu tak? Aku sebenarnya kalau nk tolong gi ambik dia kt rumah dia dan hantar je kt taska ok je kot. tapi of coz la kena tunggu sampai interview habis. mmg la mungkin tak lama interviewnya. tapi ada sebab lain  la aku keberatan nk bawak dia.....

Sebenarnya aku bukan kenal sgt budak ni. Kang aku takut dia guna nama aku plak kata aku rekemen ke ape. aku malas nk rekemen sape2 sebab mmg aku tk kenal sgt. kenal pun sabit dia pernah jaga syarif dulu. tu pun berapa minggu je pun. sebab taska lama tu asyik la bertukar penjaga. Staff takde kata tuan dia tu. ermm tu satu sebab aku tukar taska. Of coz aku mmg tak kenal dia. Pasal apa aku nk rekemen? kang dibuatnya dia kerja cincai2, tak pasal2 nama aku sekali buruk. Aku dah bagi nombor phone tu, ko usaha la sendiri. 

Aku tanya dia tinggal kt mana skg? dia ckp tinggal kt taman kelab u**y. Setahu aku org senang2 je tinggal kt situ. dah mesti dia tumpang rumah sedara ke kawan ke. boleh ape mintak tolong diorang temankan gi interview. aku pelik kenapa dia mcm mendesak sgt nk mintak tolong aku hantar dia. banyak kali dia whatsapp mintak aku bawak dia. aku diamkan je. ermmmm...

Lagi satu kemusykilan jugak. aku selalu je lalu depan tasak lama syarif, ada je bukak aku tgok. pastu husband aku ckp maybe hujung bln ni dia nk tutup. ermmm tapi budak tu dah berhenti kerja situ. tapi terdesak sgt nk cari kerja lain. aku agak musykil disitu. kalau  mmg takde kerja, kerja je la gajikecik ke ape, tu kalau aku. Aku pernah kerja 7eleven. masa tu jadi management trainee. gaji rm1000 je. bayangkan rm1000 dia bayar 2 kali sebulan weh. seksa tak? hujung bulan dapat 550, tgh bulan dapat 450. mmg payah nk manage duit kalau gitu. dan masa tu aku ada degree engineering. tapi sbb dah takde kerja, aku kerja je la sementara dapat kerja baru. dah dapat kerja baru baru aku berani resign. Ko gila duduk kl sorang2 pastu tak kerja? nk makan ape? sape nk bayarkan sewa bilik? nk mintak makbapak? tak malu ke oi... 

No comments:

Post a Comment