Tuesday, 17 December 2013

Rimas dan merimaskan

Aku cukup pantang kalau orang nak ajak aku masuk MLM. Aku tak suka cara org MLM approach orang. Kadang2 nampak sgt terdesaknya dia tu. Dan kadang2 aku tak suka sebab dia macam buat2 excited dgn produk dia. Padahal produk tak seberapa pun. Tapi its ok bagi aku kalau kau nk berniaga. tapi jangan nak paksa2 org suruh masuk or suruh org beli. dari aku nk terbeli terus tak jadi dek kerana aku meluat.

Satu hal lagi sekarang ni bersepah org duk approach insuran. Yang paling kerap aku kena ialah prudential. Aku ni kalau nak, tak payah org datang dekat la. mmg aku sendiri pegi cari org tu. tapi kalau aku dah tak nak, kau tak payah nk cakap bagus ke apa lah. mmg aku tak suka. Dan sekarang ni aku mmg aku dah ada pun. Anak aku pun dah ada. Well, bila cakap dah ada, org yg dtg approach tu seboleh2 nk tanya ambik plan ape, berapa dan sbgainya. Ohhh please la kan. Kau siapa nk tanya aku detail2 ni. Suka hati mak bapak aku la nak ambik plan apa. Pastu tak kurang ada yang tak percaya bila aku ckp aku dh ada insuran tu. Tu mmg aku angin ribut taufan segala la. Pelik aku apsal tak caya plak. Aku tahu yg dia seboleh2 nk aku ambik plan dgn dia. tapi apa kan daya adik abang kakak oi, aku mmg dah ada dah insuran tu. Tak caya sudah. aku malas nk layan.

Ok semua diatas tu hanyalah intro...ni cerita sebenar yg aku nk cerita. Yang betul2 merimaskan aku.

Dari dlm facebook, ada la exschoolamate aku masa form1-2 dulu tu send message. Dia tanya aku dah ada insuran ke belum. so aku ckp la baik2 yg aku mmg dah ada. anak aku pun dah ada. so family aku mmg dah ada. Tu jwpan aku dgn harapan dia dah tak 'kacau' aku lagi la pasal insuran ni. Lepas tu dia reply, next anak aku nanti suruh ambik insuran dgn dia. ermmm aku dah mula dah meluat dgn budak ni. sebab bila kau tahu kau nk ada anak lagi kan? kalau aku tgh pregnant tu ok la jugak. ni kira nak booking skg suruh ambik dgn dia. kau dah kenapa weh. please la jgn nampak terdesak sgt ok. aku ni keliling aku member yg buat insuran prudential ni. bila2 masa je la. 

Lepas tu dia boleh mintak no phone aku. dia ckp senang kalau nk whataapp nanti. Ok la aku pun bagi sbb exschoolmate kan. kang kata aku sombong plak. Bila bagi, terus dia whatsapp aku lagi pasal insuran tu. siap tanya aku dah beli rumah ke belum. siap offer bgtau dia pun buat jugak untuk aset..blablabla..terus aku malas nk layan. yg tak tahannya, siap mintak aku no phone kwn2 aku sbb dia nk promote. so, kesimpulannya aku rimas dan meluat dgn org2 mcm ni. please la! Siap mintak no phone kwn aku lagi. cari la sendiri kannn...

(scheduled post)

No comments:

Post a Comment