Friday, 27 December 2013

Sedekah menolak 70 pintu bala

Sedekah dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan:

1) Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

2) Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3) Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4) Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu  atau orang yg berjihad di jalan Allah.

Thursday, 26 December 2013

Masalah ingatan

Aku ni susah nak ingat password. Aku suka letak 1 password je utk semua email, facebook, twitter, intagram,.... Tapi sesetengahnya banyak pulak cekadaknya. nak kena gabung nombor dgn abjad pastu ada yg nk kena letak simbol bagai... huhu ianya sangat menyusahkan aku. pastu dah buat yg satu, satu plak tak lepas, huhu pening kepala aku nk kena ingat semua tu. Last week try create email yahoo yg baru. pastu aku agak terkejut jugak sebab kena bagi no phone. Aku ni dah la susah nk bg no phone. macam tak yakin je nk bagi no betul. So aku tipu la. Apa hal diorang nk tahu sampai no phone segala tu. aku tak dapat terima motif dia... ermmmm??

Last few months aku ter lupa password login online utk EPF. huhu mmg sgt2 lupa. sebab aku mmg biasa ingat. tp last aku bukak tu aku rasa aku ada tukar pasword. ambik ko. gatal sgt nk tukar, mmg terus dah xleh masuk dah. call office dia suruh reset pun takleh jugak. dia suruh dtg sana guna mesin tu. huhu sgt menyusahkan diri sendiri. Nanti next week nk gi office dia nk reset balik dan harap2 boleh la guna online semula.


Dan sekarang aku tgh berkira2 nk activate maybank2u transfer/payment account. huhuhu sebab boleh kata setiap bulan ada je aku nk beli dan bukan sekali dua kali malah banyak kali aku kena g mesin atm tu utk transfer duit. huhu online shoping nih sgt berhantu...grrrrr ;p

Wednesday, 25 December 2013

Friday, 20 December 2013

Tuesday, 17 December 2013

Rimas dan merimaskan

Aku cukup pantang kalau orang nak ajak aku masuk MLM. Aku tak suka cara org MLM approach orang. Kadang2 nampak sgt terdesaknya dia tu. Dan kadang2 aku tak suka sebab dia macam buat2 excited dgn produk dia. Padahal produk tak seberapa pun. Tapi its ok bagi aku kalau kau nk berniaga. tapi jangan nak paksa2 org suruh masuk or suruh org beli. dari aku nk terbeli terus tak jadi dek kerana aku meluat.

Satu hal lagi sekarang ni bersepah org duk approach insuran. Yang paling kerap aku kena ialah prudential. Aku ni kalau nak, tak payah org datang dekat la. mmg aku sendiri pegi cari org tu. tapi kalau aku dah tak nak, kau tak payah nk cakap bagus ke apa lah. mmg aku tak suka. Dan sekarang ni aku mmg aku dah ada pun. Anak aku pun dah ada. Well, bila cakap dah ada, org yg dtg approach tu seboleh2 nk tanya ambik plan ape, berapa dan sbgainya. Ohhh please la kan. Kau siapa nk tanya aku detail2 ni. Suka hati mak bapak aku la nak ambik plan apa. Pastu tak kurang ada yang tak percaya bila aku ckp aku dh ada insuran tu. Tu mmg aku angin ribut taufan segala la. Pelik aku apsal tak caya plak. Aku tahu yg dia seboleh2 nk aku ambik plan dgn dia. tapi apa kan daya adik abang kakak oi, aku mmg dah ada dah insuran tu. Tak caya sudah. aku malas nk layan.

Ok semua diatas tu hanyalah intro...ni cerita sebenar yg aku nk cerita. Yang betul2 merimaskan aku.

Dari dlm facebook, ada la exschoolamate aku masa form1-2 dulu tu send message. Dia tanya aku dah ada insuran ke belum. so aku ckp la baik2 yg aku mmg dah ada. anak aku pun dah ada. so family aku mmg dah ada. Tu jwpan aku dgn harapan dia dah tak 'kacau' aku lagi la pasal insuran ni. Lepas tu dia reply, next anak aku nanti suruh ambik insuran dgn dia. ermmm aku dah mula dah meluat dgn budak ni. sebab bila kau tahu kau nk ada anak lagi kan? kalau aku tgh pregnant tu ok la jugak. ni kira nak booking skg suruh ambik dgn dia. kau dah kenapa weh. please la jgn nampak terdesak sgt ok. aku ni keliling aku member yg buat insuran prudential ni. bila2 masa je la. 

Lepas tu dia boleh mintak no phone aku. dia ckp senang kalau nk whataapp nanti. Ok la aku pun bagi sbb exschoolmate kan. kang kata aku sombong plak. Bila bagi, terus dia whatsapp aku lagi pasal insuran tu. siap tanya aku dah beli rumah ke belum. siap offer bgtau dia pun buat jugak untuk aset..blablabla..terus aku malas nk layan. yg tak tahannya, siap mintak aku no phone kwn2 aku sbb dia nk promote. so, kesimpulannya aku rimas dan meluat dgn org2 mcm ni. please la! Siap mintak no phone kwn aku lagi. cari la sendiri kannn...

(scheduled post)

Friday, 13 December 2013

Carbonara for dinner

Dinner org puteh konon...hakhak ; p

Hari ape entah (tak ingat ;p) masa balik keje husband aku ckp nk masak special utk dinner. Padahal masa tu husband aku tak ckp pun nk masak ape..kihkih tp aku dpt rasa. instinct kuat ;p Aku dh terbayang2 dh spaghetti carbonara... sebab aku sukaaa giler. Last weekend dia dh buat for the first time. Best giler rasa nk jilat periuk (melampau ; p).

Tapi serius mmg sedap dan Syarif pun suka :) Aku makan 2pinggan penuh. penuh ok...

Keje nak senang, gaji nak banyak....


See, senang je kerja kau kan. Nak sesuatu suruh aku mintak. Nak mintak minit meeting je pun. org yg dia suruh mintak tu takde kt office. pastu siap suruh aku mintak bila dia masuk office. Thats mean satu hal pulak aku nk kena mintak dgn org tu bila dia masuk office. macam kan aku ni dah takde keje lain agaknya. Plz la. aku pun banyak keje ni nk buat. so aku akan buat2 lupa la permintaan kau tu. Bukan first time. tapi banyak time dah. Aku ni, kalau sawan dah lama dah kena. sebab mengamuk dgn mamat sekor nih. cuma aku rasa kesabaran aku masih lagi boleh kawal.

Bukan kau tak boleh msg dia mintak dgn dia. Sebab kau malas. semua nk bergantung kpd aku. Kau mungkin senang sekarang tapi tak selamanya kot.

(Entry ni dibuat masa aku tgh bengang) peace yo!

Thursday, 12 December 2013

Bila kita diuji...

Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji lagi ?”. (Q.S. Al-Ankabut:2)

Perhatikan pula Firman Allah lainnya : 

1) “Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka…” (Q.S. Al-Ankabut :

2) “Sungguh Kami telah menjadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai suatu hiasan dan ujian bagi mereka, siapa di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya”. (Q.S. Kahfi : 7)

3) “Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan, sebagai suatu cobaan dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan”. (Q.S. Al-Anbiyaa‟ : 36)

4) “Kamu sungguh akan diuji dengan harta- hartamu dan dirimu sendiri…” (Q.S. Ali Imran : 186)

5) “Allah telah menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapa yang paling baik amal perbuatannya”. (Q.S. Al-Mulk : 2)

Banjir yg melanda tu mmg satu ujian bagi kita semua. bukan hanya kpd mangsa banjir, malah kepada kita yang tak kena banjir ni pun. Allah bagi ujian untuk menguji keimanan kita. Samada kepada mangsa banjir dan kepada masyarakat sekeliling.

Kepada mangsa banjir, of coz la rasa susah sebab ditimba banjir tu sendiri. dengan kerosakan harta benda, dokumen2 penting yang tak dapat diselamatkan, dan mmg kena redha dgn apa yg terjadi. Ada sebab Tuhan menguji kita.

Dan kepada kita iaitu masyarat sekeliling, inilah masanya Tuhan uji kita samada kita kedekut atau bersedia untuk membantu samada dari segi kewangan, barang2, ataupun keringat. Aku ni kalau boleh nak jugak turun padang gi jenguk mereka. tapi apakan daya, hanya mampu duduk sini jer. memandang dari jauh, menangis didalam hati jer mampu. 

Tapi aku salute la kepada yg turun padang. ramai kot yg turun padang membantu. Alhamdulillah kita masih punya hati yang ikhlas membantu mereka yang dalam kesusahan.   

(Scheduled post)

Banjir yang melanda

 
 Banjir kali ni paling teruk aku rasa kt pahang ni kan..


Sedih dan sayu aku rasa.. berat bahu memikul mmg tak dapat nk cakap apa lagi dah. redha lah dgn ujian ini wahai sahabat2 disana.




Friday, 6 December 2013

Gaji, Rezeki dan Keberkatan

Bila dah grad, terpikir cukup ke duit gaji banyak ni yang company offer? Boleh ke aku nk saving banyak ni.cukup ke nk bagi mak ayah kt kampung? Nak beli kereta, nk beli rumah, nak kawin, bla bla bla....



Ni cerita aku dulu2 masa zaman awal 20an. masa tu kan baru je kerja. nafsu nak joli mmg melonjak riang ria lagi. ye lah dah la duduk bujang kt kl. sapa nk kongkong?  pepandailah jaga diri. duit gaji tak pikir nk saving pun. joli katak je kerja aku.

Aku memula grad, alhamdulillah aku terus dapat kerja. masa tu gaji rm1800 tapi kontrak 6bulan. Bersyukur sgt sebab ramai kwn2 aku tak dpt kerja. aku rasa beruntung sgt dah. walaupun bkn kerja engineer. tapi buat research ala2 jadi student balik. pastu kena merangkap p.a bos aku yg cuti bersalin.. Tapi alhamdulillah dapat bos ok. best la arwah bos aku tu. baik sgt orgnya. tapi wife dia je la menyinga sket.

Aku kerja mmg aku takde pikir nk beli kereta pun sebab mmg aku dah ada kereta. masa study kt skudai mmg mak aku dah bagi aku kereta proton saga. walaupun proton saga lama, tapi aku cukup sayang kereta tu. ye lah, isi minyak je pun. tak banyak ragam. enjin sedap lagi masa tu. 

Cuma sewa rumah je la masa tu. aku sewa rm250 share bilik. ikutkan nk bilik sorang2 tapi takde kosong pulok. terpaksa la share bilik. ragam manusia ni mcm2.. so aku stay kt situ setahun jugak la. bertukar ganti roomate. bermacam ragam.

Ok dah melalut. berbalik cerita asal. Aku masa tu mmg takde kesedaran nk bagi duit kt mak aku pun. sebab mak aku kerja dan dia ada duit. kt abah aku lagi la. setahun sekali je jumpa. masa raya. tu pun kalau aku pegi rumah dia. kalau tak pegi, mmg tak jumpa la. so aku mmg tak hulur kt mak aku. giler kejam aku ni. mmg aku jahil dan tak tahu erti keberkatan. langsung tak tahu. sampai lah aku dah dekat 30. dah jumpa jodoh, baru la aku ada kesedaran dan mendapat hidayah dariNya. baru aku tahu erti keberkatan. mmg dah lambat. but, better late than never org kampung aku ckp ;p

So bila dah ada kesedaran tu, aku mula la allocate tetiap bulan utk parent. Untuk sedekah. dulu aku mmg payah nk sedekah. jahil katanya...huhu sedih giler. tapi alhamdulillah skg aku diberi hidayah. ada la sikit2 buat. tapi aku mmg dapat rasakan perbezaan. nyata berbeza. berkat tu sgt2 terkesan. rasa macam tak cukup. tapi alhamdulillah sampai lebih2 lagi... syukur sgt dengan rezeki Allah.

Satu lagi jangan kedekut. dengan suami, dgn isteri, dgn adik beradik, dgn kwn kwn. even dgn anak sendiri. nak beli yg mahal2 tak mampu, beli la yg murah2 buat hadiah. kadang2 kita tak perasan sebenarnya memberi hadiah tu adalah sunnah Menggembirakan hati org lain pun insyaallah dapat pahala. kadang2 mmg kita tak perasan pun benda2 mcm ni. 

(Scheduled post)

Tuesday, 3 December 2013

Rajinnnn sgt dia tu

Anak aku ni mmg rajin (hohoho matilah puji anak sendiri ; p). Pantang aku pegang penyapu, lap lantai or kemas2 mmg dia join skali. Tapi lately ni kalau aku pegang penyapu je, dia la yg mula2 dtg berebut penyapu dr aku. Siap tarik dr tgn aku lagi. Sabar je lah. Last2 aku nk sapu pun langsung dah tak boleh. Dia yg nk buat. Huh bila dia sapu mmg lamaaaaa la. Dah la bersih plak tu.

So aku adalah teringin nk beli set ni

Teringin sgt dh kot. Tp takut nk ckp dgn husband aku. Sbb aku rasa mcm mahal je..hahaha. ala beli je la penyapu kecik mcm kt rumah mak aku tu. Ok je dia boleh tlg aku sapu. Nanti xde la berebut2 lg. Tapi aku rasa kalau aku beli benda alah ni lagi comel. dan bertambah la semak rumah aku dgn mcm2 mainan budak kecik ni. Kalau rumah banglow besar takpe juga ;p

(Schedule post)

Monday, 2 December 2013

Nak beli.. nak beli


Tengok yg first tu. Tu la yg aku aim last weekend. Masa tu aku gi Midvalley. Pegi MPH. Tapi aku surrender sbb masa tu aku sorang dgn syarif. Fuhhhh berpeluh ketiak nk jaga dia dlm mph tu. Boleh dia pegi sepahkan susunan buku.. mak aiii.... grrrrrr aku nk susun balik. Pastu dia lari2 nampak plak mug krismas. Kaca ok. Siap nk pegang.. nangis mak kau ni nak nk kena bayar kalau benda tu pecah.

Serius aku berpeluh sementara tunggu husband aku solat. Mencabar betul.

Dah la aku mmg tgh cari buku tu. Mmg dh nampak. Dh pegang. Skali tgok anak nk kena kejar anak lagi. Terus mati nafsu aku nk beli. Huh lain kali je la. Ermmm bila pesta buku ni. Harusla tak boleh bawak syarif skali. hari tu bawak dia pun dah cukup haru. last2 husband aku tunggu kt luar je lah. mmg ramai giler org serbu pesta buku. dgn budak skolahnya lagi, dgn mak bapak budak skolah lagi, dgn remaj remaji lagi, dgn golongan pertengahan umur lagi...

Target aku nak beli dan baca buku Tuhan Sedang Menguji Kita dgn buku Mudahnya Menjempt Rezeki. Aku rasa banyak manfaatnya buku2 ni pada aku.

Opsss pasal ustaz kazim elias yg sedang hot skg, aku malas nk ambik tahu. walaupun selalu je nampak status yg mcm2 kt fb tu.