Tuesday, 20 August 2013

Susu murah vs susu mahal


Apa beza susu murah dgn susu mahal? Aku pun mula2 tak tahu nk beza sebab aku beli yg murah2 saje untuk anak aku. sebab aku rasa syarif suka susu tu. so, aku pun ok je lah. Alhamdulilah syarif mmg tak menyusahkan kitorang. bagi apa saje dia tak de alergik ke apa. baik dari segi makanan, pakaian serta permainan... haha. sempoi giler anak aku kan. tak menyusahkan mak bapak dia.

Tapi bila aku sedar yg berat badan anak aku tak naik2 sejak few months, aku mula la menggelabah sket. 'sket' je kot. pastu aku research la pasal susu. aku terus mencuba susu mahal. agak mahal la susu tu bagi aku. tapi aku nk jugak tau berkesan ke tak. Alhamdulillah dalam masa sebulan berat badan syarif naik nk dekat sekilo. banyak tu..hehe ok la. so, aku kena continue la susu 'mahal' tu untuk beberapa bulan nih. nak bagi berat dia stabil sket. actually badan syarif takde la kurus keding ke apa. tapi sebab berat dia tak meningkat. itu yg mengganggu fikiran aku dan jugak doktor kt klinik. huh. nasib baik tak payah jumpa dah doktor setiap  bulan..kalau tak, aku malas!

Apa yang aku perasan bila minum susu 'mahal' ni, dia takde la selalu lapar ke apa. lepas tu laju jer makan nasi. alhamdulilah. Tapi yang paling aku perasan bila balik kg, syarif mmg akan makan banyak. especially lauk2 kelate like gulai2... huhu anak aku makan gulai ok..

aku mmg belasah je bagi dia makan asalkan dia nk makan. tapi makanan ringan dgn air manis2 je aku tak bagi. kuih manis2 pun mmg aku tak bagi. 

setakat ni ok la alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment