Wednesday, 13 March 2013

Penang trip


Dah lama dah aku save entry ni... sebab bulan lepas kot aku g penang. Aku first time ok berjauhan dgn syarif. first time aku tido asing..huhu rindu giler. xleh nk lelap mata. tapi sebab penat aku tido jugak la walaupun dah pukul 2pg. pukul 5.30 dah kena bangun. tgok anak takde disisi sobsobsob... haha drama sgt ;p

Perjalanan ke sana ok la. takde yg menarik cuma boleh la enjoy dgn kwn2 aku. aku kan tak campur sgt dgn budak2 opis aku..haha. nak nak skg aku kt site office. so, mmg aku tak rapat sgt. tak tahu cerita diorang dan aku mmg tak nak ambik tahu cerita sokseksoksek pasal org lain. tapi kalau org tersebut sendiri yg cerita, aku ok jer.. aku adalah pendengar yg setia..

Ok, ni masa aku sampai kt hotel. terus check-in ambik kunci, dapat pario. belasah la warna apa. apa yg ada lah.. sebab org lain dah rembat yg cantik2. tinggal kt aku warna hijau. bolehhh la.
posing dgn pario yg company bagi. actually aku pakai jeans..

pastu masa untuk mandi lepak2 dlm bilik then borak2 dgn roommate sebelum annual dinner. tahun ni punya annual dinner sgt tak best sebab takde hadiah2 yg dabomb mcm thun lepas. alasan? sebab diorang dah berhabisan bab accommodation nih. katanya mahal hard rock hotel ni.. erkk ye ke? bagi aku nampak mcm biasa sajo. sapa suruh buat kt penang kan. kl banyakkk lagi hotel beb. last year diorang dh buat kt kl. katanya fair la tahun ni buat kt penang. maybe next year buat kt johor plak. company kitorang ada 2 branch. Johor dgn Penang. Kt KL ni HQ. so fair la kot bg diorang.

Ok, aku tak tahu nk pakai baju apa untuk dinner. poor preparation sgt. aku beli baju last minit. tak tahu nk beli baju apa. baju ni murah giler... asal ada bunga jer. tema aloha..kahkah. aloha sgt aku kannn ;p
aloha night :-)





malam tu kira enjoy jugak sebab food sgt best. berbanding last year yg kt nikko hotel tuu.. teruk sgt food dia.. hehe

Esok pepagi lagi kitorang ada teambuilding. so, kena bgun pagi ler...baju tahun ni kaler kuning..huhu sakit mata. ni kalau satu opis pakai g kerja, confirm org akan ckp 'bersih' ni.. sapa punya idea larr
sebenarnya ni salah satu task dlm scavenger hunt.. tapi aku sempat posing..kahkah ;p
Ok, dah penat2 ber-scavenger hunt bagai, sampai tghari, kena check-out utk balik. penat2 tu, balik bilik mandi2 kemas apa yg patut then turun check-out then balik..

sempat la dlm bergegas2 tu masuk kedai hard rock utk beli t-shirt. diorang (organizer) tak bagi masa pun utk kitorang shopping.. sgt choiiiii...

lepas tu bertolak balik. singgah gurney plaza jer utk makan. gurney plaza? mall? utk makan? kt kl banyak mall dik non. apsal tak singgah kt nasi kandar? aku craving for nasi kandar, pasembor bagai.. tetiba diorang tak singgah punnnnnn sadis. kecewa giler rasanya.

pastu tanya diorang singgah beli jeruk ke tak... hampa bin kecewa bila diorang ckap takkk. so, motif dtg penang???????????? aku masih tak paham. kejam kan. aku bukanlah makan pun jeruk tapi aku nk jugak la beli utk kakak ipar, abg ipar n makcik aku.. huhu. apa kan daya.

tahun depan aku vote utk buat kt kl sajo lah kalau organizer ngokngek mcm ni. hahah tetiba aku emo.

muka aku mcm puas hati walaupun... dlm hati takde sape tahu
aku enjoy the trip. biarpun berjauhan dgn husband n anak selama 2 hari. tapi bak kata kakak aku, sayang pun kena tinggal tinggalkan jugak :)

Dan aku semakin paham... sebenarnya aku memerlukan masa untuk enjoy sendirian tanpa ek ek anak, tanpa pikir anak aku lapar ke? tanpa pikir anak aku dah kencing banyak ke? tanpa pikir anak aku dah bosan ke main dlm rumah? tanpa pikri anak kau dah berak ke hari ni?dan tanpa sebarang gangguan termasuk suami..eh? haha ;p

Menjadi sorang mak ni bukannya senang kan.. semua nk kena concern.tapi jadi ayah ni mcm senang sikit. sebab mak dah ambik banyak part, so dia takyah pikir sgt. tapi setakat ni husband aku sgt boleh diharapkan. skg ni aku dgn bebanan kerja lagi, kalau terlebih pikir pun boleh jadi giler..huhu mintak jauh sgt.

No comments:

Post a Comment