Thursday, 28 March 2013

Aku rasa perlu sgt bercuti

aku rasa perlu sgt nk bercuti skg ni... nak kata aku stress tak jugak tapi aku rasa aku perlu kan masa rehatkan minda, rehatkan badan. yang penting bukan rehat kt rumah. hahaha

sebenarnya bulan depan (April) adalah bulan sambutan hari lahir kitorang 3 beranak. suami, isteri dan anak.. semuanya lahir bulan april..hehe. untung boleh sambut sekali harung. jimat pun jimat..keh keh ;p

sebulan lagi genap setahun umur anak aku :)
 buat masa skarang aku takde plan lagi nk berjalan jauh2.. lagi pun mak mertua aku sgt2 tak sihat.. bila entah laki aku nk ajak balik kg. aku sokmo ajak dia balik tapi mcm2 gak la alasan dia..huhu.


Tuesday, 26 March 2013

First Aid? CPR? apa benda tu?

maafkan aku yg selekeh itu ;p
Last few weeks aku ada attend satu course. First Aid dgn CPR.. apa entah nama penuh dia. malas nk selak file..hehe. actually aku bukan dalam mood nk training first aid ni. aku adalah menyampah bila dapat surat kena pegi training. menyampah tahap gaban. sebab aku rasa takde kena mengena dgn aku. haha boleh?

kena pulak tempat training ni jauhhhhhhhhhh ceruk puchong. aku sgt2 tak familiar dgn puchong hantu pocong nih. payah kot aku nk cari. kt dlm surat training start pukul 8.30pg. aku adalah mengamuk dah. pukul berapa aku nk keluar rumah. eeeiiiiiiiiiiiii. apa pun tak boleh.

ok dipendekkna cerita aku sampai pukul 9pg.. haha pedulik siap dgn sesat ok. eh, bukan sesat, salah masuk jalan/exit..haha. ni husband aku yg bawak. belum aku yg drive sendiri. mau pukul 10 baru aku muncul kalau aku drive sendiri kang..hehe

pastu second day, aku bgtau yg aku mmg xleh sampai before 8.30. so better start pkul 9 je lah. diorang pun ok. member aku yg stay dekat rumah aku ada. tapi dia keluar pukul 6.30. kau mampu? aku mmg tak mampu nk hantar syarif. paling awal aku boleh hantar anak aku g nurseri ialah pukul 7pg. tu pun aku mmg org first hantar anak. dan akulah org last ambik anak kt situ..hukhuk. kenapa? semua org kerja sebelah rumah ke apa ni????? tak adil betul la.

eh, jauh nau aku melalut. back to the story...

dalam pada tak suka g training ni, aku rasa banyak ilmu aku dapat. yang paling aku rasa berguna ialah cara menyelamatkan org bila dia tercekik. termasuk baby. lepas ni takdelah aku gelabah sgt kot. insyaallah.

pastu biasalah bab CPR. banyak kegunaan/kepentingan belajar cara yg betul. at least boleh selamatkan nyawa org.

banyak jugak gambar tapi aku segan giler nk share....huhu sebab aku adalah selekeh tahap gaban kahkah.


Thursday, 21 March 2013

weekend

gigih mak dia nk snap...gagagaga ;p
tak sabar tunggu weekend.. huh aku letih.. kahkahkah ;p

aku nak rest. tenangkan jiwa lara ni. malas nk pikir pasla kerja. kerja kerja kerja... huh?

kalau boleh nk duduk rumah jaga anak jer.. kononnya lah. kalau la boleh aku ni nk jaga anak. last weekend, sabtu ahad, aku jadi supermom. jaga syarif sorang2, buat semua benda sendiri. padahal aku masak simple giler kot. takat nk makna sorang..hehe ;p

Tu pun dia punya nk melekat kt aku... haishhh la kan. skg dia dah nk berjalan. so dia mesti nk pegang kaki kita bila kita berdiri. aku risau jer kang terlepas tergolek jugak kang... risau2 pun aku bangga sebab dia berani nk lepas tangan.. hehe berani anak aku nih :)

tapi kadang2 terlebih manja. nk melekat dgn aku jer.. dgn abah dia tak nak. aku pun jadi penat....huwaaaaaa... tapi takpe lah demi anak. semua ibu ibu mak mak mesti penat kan? kalau tak penat aku rasa mesti something wrong.. hahaha tetiba jer ;p

Thursday, 14 March 2013

#over excited

aku dok perati jer sorang minah ni. ekceli dia masih katogeri budak2 la. baru nak up ke ape... ye, dia baru kerja. baru few weeks kerja. baru habis study. skg baru masuk kerja as architect. architect ok. mesti la vangga giler. dia punya excited...mak aiii macam dalam malaysia ni kau sorang jer arkitek kannnn....

aku naik meluat pulok bila status dia muncul. pastu duk up kan diri sendiri. konon bos bagi kepercayaan nk lead big projek la apa.. pelik aku. maybe betul kot kau heybatt sgt. baru masuk kerja dah dpt projek besar kennn.. tapi agak2 la status tu. bangga tak leh blah beb. sampai tak tido mlm, kerja on weekends, siang mlm kerja pun nk bgtau. pastu siap bgtau dah berapa puluh jam tak tdo....yes, kau mmg hebat dik :)

kau tak tahu pulak kitorang yg bekerja bertahun2 ni mcmne.. nanti kau tau la dik. dunia sebenar pekerjaan macamana... welcome to the real world.

Wednesday, 13 March 2013

Penang trip


Dah lama dah aku save entry ni... sebab bulan lepas kot aku g penang. Aku first time ok berjauhan dgn syarif. first time aku tido asing..huhu rindu giler. xleh nk lelap mata. tapi sebab penat aku tido jugak la walaupun dah pukul 2pg. pukul 5.30 dah kena bangun. tgok anak takde disisi sobsobsob... haha drama sgt ;p

Perjalanan ke sana ok la. takde yg menarik cuma boleh la enjoy dgn kwn2 aku. aku kan tak campur sgt dgn budak2 opis aku..haha. nak nak skg aku kt site office. so, mmg aku tak rapat sgt. tak tahu cerita diorang dan aku mmg tak nak ambik tahu cerita sokseksoksek pasal org lain. tapi kalau org tersebut sendiri yg cerita, aku ok jer.. aku adalah pendengar yg setia..

Ok, ni masa aku sampai kt hotel. terus check-in ambik kunci, dapat pario. belasah la warna apa. apa yg ada lah.. sebab org lain dah rembat yg cantik2. tinggal kt aku warna hijau. bolehhh la.
posing dgn pario yg company bagi. actually aku pakai jeans..

pastu masa untuk mandi lepak2 dlm bilik then borak2 dgn roommate sebelum annual dinner. tahun ni punya annual dinner sgt tak best sebab takde hadiah2 yg dabomb mcm thun lepas. alasan? sebab diorang dah berhabisan bab accommodation nih. katanya mahal hard rock hotel ni.. erkk ye ke? bagi aku nampak mcm biasa sajo. sapa suruh buat kt penang kan. kl banyakkk lagi hotel beb. last year diorang dh buat kt kl. katanya fair la tahun ni buat kt penang. maybe next year buat kt johor plak. company kitorang ada 2 branch. Johor dgn Penang. Kt KL ni HQ. so fair la kot bg diorang.

Ok, aku tak tahu nk pakai baju apa untuk dinner. poor preparation sgt. aku beli baju last minit. tak tahu nk beli baju apa. baju ni murah giler... asal ada bunga jer. tema aloha..kahkah. aloha sgt aku kannn ;p
aloha night :-)





malam tu kira enjoy jugak sebab food sgt best. berbanding last year yg kt nikko hotel tuu.. teruk sgt food dia.. hehe

Esok pepagi lagi kitorang ada teambuilding. so, kena bgun pagi ler...baju tahun ni kaler kuning..huhu sakit mata. ni kalau satu opis pakai g kerja, confirm org akan ckp 'bersih' ni.. sapa punya idea larr
sebenarnya ni salah satu task dlm scavenger hunt.. tapi aku sempat posing..kahkah ;p
Ok, dah penat2 ber-scavenger hunt bagai, sampai tghari, kena check-out utk balik. penat2 tu, balik bilik mandi2 kemas apa yg patut then turun check-out then balik..

sempat la dlm bergegas2 tu masuk kedai hard rock utk beli t-shirt. diorang (organizer) tak bagi masa pun utk kitorang shopping.. sgt choiiiii...

lepas tu bertolak balik. singgah gurney plaza jer utk makan. gurney plaza? mall? utk makan? kt kl banyak mall dik non. apsal tak singgah kt nasi kandar? aku craving for nasi kandar, pasembor bagai.. tetiba diorang tak singgah punnnnnn sadis. kecewa giler rasanya.

pastu tanya diorang singgah beli jeruk ke tak... hampa bin kecewa bila diorang ckap takkk. so, motif dtg penang???????????? aku masih tak paham. kejam kan. aku bukanlah makan pun jeruk tapi aku nk jugak la beli utk kakak ipar, abg ipar n makcik aku.. huhu. apa kan daya.

tahun depan aku vote utk buat kt kl sajo lah kalau organizer ngokngek mcm ni. hahah tetiba aku emo.

muka aku mcm puas hati walaupun... dlm hati takde sape tahu
aku enjoy the trip. biarpun berjauhan dgn husband n anak selama 2 hari. tapi bak kata kakak aku, sayang pun kena tinggal tinggalkan jugak :)

Dan aku semakin paham... sebenarnya aku memerlukan masa untuk enjoy sendirian tanpa ek ek anak, tanpa pikir anak aku lapar ke? tanpa pikir anak aku dah kencing banyak ke? tanpa pikir anak aku dah bosan ke main dlm rumah? tanpa pikri anak kau dah berak ke hari ni?dan tanpa sebarang gangguan termasuk suami..eh? haha ;p

Menjadi sorang mak ni bukannya senang kan.. semua nk kena concern.tapi jadi ayah ni mcm senang sikit. sebab mak dah ambik banyak part, so dia takyah pikir sgt. tapi setakat ni husband aku sgt boleh diharapkan. skg ni aku dgn bebanan kerja lagi, kalau terlebih pikir pun boleh jadi giler..huhu mintak jauh sgt.

Tuesday, 12 March 2013

tengok n tegur je boleh tak? jgn nk pegang2 please!

gigi dah 4 batang.. ada nampak 2 batang lagi nk tumbuh kt atas.. lepas ni jadi 6 batang gigi dia... huiiii makin galak la nk gigit ummi nih
Peristiwa ni dah lama dah.. tahun lepas. masa aku pergi klinik. tengah tunggu turn husband aku nk jumpa doctor. ada la satu family ni. dia baru sampai masa tu. laki dia duk  acah2 syarif. aku tak kisah sgt. syarif suka la masa tu. gelak kekek kekek... lepas tu dia dtg dekat dgn aku.. tgur2 syarif lagi.. syarif gelak senyum2 pastu laki ni hulur tgn nk ambik syarif.. huih dlm hati aku, jgn la syarif nak.. skali betul dia ambik...

apa aku nk cakap ni... aku tk suka la sbb aku tk kenal langsung dgn brader ni. dia org asing... aku tak suka org asing pegang anak aku.. tapi lidah aku kelu tak leh nk kata apa masa tu..

sekali lepas dia jalan lebih kurang 5-6 langkah dari aku, teurs syarif pandang aku dannnn...nangis. yes. bagus anakku... hehe dia terus pass syarif kt aku semula.

erkkkk sebenarnya aku suka anak aku lebih senang bergaul a.k.a tak takut dgn org lain. tapi aku tk suka kalau org tu org asing. main ambik jer.. tk mintak kebenaran pun....huhu bahaya kot.

pengalaman aku: masa kt jepun, giler polite org jepung ni kann.. ada minah ni dlm lift, boleh mintak kebenaran nk tgok anak org tu yg sama2 dlm lift. mintak kebenaran nk tgok ok. bukan nk pegang. padahal mata kau yg nk tgok, tak nyusahkan org tu (baik anak or mak budak tu) pun. erkkkk terpegun gila. aku respect la cara diorang respect org. sebab kadang2 ada org tak suka kita tgok anak dia. even tgur anak dia pun dia tak suka. dia letak anak dia dlm stroller, dia tak suka org tgur2 or jenguk anak dia. ada org mcm tu ok... so please la prihatin sket. jgn nk main angkat or pegang or cubit pipi budak tu ok.

Ok, bab cubit pipi ni satu hal lagi... kemain laju je kan tgnmasing2 nk cubit pipi anak orang. tgan kau mmg bersih ke? kena budak yg kulit sensitif, mmg carik pasal jer... jgn pandang remeh sesetengah perkara.

alhamdulillah anak aku kulit tak sensitif setakat ni. pakai diapers pun tak leceh.

Monday, 11 March 2013

makin kurus

lately ni syarif tak nk makan sgt...huhu bikin hati aku susah wehhh.. aku tak sure samada dia dah bosan or sebab dia tak suka... berat badan aku rasa tak naik2... kurus jer aku tgok. pegang pun tak best sebab rasa tulang. dah xde isi macam dulu tu... tapi aku syak dia makin melasak skg ni sebab tu dia makin kurus.

dah 4 hari kot dia selsema. maybe sebab tu jugak dia tak lalu makan.. kesian plak aku tgok. kalau boleh nk transferkan sakit anak kt aku jer.. 'kalau boleh' ok. mana mungkin kan..hehe

pffftttttt payah nau nak tidokan dia skg ni. aku yg lenguh, dia masih terkebil2..huhu mencabar jugak la pagi2 nk melayan
Bangun pagi kemain awal. weekend pun nk bangun awal wahai anakku. jadi, aku adalah terpaksa bangun awal which is sgt bagus la kan daripada terbongkang atas katil sampai ke tghari..haha ;p

pastu aku dah takde masa nk lelap dah.. straight sampai ke malam... aku adalah fenat.. bila aku tgok wardina ckp "hidup ni mmg penat. kalau you tak penat, something wrong with you"... aku setuju sgt2. tapi bila penat, satu jer..aku akan makan banyak..kahkah. opsss aku kena control mkn sket skg ni sebab aku rasa dah naik badan sket dah. biras aku tgur mcm ada apa2 jer sbb nampak berisi...huiiii...


Tuesday, 5 March 2013

Pelik #2: berbeza aliran

aku ada sorang kawan. bukan sorang la. dua2 aku kenal. means sepasang husband n wife. tapi aku sampai hari ni masih pelik sebab diorang berbeza pandangan politik. pastu selalu post kt FB masing2 dgn pandangan yg mmg nyata berbeza.. dan yg paling best ialah mereka nampak sgt bahagia.......hahahaha (eh, bukan aku gelak jahat. tapi serius aku rasa nk tergelak)

sorang tu nampak sgt pro kerajaan pusat, sorang lagi pembangkang. tapi setiap kali sorang keluarkan statement, mesti sorang lagi akan keluarkan statement yg bertentangan. ehemmmm... tapi diorang mmg takkan komen kt wall pasangan masing2. pelik aku....nak kata diorang gaduh, bahagia je aku tgok. entah. aku cam tak percaya pulak boleh bahagia kalau kita berbeza pendapat nih. or kt rumah mmg diorang tak bercakap pasal politik langsung... errrrkk.

aku sampai terpikir2 kt rumah..mcmne la eh kalau diorang tgok berita terutama berita tv3??? mesti kepoh. sorang setuju, sorang lg mesti tak puas hati...hahaha.

Monday, 4 March 2013

3.30pagi... not so cool baby

pagi tadi syarif bangun pukul 3.30 pagi.. dan aku, sampai sekarang belum pun sempat nk lelap barang seminit dua..huhu. tapi aku belum rasa mengantuk pun lagi..alhamdulillah. itulah anugerah Allah sebenarnya. ibu ibu jer yg boleh rasa macam ni kan.. kalau dulu2 zaman anak dara kalau aku tk cukup tido mmg ngantuk kt opis atau aku akan rasa penat semacam je badan ni haa..tapi skg takde pun. tp mlm kang aku tak tau la pulok mcmne..hehe

actually bukan first time syarif bangun pukul 3 pagi nih... last week pun ada jugak dua hari rasanya. bangun nk main. sabar je lah. aku bagi dia susu tersengguk sengguk dah aku, dia boleh lagi lepas minum sambung pegi main. sampai terhantuk2 kt bawah meja nun.

alhamdulillah dah tumbuh 2 batang gigi atas pulok. jadi sekarang dah ada 4 batang gigi.. makin sedap la dia gigit.... dan alhamdulillah jugak dia takde demam sebab tumbuh gigi. sekarang pantang nk berdiri jer.. risau aku takut terlepas. asyik la nk bangun je.

Sabtu aku g motherhood expo kt klcc tu. bawak dia. boleh tahan ramai la jugak org. tapi sebab kitorang g pagi, takde la sesak napas sgt. banyak jugak borong baju syarif. barang lain aku tak beli pun sebab harga lebih kurang je kt luar.