Wednesday, 23 January 2013

Kek Batik Aiskrim

Alkisah hantu masak memasak datang dalam diri aku hari sabtu lepas. Kebetulan kitorang pegi pasar tani nk beli barang lauk2 sikit. pastu singgah breakfast, pastu singgah menyinggah la. tetiba aku cakap nk singgah speedmart nk beli biskut marie nk buat kek batik. hah, terkejut la husbnad aku. mana taknya aku nak masak? esok hari raya ke ape?? kahkah ;p

ok nk pendekkan cerita, aku beli la segala barang nk buat kek batik yg celah gigi je bagi org lain. bukan banyak pun barang2 dia. biskut marrie, butter, susu. tu je kot. aku nk pakai milo je dulu. sebab lama gila aku tak buat. so, aku adalah lupa resepi. aku adalah terlebih konfiden mcm aku ingat.  sukatan adalah membelasah sajo. ada aku kisah. tapi kalau tak jadi mmg aku kisah sgtttt.

balik rumah, sambil masak nasi anak, sambil2 tu buat kek batik. dannnnn......aku lupa yg kek batik ni tak payah masukkan air. aku pegi tambah air. so, mmg la lembikkkkkkkkkkkkkkkkkkk. aku sgt2 frust! tertonggeng aku! benci! terus rasa down tak nak masak2 dah.

terus membuktikan kepada husband aku yg aku gagal memasak buat kesekian kalinya ;p. Baru bodek nk beli oven nk buat macaroni bakar, macaroni cheese dan sebagainya berkaitan macaroni. tu pun sebab hantu macaroni masuk dlm tubuh aku few week ago. Aku mmg berangan nk masaka macaroni. kononnya lepas ni kalau ada tetamu petang2, tak payah la bersusah payah pikir nk jamu apa. terus bakar macaroni.. kelas kau jah ;p

well, aku nekad nk buat lagi sekali kek batik ni. kali ni mesti/wajib jadi punya. nk beli kacang2 sket nk blend bagi rasa rangup. harap2 ni bukanlah setakat impian sahaja ;p

kek yg lembik tu aku tak buang begitu saja. aku letak kt bahagian atas freezer. so, jadi la aiskrim. hah. aku sorang je la yg makan...sobsob :(

No comments:

Post a Comment