Wednesday, 23 January 2013

Kek Batik Aiskrim

Alkisah hantu masak memasak datang dalam diri aku hari sabtu lepas. Kebetulan kitorang pegi pasar tani nk beli barang lauk2 sikit. pastu singgah breakfast, pastu singgah menyinggah la. tetiba aku cakap nk singgah speedmart nk beli biskut marie nk buat kek batik. hah, terkejut la husbnad aku. mana taknya aku nak masak? esok hari raya ke ape?? kahkah ;p

ok nk pendekkan cerita, aku beli la segala barang nk buat kek batik yg celah gigi je bagi org lain. bukan banyak pun barang2 dia. biskut marrie, butter, susu. tu je kot. aku nk pakai milo je dulu. sebab lama gila aku tak buat. so, aku adalah lupa resepi. aku adalah terlebih konfiden mcm aku ingat.  sukatan adalah membelasah sajo. ada aku kisah. tapi kalau tak jadi mmg aku kisah sgtttt.

balik rumah, sambil masak nasi anak, sambil2 tu buat kek batik. dannnnn......aku lupa yg kek batik ni tak payah masukkan air. aku pegi tambah air. so, mmg la lembikkkkkkkkkkkkkkkkkkk. aku sgt2 frust! tertonggeng aku! benci! terus rasa down tak nak masak2 dah.

terus membuktikan kepada husband aku yg aku gagal memasak buat kesekian kalinya ;p. Baru bodek nk beli oven nk buat macaroni bakar, macaroni cheese dan sebagainya berkaitan macaroni. tu pun sebab hantu macaroni masuk dlm tubuh aku few week ago. Aku mmg berangan nk masaka macaroni. kononnya lepas ni kalau ada tetamu petang2, tak payah la bersusah payah pikir nk jamu apa. terus bakar macaroni.. kelas kau jah ;p

well, aku nekad nk buat lagi sekali kek batik ni. kali ni mesti/wajib jadi punya. nk beli kacang2 sket nk blend bagi rasa rangup. harap2 ni bukanlah setakat impian sahaja ;p

kek yg lembik tu aku tak buang begitu saja. aku letak kt bahagian atas freezer. so, jadi la aiskrim. hah. aku sorang je la yg makan...sobsob :(

Tuesday, 22 January 2013

Di awal perkahwinan

Awal sgt la katanya ;p. ni bukan aku nk cerita pasal perkahwinan aku ke apa. cuma nk cerita kisah yg agak lucu. Ni expectation org terhadap aku. Specificnya expectation (maybe first impression) dia (seorang pemandu teksi yg aku naiki) tehadap penumpang yg baru sahaja menaiki teksi dia. Cuma beberapa minit je aku naik teksi dia nak balik rumah tapi boleh tahan peramah sampaikan mcm2 dia tanya. ada yg aku jwb dan ada yg aku buat2 tk dengar je. nak nak pulak aku gi duk depan. haaa...ambik kau. mcm2 la pulak dia ajak borak. kalau duk blakang, boleh jugak aku buat2 main phone kannn...

kebetulan masa tu aku terpaksa naik teksi. husband aku ada hal pulok. of coz la aku nk kena ambik anak aku kt nurseri. mula2 dia ingatkan aku belum kawin. pastu aku ckp dah kawin la. pastu dia ingat aku takde anak lagi. siap citer yg dia dulu pun few years jugak nk dpt anak. bila dah dpt berderet pulak.. aku layankan je la.

bila sampai nurseri anak aku, aku ckp aku nk ambik anak jap. nk suruh dia tunggu kejap. pastu dia heran sebab ingat aku tkde anak lg kannn. lepas tu siap nk bukakkan pintu kereta ingat aku susah nk masuk bawak baby..hahha kelakar weh. of coz la lepas tu aku duk belakang. padahal sekangkang kera je dari nurseri tu ke rumah aku. tapi aku tetap naik teksi tu. pastu boleh pulak dia kesian kt aku.  dia ingat aku sacrifice jaga anak sensorang laki takde.

dia boleh pulak buat tazkirah bagai.. kononnya diawal perkahwinan mmg susah nk survive. ramai bercerai, ramai husband buat tak endah tanggungjawab. aku masa tu dlm hati, nak gelakkk je. hei, husband aku ok la. cuma hari ni je dia ada kerja yg tak dapat dielakkan. membebel2 dia. sampai aku suruh dia stop sebab dah sampai. well, masa nk turun (dah sampai rumah aku), siap bukakkan pintu, nk tolong hantar aku naik atas. rumah aku tingkat satu je pun... heh.

pastu siap puji2 anak aku. cakap ikut muka aku. padahal semua org tgok anak aku mcm muka bapak dia weh... tetiba dia sorang ckp mcm muka aku. hah tak kelakar. aku sampai rumah aku rasa nk gelak gila2 punya. hilang penat aku balik kerja ari tu.

moral of the story: kadang2 apa yg kita nampak tidak sama dgn apa yg org tersebut lalui. kadang2 kita tgok hidup dia mcm senang tapi tak sesenang yg kita nampak begitu juga sebaliknya. setiap org mmg tak sama perjalanan hidup.

tetiba je aku tepek gambar ni. aku print screen sebab ada kt FB aku. saje je. takde kena mengena dgn apa yg aku cerita pun. tapi aku malas nk buat entri lain, so tepek je kt sini.





Aku pun selalu baca status Prof Muhaya. Terlalu ramai org mengeluh pasal org lain termasuk pasangan sendiri. macamlah diri sendiri perfect sgt kannn. Prof selalu suruh betulkan sikap kita sendiri dulu. tak payah bersusah payah pasal org lain. banyakk memberi bukan banyak meminta. Ok peace no war!

Pukul 4 pagi

Anak ku sorang ni, pukul 4 pagi dia boleh bangun nak main...hahaha tak klakar la sayang... ummi dgn abah nk keje kot esoknya. dua hari sebelum tu pukul 5pagi. ok la kot pukul 5 aku mmg tak kisah sgt. tapi pukul 4 tu mcm aku baru rasa nk lelap. kena cepat sgt? bila aku tido je aku rasa masa berjalan terlalu pantas. aku tak sempat nk hilangkan penat, lenguh2 badan. hah macam aku tua sgt je nk mengeluh sakit2 badan. but seriusly aku mmg sakit2 badan. nk gi urut tapi tak tahu bila. baru aku tahu macamana nk membesarkan sorang anak. ada berani tambah anak lagi??? uhuhu buat masa skg ni biarlah duluuuuu...

aku ni kalau dgr suara anak aku bangun, aku automatik terjaga. kdg2 boleh pening kepala sebab bangun dgn mengejut. giler la aku terbayang ,mcm2. anak aku suka gi kt plug tv nun. sibuk je nk kesana.. padahal banyak lagi tempat dia boleh main (walaupun rumah aku sekangkang kera) ;p

pastu kalau aku dlm bilik air, cepat je dia nk g masuk sesama.. cannot lah sayang oiii. saba je lah aku. mandi pun mmg tak tenang. tinggalkan dia dlm walke, kejap2 jenguk kejap2 jenguk...

sekarang dah pandai lembik2 kan kaki bila kita nk letak dia dlm walker.. nk jugak melekat kt aku.

Monday, 21 January 2013

Pelik #1

Aku pelik dgn org (salah satu kaum kt malaysia ni) yg selalu pegi kerja tak mandi. kalau kau tak nk mandi, sila la tido dlm aircond (supaya tak berpeluh masa tido mlm) dan sembur perfume banyak2. tak paham aku org jenis tak nak mandi pagi ni. pastu dah balik kerja dah tentu2 malam. kau boleh plak mandi malam...ke jenis mmg tak mandi2 buat selamanya. patut ler busuk giler. dalam tren mmg bau busuk org tk mandi je memanjang. sampai je stesen W***** M***, penuh dgn org tak mandi. takde akal apa gi kerja tak mandi. busuk. muka pun berminyak semacam jer...

bukan aku nk kutuk. tapi hidung aku ni tak tahan weh.. kalau time pregnant, mau termuntah dlm tren aku!

Aku kesian la pada yg rumah takde air tu.. kesian sgt. harap2 dah setel la bab takde air tu. kesian korang kena ngangkut air. mandi pun cermat2 je sebab nk simpan air. yg ada anak kecik lagi la. yg ada org tua yg sakit lagi la... bersyukur aku tak kena. alhamdulillah. harap korang sabar ye.

cuti ku cuti mu

bulan ni (januari) banyak cuti, bulan depan pun banyak cuti. tiap kali cuti, aku pening. aku rasa nk bercuti. bukan balik kg semata tapi tiap kali ada je halangan... so, aktiviti cuti aku hanyalah balik kampung. bukan aku tak enjoy balik kg. tapi kdg2 aku bosan beb. asyik balik kg jer. aku nk jugak tenangkan fikiran, enjoy2......

hahaha tak boleh blah. ada ke balik kg pun nk bosan kannnn. padahal setahun bape kali je kot aku balik kg. tapi aku penat sebenarnya. perjalanan je dah memenatkan. duk sana plak kena bahagi dua...rumah mak aku dgn rumah mertua aku. so, total kalau aku balik seminggu tu, mcm balik 2, 3 hari jer lah sebenarnya.

bulan ni, kalau ambik cuti 25hb, dapat la 5 hari cuti straight. tapi husband aku kena pegi team building pulok... so takde makna nk bercuti bagai la kannn..

bulan 2 nanti opis aku straight cuti seminggu.. yeay! tapi ape maknanya balik kg bersesak2 bagai sebab semua org pun cuti time tu. nak nak cekgu. maka sila berebut dgn sek sek cekgu. nk check-in mana2 pun of coz la full dan mahal. aku kalau balik kg time sesak (ramai sgt org cuti), aku mmg tak jejak pun KB Mall, Tesco dan area2 KB nun. Walau sekangkang kera, aku tak sanggup nk hadap jem. serius lemas sebab kt kl pun jem balik kg pun nk jem jugok. nyampah aku!

So, duk rumah, kemas rumah sana kemas rumah sini. itu lah rutin yg bosan giler. rutin sama je sejak dari dulu. Tapi kali ni aku nk enjoy dgn anak aku. lantakkkk la. malas nk pikir. tetiba je nk emo ;p

Saturday, 19 January 2013

tak reti duk diam

budak ni tak reti duk diam... kejap je dah kt depan tv, kejap je dah kemas radio, kejap je dah ke dapur, kejap je dah bawah meja...
hai la anak, kejap je kamu membesar. walaupun penat, tapi aku rasa seronok sgt membesarkan seorang hamba Allah. semoga menjadi anak yg soleh  :)

Friday, 18 January 2013

Cakap tak serupa bikin

aku paling pantang kalau org post status kt FB dgn post yg ala-ala ustaz/ustazah, tapi perangai sebenar mcm @#$%^&*()_+!.

aku tk paham sebenarnya apa yg dia post tu. samada nk menunjuk2 atau mmg itu dari hati nurani dia yg 'bersih'. sebab mulut dia sgt la tak bersih. kutuk org kaw kaw takde tapis punya. ayat dia boleh buat org ingat sampai mati. pedassssss giler. aku tk pernah kena la. tapi kawan2 aku mmg selalu kena. huh menusuk beb. walau bukan aku yg kena tetap aku terasa menusuk..

berlagak serba tahu. walhal semau benda dia nk jaja. eh, kalau betul kau alim, takyah nk bercakap pasal org lain...

hahhaha tetiba je aku bengang dgn dia nih!

Thursday, 17 January 2013

Bukan nk mengeluh

hari2 boleh dikatakan aku bangun pukul 5.30 (purata). Kalau isnin, mlm tu aku tak gosok baju lagi, aku akan bangun pkul 4.30pg.. kerja2 menggosok baju kerja dgn mengemas semua aku akan buat pagi2 buta tu...huhu.

Tu aku tension kalau hari ahad tu kena plak aku letih kesana kemari. Isnin pagi2 bila sampai opis aku dah LETIH sgt. tak paham kenapa aku nk capslock-kan perkataan letih tu. tapi aku mmg letih. Tu aku dapat husband yg membantu. cuba kalau dapat husband yg langsung tak membantu? macamana la agaknya.

Balik kerja, husband aku takde nk demand2 suruh aku buat tu buat ni. dia buat sendiri. makan pun dia tak pernah suruh aku masak. dia dah siap2 beli masa balik kerja. so, aku makan je lah apa yg dia beli. syukur sgt dapat husband yg mcm tu. aku pulak mmg jenis tak reti nk mintak itu ini. aku mmg tekak tak kisah je mkn apa.

kadang-kadang aku tertanya2 mcmne la isteri yg handle rumahtangga dari A sampai Z. semua dia sorang yg buat. uruskan anak2 lagi kalau anak berderet.. weh, serius aku tabik springggg sgt. hebat lah korang ni :). Aku yg ada anak sorang ni pun terkial2. penat, lelah uruskan anak pepagi buta tu... nikan pulak nk tambah anak...hahaha tunggulah abang dia besar sket kann..

tak dapat aku bayangkan kalau aku kena basuh baju (even pakai washing machine), sidai baju, angkat baju yg dah kering, masak, sediakan mkn malam, buang sampah, dll. sebab mmg tu semua husband aku yg buat.macamana mak mak dapat extra energy? makan supplement apa2 ke? aku mmg tak mkn supplement apa2 pun skg. tgok mcm nk beli. tapi aku risau tak berbaloi sebab aku tk mkn. bukan puluh2 malah ratus2 ringgit. tk sanggup aku berhabisan dan akhirnay aku tak jugak mkn..huh.

kenapa supplement skg mahal2 yg amat? mmg betul 'baik' ke?..hehe

Wednesday, 16 January 2013

Lasak Melasak #1


cer tengok....haishhh pantang tau. tu tempat feberet dia
Makin lasak dia skg... kadang aku penat. tapi aku percaya semua org pun mengalaminya.. redha lah. dulu mak/nenek aku pasti merasai benda yg sama. aku stay dgn nenek aku sampai umur aku 6tahun lebih. nk masuk 7tahun (nk skolah) baru mak aku ambik aku. maka bermulalah kisah perebutan aku..kahkah ;p
lasak ni biasa kot bila dah merangkak, berjalan, semua benda takleh letak atas meja yg dia boleh capai. paling dia suka ialah kabel letrik.. bahaya weiii.

Tuesday, 15 January 2013

aku suka sgt...

aku ni punyalah perak... lama gila tk dgr lagu2 melayu ni. lagu omputih pun tk dengar jugak skg ni. mmg aku tk tahu perkembangan lagu2 langsung. teruk gila rasa. eh, tp aku takde la rasa teruk sgt punn.. cuma ringtone aku sgt la outdated..kahkah. pedulikkkk la kann.

tapi entah mcmne aku boleh pulak tertengok aizat nyanyi lagu yuna masa juara lagu tu. aku tgok 2 lagu je. masa aizat nyanyi dgn masa black nyanyi. yg lain aku tgok bola.. tapi, aku terjatuh cinta masa aizat nyanyi lagu terukir dibintang tu. serius aku rasa jatuh cinta sgt dgr lagu tu. serius aku tk pernah dgr yuna nyanyi lagu tu. aku kan dah lama x dgr radio lagu2 melayu ni. mmg tak tahu sgt ada lagu tu. esoknya kt opis, aku download la mp3 lagu yuna tu. masuk dlm phone nk buat ringtone. aku dgr banyak kali tapi aku rasa lain. sebab yuna yg nyanyi. aku nk aizat nyanyi, boleh? tapi baru tadi aku download aizat nyanyi live. tapi bising sket la sebab live kann.. apa pun aku lebih suka masa aizat nyanyi. so, aku tukar ringtone aku lagu terukir di bintang nyanyian aizat...haha

gila outdated aku ni. dah la mak org..

Monday, 14 January 2013

sendiri merajuk, sendiri pujuk

ni selalu terjadi pada aku.. entah la kenapa aku nk merajuk2 pun  aku tak sure. dah tua bangka pun hati masih cepat terguris.biasa kalau aku terlalu penat, aku akan merajuk dan esok, terus lupa dahhh kahkah . malas nk pendam lama2 skg ni. banyak lagi benda nk guna. sekarang ni kena pikir positif saje, no negatif2 sebab boleh buatkan aku down. dan kalau aku rasa down, mmg semua benda tak jadi.

ni aku snap sendiri. pakai camera dari jepun. tapi aku sorang je yg boleh snap secara sharp. kalau kt tgn org lain. semua gambar hancussss.
hari tu (beberapa minggu lepas), aku ada menyuarakan hasrat nk membeli digital camera. terus husband aku ckp benda lain lebih penting,,,  erkkkk tu baru aku menyuarakan hasrat nk beli dgn duit aku sendiri ok. bukan aku mintak dia belikan aku or aku mintak dia hadiahkan camera. terus aku merajuk sampai skg. sampai skg ok. sampai skg ni. sampailah aku beli camera sendiri. aku tak puas hati sebab takleh nk rakam moment2 terindah anak aku membesar. penting sgt bagi aku (at least bagi aku). skg pun asyik la snap pakai phone. kualiti phone sgt2 tak sama dgn camera. takat nk simpan boleh la. kalau nk cuci gambar, ofcoz tak cantik.

sekarang ni kalau aku nk beli apa2, aku beli je. malas nk pikir. at least aku rasa puas. takdelah tahap membazir. aku pun bukan banyak duit sgt. aku kerja susah payah, aku takkan kedekut dgn diri aku sendiri. aku nk aku beli. tu kalau aku rasa mampu dan berbaloi. kalau tak, aku duk diam2 saje. aku bukan bangsa nk meminta2. dari dulu lagi mana kau reti nk mintak itu ini dari mak bapak aku sendiri. dah ada husband, lagiii lah aku tak reti nk mintak itu ini.

Saturday, 12 January 2013

pashmina shawl

aku rasa semua (at least hampir semua) org ada pashmina. masing2 ada yg letak kt opis, yg pakai hari2 buat selimut la.. mmg nampak mcm2 kegunaan dia. tapi aku tak de pun. percaya tak?

pasal aku tak minat. aku tak minat nk berselibung dgn shawl bagai. kalau sejuk, pakai sweeter. kan senang. kah kah ;p ramai aku tgok pakai pashmina even chinese pun pakai dlm tren.

ada (melayu) yg pakai sebab nk cover lengan baju pendek.. apekah? sgt tak paham aku. aku tgok pun rimas kot. sebab pashmina tu asyik la nk kena betulkan jer... kejap kang jatuh kejap kang jatuh..huh

serius aku pelik. aku yg pelik. aku tak kata org lain pelik ok. aku pelik sebab aku rimas. aku takleh rimas2 nih. even masa aku breasfeed syarif pun, paling tak, aku tutup dgn tudung je. tudung tu maksud aku bukan tudung lain. tudung yg mmg aku pakai masa tu. aku tak suka berselubung/berselibung dgn cover (apa nama entah) tu. yg macam bungkus anak tu..huhu. aku pun pelik.. kalau aku nk breastfeed, aku akan pastikan aku keluar pakai kemeja dan tudung yg mmg akan tutup breast bila breastfeeding. ramai jugak aku tgok guna pashmina nk cover masa breastfeeding in public. ok jugak la idea tu. tp aku personally tak suka.

Ok tu sebenarnya adalah intro.. panjang giler intro aku. emo plak tuh ;p. Aku nk citer yg aku dpt hadiah pashmina dr biras aku. aku suka! cantik gila. rasa nk terus pakai. tapi aku kan mana reti nk pakai fesyen2 bagai nih. plak tu baju hijau takde.. nk cari baju hijau la lepas ni ;p

tadi aku tgok cantik gila org tu pakai pashmina yg mcm pakai subang tu. mcmne nak buat eh. terus rasa nk balajr. padahal aku tak berani gila nk berfesyen2 ni..segannnnn makcik. ok lah bai ;))

Wednesday, 9 January 2013

sukanya dia

suka la kalau org tak kacau dia
sekarang aku dah cukup risau.. dia nk ke bilik air je keje dia.. risau weh. sebab ada baldi yg ada air dlm tu... huuuaaaaa. nk kena tutup je pintu bilik lepas ni. aku terpikir nk beli safety gate tu. nk letak kt dapur. tapi mahal jugak eh. ingat puluh2 je. sekali ratus ratus. oklah. kena jugak beli jika keadaan memaksa. risau aku dgn ke'aktif'an dia skg ni.

Malam tadi aku demam. actually takde lah demam sgt tapi selsema tahap tak ingat. air hidung menitik2 tk nak berhenti. aku baring jer... suruh husband aku jaga syarif. tapi kau tau lah syarif macamana aktif skg ni. semua benda nk panjat.. mmg kena jaga2 dia masa dia memanjat. aku tak sanggup nk tgok dia terhantuk. aku rasa semua mak mak pun macam tu. kalau husband aku mmg dia biarkan jer..huh. mmg aku pun biar dia nk melasak explore semua benda tu. tapi aku still akan duk blakang dia support dia takut jatuh. tapi husband aku punya lah confident duk jauh2. kadang2 dari dapur aku dgr syarif terhantuk kt lantai..huh menyirap je darah aku. aku tak tahu lah org lain mcm ne. tapi aku rasa kasih mak dgn kasih ayah ni mmg berbeza. mak langsung tka nak anak dia sakit. even kena gigit nyamuk pun. tapi ayah, mungkin dia nk ajar anak supaya jadi kuat.

Kalau part lain yg sakit aku tk kisah sgt jgn bahagian kepala. semalam pun bengkak/benjol jugak la kepala syarif akibat terlalu excited pusing2 360 darjah dekat dinding. kena bahagian bucu plak tu. tapi aku heran dia langsung tak nangis. kuat betul anak aku. barulah hero namanya kannn. tapi risau weh, asyiklah kena kepala :(

aku yg menitik2 air hidung mlm td pun bangun la tuam2 sambil baca doa sket. mmg lepas tuam dah ok dah. tapi abah dia boleh layankan jer bola kt tv mcm takde apa2 berlaku. aku risau nak tinggalkan dia masa aku ada team building nanti. huhu =(

Longgar bukan sebab makin kurus tapi...

lately ni, dlm minggu ni, aku rasa cincin aku selalu tertanggal. kelmarin, masa nk ambik purse, boleh cincin tertanggal dan jatuh ke dlm bag pack aku.huh. gelabah aku! nasib baik jatuh dlm bag sendiri. kalau jatuh kt lantai, of coz la tergolek ke mana entah..huh

semalam pun masa ambik pen dlm laci, pun tertanggal jugak cincin ni. padahal takde la berat pun... aku musykil sebenarnya.. kenapa longgar sgt cincin ni skg ni?

Sekarang ni nk luruskan jari, mmg tak la.. sebab menggelungsur jatuh cincin ni. nk kena genggam je lah. pagi td terfikir utk tak nk pakai cincin ni. tapi..... rasa kekok plak kalau tk pakai. aku mmg tak minat pakai eksesori lain, gelang ke rantai ke, tapi cincin ni wajib pakai. ni cincin risik. cincin yg pertama aku dpt drp husband aku.

Tapi aku tak rasa aku makin kurus pun.. sebab selera makan adalah menggila. aku boleh makan habis dan bertambah tambah skg ni. dulu, nk tambah nasi, mmg takkkk la. habis pun tak inikan pulak nk tambah tambah. tapi skg, weekend, kalau husband aku masak, of coz aku akan makan bertambah tambah. aku rasa aku perlukan tenaga extra. sebab tu aku kena makan banyak..haha takleh blah alasan aku kannn ;p

tapi aku rasa sejak dua menjak menjadi mak mak ni, aku ada extra power gitu.. bangun pagi2 masak untuk anak. mmg masak simple giler 15-20minit dah siap. tgh masak tu, siap boleh gi mandi bagai. lepas dah mandi ambik wuduk jenguk dapur semula.. pas dah masak, sejukkan, g solat plak. pastu kalau syarif ek ek ek.. kena la yana dia pulok.. sambil2 pujuk2 bukak tv suruh dia ngadap rancangan motivasi pagi ke apa. sambil aku bersiap. husband aku mmg dah rutin sidai kain yg dah basuh. basuh pun dia punya rutin jugak sebelum mandi.

dah la skg jem gilosss. sesapa yg duk area cni tau la jem tahap apa minggu nih. bukan sebab skolah ke apa tapi aku pun tak pasti sebab apa. deapn tu ada mcm longkang so org semua slow sebab penutup longkang tu mcm dah rosak. tension tahap gaban aku. husband aku lagi lah. 2jam ngadap jem nk sampai ke opis. huh!

Ok lah. melalut dah. citer pasal cincin longgar, sampai ke extra power sampai ke jem pulokss.... haha ;p
 

Tuesday, 8 January 2013

kemain melasak lagi.....

port feberet.. bawah walker.. bawah ok. bukan nak duduk atas tu. kalau letak dlm tu kejap jer. tapi kalau ada cartoon yg dia suka, boleh la lama sikit....
Sekarang ni, kalau balik, mmg rushing nk maghrib but aku tk kira. dia nk merengek ke, aku letak jugak sebab nk suruh disiplin ummi dgn abah dia nk solat mandi bagai kann... haruslah ajar dia supaya berdisiplin dan tahu org ada kerja lain nk buat. bukan nk layan dia 24jam.

kalau ada helper takpe la jugak.. tu sebab aku beli jugak walker nih. mmg berguna sgt. kalau lah walker takder, kitorang terpaksa bergilir2 solat dan mandi. mesti tak sempat nk maghrib. coz balik rumah biasa dah nk dekat pkul 8..huh.

at least ada walker dia tak leh nk melasak sana sini. dia skg duk aim nk masuk bilik. pantang kita tinggal sikit. Hari tu (weekend), aku kt dapur tgh maska makanan dia. aku tinggal kejap jer.. lepas tu jenguk, dah takde atas toto. huh berdebar aku. pastu aku check dlm bilik, dua2 bilik takde.. terus pucat je aku rasa. tengok2 dia duk sengih je bawah walker.. haissh la anak. senyuman dia tu mmg tak tahan. nk marah pun tak jadi :)

dah pandai tgok kamera ;p

Monday, 7 January 2013

Weekend outing

sekarang ni nk ambik gambar dgn 'abah' dia mmg payah nau...
Sekarang ni gambar bertiga boleh dikira... takpe lah apa2pun janji hepi bergambar dgn anak seperti bergambar dgn 'abah''s junior.. hehe sebijik bapak dia. semua org ckp mcm tu.. SEMUA ok... kalau aku dukung Syarif, mesti org tegur ckp ikut muka bapak eh hehe ;p

beberapa minggu ni sibuk mencari barang keperluan. akhirnya setelah lama aku tk shopping utk diri sendiri, aku telah meng-spend-kan sedikit untuk keperluan aku... rasanya setahun kot tk shopping macam ni. hilang stress aku ;p

cuma aku stress bila aku berkenan handbag yg agak mahal. tapi tak di-approve kan oleh laki ku.. huaaaaaaa nk nangis rasanya.. tapi hatiku masih di handbag itu. walaupun begitu, aku telah terbeli handbag yg agak murah drp harga handbag itu. akan ku pakai handbag itu sehingga hayatnya..haha takleh blah langsung ayat ;p


aku risau sgt nk tinggalkan dia next month. ada team building kt penang.. mau 2 mlm jugak la tinggalkan budak bucuk nih.. huh mesti aku homesick... risau risau risau wehhh

tk reti nk duk diam..

Thursday, 3 January 2013

Terperanjat aku

hai, saya baru bangun tido...

Semalam masa ambik Syarif kt nurseri, ada tokey dia. biasa mmg jarang la nampak.. last month mcm tak jumpa pun dia. ye lah, semalam pun dah 2 haribulan kannn... haruslah menonjolkan diri..hehe

biasa aku mmg tak bayar lagi duit nurseri sebab mmg dia dah janji nk sms total ot. Syarif mmg ot setiap hari..huhu. so, aku mmg akan sms tanya berapa and so on la. setiap bulan ok. dia tak pernahnya nk sms dulu. tunggu kita tanya la kot. ermm. pastu lambat ok nk dpt sms dia. aku dah tak sabar dah nak bayar. kah kah ;p

semalam, aku ambik Syarif, dia ckp Syarif mkn banyak sekarang ni. tak cukup 1 bekas tu. Aku pun heran la weh, sebab mmg aku monitor hari cuti, mmg ngam2 la dia mkn. kdg2 tak habis sket. tapi kalau dia ckp tak cukup tu membuatkan aku musykil sgt2 la. So, aku ckp takpe lah aku tambah lagi esok. Hari ni, mmg banyakkk aku bawak. Ke dia suap mulut org lain jugak? Aku tak kisah kot asalkan anak aku cukup makan. jgn plak suap org lain sampai anak aku tak cukup plak...angin la aku. penat2 aku masak pagi2. terkocoh2 lagi..huhu.

Lepas tu dia (tokey nurseri) cakap dia nk collect yuran tahunan. kiranya baru nk start buat yuran tahunan la ni. sebelum ni tak pernah pun. Aku tanya berapa. Dia cakap 100. hah? tergamam jugak la aku kt situ. aku tanya nk buat apa? dia ckp nk beli barang2... ermmmmmm aku pun mcm *ermmm. Pelik aku kenapa nk charge kitorang kalau nk beli kelengkapan nurseri? bukan atas tanggungjwb dia ke? pelik aku. yuran pendaftaran pun berapa puluh jer.. tak sampai seratus pung.. pelik sgt la aku rasa. aku malas nk argue lelebih sebab aku takde pilihan. tu je nurseri yg dekat dan senang nk hantar Syarif. redho je lah.

aku bukan kupik sgt nk bayar 100 tu tapi aku nk tahu jugak motif apa yg kau mintak sampai 100. kalau 9 org budak, kau dah dapat 900. see???? kau nk beli ape? kalau 30 hinggit tu masih logik kt pemikiran aku ni. tapi kalau 100 mcm dah mencekik je aku rasa. Aku bawak makanan sendiri ok. kau provide apa? pekerja cuma 2 org je. Sabun mandi, bedak segala keperluan semua aku bawak sendiri. eh, bukan aku jer, kami2 yg tinggal anak kt sana nun....semua sendiri sendiri bawak la.

Ok lah, aku mmg takde pilihan setakat ni. itu je pilihan yg aku ada. Aku akan cuba fikir untuk membuat pilihan lain dimasa akan datang. tu pun kalau ada.....

Tiada tekanan

aku rasa sehari dua ni takde tekanan sgt bab kerja. happy sgt rasanya. takdelah sengsara dgn tekanan yg menekan itu. tapi sampai bila?

Ke aku sorang je kt opis ni yg tertekan? sebab aku duk depan bos. kalau bos moody/kena marah dgn client/kena marah dgn bos besar, aku lah mangsa yg tepat sekali. huh.

Tapi tapi tapi... aku tgok suasana lain sgt bila masuk bln 12 ari tu. maksud aku sebelum gaji. semua org mcm berlakon buat2 bz. apekah? aku nih yg sentiasa bz dah takleh nk berlakon dah weh. takyah la korang penat lelah berlakon semata2 nk memancing bonus. bos tak nmpak kot korang berlakon. Bos kt HQ nun. tapi ada reporter ok opis aku nih. reporter plak bukan perempuan yg kepochi but lelaki ok. takleh terima aku lelaki kaki kepochi ni.kaki kepochi ni la yg paling kuat berlakon.

aku pun tak paham kenapa perlu buat macam tu? perlu ke?