Aku ni jarang la online shopping. sebab takde masa nk bukak internet. masa aku full sgt2. aku rasa aku utilised 24 dgn kerja, jaga anak, jaga rumah tangga. nk jaga muka, nk enjoy2 diri sendiri mmg takde masa langsung. Nak nak hari kerja...huh.
Tapi semenjak dua menjak ni aku dah berjangkit dgn officemate aku. dah terpengaruh la katanya...haha. aku dah start beli online. duit yg keluar mmg tak nampak..sedap je aku shopping esok sampai barangya. aku beli baju je pun. murah2 je. tapi mmg la kan.. kalau dah ketagih tu...mmg la murah, tapi kalau dah 3-4 helai, oppssss..
Last week, aku ada beli baju online. daripada facebook. aku msg dia hari khamis lepas. dia confirm ada stok then jumaat pagi aku bank in. dah bank in aku hantar detail semua. tunggu dia punya reply, mmg takde langsung. isnin ptg/mlm balik kerja aku email dia tanya 'kabar'. dia boleh reply aku ckp stok warna baju yg aku nk takde. well, aku dah bayar ok. kau pun ckp ada stok lagi. apsal kau tak reply email aku masa aku hantar detail payment.
dia tanya aku nk tukar color ke tak. sebabkan aku dah bayar, aku ambik je la color yg ada stok. malas pulak nk fussy2 nih. kang kalau aku mintak duit aku balik, tahun depan kot baru aku dapat kot.. (eh, tahun depan berapa hari je lagi kannn)
ni first time jadi kat aku. mmg lepas ni aku dah tak beli dah dgn dia. kalau nk meniaga online. sila la reply cepat. online tu dihujung jari je kot. tak paham aku.
No comments:
Post a Comment