Thursday, 12 May 2016

Asyik ulang yg sama jerrr



Ni gambar semalam. Pakai nilopa yg dah 2 tahun lebih kot beli...hehe. pakainya boleh dikira dgn jari je. Pakai ni pun sbb bila entah aku dgr husband aku ckp beli banyak tp asyik pakai yg samaaaa jer. Huhu gulp!

Naelofar ni mmg cantik bila tokey dia pakai/promote. Dan masa nk membelinya mmg bersemangat nk jd nealofa tapi bila dpt mcm xreti je nk pakai. Aku ada lg 1 naelofar jugak yg xreti nk pakai. Puas aku test tp xjadi pun mcm tutorial kt youtube tu. Aku mmg selesa pakai shawl 15henggit jer. Itu yg paling sesuai dgn aku. Huhuhu sedar diri okey!

Tu yg malas nk beli yg mahal2 tu. Aku lebih prefer yg belit2 sendiri wlpun aku xreti sgt nk ikut tutorial belit2 nih. Blasah je apa yg biasa aku pakai. Kalau beli instant mmg akan xreti nk pakai walau org jual ckp sarung jer.. sarung lah sgt. Rasa mcm nk jual semua yg aku tak pakai tu.

Tapi masalah aku ialah asyik beli kaler yg lebih kurang sama dgn yg dah ada dlm lemari... huhu pitam rasa bila balik rumah then tgok2 ehhhh mcm sama kaler jer. Huh. Sila sorok sblum suami nampak...eh????

Thursday, 5 May 2016

Dulu dan sekarang. Banyakkkk sgt bezanya

Aku ni rasa mcm dah ke-tua-an sgt. Semakin hari semakin tua la kot. Eh mmg la kan semua org pun mcm tu. Tp entah la sbb aku rasa skg byak sgt berbeza drp dulu. Dari segi warna kegemaran, makanan, hobi dan mcm2 lagi.

Skg dah takde masa nk berhibur. Berhibur yg aku cuba maksudkan adalah 'me time'. Takde masa nk minum2 kopi sambil makan sepotong kek sambil bukak buku bajet sambil conteng2 bajet RM untuk beberapa bulan spt yg aku selalu buat dulu kala. Walaupun aku selalu buat bajet2 kewangan sendiri, selalu jugak la terbabas g shopping benda tak sepatutnya but at least aku tahu duit aku ke mana. Yup aku bertambah seronok bermain kira2 ni...hewhewhew. so lets tukar kerjaya now! Lol!

Warna kegemaran aku suatu ketika dulu adalah biru. Pastu beralih ke pink pastu ke merah pastu skg nk pitam bila bukak almari baju tgok2 hijau je penuh. Well, sebenarnya aku tak suka hijau pun. Langsung tak suka okey!. Tp skg sudah berubah... huhu nampak tak aku makin 'muda' wehhh.

Skg ni buat bajet kewangan bila anak2 dan suami dah berdengkur...... tu je masa yg aku ada. Its my 'me time' sgt2. Skg aku xkisah tido berapa jam je. Langsung tak kisah. Sanggup gosok baju dan lipat kain bila semua org dh tido.

Cuma aku harap sgt bila anak2 makin membesar dah tak bangun mlm mintak susu. Timing diorang bangun tak sama wey... skg aku mmg gagahkan diri at least bangun buat susu 2 kali utk 1 mlm. Bayangkan tido dah pkul 1 @ 1.30pg. Bangun buat susu 2 kali. Pastu bangun tido pkul 5.30pg. Tu belom masa anak2 demam. Huhuhu tido sejam je pun pernah. Pastu bangun g keje. Aku rasa bukan aku sorang yg hadapinya. Hampir semua mak2 mcm tu.

Satu lagi hobi aku adalah membaca. Dulu aku sanggup tak tido sbb nk baca buku. Tapi skg??? Huhu buku tu kalau beli setahun pun belum tentu habis baca.. sobs. Kecewa dgn diri sendiri. Aku nk sgt masa utk baca buku. Skg masa baca buku aku adalah masa dlm tren samada otw nk g keje or balik keje. Seboleh2nya mmg aku baca buku dlm tren. Lantak situ org nk ckp ape. Aku mmg percaya membaca boleh ubah pemikiran kita.

Itu je la dulu stakat yg aku ingat.... byebye