Saturday, 26 March 2016

Tak mampu den!

Aku tak suka telan pil banyak2 dan besar2. kalau sesekali mungkin boleh tapi kalau hari2 nk hadap, mmg tak boleh! Ada member aku duk kempen suruh beli 1 produk ni. maybe ramai tahu sbb makin famous eh skg produk ni. Tapi dia punya produk jenis set set. paham tak set set nih? kalau ko sakit sekian sekian, ubat dia ada la dlm 3 jenis. ko kena telan ketiga2 nih setiap hari. dah la besar2 kot. so aku mmg tak tertelan la kot. cer bagi aku sejenis ubat je, mungkin aku boleh telan. nih sekali nk telan 3 biji skali. setiap hari plak tuh. tak mampu den!

Ada/ramai org ckp produk ni best. tapi aku belum terpikat lagi setakat ni. sebab berset set la dia punya ubat. kalau set subur plak bla bla bla. kalau set resdung plak bla bla bla. kalau set bersalin plak bla bla bla... ehem. aku malas nk telan banyak2 ni. so aku tak prefer la produk ni. bukan tak nk cuba tapi aku tak rasa aku boleh makan hari2...hahaha

Mungkin kalau dia buat khusus satu ubat utk satu penyakit aku rasa terbuka sikit hati aku nk mencuba. ehem...

Friday, 25 March 2016

Konon kononnya.....


Skg ni mcm susah nk update blog. Mungkin jugak faktor umur. Rasa malas nk share ape2. Tp selalu je share kt instagram. So dh malas nk share kt blog.

Aku kan kengkonon nk meniaga. Tapi sampai skg hampas pun takde. Pastu dua minggu lepas aku beranikan diri jadi dropship. Tapi sebenarnya aku xtau pun dropship tu mcmne. Yg ku tahu tolong promote barang. Pastu aku tak tahu detail. Aku tak tahu kalau customer nk beli brg tu dia nk kena bank in kt sape dan sbgnya. Boleh?? Tp aku dh register sbg dropship... hahahaha gamble giler!pastu bila ada org nk beli baru aku gelabah.

Kt ig tu biasa aku update pasal anak2 aku je. Just perkembangan dia. Tu je sbb aku nk jdkn kenangan la kononnya. Kahkah. Pastu aku malas nk cerita lebih2 sbb xselesa ramai org baca.. boleh? Hahaha perasaan yg entah ape2. Ni pun blog kalau org yg aku kenal baca aku rasa sgt2 xselesa. Cukup kalau org yg aku kenal xbgtau aku dia baca blog aku. (Kahkah bajet sgt mcm ada org baca blog hampas aku nih). Aku mmg xkisah xde org baca. Lagi best sbb aku boleh tulis sesuka hati aku je. Tanpa memikirkan perasaan dan hati org yg akan terasa nanti...


Thursday, 24 March 2016

Nak kurus

Azam kemain kennn. tapi usaha takdak pun. sembang je lebih. aku mmg siap tgok kt youtube lagi video2 nk kuruskan peha n punggung tapi hampeh la nk buat...kahkah. sembang ja lebih baq hang! siap download video lagi. penuh phone aku dgn video2 nih. 

Misi sebenar mmg nk kurus. tapi tetiba kalau aku ckp nk diet nasi kat husband aku tgok2 dia beli nasi kerabu yg sedap tu utk dinner. maka hancur lah harapan aku. cesssss sambil2 habiskan nasi sambil berazam esoknya taknak mkn nasi. tapi angan2 je la..lol. Pastu malam2 makan makana segera like nugets ke burger ke.. kahkah, baik mkn nasi. makan benda2 yg mmg ternyata menggemukkan plak. apehal??

But mmg tak serius sgt nk kurus. tapi pepagi bila nk dtg keje sarung seluar jeans terasa sendat peha tu mmg menangis dlm hati. serius weh.... rasa nk siat2 je peha bagi buang lemak. huhuhu jeles giler tgok org peha kecik. please la.

Ada plak budak opis boleh bergurau kasar. ckp aku pregnant. selalu plak tu dia kenakan aku. selalu ckp aku pregnant. please la. lelaki mmg tak sensitif kan. bergurau mmg kasar nk mampus. huhuhu nasib ler aku dah biasa. biasa2 pun terasa jugak noks. mau perasaan nk diet tu berlipat kali ganda..hahahahahaha (perasaan je la)


Monday, 14 March 2016

Below Expected Salary

Aku ni dari tahun lepas duk usha usha keje lain. Yang aku peliknya xde langsung yang sangkut setakat ni. Ye la maybe takde rezeki lagi. Or mmg Allah dah bagi hint yang keje aku skg is the best utk aku setakat ni.

But honestly aku rasa keje skg is sgt2 la tak berbaloi. Dengan erti kata yg lebih jelas dan kasar is: Gaji kecik dari bebanan yang aku pikul. Atau bahasa cerdik sikit, "Underpaid Engineer". Nama je engineer tapi gaji ciput. Eh bukan nk mengeluh ke ape. tapi mmg reality. Aku nk mengaku engineer pun segan sbb gaji ciput je kot. Sbb nanti org mmg akan expect gaji besar, kereta besar, rumah besar. perghhh.. itu hanyalah ilusi semata2.

Aku takde la demand sgt kt resume tu. tapi bila aku tgok kt jobstreet, banyak jugak yg offer gaji kecik daripada yg aku mintak. Aku syak sbb ekonomi skg ni je. ekonomi kita teruk kot. so company swasta mmg ambik pekerja dan offer yg rendah je. Eh tapi tak semua la rendah. ada je yg tinggi.

Skg fokus aku adalah nk tukar keje je..... hopefully tahun 2016 menjanjikan yg terbaik dalam kareer mahupun kehidupan aku. Insyaallah.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry kt atas tu aku tulis tahun lepas... kahkahkah. baru skg publish!

Ok skg mmg seriusly aku tgh cari keje. Cari company yg establish drp yg skg ni. Tahu la kan ekonomi teruk jugak la or mmg teruk. so projek2 susah nk dpt. kalau company established ok lagi kot. But husband aku ckp construction still ok sbb banyak je projek2 sana sini. Tapi tu la blom rezeki aku kot. ermmmm masih mencari. semua member dah blah. tinggal budak2 baru je kt sini. so sadis!