Friday, 16 January 2015

Jaga apa yg patut ler


Before this mmg aku consume ephyra. Tp sejak aku tahu aku pregnant, aku terus stop. Bukan tak boleh consume masa pregnant tp entah. Aku rasa xnk consume masa pregnant..hehe. but skg dh bersalin aku start consume balik la. Sebabnya aku langsung tak makan ubat or jamu lepas bersalin. Org lain sblum bersalin selalunya beli set bersalin siap dgn ubat semua tu. Aku ni mmg sempoi giler. Tahu dah sebab aku bkn guna benda2 dlm set tu. So aku mmg xbeli pun.

Bila dah lepas bersalin, aku pening pikir nk mkn ubat ape. Last2 aku rasa nk mkn je ephyra semula. Harap2 ok la dgn badan aku sbb skg aku mmg agak lasak. Syarif hujung bln ni baru nk hantar g taska. So kemain lasak. Dari awal pagi sampai lewat mlm or mmg terus ke pagi berjaga dgn baby. Ermmmm rehat tu mmg xde dlm kamus hidup la skg ni. Rasa mcm sakit2 badan jugak la. So bila minum ephyra, rasa badan sedap sikit. Bertenaga je dan rasa badan dah xsakit sgt. Tapi tetap la kena pegi urut jugak ni. Hari tu naik kereta berapa belas jam dr kb ke kl. Pergghh krem urat dgn si abangnya nk beriba minum susu pun nk dgn umi. Adik of coz la susu dgn umi. Last2 dua2 tertido atas umi. Bayangkan berapa beban berat yg aku kena pangku. Tp of coz la lepas dh tertido tu si abangnya aku pas kt adik ipar aku plak. Huh tak larat badan aku. Nasib baik xdemam je.

Hopefully ok la ephyra ni dgn aku. Aku dah malas nk pikir mkn ubat lain dah. Plus aku rasa best je minum ephyra. Susu badan pun maintain banyak. Badan xsakit. Penat pun xrasa. Kesimpulannya minim lah ephyra. Keluarkan duit sikit tp berbaloi2 hasilnya. Eh mcm promote plak. Tp mmg best la..hehe

Monday, 12 January 2015

Mendebarkan betul la....


Sejak aku bersalin, syarif mmg tak hntar pun pegi taska. Ye la sbb aku kan balik kg konon nk berpantang terus kt sana sampai hujung bln Jan tapi apakan daya sbb banjir dan sbgainya, terpaksa la aku balik kl awal. Hari ke 24 aku dah balik kl. Selamba je mmg takde nk berpantang2 sgt pun. Dah jd mangsa banjir, makan apa yg ada...hahaha. tp alhamdulillah aku sihat dan baby jugak sihat. Dan aku rasa diberi kekuatan yg luar biasa sbg seorang ibu. Ye la nk uruskan 2org anak. Sorang tu kemain lasak lagi. Yg sorang pulak baby kecik sgt yg belum paham ape2.

Siang aku lebih jaga syarif sbb dia tgh lasak skg. Lasak dia sampai siang dia tak tido langsung. Main je keje dia. Malam pulak baby tak nak tido. Tak tau kenapa. So aku mmg kurang sgt tido. Aku rasa salah satu penyebab berat badan susut. Dan penyebab aku bermata panda. Huhuhu...tp alhamdulilah aku boleh menghadapinya. Mana dtg kekuatan pun aku tak tahu. Subhanallah besar sungguh kekuasaanNya. Kalau jadi ibu ni mmg semua pun kuat kan? Kasih sayang mengatasi segalanya. Penat? Ape tu? Daripada melayan penat kita lebih rela melayan anak. Aku tk tahu la org lain. Tapi aku mmg mcm tu.

Ok berbalik kpd cite sebenar yg aku nk citer. Sejak aku bersalin, Syarif jd terrrrrr sgt manja dgn aku. Tak tahu sbb ape. Walaupun mmg sblum ni dia manja dgn aku. Tp skg melampau manjanya. Makin menjadi2 pulak. Mungkin sbb ada adik dan dia tak boleh terima? Jeles dgn adik? Sbb duduk dgn aku 24jam dan tk g taska? Ermmmmm pening aku pikir.

Skg ni kalau tanya dia nkng taska ke tak? Mesti dia ckp tak nak. Why???? Padahal sblum ni dia suka je pegi taska. Risau pulak aku. Hujung bln ni nk kena hantar jugak. Harap2 ok la.

Sebulan sudah....


Kejap je masa berlalu. Sebulan sudah. Mcm2 dugaan yg kami lalui dgn banjirnya dgn berpantang yang cilok2nya dgn kerenah anak2 yg mencabar...hehe

Setakat ni Alhamdulillah berat baby dah 4.1kg. Maknanya dah dekat 1kg la baby bertambah berat badan selama 1bulan. Syukur xde sakit ape setakat ni. Cuma malam2 suka nau berjaga. So bertabahla aku ni. Siang jgn harap la aku dpt tido. Melayan si abangnya lg. Mcm2 plak kerenah abang skg ni. Urut dada sgt...huhu aku cuma doakan syarif cepat matang. Supaya dia boleh terima yg dia ada adik. Supaya dia faham kenapa dia kena sayang adik dia. Aku rasa bkn aku sorang yg alami benda ni. Cuma tu la kan.... sabar je.

Macam tak percaya aku dah ada 2org anak. Dah makin tua dah aku ni. Apa pun syukur sgt dikurniakan keluarga yg bahagia 😊

Saturday, 10 January 2015

Sabar jelah


Suka sgt usik adik. Bukan usik sikit2. Terus lepok je adik dia. Selalu sgt. Boleh kata hari2 kena. Payah aku nk explain mcmne kt dia supaya dia sayang adik dia. Tetap la dia buat jugak.


Pantang takde org duduk dekat adik, pasti dia senyap2 lari masuk bilik adik n cium. Mula2 mmg la cium. Pastu lepuk dgn tgn or cubit. Maybe dia rasa kurang kasih sayang. Ermmmmmm.....kesian adik selalu nangis. Sakit kot. Gulppp...rasa bersalah giler beb!

Padahal aku seboleh2 cuba jaga perasaan dia sbg abang. Tak nak dia rasa kekurangan kasih sayang nanti. Aku ada jugak baca pasal ni. So aku mmg entertain dia dulu kalau nampak dia jeles. Sementara adik belum ada perasaan lg skg ni, baik aku layan abang dulu. Semoga dia semakin matang dan sayang adik dia.

Friday, 9 January 2015

Majlis Aqiqah yg sgt ringkas

Kali ni kami decided nk buat akikah terus utk baby. Last time masa abang dia tak buat pun akikah ni. Buat majlis cukur je. Tp kali ni nk ambik berkat buat cukur n akikah skali masa hari ke7.

Tapi banyak jugak cabarannya sbb plan kami nk buat simple2 je. Bila masuk campur org tu org ni dia jd complicated. But alhamdulillah dpt persetujuan bersama utk majlis yg serba ringkas. Sbb mmg takde kakitgn pun nk handle majlis. Aku kesian laki aku tu. Dia la yg paling penat kalau majlis2 gini. Kalau aku boleh buat keje takpe jygak. Kang aku nk tlg mesti semua org tak bg buat keje.

Masak2 semua kitorang serahkan kt pakcik je sbb dia mmg ambik tempahan catering. Nk masak sendiri? Mmg takkk la. Mak aku selalu je penat lgpun taknak susahkan dia. Lagipun tak nak rumah berkecah dan sape pulak nk tlg kemas? Hahaha

Kebetulan masa balik kg tu hujan tak berhenti. musim banjir la katakan. Tp nasib baik masa tu belum lagi banjir besar tu. Tetamu pun ramai yg xdpt dtg. So kita kirim2 je la kt diorang. Tp puas hati la sbb lauk tak membazir. Sob sob sob... terliur tgok diorang mkn kambing. I makan sekut kering je la...hahaha ;p

>> Nama baby? Berat baby? Bersalin normal ke? Bersalin kt mana?>>> kita sambung bila aku free nti eh.

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur tak terhingga. Selamat melahirkan anak ke2 pada 11 Dec 2014 yg lepas. Syukur kerana dipermudahkan dipermudahkan segala urusan sepanjang pregnant dan bersalin. Alhamdulillah.... EDD aku 14Dec sebenarnya. Tapi aku still keje lg 11 Dec tu. Aku plan tak nk ambik cuti langsung before deliver. Kahkah... tp Allah permudahkan segalanya. Aku keje mcm biasa 11 Dec dan mlm tu masa kemas2 baju yg nk bwak balik kg tu baru aku rasa sakit contraction. Terus ke hospital lebih kurang pkul 12mlm. Pkul 2.30am dah selamat melahirkan zuriat ke2 kami. Alhamdulillah ;)


Sekarang ni family kecik kami dah cukup korum. Dikurniakan sepasang anak... gembira tak terkata. Boleh rest la kejap... kejap ke? Hehehe. Bagi aku 2 org anak pun dah cukup. Apa2 pun bergantung pd rezeki Allah sbb hanya Dia yg tahu apa akan berlaku nti.

Cerita bersalin nti aku free2 aku coret kt sini sbgai kenangan utk diri sendiri nti. Tp skg ni bz la. Xde masa kot nk karang..huhu. tak menang tgn nk handle 2 beradik ni. Fuhhhh urut dada beb! Tabik la sesapa yg beranak ramai dan jarak dekat2. Aku mungkin tak kuat macam diorang. Skg pun rasa nk pengsan...hahaha. terus cancel niat nk jd fulltime housewife n jaga sendiri anak kt rumah. Tapi kalau anak dah besar on balik la niat tu...haha ;p