Monday, 17 November 2014

MC seminggu

Keje skg boleh tahan la byak. Kdg2 rasa penat ngadap keje office ni. Lagi penat bila hingga ke saat ni takde org pun standby nk ambil alih keje aku masa aku cuti 2bln nanti. Stress bila pikir semua tu. Tp aku malas nk pikir. Sebab bos aku selamba badak diorang je buat bodo. Bila tanya semua buat lawak je. kata aku kena keje jugak masa maternity leave semua tu. Korang ingat lawak ke dol? Langsung takkkk ok!

So skg aku malas nk tanya dah. Sendiri mau ingat la. Aku ni bila2 masa je boleh bersalin. Dan aku macam nk bagi diorang cuak. Biar padan muka diorang tu. Apa kata aku mc je seminggu biar padannnn muka diorang. Aku nk tgok mcmne kelamkabut tak diorang. Hah padan muka kot. Geram je aku!

Aku dgr2 bos ckp xde org nk ganti aku nti. So? Lantak la eh. Aku dah malasss. Nk je aku blah lepas bersalin nanti. Insyaallah kalau ada rezeki kt tempat lain mmg aku blah. Yang menjadi masalahnya bila aku lepas maternity leave tu. Mesti kelam kabut semua benda. Aku jugakkkkkk yg nk kena setelkan. Huh mmg aku dah agak apa yg akan terjadi. Jadi lebih baik aku blah (insyaallah kalau ada rezeki kt tempat lain). So aku ni nak kena setelkan keje2 yg 'kelamkabut' selama 2bulan yg aku tinggalkan tu. Huhuhu sadis rasanya dapat bos mcm ni.


Tak sabar nk balik kg dan lupakan keje2 office ni... ermmmmm  3 weeks to go bebeh. kena hadap keje opis lagi 3 minggu sebelum bebas :)

Friday, 14 November 2014

Sembab dan berjerawat

Bila jerawat dtg melawat, rasa rimas plak. Lama dh xnaik jerawat gini. Entah apsal ntah tetiba dia kunjung tiba. Langsung xberseri dah muka ku ini...hahaha mcm la sebelum ni berseri sgt kahkahkah ;p

Maybe sebab aku tukar skin care kot. Tp harap2 sekejp je dia dtg. Esok2 balik la dia kepangkuan jln...hehe
muka sembab. org ingat dah dekat sgt dah aku nk bersalin...hehe

Tp sebenarnya bila ada jerawat ni rasa mcm remaja sgt (ayat pasrah).... tapi muka aku jd sembab mcmkan esok lusa nk bersalin dah. Aku ada baca dari mana entah, antara tanda2 dah dekat nk bersalin adalah muka jd sembab, hidung jd besar/penyek sket... haha entah betul ke tak... Harap2 takde la baby keluar awal sgt nanti. sebab aku plan nk bersalin kt kg. Selamba badak je aku tak ambik cuti awal langsung. Sebab ari tu Syarif keluar lambat 5 hari. Dah la masa tu aku ambik cuti awal seminggu dari due date. So rugi jugak la cuti aku. Bukan rugi ape, cuma aku rasa lebih bermakna kalau cuti selepas baby keluar lebih lama berbanding cuti sebelum baby keluar. thats mean kita boleh spend time dgn baby lama la sikit sblum start keje. Company aku strict 60 days je dia bagi. Tu pun tak menahan kena sindir bila diorang tahu kita pregnant. Fuhhh...

Thursday, 13 November 2014

Kegilaan

Pregnant kali ni, aku ada beberapa kegilaan. Kegilan pertama terhadap sushi. Entah kenapa aku jadi sukaaaa sgt mkn sushi. padahal sebelum ni biasa2 je pun mkn sushi. Tapi disebabkan husband aku kurang gemar mkn sushi, aku mkn je la dgn officemate aku or aku tapau je beli kt jusco or isetan. Eh ari tu pegi giant tgok ada jugak jual sushi. tapi tak beli pun sbb aku rasa tak pure..hehe tetiba giant pun nk jual sushi jugak. kalau jusco dgn isetan tu boleh la terima sebab diorang kan kejepunan sket. tapi giant? ermmmm.....

Ni aku singgah beli kt AvenueK. Ok la boleh tapau. ingatkan tk boleh..hehe :)

Biasa beli mcm ni je. Ni la yg palinggggg aku suka je pun. "Kanimaki"
Satu lagi kegilaan adalah minum air nih. Mmg aku tahu tak bagus utk aku dan baby tapi aku suka kot. Setakat ni aku berjaya beli dan minum 3 botol. ehemmmm takde la byak kot. sebabaku pun kontrol2 jugak takut terlebih gula karang naya jer...huhu. tapi setiap kali lalu vending machine, mesti aku jeling2 tgok air nih...hehe :)
Biasa letak tempat sejuk kt atas tu sampai dia jadi ais, pastu minum...perghhhh nikmat tak terkata...haha
Apsal ntah aku jadi suka minum ais or air yg sejuk je sepanjang pregnant ni. Dulu aku kemain tak suka sejuk2 ni. Tapi harap2 lepas bersalin aku kembali normal balik. tak nk minum sejuk2 sgt nih.


Monday, 10 November 2014

Rajin sgt

Anak sape la rajin sgt ni (kembang2 hidung)... hehe actually mmg syarif rajin sgt menolong. Boleh harap la walaupun baru 2tahun lebih. Harap2 sampai besar la dia punya rajin ni.

Pastu suka mengemas. Tapi dtg angin dia ada jugak time suka sepah2kan. Biasa la kot budak kan. Tapi part yg kelakar, kalau air tumpah ke makanan tumpah ke, mesti cepat2 dia lap. Cari tisu la cari penyapu la. Kalau aku tgh lap lantai lepas mkn, dia akan g ambik kain lap jugak ikut apa aku buat...hehe. Bangga aku kalau dia rajin mcm ni sampai besar.

Kalau toto depan tv ni mcm renyuk sket, dia akan suruh aku betulkan. Eh, ngada sgt ni. Xleh renyuk sikit pun kalau dia nk tido. Dia mcm rimas sikit kalau tempat dia nk tido tu renyuk ke tak kemas ke. Nk perfect ajer...ikut perangai sape la nih.

Friday, 7 November 2014

Susu Ayish

Situasi: aku kt dapur, tetiba iklan susu Friso Gold kt tv. Eh sekarang ni selang beberapa minit je iklan susu tu. patut la harga makin mahal. rupanya nk support iklan punya bil (agaknya la). Ada logik kot gitu. tapi takyah nk iklan sgt pun org beli jugak. Sebab skg anak aku suka minum susu tu. mmg berhajat nk tukar kpd yg lain tp blom cari yg sesuai lg. Lagipun Syarif sembelit. takut pulak nk cuba2 ni. Ok back to cerita sebenar..

Syarif: Umiiii.... susu ayish! susu ayish! (panggil aku yg duk kt dapur kononnya memasak la sgt kennn ;p)
Me: ye umi dgr ni (ofc oz la aku dgr. rumah sekakngkang kera je kot ;p)
Syarif: Meh umi meh umi... (sambil tarik tgn aku ajak ke depan tv suruh tgok iklan susu dia).
Me: Ok syg. Susu ayish yg mana?
Syarif: Susu ayish colour pink (confident giler jwb. padahal susu dia warna kuning tu....hahahaha).
Me: Eh susu ayish yg ni la yg kuning bukan pink.
Syarif: Bukan la... susu ayish pink (nak jugak menang)
Me: Ok la pink pun pink la.
Syarif: Yeay!

Semua dia nk menang je skg. apa dia ckp jgn sesekali ckp salah. kalau tak merajuk. huh aku pun tak tahu nk buat mcmne lagi. mmg tak patut gitu la kan.. tak elok. dah byak kali aku terangkan kt dia suruh dia paham. tak semua dia 'betul'. Dan bila umi/abah/org ckp kena dgr dan terima blablabla. hahaha mana la dia paham lagi ceramah aku tu kan. Tapi harapan aku satu hari nti dia akan paham...hehe :)

Skg ni bukan main banyak cakap lagi dia... aku syak dia ikut mak aku...hahaha ;p Sepatah kita cakap, berpatah2 dia balas.