Thursday, 27 March 2014

Tanggungjawab

Hari ni aku nk membebel panjang lebar. Sebab entry ni dah lama aku karang. kejap2 save kejap2 save. belum ada peluang nk habiskan.

Setiap orang ada tanggungjawab masing2. Sebagai anak, ibu, isteri suami, adik beradik, kawan, pekerja dan macam2 lagi la.. So, setiap org berperanan menunaikan tanggungjawab masing2.Tanggungjawab adalah amanah yang perlu kita pikul. Ada org bertanggungjawab dan ada yang tidak bertanggungjawab langsung.

Aku nk kecikkan skop. Ni hanyalah pendapat aku. Tiada kaitan dgn yg hidup atau hilang atau yang telah meninggalkan dunia fana ini. ceh poyos sgt ;p

Pasal kerja;
Kalau kita bergaji 1000, tapi kalau kita kerja macam orang gaji 3000, Insyaallah Allah akan bayar lagi 2000 dalam pelbagai bentuk. Contohnya kita dimurahkan rezeki. Anak isteri tak sakit. Sebab kalau sakit, kita kena keluarkan duit pegi klinik, cari ubat dan sebagainya.

Tapi kalau kita bergaji 3000, tapi kita cuma buat kerja tahap org gaji 1000, Allah akan tarik balik semua tu dgn pelbagai cara.. Tu yang kadang2 tak cukup duit. Tapi bila kita tak cukup duit cepat2 muhasabah diri. Mana silapnya.

Ni pengalaman aku sendiri, penting utk jalankan tanggungjawab sewajarnya seperti yg diamanahkan. Bagi aku sendiri, aku akan puas bila aku dah buat yg terbaik. Tapi aku mmg tak sempurna.
 
Pasal keluarga (suami isteri) pulak;
Kalau isteri bekerja, jgn lah ambik kesempatan nak suruh isteri bayar itu ini. sebab bukan tanggungjawab isteri pun nak tanggung keluarga. Ingat tu. Nanti nak jawab apa kt akhirat nanti. Kalau ada kesempitan dibulan2 tertentu contohnya nk kena bayar roadtax insuran ke, mintak tolong isteri bayar taska anak atau bayar bil atau bayar susu anak atau apa2 je lah utk bulan tu shj pun aku rasa takde masalah. Isteri pun takleh nk kedekut sgt. Jgn nk berkira sgt dgn suami. Aku mmg percaya la jika kita tak berkira dan ikhlas, mmg akan diberi ganjaran yg sewajarnya. Tapi satu pihak lagi jgn nak ambik kesempatan. Suruh isteri bayar tetiap bulan. Itu aku rasa melampau kot. KECUALI isteri mmg redha dan ikhlas. Tapi setahu aku kalau ikhlas pun, manusia biasa ni mmg ada batasnya.

Mmg kt dunia ni kita mungkin tak rasa, tapi kat sana nanti jenuh nk menjawab. Tanggungjawab kpd keluarga anak isteri lebih utama daripada nk sedekah itu ini kt org lain. Ada sesetengah org tu dia sibuk nak sedekah/buat amal jariah itu ini kt org lain, tapi kt isteri dan anak2 dia langsung abaikan. Walaupun isteri bekerja, tanggungjawab suami tu. Dalam tak sedar sebenarnya apa yg dia belanjakan utk isteri dan anak2 adalah sedekah yg besar ganjarannya. Sedar tak sedekah tu merupakan pembuka pintu rezeki? 

Kalau isteri tak bekerja lagi la kan. Isteri belajar tinggi2 tapi tak kerja. Huh pengorbanan besar bagi aku. Dapat suami yang tak kedekut ok lah. Kalau dapat suami kedekut mmg naya sgt. Baiklah ko kerja dan ada duit sediri. Aku ada sorang member, dia dulu bekerja tapi skg tak bekerja. Tapi nafsu macam2 pulak. Bila dia tak kerja macam2 dia nk mintak daripada suami dia. Fuhhhh.... kalau aku jadi suami mmg aku suruh dia kerja balik. Agak2 la kan. Kau sendiri tahu kot suami kau sorang je yg kerja. Lagi nk buat suami pening.  


Pasal keluarga (ibubapa dan anak) pulak;
Menjadi tanggungjawab anak utk jaga ibu ayah yang dah tua. Eh, bukan yg tua je. yg masih muda pun kena jaga. Cuma biasanya kita ni bila dah ada duit sendiri (bekerja) ni baru nak jaga. Dulu diorang yg jaga kita. Kadang2 kita terlalu sibuk dgn kerja sampai lupa nk call or balik kg jenguk diorang. Kadang2 sampai diorang call tanya bila nak balik (eh, aku sendiri terasa nih...huhu).

Anak2 jangan la nk berkira sgt dgn ibu ayah pasal duit. Sesekali balik kampung belanjalah utk beli barang2 dapur atau repair itu ini. Duit bulan2 tu mmg dah kira wajib dah. Tu pun aku kadang2 tak bagi sebab tak balik kg. tapi seboleh2nya aku cuba cover bila aku balik kg (hahaha tak lawak ok). Mmg sekali balik kg mmg budget tu org kata lari sket (banyak jugak kot). Tapi pandai2 la manage macamana. Sebab bila dah kawin ni ada 2 keluarga. Kalau kau hulur yg sebelah sini, kau mesti hulur jugak yg sebelah sana. Dengan anak2 buah lagi... Tapi aku mmg yakin bahawa Allah akan ganti apa yg kita bagi. Bukan takat duit je Dia ganti, pelbagai bentuk. Alhamdulillah dgn rezeki dan nikmat yg diberi.

Eh ok lah.... Dapat call dari taska ckp anak aku kena chickenpox. Apa nak buat ni?? tak reti. Ok bye got to go.

Friday, 21 March 2014

Terjebak jugak aku rupanya...

Dalam masa aku cuba mengawal diri aku daripada terjebak mengaktifkan maybank2u, akhirnya aku terpaksa. Serius aku terpaksa...hahaha.. Akhirnya aku telah mengaktifkan maybank2u. Bila dah aktif aku rasa takleh nk kawal nafsu shopping aku plak. Parah ni. Dengan berjayanya aku dah beli 4 groupon punya promotion. Tu dalam masa 2 minggu je ok. fuhhhhhh bila aku check balik.. eh, ye ke aku beli... hahaha buat2 lupa ;p

Dan dan aku rasa nak tutup akaun maybank. Parah kot aku ni. Dan semalam aku terbeli 'sesuatu' kt Lazada pulak. Tapi aku rasa benda tu PERLU sgt. Hahaha poyo sgt semuanya PERLU. Padahal ikut nafsu je. Haissshh apsal la banyak sgt website online shop nih. Tak keruan aku ni. Tgok tu berkenan tengok ni berkenan. payah. Dalam hati ni skg rasa nk beli baju pulak. tapi tak berani lagi la sebab aku prefer pegang dulu material dia. pastu baru boleh decide nk beli ke tidak. sebab aku dah serik kot beli online baju2 ni. dapat2 material tak seperti yang aku expected. So, mcm tak berbaloi...dalam pada serik tu aku duk ulang ulang usha web baju2 jugak. kang ada yang TERbeli kang.... 

Pendapat aku tentang online shopping ni mmg bagus. Jimat masa. Boleh compare2 dgn online shop lain. Tak payah keluar dgn nak cari parking lagi nk bayar duit parking lagi dgn nak handle anak lagi. Delivery pun cepat. Tapi tang duit tu tak berapa nk jimat sgt kot. sebab serba serbi aku rasa NAK. tu mmg atas individu la. Kalau ko tak boros mcm aku, selamat la duit. 

Lepas ni kena target beli 1 barang je sebulan. harap boleh la aku disiplinkan diri sendiri. Aku ni bukan apa. kalau tgok sale, dan dan tu aku rasa PERLU beli sebab nanti takut dah habis sale, mahal la pulak. Walaupun benda tu aku tak guna sgt pun...eh??? huhu bahaya bahaya nih...

Friday, 14 March 2014

Masalah AIR

Malam tadi balik kerja, air dah slow. Huh kitorang dah la tak standby ape. Baldi/tong  besar mmg takde. sebab takde pengalaman pun sblum ni. Takde notis langsung. Nasib baik la sempat tadah air untuk mandi pagi ni. Kalau tak, mmg aku EL ari ni..hahaha ;p

Aku cukup risau sebab ada anak kecik je. kalau tak, ok je kot. anak kecik ni, kang nk basuh kencing dia la nak basuh berak dia la, belum lagi kejap2 nak ajak aku gi sinki basuh tangan... suka sgt basuh tgn kt sinki dapur tu. apa yg best pun aku tak tau...

Harap2 air ada kembali seperti sediakala esok. Kalau tak kena gi mandi rumah abg ipar kt gombak or rumah kakak ipar kt cheras. But still la tak selesa kan. nak basuh baju la, nk buat itu ini takde air. Fuhhh dugaan sungguh. Orang lain dah lama rasa. Aku baru nk rasa..... oooh gini la ye perasaan takde air. ermmmm......

Monday, 10 March 2014

Klinik pakar kanak-kanak

Memula aku termenung jugak memikirkan masalah anak aku. Lately ni kerap sgt skg ni dia sembelit. Pastu bila aku google2 jumpa la beberapa klinik pakar. Tapi aku kalau boleh malas nk gi jauh2. Ye la aku duk kl je pun. mesti la aku nk cari area kl. takkan takde yg area kl punya. mesti ada nya lah. Tapi bila google2 banyak area bangi sana nun.. huh malasnya aku kalau jauh2 (walaupun takdela jauh sgt). Tapi sebab nanti2 kalau nak follow up mmg kena gi sana lagi kan...so aku decide nk gi yg kt wangsa maju je. sebab dekat je dgn rumah aku. so sgt la senang kalau nk follow up ke ape nanti.



Memula sampai tu ada satu family je tgh menunggu. Dengan selambanya aku gi register. Budak/kakak kt registration tu tanya ada appointment ke? ermmmm terus aku glabah. pastu nasib baik dia baik. dia ckp dia akan tolong selitkan kitorang punya turn. sebab yg ada appointment semua belum sampai. Alhamdulillah. 

Tapi menunggu jugak la kitorang lebih kurang 2 jam. Sebab masing2 jumpa doktor bukan kejap. ye lah, kau bayar mahal2 pastu takkan jumpa doktor 5 minit je kan.. haruslah tanya macam2 soalan. Tiba turn kitorang, mmg macam2 jugak aku tanya. best giler doktor tu. aku is suka sgt :)
 Kt sini ada playground kecik. so boleh la main sementara tunggu turn.


Kesimpulannya, doktor suruh kurangkan susu. Sekarang dia sembelit sebab minum susu banyak sgt. Or ada la beberpaa jenis susu yg doktor suggest. Or balik semula ke pediasure tu. Aku ok je mana2. tapi kalau boleh nk dia makan nasi lebih la drp skg. Asal dia tak sembelit ok je mana2 pun. Skg doktor bagi sample susu Friso Gold. So far dia minum ok je takde komplen. So skg kitorang decide nk continue bg Friso Gold tu. Harga pun lebih murah la daripada Pediasure. Harap2 dia tak sembelit lagi.... insyaallah. Gambatte Yo!

Review klinik pakar ni plak bagi aku sgt memuaskan. Sebab dia punya consultation tu mmg panjang lebar. cara penyampaian yg sgt bagus dan communication skill yg bagus sgt. bagi aku personally sgt berbaloi. Walaupun ubat dia bagi tu dlm kategori biasa je pun.Tapi layanan mmg tiptop. Charge utk consultation shj dah 60 ringgit. nasib baik ubat murah je..hehe :). Wahai anak2ku jadilah doktor nanti dah besar ye..hahaha tetiba je kau ni jemah ;p

Pernah experience aku pegi klinik yag agak well-known kt tmn melawati. Mak ai layanan doktor tu mcm nak tak nak jer bercakap. Nk bukak mulut punya la susah. Aku kemain lagi cakap itu ini masa Syarif demam. Nak tanya dia punya suggestion ke ape. tapi hampeh la sgt. nk bukak mulut pun susah. nyesal aku gi situ. Tapi sblum tu aku pernah gi situ. doktor lain ok je. Kalau kerja doktor tapi PR sgt lemah, baik ko jaga kaunter ubat je la kak.

Friday, 7 March 2014

Ajaib sangat. Tak percaya? mesti cuba!


 Just nak share





Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima tetapi kerana kita kurang memberi.... wallahualam :)

Tuesday, 4 March 2014

Pahala berterusan

PAHALA. Senang ke nak dapat?

Kadang2 aku share la jugak post2 yang berbentuk keagamaan ni. tapi takdelah aku bajet ustazah sgt. aku ni masih lagi jahil. Tapi aku mengharapkan pahala2 kecil yang dapat membantu aku kelak... wallahualam