Thursday, 30 January 2014

MLM tapi bukan maharaja lawak mega ye ;p



Aku ni mmg dari dulu tak suka org approach MLM ni. aku tak suka. sebab kebanyakan diorang suka paksa2 join. huhu then menyebabkan aku benci produk2 mlm walaupun ada org kata bagus. ehemmmm...

Bila baca yg kt atas tu, melibatkan halal haram pulak kan. so, baik jauhkan diri. Kalau dah tentu halal baru boleh join. apa2 sekali pun. bukan mlm je semua benda lah. pelaburan pun sama. ASB? ada ke yang tak tahu lagi? ermmmm pegi la google dan rajin2 kan lah membaca. Membaca kan jambatan ilmu. moh ler kita beramal...hahaha tetiba je ;p

Tuesday, 28 January 2014

Susu dan diapers anak

Bila ada anak ni kan, yang aku perasan aku asyik la nak membeli barang anak je kerjanya. Biasa korang shopping kat mana ek. Kalau aku, jenis tak kisah kt mana asal murah. Murah tu penting beb. Contoh kalau harga kt kedai A RM150. Kedai B 130. Ko masih nk beli kt kedai A ke? Tu bodoh namanya...hahaha ;p

So, sebab tu sebelum beli aku suka check online kt mana ada sale/discount by week. Aku selalu check dua website je. sebab tu jer yang menarik untuk check harga susu dan diapers. Giant dgn Tesco. Yang lain aku tak kuasa nk check sebab biasa mcm xde jer nk update..huhu. Ok untuk giant, korang boleh check kt sini dan kalau Tesco pulak, kt sini. Macam kt Tesco, ko boleh beli online skg ni. Tapi aku bukan la perdana menteri nak busy sampai tak sempat keluar beli barang2 mcm ni. Of coz la aku sukaaaaa sgt nk gi shopping kan. sambil2 menjamu mata dan boleh sambil2 tgok barang2 lain :)

Ni contoh kt website giant promotion tu:




See? susu pediasure tu murah tak? Tapi sebelum ni aku beli masa promo rm130 saje...huhu. but still murah la 138.88 tu berbanding harga sebenar kan.

Murah tak diapers tu?? murah sgt dah kan...
Tengok tak betapa murahnya susu dgn diapers? Tapi biasa dia buat 3 hari je. start jumaat sampai ahad. Korang kena check la hari khamis or jumaat tu. so weekend boleh pegi samada tesco or giant. Dia akan tukar2 setiap minggu. contoh kalau ko tgok susu tu harga 130 minggu ni. next week confirm dah bukan harga tu ye. kalau nak terus je pegi beli. Lepas tu stok dia akan letak pagi2. contohnya kalau dia buat promo tu 3 hari. ko wajib la pegi pagi sebelum habis. biasa dia akan budget la berapa diorang akan keluarkan untuk sehari. (heh macam aku pernah kerja je kt sana kan ;p. tapi ikut pengalaman aku yg selalu pegi belah ptg, mmg dah habis je la brg2 mcm ni. Tapi bila pegi esok harinya, ada lagi. dia baru stockup)


Ni Tesco punya promotion. boleh selak2 by page.
Nak beli barang dapur pun ok time ni. mmg yang dia promo tu mmg murah la dari biasa. Sebab aku jarang masak, aku tgok gitu2 je la barang dapur tu....hahaha beli yang basic sudah ;p

Sebenarnya nak cakap pasal susu. anak aku memilih susu skg ni. Niat hati mmg nak tukar susu. Sekarang ni aku guna pediasure. tapi sampai bila kan? sebab aku tgok selera makan dia dah ok, mmg aku nak dia mkn banyak la mcm bdk lain. Dulu masa dia tak nk makan ye la kan boleh je bagi pediasure untuk membantu tumbesaran. sekarang tak payah la nk bergantung kpd susu semata kan? lebih baik la bagi dia makan makanan berkhasiat. Aku ni takde la nk ikut buku sgt. asal kan dia makan ok je. kdg2 bagi je dia makan benda2 merapu macam coco crunch, honey stars, nuget, sosej dan macam2 benda yg aku makan. sebab biasa dia nk apa yg aku makan. hehehe. tapi make sure dia makan makanan berat la sebelum tu. bukan la makan benda tu semata. takyah nk ikut buku sgt pun. aku dulu2 mak aku pun tak ikut buku. kecik2 aku duduk dgn nenek aku lagi. ada dia ikut buku bagi aku makan? takde nya... boleh gak aku jadi engineer... huhu. sesetengah org yg sceptical, akan mempersoalkan. eh takleh bagi anak makan ini, itu dan begitu begini dan macam2 lagi lor.... annoying sgt. anak aku ikut suka aku la kan. apa genius sgt anak ko yg tak makan makanan rapu langsung tu? sampai boleh jadi menteri malaysia gamaknya. Biar la anak aku tak jadi menteri2 yang mengeluarkan statement2 pelik tu. huhu nanti dibenci rakyat ;p

Satu hal lagi aku pelik pasal ada group yg menunding jari kt mak yg tak menyusukan anak. Tak payah nk salahkan org kalau dia tak menyusukan baby dia. Semua org ada reason tersendiri. Yang pasti semua mak/ibu/mama/umi nak yang terbaik untuk anak dia. 

Friday, 24 January 2014

Quality time with family

Hari ape entah kitorang gi taman. Taman kt dato keramat tu je. Syarif kan suka taman. mmg melompat la dia sampai kt taman ni :)

Yang tak tahan dia tak nak dah main mainan budak2 kecik ni. Nak main dgn budak besar. tak padan badan kecik. pastu gangster. Kalau org tak bagi laluan siap jerit dan nk pukul..fuhh. aku tgok pun risau.
 First time bagi Syarif makan aiskrim. Suka la dia.. siap tak nak share dgn aku lagi..hehe.

Ni masa dia dah letih dah.. tgok la. duduk pun mcm tu sebab dah letih.
Seronok mmg seronok la Syarif main. Tapi malam tu siap la mengigau2.... sape lagi jadi mangsa, aku la ;p

Thursday, 23 January 2014

Berat mata memandang...

Hari ni je, 2 kali aku mengalirkan air mata. Subhanallah hebat sungguh ujianMu terhadap sahabatku. Tabahnya dia dan semoga terus kuat semangat untuk menghadapi apa jua yang mendatang. 

Terkejut aku dgr berita yang kawan aku bercerai. Dah lama tak dgr kabar berita. Tup tup aku tergerak hati nk baca status dia kt FB. lain macam je status tu. Aku saje je komen dan tak sangka dia PM aku cerita masalah dia. Mmg aku baca sambil menangis. sobsobsob...sedih kot. Aku ni jarang nk bukak FB lama2 or baca status org. sekali lalu je aku baca. pastu aku tutup. Tapi kali ni sebab aku nk tahu sgt, aku baca la status dia dan beberapa status yg dia post beberapa hari sblum ni. nangis lagi, sedih tgok gambar dia dgn anak2. 

Anak dia 4 orang. sorang dah meninggal. sakit. so skg tinggal 3 orang. sorang pempuan dan 2 lelaki. Yang perempuan skg ni sakit. Macam kurang upaya. terlantar sakit. aku rasa dah lama, dari kecik. Luluh hati aku tgok betapa tabahnya dia. Allah nak bagi dia pahala banyak tu. Banyak berkorban untuk anak2, untuk suami. Insyaallah.

Daripada apa yang diceritakan kpd aku,
Suami dia kahwin dgn sorang lagi secara senyap2. Dua bulan dia dimadukan dan ditipu bulat2 je. Dah la bawak bini muda duduk rumah baru siap. Rumah diorang tu baru je siap. Dan skg suami dia nak pisahkan anak2 dia daripada dia. Dia ambik semua anak2 dan nak hidup dgn isteri baru yang janda yg ada anak 2 org. 

Dah sebulan lebih dia bercerai. Dia dalam proses menuntut anak2 dan hak dia. Pastinya banyak lagi cerita2 disebaliknya. cuma aku tahu yg asas seperti yg diceritakan je. Aku pun tak korek2 rahsia org. Tak nak nanti buatkan dia sedih. harap2 semua berjalan lancar. Aku doakan dia berjaya dan tabah sebab proses mahkamah mmg akan masa yang lama...fuhhh. bertabahlah kawan ku. Allah mendengar rintihan kita. Berdoalah setiap masa, Insyaallah. Semua yang terjadi ada hikmahnya


Wednesday, 22 January 2014

Monday, 20 January 2014

Pantang tauuuu....


Pantang aku pegang org lain. Baby plak tu... lagi la dia menjeles. Syarif ni kuat sgt jeles nya.. kalau makan, tgah2 suap dia, aku suap husband aku, terus dia buat hal...huhu mula la nak mengamuk serba tak kena la lepas tu. tak nak makan la, nak main air la...jeles sgt dia ni. tapi kalau abah dia suapkan aku makan, ok lagi. takdela dia menjeles ke ape..hehe kelakar jugak bdk ni. pandai nk conquer kasih sayang sorang dia je.

Lagi satu aku perasan sgt bila abah dia pegang tangan aku or aku pegang tangan abah dia. mesti dia jerit. kadang2 tu dia akan gelak2 pandang jer dgn penuh makna. lepas tu siap la hentak2 kaki lagi. kelasss kau nak. umur tk sampai dua tahun dah pandai hentak2 kaki. esok umur tiga tahun apa la dia nak buat ye...huhu

Kadang2 saje je aku nk menyakat dia, aku gi peluk abah dia depan2 dia.. hehe mmg menjerit la dia.. kalau aku gi tido bawah ketiak abah dia, mmg lagi la kan. ditolaknya abah dia..bukan takat tu je, siap cakar pakai kuku. mmg pedih la lepas kena cakar. suka sgt cakar2 ni. risau pulak aku. kang tak pasal2 kwn2 kt taska kena cakar.

Aku perhatikan syarif ni lasak dan agak kasar. kalau main dgn kawan2 selamba jer dia nk tolak org kalau org tu tak bagi laluan kt dia. fuhhh. Tapi aku rasa dia ada 2 pilihan je. Membuli atau dibuli. Itu yang dia belajar kt taska. Ingat lagi masa mula2 dia masuk taska baru ni. kemain kena buli lagi dgn senior. Hah lepas tu sekarang turn dia la pulak. Risau mmg la risau sebab dai lasak melampau kot. takat jatuh mmg takde makna sia nk nangis ke ape. rilek je bangun dan teruskan bermain.

Ok ok dah.. aku dah terkeluar topik. asal nk cerita pasal dia jeles je. dah sampai ke mana dah aku bebel. hehe bye!

Friday, 17 January 2014

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

 
http://freeislamiccalligraphy.com/wp-content/uploads/2013/05/Muhammad-2-940x1005.jpg
Buatlah pilihan yang mana satu dari 100 nie jika hendak buat semua pun tak ada halangan dipersilakan...
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..

Wednesday, 15 January 2014

Friday, 10 January 2014

Rezeki dijemput, bukan dicari

Kebanyakan kita mmg selalu guna/sebut 'cari rezeki'. Termasuk aku sendiri. selalu la guna nk cari rezeki dan sebagainya. Tapi alhamdulillah sejak aku baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR), aku mula reset minda aku supaya tukar kepada 'menjemput rezeki'. Sebenarnya rezeki ni kita kena jemput. bukan cari. Rezeki ada dimana2, kita yang sepatutnya jemput ia. bukan kita cari semata2. Bila kita cari, dan kita jumpa, belum tentu ia akan jadi hak kita, betul tak? Tapi sekiranya dijemput, insyallah akan jadi hak kita. Dan bukan hak mutlak ye.

Kalau rezeki dlm bentuk duit dan harta, bukan untuk disimpan ye. Untuk dikongsi bersama yang berhak. Kalau disimpan dgn niat utk kita kaya semata2, mmg tak lama la tu. Ni semua ujian Allah. Allah nak bagi kita sedar diri kita ni hambaNya. Contoh sedekah. Sedekah adalah salah satu cara menjemput rezeki. Kalau kita nak 1,000, berani kita sedekah 100? Kena YAKIN yang Allah akan balas. tapi Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Duit, kesenangan, ketenangan, kesihatan, dan macam2 lagi. Tapi kalau kita kedekut, Allah akan bagi balasan juga dalam bentuk lain pulak. Contohnya, kesakitan, kesibukan, dan macam2 lagi. Allah tu Maha Adil.

Dan yang penting kena sentiasa ingat. semua yang kita miliki bukan hak kita pun. semuanya pinjaman semata2. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak kita dapat. Yakinlah... sebenarnya yang kita kongsi/beri itulah hak kita nanti dialam sana. yang akan membantu amal ibadah kita yang tak seberapa ini. Insyaallah.

Thursday, 9 January 2014

Educated

"The only person who is educated is the one who has learned how to learn and change"

Kadang2 bercakap dgn orang pun kena pandai bawak diri. sebab tak semua orang paham apa yang kita nak bagitahu. kadang2 orang akan pandang lekeh je apa yang cuba kita sampaikan. Dan ambik mudah dgn apa yang kita cuba sampaikan padahal niat kita tu mmg betul2 nak memberi maklumat. Pernah tak?? aku pernah dan banyak kali jugak terkena. Well, nak kata dia balajr tinggi tak jugak. masuk universiti lagi. dah tinggi tu.. tapi pemikiran macam budak2 sgt. serius. tak matured dari segi pemikiran. 

Aku suka berkawan dengan orang yang educated. Cara dan pemikiran diorang tu yang aku suka. percakapan pun mmg beradab je. Respect orang, respect idea orang lain, best je berkawan dgn diorang. Tapi educated pun ada 2 jenis jugok. Ada yang educated dunia dan akhirat, ada pulak yang duniawi semata. Kerja semata2, pikir teknologi semata2, pikir nk dapat duit semata2, invest sana sini, akhirat dilupakan...huhu. tu yang aku tak respect tu. 

Kesimpulannya, kena pandai bawak diri. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang buaya kena baham...haha

Wednesday, 8 January 2014

Taman taman jer dia sebut


Anak aku ni excited sgt dgn taman permainan. Kalau lalu taman mesti tunjuk dgn 'aman'..'aman'. Aman is taman for him..hehehe

So hari ape entah bawak gi main kt jusco tu. RM10, main la lama mana nak main. tapi pegi tu dah maghrib. so gilir2 keluar solat. lama la dia duk dalam tu. berlari sana sini. suka sgt. tu pun mcm tak puas. lepas main bawak makan kfc. lapar, makan ayam banyak. hehe mana taknya lasak sgt dlm tu. siap kacau org lagi. terbalikkan bekas  org lain tgh main. hehehe kena marah dgn bdk2 perempuan kt situ. rilek je muka. langsung tak takut.

Anak aku ni dia tak berjalan tau. dia berlari. sepanjang masa berlari je kerja dia. bukan saja kt luar, malah kt rumah pun berlari. ko bayangkan nk gi dapur, berlariii... kalau rumah aku luas takpe la jugak, sempit jer, kejap2 terhantuk dinding. kalau terhantuk mmg takde makna dia nk nangis ke ape. paling tak dia kan ckp sakit, usap2 kepala dia kejap ataupun kalau mood manja dia dtg, dia akan dtg kt aku, suruh aku tiup2 sikit. tu je. lepas tu teruskan melasak...huhu. Tapi tu la syukur sgt dia aktif, takde sakit2. so aku mmg tak perlu risau, cuma perlu berpeluh ketiak je nak ngejar. Dalam rumah ok lagi. kalau kt luar, kt shopping mall, mak ai. mmg perlu pakai kasut yg boleh berlari. Kadang2 pakai palazo pu  aku rasa selebet nk ngejar dia. Jeans jugak la paling selesa :)

 (scheduled post)

Tuesday, 7 January 2014

Sakit kepala, pening kepala



Lately ni aku selalu pening kepala la, sakit kepala la.... huhu. Kali ni mmg agak teruk jugak la sampai aku kena baring, pejam mata je. Hari tu 1hb januari baru2 ni, kan cuti, plan cantik je nk gi shopping. tuptup pepagi lagi kepala aku dah pening. mmg satu apa pun takleh buat. aku hanya tido je. dari lepas subuh sampai ptg. bangun utk mandi solat pastu tido balik sebab semua benda aku tgok berpusing. sampai muntah ok. grrrrr. dah la aku benci muntah. Serius mcm pregnant. Tu yg aku cuak sbb period aku mmg dah lewat.. kitorang dah syak pregnant dah. laki aku dah suka dah..hehe. tapi aku malas la nk test awal2 ni. kasi suspen sket. tp sebenarnya aku sgt berdebor kalau betul pregnant. Syarif mmg lasak yg amat skg ni. aku la yg penat nanti kalau aku pregnant skg. Syarif tu terlajak manja dgn aku berbanding abah dia. semua nak aku. dukung pun nak aku.. padahal jalan sebelah abah dia jer. boleh? aku ni senget bahu2 nk dukung dia. sabar je lah anak.

Tapi ahad tgahri dah mula dah aku sakit kepala. huh dah la kitorang melawat biras aku kt hospital ampang. boleh plak aku rasa berdenyut2 time tu. tapi aku rilek je malas nk bgtau husband aku. Sampai la petang lepas asar, aku takleh tahan dah. nak muntah je rasanya. Last2 aku tido dlm kereta je. nasib baik syarif pun tido jugak. aku tunggu husband aku selesaikan apa yg patut sampai lah dekat maghrib. mmg terlena aku dlm kereta tu. nasib baik dah mkn actifast. tapi takat actifast je lah. kali ni bukan migrain biasa ni. sebab selalu aku telan actifast 2 biji mesti hilang kalau migrain biasa. tapi kali ni tak ilang2...huhu. malam aku hanya tido. gile banyak tido semalam. pastu pagi pkul 3 dah terjaga. ingat nk kemas rumah. tapi pening...bangun setiap jam lepas tu pkul 5 aku paksa diri utk bangun. mmg berpusing jugak la rasanya. tapi pegi dapur buat apa yg patut, iron baju dan mandi. huh setel. alhamdulillah. dalam kereta pakai minyak cap kapak ;p

Tghari smalam tak makan. minum coke je. supaya angin keluar kononnya. tapi berkesan jugak. alhamdulillah. sendawa angin banyakkkk phewwww...


Aku syak power mata aku ni. lama kot tak check power mata. Nanti kena g check la. sebab makin menjadi2 ni. risau pulok aku.

Thursday, 2 January 2014

Hari ini dan esok...

Hari ni memasing mak ayah sibuk hantar anak ke sekolah. Seronok? berdebar? semua ada kan.. tu bagi mak ayah la. tapi bagi anak2 mesti berebar jugak sebab nk berdepan dgn environment baru. nak nak anak yang baru nk masuk darjah satu. fuhhh...

Aku esok, insyaallah jika diberi kesempatan untuk hantar anak aku masuk skolah, masa tu umur aku dah 38. ehemmm dah tua kot. dan masa tu org lain baru 20an. aku dah nk masuk 40an. fuhhh... sebab tu aku kena maintain awet muda... hahaha takleh blah kot ayat ;p

Honestly aku risau dan takut bila anak2 dah mula membesar. Semakin mencabar aku rasa title sebagai mak ayah sekarang ni. Risau aku tak dapat catch up. risau sgt.. dan risau aku tak dapat didik anak dgn baik.

Tetiba je aku rasa nk tambah anak. sebelum umur 35 tahun aku harap ada dua atau tiga org anak... skg alhamdulillah aku dah ada sorang. Nak 3 org sebelum 35 mmg tak dapek la kann.. Syukur kerana diberi peluang menjadi ibu kepada amanah yang tak ternilai ini. Dan harap tahun depan kalau ada rezeki dan diberi peluang lagi, insyaallah :). Seronok jadi ibu ni. mencabar baq hang ;p.

Dan masa umur aku dah 40an dan keatas, aku harap aku masih diberi nikmat kesihatan yang baik supaya aku dapat menjaga amanah dgn baik. Supaya aku dapat melayan anak2 seperti ibu2 muda melayan mereka. sama2 beriadah, sama2 bermain. walaupun umur dah meningkat, kesihatan perlu dijaga. Insyaallah :)

Wednesday, 1 January 2014