Monday, 30 September 2013

Ayam percik tak jadi






Hari sabtu lepas, ontheway nak gi hospaital tawakal, husband aku ajak lunch kt Yati Ayam Percik kt Star Park. Tempat yang baru bukak. Orang pun mmg menyedihkan. berapa org je kt bangunan tu. dah tu mmg depan sana pun bangunan berderet kedai makan. pastu seberang jalan tu Festival City Mall. Dah tentu la org makan kat area sana.. pastu ada pulok Mali Char Kue Tiaw (salah eja ke? lantak...). Mmg org menuju kt tempat yang dah sedia ada la. daripada nak cuba kt tempat baru ni.. tempat je kot macam ada kelas..tapi hakikatnya....

Order ok la diorang dtg bila kita duduk. sebab takde customer meh.. hahaha ;p. Sekali tunggu nasi kerabu dia..lama jugak la bagi aku yg lapor nih.. datang2, ayam percik yang tak macam percik ok. dah la guna ayam kecik.. tak sedap langsung.. out! Baik aku makan kt Leha Kelfood. Walaupun mahal, tp sedap.... Sini pun boleh tahan jugak harga, tapi makanan tak sedap.

This is first and last la makan kt sini. Ke aku mmg tak ngam dgn yati ayam percik ni eh. Dulu masa kt KB pun mcm ni jugak. Kitorang dtg pkul 12 tgh, diorang ckp belum bukak. Padahal diorang masa tu tgh prepare food semua.. diorang tgh nk prepare letak2 lauk kt atas meja. pastu ada ke ckp dekat pelanggan dia belum bukak.. huhu macam halau pelanggan kekdahnya, lepas tu mmg kitorang blah la. Eh, kt kl ni kalau utk makan tghari, pukul 11 pg tu dah siap dah masak lauk2 utk lunch. Kt KB lain pulok. siap halau la.. kalau nk lunch, pukul 12.30 or 1tghari baru boleh dtg kedai dia.. ermmmmm pikir 10 kali la aku nk dtg kalau mcm tu. At least ambik la order air dulu ke.. n bagitau dia start ambik order makan pukul berapa...huhu tak le blah. mmg aku tak gi dah la lpas ni.

Thursday, 26 September 2013

Makan malam


Biasa balik kerja aku akan cepat2 pujuk anak aku supaya dia tak meragam.. contohnya aku akan mengembalikan mood dia supaya happy dan nak bermain. yes, bermain sorang2. tgh dia leka bermain aku boleh la tinggalkan gi solat maghrib. kalau tak dia nk melekat kt aku jer.... Tak pun aku akan bagi dia makan biskut, air nutrigen ke apa saja yg membuatkan dia leka.sebab apa dia nk melekat? sebab dia takut aku tinggalkan dia macam kt nurseri tu...huhu

Tapi skg ni ok sikit. dia boleh berdikari. aku tgh mandi pun dia just ketuk2 pintu bilik air just nk tau aku ada ke tak..hihi comel jugak anak aku nih. kalau dgr aku tgh mandi dia gi sambung main. ataupun ambik kereta mainan dia main kt depan pintu bilik air..hehe :)

apa pun. jadi mak mak ni mmg macam tu kan. nak scrub2 badan mandi lama2 ni mmg susah la buat masa ni.. biasa lepas mandi n solat isyak baru aku makan malam. lepas tu tidokan anak.. kdg2 (which is kebanyakan nya) dgn aku skali terlelap. lepas tu menyesal sebab lepas makan terus tido. makanan mmg tak dan nk turun ke perut pun.. lepas tu rasa macam gemok mok mok.. pastu nak buat macamana???? pasrah!

Friday, 20 September 2013

Selamat hari jumaat

Selamat hari jumaat. Hari ni aku agak bengang. Bukan hari ni je. Tapi sejak ari rabu lagi. Bengang dgn salah satu agensi kerajaan. Sebabnya terlalu lembab. kata nk bg feedback dlm masa 7 hingga 14hari.Tapi nan ado pun. Nak email je pun ambik masa ke dik non. malas aku nak layan.

Tadi aku call, cerita la perkara yg terjadi. Pastu ,diorang main pass pass kt nombor lain. ok la aku pun call nombor yg dia bagi tu. dia ckp aku perlu tunggu lagi. Diorang akan email dan call bila kes tu selesai. Then apa lagi aku terus sound la. So, nanti you all akan contact saya dalam tahun ni jugak ke tahun bila ni? Dia dah janji maybe dalam minggu depan. 'maybe' ok?? Ok skg kita tgok pulok ye janji manis dia tu...
gambar takde kena mengena dgn situasi sebenar ;p  

Wednesday, 18 September 2013

Demam



Kesian sgt budak ni demam..huhu. maybe sebab tukar nurseri. skg kt nurseri baru. masih baru. tapi aku yakin dia akan banyak belajar kt tempat baru ni. harap2 semuanya kembali normal.

Tapi yang aku kesian sgt, skg aku balik lambat. husband aku balik lewat sgt ni. tetiap petang meeting sokmo. so, aku tunggu dia la. jadi mmg lewat ambik dr nurseri. balik je aku tgok dia lapar..hukhukhuk tak sanggup aku tgok anak lapar weh..sobsobsob..


Tuesday, 10 September 2013

Allahuakbar..

Selalu jer sibuk kalau aku nk solat..hehe tp sekarang ni mmg dah pandai. Ok je bagi can aku dgn laki aku solat. Kalau 2 3 bln lepas, nk kena gilir2. Aku ni dh la sampai rumah ngam2 utk solat magrib. Kalau lewat sikit, mmg masuk waktu isyak la jwbnya. Skg ni aku boleh je solat . Dia duduk je tepi. Paling tak dia jalan2 dpn aku. Ok la kan. Budak baru nk membesar.


Semalam dia boleh park keta dia atas sejadah aku. Sudahnya aku nk sujud kena gerak ke kanan sikit ler...


Skg kalau aku nk solat cepat je mulut dia 'Allahuakbar'.... hehe

Thursday, 5 September 2013

Bukak radio sampai mengganggu ketenteraman awam

Aku ni alergik sikit dgn golongan org yg dengar muzik kuat2. Kalau dia duk dlm hutan lantak dia lah kot. or dalam gua ke..lantak ko la. tapi ni dalam lrt. bukak lagu jiwang plak tu.. mmg takleh blah.

Bingit je telinga aku ni.. Padahal dia tak pekak lagi kot. tapi pakai earphone macamkan satu gerabak nk dengar lagu pilihan/chanel radio pilihan ko kannn. or mmg dia pekak?

Pastu kalau duk flat/apartment.. jgn la pasang lagu kuat2. org lain tgh tido ke ada anak kecik ke.. hooii sgt lah menggangu kot. tapi setakat ni alhamdulillah takde gangguan radio or lagu pasang kuat2. Tapi ada la sekali kot masa diorang ada kenduri. berkaraoke sampai mlm..huh. nasib baik sekali tu je.

Tuesday, 3 September 2013

perlu ke ambik masa yang sebegitu?

Semalam aku pegi satu agensi kerajaan. Sebab nak setelkan urusan yang tergendala sekian lama. Memang lama nak mampus... sebab apa tergendala? sebab diorang tak respond terhadap apa yang aku mintak. aku dah bagi surat, then bila aku call follow up, diorang ckp pegawai yg berkenan takde la, apa la. so diorang ckp akan hubungi aku balik bila pegawai tersebut dah baca/review surat aku tu. tapi...mmg hampas sgt la kan.. nan ado. dah lebih 3 tahun dah kes.. dah basi dah pun. so aku malas nk layan..hahaha ;p

So, semalam company aku bagi cuti sebab ganti hari merdeka (yang jatuh hari sabtu tu kan). so aku ambik kesempatan la nak setelkan kes ni. denagn gamble aku kesana terus.. alhamdulillah kaunter banyak, cepat je urusan. Alhamdulillah dipermudahkanNya.

Tapi kes tu belum habis sampai situ lah yer. dia ckp dia akan email aku dalam masa 7 hingga 14 hari. Persoalannya kenapa begitu lama ambik masa nk email. nk email je pun....huh.

Banyak sgt kot procedure nk diambik sebelum email... huhu pikir positif je lah.