Friday, 28 June 2013

Now I know why... #2

Menceritakan bukan bererti mahukan penyelesaian. Itu yg ada dalam diri setiap pempuan la. tapi tidak bagi lelaki. Bagi lelaki, bila kita cerita/share something dgn diorang, diorang akan ingat kita nakkan penyelesaiannya. paham tak? pastu dioarang akan pikirkan penyelesaian yg sepatutnya. walaupun pada hakikatnya perempuan tu hanya mahu cerita/leteran mereka didengari..

Contoh:
Isteri: Abang, esok saya ada dinner. baju mana eh nak pakai? biru atau hitam?mana yg lebih sesuai dan cantik?
Suami: Yang biru cantik..
Isteri: kenapa? yg hitam tak cantik ke? Saya berhajat nk pakai yg hitam ni. lagipun bukankah hitam ni nampak lebih sesuai utk dinner?
Suami: Biru nampak menawan..
Isteri: Abang, mahal tau saya beli yg hitam ni. takkan tak cantik...
Suami: ????????????

See? aku bagi contoh jer nih.. mmg boleh bawak gaduh la..

Dulu masa aku baru2 kawin, dan masa tu darah aku masih muda..kahkah.. mcm skg darah aku tua je kan ;p. aku selalu jugak la rasa mcm tak puas hati kalau macam ni.. macam tu..hehe. tapi sekarang aku dah matang sket dan aku dah makin memahami LELAKI. Dan yang paling penting memahami peranan SUAMI dan ISTERI.

Alhamdulilah aku takde nak rasa fair ke unfair ke. sebab kita semua ada tanggungjawab masing2.


"Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps"

Thursday, 27 June 2013

Emas

Semalam tgok tv, harga emas turun lagi eh?

aku sdg berangan2 nk beli emas.. berangan jer kot ;p

Seronok sekolah cuti ke seronok sebab jerebu?????

What ever..

Tapi sebabkan rumah ku kt atas bukit, aku sgt2 terasa terganggu dgn jerebu dan bau asap yg kuat. bangun pagi2 jam 4.30 dah bau asap. mampu nak sedut asap mcm tu? menusuk2 jer. tapi dlm rumah  aku tak pakai pun mask..

pegi keja balik keje mmg kena pakai lor. kalau tak takleh imagine mcmne. mata aku pedih jer...hukhuk



Friday, 21 June 2013

Now I know why...... #1

Kadang2 aku bercakap dari dapur.. dia sedang menonton tv. tengok sukan pulak tu.. part bola sepak pulok tu.. aku tanya dua tiga kali... kadang2 sampai aku naik marah pun ada. Then now, I know why lor.... rupa rupanya lelaki mmg macam tu.

Sekarang aku sdg baca buku "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps". Aku biasa baca dalam lrt. kadang2 aku tersenyum sorang2. sebab memang betul karekter lelaki macam tu. banyak lagi nanti aku share kt sini.

"Biasa lelaki bila handphone berbunyi, dia akan slow kan volume tv or suruh kita diam. tapi permepuan, tak kisah pun siap boleh tgok tv dan bercakap phone dalam satu masa. Means that perempuan multitasking. boleh buat banyak task dlm satu masa manakala lelaki akan menumpukan perhatian pada satu2 task tersebut. Part ni pun aku setuju.

Bila dah jadi mak ni, aku mandi sambil gosok gigi. berus gigi sambil duk bawah shower tu..paham dak? hehe... ari tu ada rancangan prof muhaya. dia pun ada ckp pasal tu. so, aku bgtau husband aku yg kebetulan tgok rancangn tu bersama. aku ckp kt husband aku mmg selalu buat mcm tu. berus gigi sambil mandi shower. pastu dia pelik..hahahaha. But serius mmg macam tu sebab nk cepat. pastu cuci muka. cuci muka pastu duk bwh shower. hahaha giler. Org lain aku tak sure la. Mandi pun takde nk concentrate sgt la. nk cepat jer sebab takut anak merengek. pastu pikir mcm2. anak lapar ke, anak ok ke kt luar tu, anak nak itu nak ini..hahhaaaaa.....very the mak mak sgt kannn...

sekarang aku dah tak kenal body scrub..... hukhukhuk. few months lagi baru aku nk berkenalan semula.

Wednesday, 19 June 2013

The Apprentice Asia

Sekarang ni aku dgn husband duk layan citer nih. bukan citer tapi rancangan ni la. best jugak tgok diorang. tapi mmg aku salute la dgn diorang semua. semua hebat hebat bukan calang2 org ni. diorang masih muda. yang pakai tudung tu, baru 25. sanggup benti kerja sebab nk masuk ni.. huhu bukan calang2 beb. tabik spring melantun lantun..hehe..


Tuesday, 18 June 2013

Tandas awam

Aku tak suka masuk tandas awam. mmg aku tak suka. masuk nk ngadap cermin pun aku tak suka. tapi sekarang ni, aku dah ok sket. sebab terpaksa. dulu, aku sanggup tahan kencing dari masuktoilet kt tepi jalan or shopping mall. even shopping mall yang gah mcm klcc pun aku tak nk kencing. apatah lagi yg tepi jalan, yg kt hentian mana2 ke.. huhu. aku sanggup tahan sampai umah.

nk berak lagi la mmg aku sanggup tahan. mmg takde nk berak kt tandas awam..hahaha teruk giler aku kan.

sebab aku rasa org yg guna tandas awam ni mmg kebanyakannya tak jaga kebersihan. aku serik giler kalau aku nk masuk tetiba ternampak sesuatu yang tak best. atau bau yg hancing, bau yg busuk.automatik aku tak rasa nk kencing or nk berak..

aku tak point kt sesape. cuma mmg aku perati jer.. kebanyakan org kt malaysia ni mcm tu. pastu tandas duduk dia guna macam tandas cangkung. ape kes? tak pandai guna ke ape.. pastu habis la kotor tempat duduk tu.. sgt aku tak paham.

kalau aku nk bawak japanese jalan2, aku akan bawak diorang gi klcc dgn pavi jer sebab aku rasa kebersihan tandas terjamin. kalau bawak g tempat lain, mmg memalukan diri aku sendiri.



Thursday, 13 June 2013

Perlu ke? atau sekadar nafsu semata

Aku tgh pikir nk tukar handphone ke tak? hahaha ofcoz lah nafsu weh. tapi kadang2 aku rasa ianya satu keperluan..kahkah ;p

keperluan yg mengada-ngada kah? tapi aku nak jugak kennnn. org dah lama tukar phone aku masih lagi guna phone zaman kadok.. walaupun smart phone jugak tapi tetap la ketinggalan zaman aku punya. sekarang ni aku takleh download wechat sebab phone aku jadi bengong sket. thats why la aku takde wechat. takleh nk ber-wechat dgn anak2 buah aku kt kg.. hehe ;p perlu ke ;p


Friday, 7 June 2013

jom audit

bergaul dgn orang kaya, akan bertambah kecintaan kpd harta,
bergaul dgn orang miskin, akan bertambah sifat redha,
bergaul dgn orang wanita (bkn mahram), akan bertambah syahwat,
bergaul dgn orang bdk-bdk, akan cinta kpd permainan,
bergaul dgn orang fasik, bertambah keberanian berbuat maksiat dan melambatkan taubat,
bergaul dgn orang soleh, bertambah keseronokan untuk beramal,
bergaul dgn ulama, bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama

Wednesday, 5 June 2013

Tak paham motif apa. melalaikan

Aku tgok tv hari minggu. skali tgok ada citer pencarian gadis m2. ape tu? aku tgok2 rupanya macam program org puteh tu yg cari model. perlu ke weh? aku terkedu jugakla.. macam2 hal la skg ni. dunia semakin maju. aku tgok ada iklan akedemi fantasi baru pulok.. huhu bukan kata dah tak nk buat ke. tak paham aku.

kenapa banyak sgt rancangan yg melalaikan? makin banyak ok. please la. aku benci. aku ni bukan nya baik sgt. tapi tak suka la kalau remaja2 lebih minat hiburan yg macam ni daripada mencari ilmu tu.


Tuesday, 4 June 2013

Mother, Baby & Kids Expo PWTC

Aku macam biasa la teruja nk gi expo baby ni. Pastu kakak dgn adik aku dtg kl. so, aku suruh la diorang pegi jugak. sebab masing2 ada baby. mesti la diorang pun teruja nk g kan. aku ingat nk ambik cuti hari jumaat lepas tapi sebab aku dah mc hari selasa. aku tak jadi la ambik cuti. sebab kerja menimbun kalau aku cuti. so, aku suruh la depa pegi dulu. aku akan pegi ari sabtu tu.

pagi sabtu, pepagi lagi kitoang keluar konon excited la nk g expo baby. sekali pegi, macam tak menarik langsung. dah la kecik. sikit jer kot yg join kali ni. ni first time aku pergi yg kt pwtc. biasa aku pegi yg kt midvalley dgn klcc tu. yg sana mmg meriah sakan. jalan pun sampai tak larat. tapi yg kt pwtc nih, mmg kureng sgt. tak banyak booth, pastu baju pun mahal2 jer. tak menarik langsung. dalam tak menarik tuh, habis jugak la duit aku hari tu. sebab aku beli botol susu baru untuk syarif. mmg dah plan kan. kalau kat luar mmg mahal. so, save la sket :)

apa pun, bagi aku, aku dah takkan pegi dah baby expo kt pwtc kalau mcm ni. baik aku pegi kt midvalley ataupun klcc jer. puas hati :) kesimpulannya, ....simpulkan lah sendiri ;p


Monday, 3 June 2013

Belum pulih sepenuhnya

aku demam dah ok tapi selsema belum baik lagi nih. dari mana datangnya hingus2 nih semua. banyak. non-stop. aku lemas..hukhuk.

semalam aku pegi klinik check anak aku. syarif demam lagi hari sabtu malam tu. so, aku dah cuak jugak la. sebab dah lama dia demam. kejap panas kejap ok. pastu batuk tak baik2 lagi. selsema berhingus... kesian sgt aku tgok dia. tapi lasak tetap lasak. bukan dia tau nk duk diam.

alhamdulillah setakat ni walaupun dia takleh jalan lagi (kira lambat dah ni), dia tetap melasak bagai juara. sakit terhantuk dia buat dek je. aku pulak yg risau lebih.

malam tadi dah kurang dah sket batuk. tapi pagi tadi takmo mandi.. hoi bersilat aku nk mandikan dia pagi2 skg ni. maybe sebab dia demam. so dia sejuk..

rindu masa syarif chubby.. skg dh kurus..huhu