Thursday, 30 May 2013

Demam melanda

Aku dah lama tak demam macam ni. boleh tahan teruk jugak lah kali ni. demam start dari anak aku, kemudian jangkit kt husband aku. dia just batuk je. aku plak kena selsema dulu. pastu merebak plak demam. huh sampai aku tk larat nk g kerja la. So, tahun ni dah mc sehari..hikhik ;p

demam aku dah ok semalam. tapi selsema tak kurang2 jugakkk tension makcik. tak suka bila selsema, muka aku jadi kering sekering2nya. area hidung la paling ketara. habis menggelupas hidung aku. dah aku tgh sokseok soksek. mesti la org pandang kan. pastu mesti diorang ingat aku selekeh sampai biarkan hingus kering kt hidung..kahkah..bongok rasanya!


Friday, 10 May 2013

zalora.com.my dan raya

kenapa bila aku search web zalora.com.my, keluar macam2 yg agak negatif? takut pulak aku nk membeli..hehe. menipu la apa.. betul ke?

tapi aku sebenarnya tgh usha2 baju raya. aku rasa nk beli yg dah siap. berkenannnnn sgt dah dgn baju kurung/mini kurung kt satu website nih. tapi mahaiii nk mampos pulok. takut tak berbaloi.

aku jugak tgh pikir nk tempah baju kt tailor baru. nk try dulu tapi tak tahu kt mana....huaaaaa. tailor kt kg aku dah tak best. aku tak paham kenapa dia boleh jahit baju aku mcm2 size. terus aku tak nak guna khidmat beliau lagi dah. baibai kak..hehe

ok, sekarang aku tgh pikir nak beli siap or tempah since ada masa lagi kannn.. haha apsal aku pikir nk raya nih. padahal baru bulan 5 kot. bak kata prof muhaya, aku terlalu pikir kecintaan dunia sahaja.. opsss biasalah perempuan kann ;p

Rasanya tahun ni nk buat baju biru. royal blue, maybe?


Thursday, 9 May 2013

Bulan April bulan penuh...................

*actually post ni dah lama dlm draft aku.. so, skg ni aku tgh ada mood dan ada masa nk update, so aku schedulekan post nih. 

Permulaan April yang agak sedih... mak mertua aku meninggal pada 3 haribulan. terkejut aku, tak terkata sebab aku tak sempat balik kg jenguk dia masa dia tgh tenat tu. tapi aku redha.. yang pergi tetap pergi. kita yg hidup ni,  mesti meneruskan hidup macam biasa. rasa menyesal tak balik mmg menebal sgt dlm diri aku. tapi aku pendamkan saja. laki aku yg tak nak balik kg. eh, tak nak bawak aku balik kg ari tu. dia balik sorang jer masa mak mertua aku tenat tu.

3 April 2013 jugak adik aku selamat melahirkan baby girl (ni berita gembira. maka tahun ni aku dah ada 7 org anak buah, maka standby lah duit raya yor...hihi). Alhamdulillah, dah 8 org cucu dah mak aku tahun ni.

Bulan April jugak adalah birthday aku, husband aku, anak aku. Dan beberapa keluarga terdekat. anak buat aku, kakak ipar aku, anak2 buah aku belah husband aku pun ramai jugak bln 4. So, celebrate skali harung. aku tak bawak hadiah pun ari tu. tebal giler muka. kakak ipar aku siap bawak hadiah. dah la dia yg belanja. dah la masa tu mmg hari jadi dia..hehe tebalnya muka aku..




Tuesday, 7 May 2013

#inikalikah?

Jumaat lepas, malam aku balik kg. semata2 kerana nk pegi mengundi..hehe :). semangat waja sgt kenn. mestilah. aku nk pertahankan negeri aku kot..

kemain lebat hujan mlm tu, dgn jem nya. mmg 11 jam jugaklah perjalanan balik kg. sampai2 kg, mmg semangat tgok perang bendera. K or T? hehe... sampaikan anak buah aku yg darjah 1 pun tahu pasal K dgn T. siap explain kt aku lagi.. aku memula mmg blur sgt weh sebab aku duk kl. yg aku selalu dgr inikalilah, tukar/ubah, tu je kot.. lagipun aku malas nk ambik port sgt pasal politik ni.

aku mmg balik semata2 ngundi jer. takde gi kedai langsung.... sabtu tu dah la laki aku keluar dgn kawan dia sikit punya lama... huh bengang jugak la aku. aku plak kena jaga anak yg tgh melasak. penat ok. penat yg amat. dah la perjalanan balik 11 jam pangku anak. kau mampu? huh. sakit badan.

Seronok jugakla mengundi. first time aku ngundi. sebelum ni aku tak balik kg pung..hihi. malas katanya ;p. skg dah dewasa, aku sendiri nk pilih dgn tangan aku sendiri siapa bakal pemimpin aku. haha poyo sgt. Pastu boleh claim plak tu, alhamdulillah. Tq kepada yg masukkan nama aku dlm list.

Apa pun keputusan PRU13, terima je lah. itukan dah keputusannya. semua org boleh pikir. peace no war.


Friday, 3 May 2013

dukung vs naik stroller

kadang2 takat nk g dekat2 aku malas nk angkut stroller.. sanggup ok dukung anak. krem tangan aku. pinggang pun rasa nk patah. Nasib baik syarif tak berat sgt.. boleh la.. dlm 'boleh la' tu, mmg sakit2 badan aku kalau dukung dia..haha

Wednesday, 1 May 2013